Saturday, November 14, 2020

Abdul Mutalib bin Hashim (Datuk Nabi)

- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 12-Nov-2017

Maulidur Rasul
  • Baginda Rasulullah dilahirkan sebagai anak yatim, pd usia 6 thn ibunya meninggal, dan pd usia 8 thn datuknya meninggal. Kemudiannya di bela oleh bapa saudaranya i.e Abu Talib.

    • Bapa Rasulullah i.e. Abdullah bin Abdul Mutalib meninggal sewaktu berdagang ke Madinah. Ketika itu Aminah mengandung dua (2) bulan.
    • Pada usia 6 tahun, Aminah membawa Rasulullah ke Madinah, untuk melawat keluarganya (bani Najjar). Aminah meninggal dunia sewaktu perjalan pulang ke Mekah.
    • Setelah kematian Aminah, Rasulullah diperlihara oleh datuknya i.e. Abdul Mutalib, yang sempat memelihara baginda untuk tempoh dua (2) tahun, hinggalah dia meninggal dunia (pada usia 80 tahun).
    • Selepas itu, Rasulullah dipelihara oleh bapa saudaranya i.e. Abu Talib bin Abdul Mutalib. 

  • Apbl tlh besar, baginda membalas jasa bapa saudaranya dgn membela sepupunya ie anak kpd​ Abu Talib iaitulah Ali bin Abu Talib.

  • Jalan perdagangan dibuka oleh bani Hashim. Hasil perdagangan ini menjadikam penduduk Mekah menjadi kaya-raya.
    • Bumi Mekah bukanlah bumi pertanian (tanah yg subur utk pertanian), sebaliknya penduduk Mekah adalah peniaga yg hebat.
    • Tanah Madinah adalah subur, amat sesuai dgn pertanian.

  • Dlm Perang Badar, pemberi maklumat menganggarkan Abu Sufyan bin Harb i.e. ketua pedagang kafir, membawa brg dagang dr Syam sebanyak 50 ribu dinar.

- Abdul Mutalib bin Hashim (Datuk Nabi):
  • Jasanya yg besar adalah penemuan semula telaga zam-zam. Hasil dari mimpi yg menunjukkan lokasi telaga zam-zam itu. Telaga zam-zam menjadi nadi kpd penduduk sekitarnya.

    • Nabi Ismail berkahwin dgn seorg wanita dr bani Jumhur. Apbl bani Jumhur meninggalkan semua harta mereka, mereka mengambus telaga zam-zam.

  • Kebijaksanaan Abdul Mutalib adalah apbl Abrahah dtg ke Mekah. Keegoan Abrahah ditundukkan oleh Abdul Mutalib, dimana Abrahah turun dr singagahsananya (di atas gajah) dan berbincang dgn Abdul Mutalib di atas tanah. Ini dianggap oleh org Mekah sebagai kebijaksanaan Abdul Mutalib.

  • Abdullah dicadangkan utk menggantikan tempat ayahnya ie Abdul Mutalib. Perkahwinan Abdullah dgn Siti Aminah diraikan di sebuah rumah yg indah dan besar. Diraikan oleh penduduk Madinah. Keturunan Rasulullah adalah dr Nabi Ismail bin Ibrahim.

  • Abdullah adalah lelaki terbaik dari bani Hashim, manakala Siti Aminah binti Wahb bin Abdul Manaf adalah wanita terbaik dr bani Zuhrah (juga bani Hashim). Dua keluarga yg disanjungi.

  • Keyatiman Rasulullah dan latar belakang keluarga yg disanjungi oleh penduduk Mekah.

2. Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf
  • Rasulullah lahir di Mekah pada tahun Gajah, dan meninggal di Madinah.

  • Perang Hunaian, tentera Islam menang dlm peperangan ini dan ada byk harta rampasan. Dlm peperangn ini 2,000 org adalah saudara baru.

  • Darah keturunan Rasulullah bercampur antara Mekah dan Madinah. 
    • Abdul Mutalib lahir di Madinah. Dia dinamakan "syaibah" kerana kulitnya ketika lahir lagi adalah cerah. 
    • Ibu Abdul Mutalib bernama Salma binti Amru dari bani Najjar (suku Khazraj), yg menetap di Madinah. 

  • Selepas bapanya (i.e. Hashim bin Abdul Manaf), bapa saudaranya i.e. Mutalib bin Abdul Manaf memujuk Salma (i.e. iparnya) utk membawa Syaibah ke Mekah, dgn janji utk mewarisi kekayaan bani Hashim.
    • Apabila tiba di Mekah, penduduk Mekah bertanya siapakah yang dibawa oleh Mutalib yang menunggang unta bersama dengannya. Mutalib mengatakan bahawa dia adalah anak saudaranya yang tinggal di Yathirib. Namun ramai yang mengatakan Mutalib telah membeli seorang hamba kanak-kanak di pasar Yathrib (i.e. Madinah), dan menggelarkannya sebagai "hamba kepada Mutalib" (atau Abdul Mutalib).
    • Panggilan Abdul Mutalib kekal hinggalah dia meninggal.
       
  • Pada usia 6 tahun Rasulullah di bawa ke Madinah utk menemui keluarganya ie bani Najjar.


Hijrah ke Madinah
  • Di antara 6 org dari Madinah yg dtg menemui Rasulullah (utk perjanjian pertama) 2 org darinya adalah dari bani Najjar yg diketuai oleh As'ad bin Az-Zurarah. Kemudian pd tahun berikutnya 12 org dtg membuat perjanjian taat setia. Rombongan ini diketuai oleh As'ad Az-Zurarah.
  • Dlm hijrah Rasulullah ke Madinah, baginda tinggal di rumah Abu Ayub Al-Ansari, yg juga dr keluarga bani Najjar. Baginda tinggal berhari-hari di rumah Abu Ayub hinggalah keadaan selamat, dan setelah mendapat wahyu, baginda berpindah ke rumah yg dekat dgn Masjid Nabi.

  • Apbal As'ad Az-Zurarah meninggal, bani Najjar hantar wakil kpd Rasulullah utk menamakan pemimpin baru mereka. Baginda Rasulullah menamakan dirinya sendiri sebagai ketua kpd bani Najjar selepas itu.

  • Abbas menjaga Rasulullah ketika Rasulullah hendak berhijrah ke Madinah. Setelah Abbas berpuas hati dgn jaminan dr bani Najjar bhw mereka bertanggungjawab utk melindungi Rasulullah ketika di Madinah.

No comments: