Tuesday, August 16, 2022

Hukum Tajwid: Mad Badal

- us Ahmad Rijal Ghazali kuliah Maghrib  Selasa 16-Ogo-2022

Hukum Tajwid: Mad Badal

Berlaku apabila huruf hamzah bertemu dengan huruf mad di awal kalimah atau setiap huruf hamzah yang dipanjangkan sebutannya. Badal bererti tukar.

Beberapa contoh mad badal yg apabila di mulakan bacaan pada hamzah wasal, hamzah wasal itu dibaca dgn dua (2) harkat. 
  1. Surah Al-Baqarah Ayat 2:283
  2. Surah Al-Ahqaf Ayat 46:4
  3. Surah At-Tawbah Ayat 9:49
  4. Surah Yunus Ayat 10:15

1. Surah Al-Baqarah Ayat 2:283 (m/s 49) (klik sini utk paparan ayat )

{ ۞وَإِن كُنتُمۡ عَلَىٰ سَفَرٖ وَلَمۡ تَجِدُواْ كَاتِبٗا فَرِهَٰنٞ مَّقۡبُوضَةٞۖ فَإِنۡ أَمِنَ بَعۡضُكُم بَعۡضٗا فَلۡيُؤَدِّ ٱلَّذِي ٱؤۡتُمِنَ أَمَٰنَتَهُۥ وَلۡيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُۥۗ وَلَا تَكۡتُمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَۚ وَمَن يَكۡتُمۡهَا فَإِنَّهُۥٓ ءَاثِمٞ قَلۡبُهُۥۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٞ }

Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

ٱؤۡتُمِنَ
- Terdapat hamzah wasal,  maka hamzah wasal ini dibariskan hadapan mengikut huruf ke-3 (iaitu huruf ta yg berbaris hadapan). 
- hamzah ke-2 yg berada di atas huruf wau dihilangkan. Maka cara bacaan apbl di mulakan di sini, berbunyi "uu tu mi na".   "uu tu mi na", dimana "uu"  dibaca dgn dua (2) harkat. 
- jika tidak diwakafkan bacaan sebelum hamzah wasal,  ianya dibaca sebagai "...  fal yu ad dil la zik tu mi na..." 

2. Surah Al-Ahqaf Ayat 46:4 (m/s 502) (klik sini)

{ قُلۡ أَرَءَيۡتُم مَّا تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَرُونِي مَاذَا خَلَقُواْ مِنَ ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ لَهُمۡ شِرۡكٞ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِۖ ٱئۡتُونِي بِكِتَٰبٖ مِّن قَبۡلِ هَٰذَآ أَوۡ أَثَٰرَةٖ مِّنۡ عِلۡمٍ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ }

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik yang menentangmu): "Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk - makhluk yang kamu seru dan sembah yang lain dari Allah? Tunjukkanlah kepadaku apakah yang mereka ciptakan dari bahagian bumi ini? Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Bawalah kamu kepadaku sebuah Kitab (dari Allah) yang lain dari Al-Quran ini, atau sebarang keterangan yang berdasarkan ilmu (peninggalan orang-orang yang telah lalu) kalau betul kamu orang-orang yang benar (tentang dakwaan kamu itu)!"

ٱئۡتُونِي
- Di baca sebagai "ii tu ni",  bukannya "uk tu ni".  
 "ii tu ni", dimana "ii"  dibaca dgn dua (2) harkat. 
- penjelasan: Hamzah wasal pada asalnya mengambil baris di hadapan kerana huruf ke3 (ie huruf ta berbaris depan).  Namun oleh kerana hamzah kedua ie yg berada di atas huruf ya,  apabila (hamzah) dihilangkan, maka hamzah wasal dibariskan dgn baris bawah. 


3. Surah At-Tawbah Ayat 9:49 (m/s 195)  (klik sini
{ وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ ٱئۡذَن لِّي وَلَا تَفۡتِنِّيٓۚ أَلَا فِي ٱلۡفِتۡنَةِ سَقَطُواْۗ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةُۢ بِٱلۡكَٰفِرِينَ }

Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: "Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir.

ٱئۡذَن لِّي
- Jika bacaan diwakafkan sebelum hamzah wasal,  dan apbl dimulakan bacaan ianya di baca sebagai "ii dzal li
 "ii dzal li", dimana "ii"  dibaca dgn dua (2) harkat. 


4. Surah Yunus Ayat 10:15 (m/s 210) (klik sini
{ وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡ ءَايَاتُنَا بَيِّنَٰتٖ قَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَرۡجُونَ لِقَآءَنَا ٱئۡتِ بِقُرۡءَانٍ غَيۡرِ هَٰذَآ أَوۡ بَدِّلۡهُۚ قُلۡ مَا يَكُونُ لِيٓ أَنۡ أُبَدِّلَهُۥ مِن تِلۡقَآيِٕ نَفۡسِيٓۖ إِنۡ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَيَّۖ إِنِّيٓ أَخَافُ إِنۡ عَصَيۡتُ رَبِّي عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٖ }

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".

ٱئۡتِ
- Jika bacaan diwakafkan sebelum bertemu hamzah wasal, "... li qaaa a na. " maka bacaan seterusnya adalah "ii ti".
- "ii ti", dimana "ii"  dibaca dgn dua (2) harkat. 




No comments: