Showing posts with label Hukum Tajwid. Show all posts
Showing posts with label Hukum Tajwid. Show all posts

Tuesday, January 6, 2026

Hamzah Wasal dgn Membuang Alif dan Ketika Wakaf dikekal Alif sebagai Mad Asli

-us Ahmad Rijal bin Ghazali kuliah Maghrib Selasa 6-Jan-2026

Hukum Tajwid:  Hamzah Wasal dgn Membuang Alif dan Ketika Wakaf dikekal Alif sebagai Mad Asli

Hukum tajwid untuk hamzah wasal (Alif wasal) ialah membuang Alif apabila dibaca secara wasal (disambung dengan ayat sebelumnya), dan membaca Alif (sebagai mad asli 2 harakat) apabila berwakaf (berhenti).

Bacaannya apbl di wakaf sebagai 2 harkat.

1. Kalimah "ana", spt kalimah Iftitah
Surah Al-An'am 6:79 (klik sini)
{ قُلْ إِنِّيْ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَ حَنِيْفًا ۖوَمَآ اَنَا۠ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ}

"Katakanlah: 'Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku (menyembah) kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi secara bersih (dengan ikhlas), dan aku bukan termasuk orang-orang musyrik.'"

2 Kalimah "la kinna" spt dlm surah Al-Kahfi ayat 18:38 (klik sini) m/s 298
{ لَّٰكِنَّا۠ هُوَ ٱللَّهُ رَبِّي وَلَآ أُشۡرِكُ بِرَبِّيٓ أَحَدٗا }

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

3. Kalimah "Azzununa" spt di hujung ayat dlm Surah Al-Ahzab ayat 33:10 (klik sini) m/s 419
{ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ }

Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.

4. Kalimah "Arrasula" Surah Al-Ahzab ayat 33:66 (klik sini) m/s 427
{ يَوۡمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمۡ فِي ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَٰلَيۡتَنَآ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۠ }

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

5. Kalimah "Assabila" spt dlm surah Al-Ahzab ayat 33:ن67 (klik sini) m/s 427
{ وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ }

Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

6. Kalimah "qawariro" spt (i) dlm surah Al-insan 76:15 (klik sini) m/s 579
{ وَيُطَافُ عَلَيۡهِم بِـَٔانِيَةٖ مِّن فِضَّةٖ وَأَكۡوَابٖ كَانَتۡ قَوَارِيرَا۠ }

Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -

(ii) dlm surah Al-Insan 76:16 (klik sini) m/s 579
{ قَوَارِيرَاْ مِن فِضَّةٖ قَدَّرُوهَا تَقۡدِيرٗا }

(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

Nota Kuliah:
  • Hukum Tajwid: Mad Badal | us Ahmad Rijal Ghazali  | 16-Ogo-20222 (klik sini)
  • Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:165 hingga 167 | us Mahdzir Md Nor | 5-Okt-2020 (klik sini)

Tuesday, December 30, 2025

Hukum Tajwid: Wakaf Dengan Bacaan Sukun Mahdhun, Ikhtilas/Raum atau Isymam

- us Ahmad Rijal bin Ghazali kuliah Maghrib Selasa 5-Ogo-2025

Hukum Tajwid: Wakaf Dengan Bacaan Sukun Mahdhun, Ikhtilas/Raum atau Isymam

Perbezaan Mad, Mad Iwad dan Mad Asli
Mad Lin, Mad Iwad, dan Mad Asli adalah tiga jenis mad dalam ilmu tajwid dengan perbezaan tersendiri:

Mad Asli
  • Mad Asli (mad thabi'i) adalah mad yang berlaku secara semula jadi tanpa sebab tambahan seperti hamzah atau sukun. Mad ini adalah pemanjangan biasanya dua harakat pada huruf mad (alif, wau, ya) apabila berbaris tertentu. Contohnya pada perkataan seperti قَالَ. Mad Asli dibaca sama panjang (2 harakat) sama ada ketika sambung (wasal) atau berhenti bacaan (waqaf).

  • Mad Asli adalah mad dasar tanpa sebab tambahan, panjang 2 harakat.

Mad Iwad
  • Mad Iwad berlaku apabila bacaan berhenti (waqaf) pada perkataan yang berakhiran tanwin (fathatain). Sebagai gantinya, tanwin itu dibuang (dihilangkan bunyinya) dan digantikan dengan mad alif panjang dibaca selama dua harakat. Contohnya pada perkataan seperti ِمَنًّا yang dibaca menjadi مَنَا ketika waqaf. Mad Iwad khusus untuk kemudahan bacaan pada waktu berhenti dan hanya dibaca panjang dua harakat ketika waqaf saja.

  • Mad Iwad adalah gantian tanwin dengan mad alif ketika waqaf, panjang 2 harakat.

Mad Lin
  • Mad Lin terjadi apabila huruf lin (iaitu huruf ya (ي) atau wau (و) bertemu dengan sukun yang datang ketika waqaf sahaja. Mad ini boleh dibaca dengan panjang 2, 4, atau 6 harakat ketika berhenti bacaan. Contohnya dalam perkataan seperti خَوْف dan قُرَيْش apabila berhenti baca. Jika bacaan disambung, mad lin tidak dibaca.

  • Mad Lin berlaku apabila huruf ya atau wau bertemu sukun apabila berhenti baca, panjang 2,4 atau 6 harakat

Bacaan Sukun Mahdhun
Sukun Mahdhun adalah satu jenis sukun yang menunjukkan huruf mati (sukun) yang sebenar dan tetap pada huruf tertentu dalam bacaan Al-Quran tanpa bertukar kepada harakat lain ketika dibaca, sama ada bacaan disambung atau berhenti. Ia adalah sukun yang asli dan kekal pada huruf tersebut.
  • Contohnya, dalam tulisan Al-Quran rasmi (Rasm Uthmani), tanda sukun digunakan untuk menandakan huruf yang wajib dibaca mati secara jelas dan tepat yang dikenali sebagai sukun mahdhun. Ini memastikan bacaan huruf itu tidak berubah menjadi harakat lain dan hakikat mati itu perlu dijaga.

Bacaan Ikhtilas atau Raum
Bacaan "Ikhtilas" atau juga dikenali sebagai "Raum" adalah satu kaedah bacaan dalam ilmu tajwid di mana bunyi huruf tertentu dibaca dengan cepat dan pendek, biasanya dalam masa 1/3 harakat sahaja dengan suara yang perlahan. Contohnya dalam kalimah "لاَ تَأْمَنَّا" di Surah Yusuf ayat 11, bacaan "nu" pada akhir kalimah dibaca cepat dan lemah sebelum masuk ke nun yang berikutnya. Bacaan ikhtilas ini bertujuan untuk memudahkan dan mempercepat bacaan tanpa mengubah makna.
  • Bacaannya menjadi "la tak ma nu na" di mana "nu" di baca dgn laju dan perlahan --> perlu bertalaqi dgn guru tajwid agar cara bacaannya tepat.

Surah Yusuf ayat 12:11 (klik sini)
{ قَالُواْ يَٰٓأَبَانَا مَا لَكَ لَا تَأۡمَ۬نَّا عَلَىٰ يُوسُفَ وَإِنَّا لَهُۥ لَنَٰصِحُونَ }

Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?

Ikhtilas (Raum) adalah bacaan cepat dan pendek pada satu huruf sebelum huruf yang sama diulang atau berturut-turut.

Dilakukan dengan suara perlahan dan tempoh bacaannya sangat singkat (sekitar 1/3 harakat).

Contohnya yang paling terkenal adalah pada kalimah "لاَ تَأْمَنَّا" dalam Al-Quran.

Bacaan Isymam
Bacaan Isymam dalam ilmu tajwid adalah satu kaedah bacaan khusus yang berlaku apabila dua huruf nun berturut-turut digabungkan menjadi satu huruf nun sahaja dengan tanda isymam di atasnya. Ketika membaca, bibir dimuncungkan (seolah-olah membentuk bentuk “muncung” atau seperti hendak mencium) untuk menandakan pengucapan nun yang dipendekkan tanpa mengeluarkan bunyi “u” pada harakat dhammah. Bacaan ini terdapat secara khusus pada Surah Yusuf ayat 11, pada kalimah "لاَ تَأْمَنَّا" yang asalnya ada dua nun, tetapi digabungkan menjadi satu nun dengan pengucapan isymam.

Isymam bermaksud memuncungkan kedua-dua bibir sewaktu membaca huruf nun yang digabungkan, tanpa mengeluarkan suara dhammah.
  • Bacaan ini berbeza dari bacaan biasa kerana suara “u” pada dhammah tidak disebut, hanya dibunyikan huruf nun dengan bibir puncung.

  • Ia adalah bacaan yang jarang dan khusus dalam al-Quran, terutama pada Surah Yusuf ayat 11.

Praktis: 
(1) Surah Al-Ahqaf ayat 46:29 (klik sini)
{ وَإِذۡ صَرَفۡنَآ إِلَيۡكَ نَفَرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوٓاْ أَنصِتُواْۖ فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوۡاْ إِلَىٰ قَوۡمِهِم مُّنذِرِينَ }

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

  • jika diwakafkan bacaan pada "ٱلۡقُرۡءَانَ" ianya menjadi sukun mahdhun

(2) Surah Al-Ahqaf ayat 46:32 (klik sini)
{ وَمَن لَّا يُجِبۡ دَاعِيَ ٱللَّهِ فَلَيۡسَ بِمُعۡجِزٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَيۡسَ لَهُۥ مِن دُونِهِۦٓ أَوۡلِيَآءُۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ }

"Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata".

  • jika diwakafkan pada bacaan "ٱلۡأَرۡضِ" sebagai bacaan Raum, maka sebutan/bacaannya menjadi "ar di" dgn bunyi "di" pendek dn perlahan shj.

  • jika diwakaf pada bacaan "أَوۡلِيَآءُۚ" sebagai bacaan Isymam maka sebutan/bacaannya menjadi "au li yak" dan bibir dimuncungkan seolah-olah ada bunyi "u", jika tidak pandang bibir qari/pambaca, maka tidak diketahui dia membaca secara Isymam.

Tuesday, August 16, 2022

Hukum Tajwid: Mad Badal

- us Ahmad Rijal Ghazali kuliah Maghrib  Selasa 16-Ogo-2022

Hukum Tajwid: Mad Badal

Berlaku apabila huruf hamzah bertemu dengan huruf mad di awal kalimah atau setiap huruf hamzah yang dipanjangkan sebutannya. Badal bererti tukar.

Beberapa contoh mad badal yg apabila di mulakan bacaan pada hamzah wasal, hamzah wasal itu dibaca dgn dua (2) harkat. 
  1. Surah Al-Baqarah Ayat 2:283
  2. Surah Al-Ahqaf Ayat 46:4
  3. Surah At-Tawbah Ayat 9:49
  4. Surah Yunus Ayat 10:15

1. Surah Al-Baqarah Ayat 2:283 (m/s 49) (klik sini utk paparan ayat )

{ ۞وَإِن كُنتُمۡ عَلَىٰ سَفَرٖ وَلَمۡ تَجِدُواْ كَاتِبٗا فَرِهَٰنٞ مَّقۡبُوضَةٞۖ فَإِنۡ أَمِنَ بَعۡضُكُم بَعۡضٗا فَلۡيُؤَدِّ ٱلَّذِي ٱؤۡتُمِنَ أَمَٰنَتَهُۥ وَلۡيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُۥۗ وَلَا تَكۡتُمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَۚ وَمَن يَكۡتُمۡهَا فَإِنَّهُۥٓ ءَاثِمٞ قَلۡبُهُۥۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٞ }

Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

ٱؤۡتُمِنَ
- Terdapat hamzah wasal,  maka hamzah wasal ini dibariskan hadapan mengikut huruf ke-3 (iaitu huruf ta yg berbaris hadapan). 
- hamzah ke-2 yg berada di atas huruf wau dihilangkan. Maka cara bacaan apbl di mulakan di sini, berbunyi "uu tu mi na".   "uu tu mi na", dimana "uu"  dibaca dgn dua (2) harkat. 
- jika tidak diwakafkan bacaan sebelum hamzah wasal,  ianya dibaca sebagai "...  fal yu ad dil la zik tu mi na..." 

2. Surah Al-Ahqaf Ayat 46:4 (m/s 502) (klik sini)

{ قُلۡ أَرَءَيۡتُم مَّا تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَرُونِي مَاذَا خَلَقُواْ مِنَ ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ لَهُمۡ شِرۡكٞ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِۖ ٱئۡتُونِي بِكِتَٰبٖ مِّن قَبۡلِ هَٰذَآ أَوۡ أَثَٰرَةٖ مِّنۡ عِلۡمٍ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ }

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik yang menentangmu): "Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk - makhluk yang kamu seru dan sembah yang lain dari Allah? Tunjukkanlah kepadaku apakah yang mereka ciptakan dari bahagian bumi ini? Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Bawalah kamu kepadaku sebuah Kitab (dari Allah) yang lain dari Al-Quran ini, atau sebarang keterangan yang berdasarkan ilmu (peninggalan orang-orang yang telah lalu) kalau betul kamu orang-orang yang benar (tentang dakwaan kamu itu)!"

ٱئۡتُونِي
- Di baca sebagai "ii tu ni",  bukannya "uk tu ni".  
 "ii tu ni", dimana "ii"  dibaca dgn dua (2) harkat. 
- penjelasan: Hamzah wasal pada asalnya mengambil baris di hadapan kerana huruf ke3 (ie huruf ta berbaris depan).  Namun oleh kerana hamzah kedua ie yg berada di atas huruf ya,  apabila (hamzah) dihilangkan, maka hamzah wasal dibariskan dgn baris bawah. 


3. Surah At-Tawbah Ayat 9:49 (m/s 195)  (klik sini
{ وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ ٱئۡذَن لِّي وَلَا تَفۡتِنِّيٓۚ أَلَا فِي ٱلۡفِتۡنَةِ سَقَطُواْۗ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةُۢ بِٱلۡكَٰفِرِينَ }

Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: "Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir.

ٱئۡذَن لِّي
- Jika bacaan diwakafkan sebelum hamzah wasal,  dan apbl dimulakan bacaan ianya di baca sebagai "ii dzal li
 "ii dzal li", dimana "ii"  dibaca dgn dua (2) harkat. 


4. Surah Yunus Ayat 10:15 (m/s 210) (klik sini
{ وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡ ءَايَاتُنَا بَيِّنَٰتٖ قَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَرۡجُونَ لِقَآءَنَا ٱئۡتِ بِقُرۡءَانٍ غَيۡرِ هَٰذَآ أَوۡ بَدِّلۡهُۚ قُلۡ مَا يَكُونُ لِيٓ أَنۡ أُبَدِّلَهُۥ مِن تِلۡقَآيِٕ نَفۡسِيٓۖ إِنۡ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَيَّۖ إِنِّيٓ أَخَافُ إِنۡ عَصَيۡتُ رَبِّي عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٖ }

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".

ٱئۡتِ
- Jika bacaan diwakafkan sebelum bertemu hamzah wasal, "... li qaaa a na. " maka bacaan seterusnya adalah "ii ti".
- "ii ti", dimana "ii"  dibaca dgn dua (2) harkat. 




Thursday, February 10, 2022

Surah Al-Baqarah Ayat 2:188 hingga 189

- us Mahdzir Md Nor kuliah Magrib Isnin 7-Feb-2022

Surah Al-Baqarah Ayat 2:188 hingga 189


وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Hukum Tajwid: "Ikhfak Syafawi":
  • Ikhfak syafawi adalah apabila "mim mati" bertemu dgn huruf "ba"
  • Dlm ayat 188 ini, ikhfak syafawi ditemukan pada 2 tempat.
  • Cara bacaan ikhfak syafawi sama dgn bacaan iklab.  
Hukum Tajwid: "Iklab":
  • Iklab bermaksud apabila nun mati atau tanwin bertemu huruf ba, maka nun mati atau tanwin "digantikan"  dgn huruf mim.

  • Dlm Al-Quran, iklab akan diletakkan huruf "mim kecil", menunjukkan bacaan disitu adalah iklab ie perlu ditukarkan kpd "mim"

  • Cara bacaan iklab ada 2, (kedua-duanya diterima):
    • merapatkan kedua-dua bibir (atas dan bawah) dgn dengung
    • merenggangkan  (membuka) sedikit antara kedua bibir (bibir tidak ditutup rapat) dgn dengung. --  lubang kecil sekadar keluar angin yg sedikit atau sekadar sehelai kertas.

  • Cara sebutan huruf "ba" adalah nipis. Bukan tebal. Kecuali apabila qalqalah.


۞ 
يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡأَهِلَّةِۖ قُلۡ هِيَ مَوَٰقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلۡحَجِّۗ وَلَيۡسَ ٱلۡبِرُّ ب
 تَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِنۡ أَبۡوَٰبِهَاۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."


Hukum Tajwid: "Qalqalah Akhbar"

- Qalqalah Akhbar dibunyikan selepas 2 harkat
"wal haj... jeh" (... berhenti sekira-kira 2 harkat kemudian membunyikan qalqalah dgn bunyi "jeh"). 

qalqalah spt menekan udara sebelum dilepaskan.

- Hadis berkenaan amalan pada bulan Rajab:
Dalam hadith Hamid bin Abi Hamid al-Tawil, bahawasanya beliau mendengar Anas bin Malik ra berkata: telah datang 3 lelaki ke rumah isteri-isteri Nabi saw bertanya tentang ibadah Nabi saw. Apabila dikhabarkan kepada mereka tentang ibadah Baginda saw, mereka seolah-olah memperkecilkan ibadah Baginda, lalu berkata: Siapalah kami jika dibandingkan dengan Nabi saw? Allah telah mengampunkan segala dosa Baginda yang telah lalu dan akan datang. Berkata salah seorang dari mereka: “Sesungguhnya aku solat sepanjang malam.” Berkata seorang lagi: “Aku berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka.” Berkata seorang lagi: “Aku menjauhi wanita dan aku tidak berkahwin,” Kemudian Rasulullah saw datang kepada mereka, lalu bersabda:



Setelah mereka beredar, Aisyah menceritakan hal 3 lelaki itu kepada Rasulullah saw. Rasulullah kemudiannya mengarahkan mereka dipanggil, membetulkan fahaman 3 orang itu.

Maksudnya: “Kaliankah yang berkata begini dan begini? Demi Allah, aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan paling bertaqwa dari kalangan kamu, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur, aku berkahwin dengan wanita, maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku.”



- Hadis bekenaan perbicaraan:
Maksud: Aku hanya seorg manusia dan aku didatangi oleh orang-orang yg berguam, dan mungkin setengah kamu lebih pintar dalam mengeluarkan hujahnya dari setengah yang lain. Lalu aku menajtuhkan hukuman yang memberi kemenangan kepadanya. Oleh itu sesiapa yg aku telah jatuhkan hukuman yang memberi kemenangan kepadanya yang merugikan hak sesorang muslim yang lain, maka sesungguhnya itulah sepotong api neraka. Maka hendaklah ia tanggungnya atau jauhinya.

Pengajaran: Jangan ambil harta sekiranya kemenangan hasil dari perbicaraan itu adalah disebabkan kelebihan hujah, bukannya kebenaran.




Wednesday, November 11, 2020

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:165 hingga 167

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 5-Okt-2020

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:165 hingga 167



وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادٗا يُحِبُّونَهُمۡ كَحُبِّ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَشَدُّ حُبّٗا لِّلَّهِۗ وَلَوۡ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ إِذۡ يَرَوۡنَ ٱلۡعَذَابَ أَنَّ ٱلۡقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعٗا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعَذَابِ

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).



إِذۡ تَبَرَّأَ ٱلَّذِينَ ٱتُّبِعُواْ مِنَ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ ٱلۡعَذَابَ وَتَقَطَّعَتۡ بِهِمُ ٱلۡأَسۡبَابُ

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.


Hukum Tajwid: Hamzah Wasal
  • Pada perkataan "tu bi 'u", seandainya kita nak mulakan ayat, adakah dimulakan dengan "at", "it" atau "ut"? 
    • Hamzah wasal pada dibaca dengan baris bawah (ie "ut") adalah kerana huruf ke-3 adalah baris hadapan.
    • Perhatikan tanda sabdu pada huruf "ta", bermakna terdapat dua (2) huruf "ta". Jadi huruf ke-3 adalah huruf "ta" bukannya huruf "ba". Turutan huruf adalah (i) hamzah wasal (ii) ta (ii) ta (iv) ba 
    • Dengan formula hamzah wasal untuk melihat pada baris huruf ke-3, ianya dimula baca sebagai "ut ta bi 'u", bukannnya melihat kepada huruf "ba" yang menjadikan bacaan salah sebagai "it ta bi 'u"
    • Pada perkataan "nat ta bi 'u", seandainya kita nak mulakan bacaan ayat, hamzah wasal di baca dengan baris bawah, kerana huruf ke-3 ie "ta" berbaris di atas.
    • Jika dimulakan bacaan, bacaannya sebagai "it ta ba 'u wa ra". 

  • Asas hamzah wasal:
    • Sekiranya huruf ke-3 berbaris atas atau baris bawah, maka bacaan hamzah wasal adalah baris bawah.
    • Sekiranya huruf ke-3 berbaris depan, maka hamzah wasal adalah baris depan.
    • Sekiranya dimulakan dgn huruf alif dan diikuti huruf lam, maka bacaan adalah baris atas sebagai "al ...". Utk alif-lam, hanya baris atas shj, tiada baris bawah atau hadapan ("il ..." atau "ul ..")
    • Istimewa utk bacaan pada ayat ke 4 surah Al-Ahqaf, dibaca sebagai baris bawah bagi hamzah wasal. Di baca sebagai "it tu ni ...", bukannya "ut tu ni ..."

Surah Al-Ahqaf Ayat 46:4 (klik sini utk paparan ayat)

قُلۡ أَرَءَيۡتُم مَّا تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَرُونِي مَاذَا خَلَقُواْ مِنَ ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ لَهُمۡ شِرۡكٞ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِۖ ٱئۡتُونِي بِكِتَٰبٖ مِّن قَبۡلِ هَٰذَآ أَوۡ أَثَٰرَةٖ مِّنۡ عِلۡمٍ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ


Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik yang menentangmu): "Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk - makhluk yang kamu seru dan sembah yang lain dari Allah? Tunjukkanlah kepadaku apakah yang mereka ciptakan dari bahagian bumi ini? Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Bawalah kamu kepadaku sebuah Kitab (dari Allah) yang lain dari Al-Quran ini, atau sebarang keterangan yang berdasarkan ilmu (peninggalan orang-orang yang telah lalu) kalau betul kamu orang-orang yang benar (tentang dakwaan kamu itu)!"



    وَقَالَ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُواْ لَوۡ أَنَّ لَنَا كَرَّةٗ فَنَتَبَرَّأَ مِنۡهُمۡ كَمَا تَبَرَّءُواْ مِنَّاۗ كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ ٱللَّهُ أَعۡمَٰلَهُمۡ حَسَرَٰتٍ عَلَيۡهِمۡۖ وَمَا هُم بِخَٰرِجِينَ مِنَ ٱلنَّارِ

    Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.



    Ayat 2:165
    • Kisah peringatan dan pengulangan dari Allah sebagai pengajaran kepada manusia.
    • Dalam ayat 165, manusia mengambil banyak tuhan. Allah adalah difahamkan sebagai salah satu tuhan, sebagai Yang Menghidupkan, Yang Mematikan. Mereka sembah apa sahaja selain dari Allah, sebagai sekutu kepada Allah.
    • Taksub kepada pemimpin, hingga ke tahap takut kepada pemimpin itu (tak berani bantah atau bangkang), dikatakan sebagai "menyembah" makhluk selain Allah iaitulah pemimpin.
    • Tetapi orang yang beriman, hanya ikut perintah dari manusia/pemimpin sekiranya ianya tidak bertentangan dengan perintah Allah. mereka juga berani mengatakan tidak kepada arahan yang menyanggah perintah Allah.
    • Dalam ayat ini sembahan selain dari Allah tidak terbatas kepada objek seperti patung, matahari, pokok. Menyembah kepada perintah-perintah (yang bertentangan dengan ajaran Islam) yang dikeluarkan oleh pemimpin tanpa perkiraan/pertimbangan, disifatkan sebagai sembahan selain dari Allah (ie syirik kepada Allah).

    Ayat 2:166
    • Ayat 166 ini adalah peristiwa bilamana pemimpin-pemimpin (yang sesat) ini akan berlepas diri ie tidak mengaku, dari pengikutnya, ketika mereka melihat azab (neraka) yang bakal diterima. Masing-masinng (pengikut dan pemimpin) mencari alasan dan saling menuding, dengan harapan dapat melepaskan diri supaya tidak bersalah dan terlepas dari siksaan neraka.
    • Isteri akan salahkan suami, suami akan memberi alasan untuk berlepas diri.
    • Anak-anak akan menyalahkan ibu bapa, manakala ibu bapa masing-masing memberi alasan untuk berlepas diri.

    Ayat 2:167
    • Sekutu yang dimaksudkan dalam ayat 165 bukannya batu, patung, objek. Ianya juga melibatkan ketaatan mutlak (hingga tidak berani membangkah) terhadap arahan yang diberikan oleh pemimpin.
    • Ini adalah bentuk syirik, iaitu mensekutukan Allah.

     

    Tuesday, February 5, 2019

    Hukum tajwid: Tempat-tempat Saktah

    Tempat² saktah semasa membaca Al-Quran

    (Rujukan: Kitab Pelajaran Tajwid, us Azhari Ibrahim, muka surat 73)

    1) Tanda saktah iaitu tanda kecil huruf sin sama  ada diletakkan:

    (i) di atas huruf, atau
    (ii) di sebelah tepi (hujung) ayat (pada Al-Quran cetakan terdahulu),

    ianya menandakan wajib berhenti bacaan tanpa mengambil nafas, (ie tidak terus berhenti bacaan, sebaliknya berhenti seketika), dalam kadar 1 harkat, dan sambung semula bacaan ayat tersebut.

    2) 4 tempat adanya tanda saktah di dlm Al-Quran:

    2.1) Surah Al-Kahfi Ayat 18:2
    - hanya jika bacaan ayat pertama disambung dgn ayat kedua. Namun kebiasaanya kita berhenti pada ayat pertama, ambil nafas dan baca ayat kedua.




    Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):



    (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.


    2.2) Surah Yasiin Ayat 36:52



    (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,


    2.3) Surah Al-Qiamah Ayat 75:27



    Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"


    2.4) Surah Al-Mutaffifin Ayat 83:14



    Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

    Thursday, June 22, 2017

    Hukum tajwid: Tanwin bertemu hamzah wasal

    Hukum tajwid: Tanwin bertemu hamzah wasal

    Nun (NUN WIQAAYAH) yang ditambah pada bacaan apabila mana-mana kalimah yang berakhir dengan Tanwin (baris dua ie atas/bawah/hadapan) bertemu dengan Hamzah Wasal.
    1. buangkan satu dari baris tanwin (katalah tanwin ke2),
    2. gantikan baris tanwin (yg ke2 tadi) dengan nun kecil berbaris bawah 
    • Hanya berlaku apbl tanwin itu dibaca bersambung (ditemui pada 33 tempat). 
    • Nun ini juga disebut dengan Nun Wasal atau Nun 'Iwadh, atau Nun Pengganti
    • Nun Wiqaayah dibaca dengan baris bawah (kasrah).
    Contoh: Surah Al-Araf Ayat 7:8 (klik sini utk paparan ayat)


    وَٱلۡوَزۡنُ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡحَقُّۚ فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

    • Dzal tanwin baris dua di bawah bertemu hamzah wasal "al haq", dibaca sebagai: "... dzi nil haq."


    No. Surah Ayat Tanwin ms No. Surah Ayat Tanwin ms
    1 Al-Baqarah 2:180 atas 27 18 Al-Haj 22:25 atas 335
    2 Al-Araf 7:8 bawah 151 19 Al-Mukminun 23:38 hadapan 344
    3 Al-Araf 7:158 atas 170 20 Al-Furqan 25:4 hadapan 360
    4 Al-Araf 7:164 atas 172 21 Al-Furqan 25:26 bawah 362
    5 Al-Araf 7:177 atas 173 22 As-Syura 26:105 bawah 371
    6 At-Taubah 9:24 hadapan 190 23 As-Syura 26:123 hadapan 372
    7 At-Taubah 9:30 hadapan 191 24 As-Syura 26:160 bawah 374
    8 Hud 11:42 hadapan 226 25 Saba' 34:31 bawah 431
    9 Ibrahim 14:18 bawah 257 26 As-Soffat 37:6 bawah 446
    10 Ibrahim 14:26 bawah 259 27 Ghafir 40:8 bawah 468
    11 Al-Hijr 15:61 bawah 265 28 Al-Jasiyah 45:9 atas 499
    12 An-Nahl 16:87 bawah 276 29 An-Najm 53:50 atas 528
    13 Al-Kahfi 18:77 bawah 302 30 Al-Hadid 57:27 atas 541
    14 Al-Kahfi 18:88 atas 303 31 Al-Juma'ah 62:11 atas 554
    15 Maryam 19:7 bawah 305 32 Al-Qiamah 75:12 bawah 577
    16 Maryam 19:61 bawah 309 33 Al-Qiamah 75:30 bawah 578
    17 Al-Haj 22:11 hadapan 333 . . . . .
    Tanwin beremu hamzah wasal sekiranya bacaan disambung. Namun, bacaan yg lebih afdal adalah utk berhenti di tanda (صلى).
    1 Hud 11:31 atas 225 2 An-Nur 24:35 hadapan 354

    [Nota: sila click pada ayat di atas utk melihat teks ayat Al-Quran]

    Cara guna jadual:
    1. Jadual di atas mengandungi dua (2) bahagian, dgn setiap bahagian mengandungi lima (5) column. Setiap column mengandungi:
      • nombor turutan, 
      • nama surah, 
      • nombor ayat, 
      • hukum tanwin dan 
      • muka surat di mana ayat ditemui. 
    2. Maksud 2:180 pada baris pertama jadual di atas adalah ayat ke-180 dalam surah ke-2 Al-Quran ie Surah Al-Baqarah. 
    3. Maksud ms 27 pada baris pertama jadual di atas adalah muka surat (ms) dalam Al-Quran di mana ayat itu boleh ditemui.
    4. Maksud garisan di bawah ayat adalah pautan (link) kepada ayat tersebut. Sila klik pada nombor ayat untuk paparan ayat yang dimaksudkan.