Tuesday, November 3, 2020

Tafsir Surah An-Nur ayat 24:35 hingga 38

- Us Rosli Tazkirah Ramadhan/Suboh Ahad 21 Ogos 2011

Surah An-Nur Ayat 24:35

A035


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
 
Ayat 24: 36

A036


(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

Ayat 24:37

A037

 

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

Ayat 24:38

A038



(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.


- Gambaran Allah sebagai cahaya yg menerangi.

- Sewaktu iblis berkelahi dgn Allah, kata iblis "wahai Tuhan aku akan sesatkan hambamu kecuali yg Engkau tidak benarkan"

- cth cahaya yg ditunjukkan adalah org bani arab dan bani israel. Bani israel tlh dipilih menjadi kaum yg dipilih utk menjadi nabi, tatapi apbl seorg nabi wafat maka kaum bani israel akan kembali sesat.

- apbl dtg Nabi Muhammad berlaku sekali lagi pergolakan/perkelahian tetapi dlm bentuk manusia ie bani israel mempertikaikan keturunan nabi Muhammad kerana baginda berasal dr bani arab., bukannya dari bani Israel.

- Allah memuliakan sesuatu bangsa melalui ugama Islam.

- Allah membuktikan dlm Al-Quran bhw Dia buleh menukar nikmat yg diberikan kpd hambanya. Cth kaum bani israel dipilih utk menjadi nabi spt keturunan nabi Sulaiman yg kekuasaan kerajaannya buleh memerintah jin dan manusia.

- Alah berfirman, jika hambanya mengingkari ajaran/perintahNya, maka Dia berkuasa memusnahkan umat tersbt dan menggantikan dgn umat/kau yg lain yg lebih baik. 

Surah Al-Anam Ayat 6:133

A133


Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain


- Allah menarik semula nikmat yg diberikan, berdasarkan kerangka masyarakat.

- Allah menyifatkan org2 beriman sebagai org yg mengimarahkan masjid. Dlm erti kata lain jika hendak menilai sesuatu masyarakat itu maka lihat kpd suasana masjid mereka. Jika masjid itu diimarahkan dgn majlis ilmu dan dihadiri oleh lapisan umur, maka sihatlah masyarakat tersbt.

- "rijalun" - org arab tidak menggunakan perkataan rijalun utk org lelaki yg jahat. gelaran rijalun diberikan kpd org lelaki yg tidak dpt dilalaikan oleh perniagaan/harta-benda dan mendahului ugamanya. Mereka takut kpd balasan hari kiamat.

- kenapa masjid menjadi hati kpd sesebuah masyarakat, supaya Allah membalas balasan baik diberikan kpd masyarakat itu. 

- Allah memberi rezeki kpd hambanya mengikut keikhlasan. 


Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: