Showing posts with label Melalaikan Solat. Show all posts
Showing posts with label Melalaikan Solat. Show all posts

Friday, February 6, 2026

Tadabbur Surah Al-Ankabut ayat 29:45

- us Dr Hasnan Kasan kuliah Maghrib Jumaat 6-Feb-2026

Tadabbur Surah Al-Ankabut ayat 29:45

- Dua (2) amalan utama di dlm bln Ramadhan adalah membaca Al-Quran dan solat. Dalilnya dlm surah Al-Ankabut 29:45 (klik sini)
{ ٱتۡلُ مَآ أُوحِيَ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ }

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


- "ٱتۡلُ" ie bermaksud mambaca Al-Quran
- Maksud membaca Al-Quran adalah membaca dengan lafaz yang jelas, mematuhi hukum tajwid, dan mendalami makna ayat untuk mencapai khusyuk.

- Surah Quraish ayat 106:1 (klik sini)
{ لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ }

Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)

- Allah jadikan ayat ini mengandungi 3 perkataan shj, bukan 4. Secara literal kita rasa mcm ada 4 perkataan. 3 perkataan dlm ayat ini adalah:
1) li - 1 perkataan
2) ilaf - 1 perkataan
3) Quraisy - 1 perkataan

- "يَعۡلَمُ" bermaksud Maha tahu dan akan memberikan ganjaran. Ganjaran Allah itu berdasarkan:
1) solat yg sempura,
2) bacaan Al-Quran yg sempurna dan
3) tingkah-laku yg baik.

- Doa yg dituntut sebelum memberi salam pertama (tahyat akhir, dlm solat)
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنّْي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ } 
Allahummaghfirlimaa qaddamtu wamaa akkhartu wamaa asrartu wamaa a'lantu wamaa asraftu wamaa anta a'lamu bihee minnii, anta al-muqaddimu wa anta al-mu'akhkhiru laa ilaaha illaa anta.
 
  • Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang rahsia dan yang terang, yang berlebihan, dan apa yang Engkau lebih tahu daripada aku. Engkau yang mendahulukan dan mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau. (Riwayat Muslim).

- Doa yg lain adalah, 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ }

Allāhumma innī a‘ūżu bika min ‘azābi jahannam, wa min ‘azābil qabri, wa min fitnatil maḥyā wal mamāt, wa min syarri fitnatil masihid dajjāl.

  • "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal."

Perbincangan:
1. Apakah hukumnya makmum masih belum keluar solat (memberi salam) walaupun imam telah tamat solat?
Solat makmum itu sah. Hubungan wajib makmum dengan imam ie mengikut rukun solat adalah sehingga selesai imam memberi salam pertama. Selepas selesai imam memberi salam pertama, maka makmum yang meneruskan bacaan doanya seperti doa di atas adalah dibenarkan, dlm keadaan dia khusuk berdoa tanpa lalai, sehingga dia menamatkan solatnya.

2. Apakah dalil yang menegah melewatkan solat ke hujung waktu? 
Rujuk dalilnya dalam surah Al-Maamun ayat 107:5 (klik sini
{ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ }

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

- "عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ" bermaksud yg lalai daripada solatnya. Dlm ayat ini, Allah tidak mengatakan "fi solati" (bermaksud di dalam solatnya). 
  • Baik lalai dari permulaan waktunya sehingga mereka mengerjakannya di akhir waktu solat secara terus-menerus atau menjadi kebiasaan, atau  
  • dari pelaksanaanya dgn rukun dan syarat-syarat2 sesuai yang diperintahkan
  • mahupun dari kekhusyukan di dalam menjalankannya serta mencermati seluruh maknanya
Dgn demikian, lafaz tersebut mencakupi semua itu.  


Sunday, October 2, 2011

Dosa Besar ke-4 Melalaikan Solat

- Us Shairozi bab Dosa Besar, kuliah Maghrib Ahad 2-Okt-2011

Dosa besar ke-4 ie meninggalkan solat.

-firman: Surah Maryam ayat 19:59 (klik sini)
{ فَخَلَفَ مِنۢ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلشَّهَوَٰتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ۝٥٩ }
Kemudian, datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jahat) yang mensia-siakan sembahyang dan menurut hawa nafsu; maka mereka akan menghadapi keburukan (balasan azab).


- Org yg tidak sembahyang akan mengikut syahwat/nafsunya.
  • Ibnu Abbas mentafsirkan: melalaikan solat itu bukanlah meninggalkan keseluruhan solat, tetapi melengah-lengahkan solat hingga ke lewat waktu.

  • Said Musayyab mentafsirkan: sesorg tidak menunaikan solat zohor kecuali waktu solat asar tlh tiba. Tidak dia solat asar kecuali tlh tiba waktu maghrib. Tidak dia solat isyak kecuai tlh tiba waktu suboh. Begitu juga solat suboh kecuali tlh hampir terbit matahari.

-barangsiapa yg mati dlm keadaan itu, dan dia tidak bertaubat, maka Allah janjikan neraka ghail.

-Said Musayyab mentafsirkan suatu wadi dlm neraka jahannam yg lembah paling dlm dan paling busuk baunya. Sementara neraka wail kpd org yg bersolat tetapi lalai dlm solatnya.

-Dia bersandarkan kpd suatu hadis Nabi, sabda Nabi melalaikan solat adalah org yg melengah2kan solat.

-digambarkan keadaan wadi/lembah itu, kalau dilalukan pd gunung-ganang nescaya cair gunung-ganang itu.

- itulah tempat bg org yg melengah2kan dan melalaikan solat. Kecuali dia bertaubat kpd Allah, dan dia menyesal akan perbuatannya. jika dia tertinggal solat maka wajib baginya menggantikan/qada.

- wahai org2 yg beriman, jgnlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak2 melalaikan dr mengingati Allah, jika tidak rugilah org itu.

- jika org itu dilalaikan oleh hartanya, atau jika dilalaikan oleh anak2, atau dilalaikan oleh isteri.

-Kisah anak saidina Omar yg beru bernikah, isterinya cantik. Suatu hari ketika saidina Umar lalu dihadapan rumah anaknya, Abdullah bergurau senda dgn isterinya. Ketika pulang dr menunaikan solat Abdullah masih bersama isterinya. Saidina Umar memanggil anaknya dan menceritakan bhw isteriya yg cantik itu tlh menyebabkab dia lalai kpd Allah, lalu disuruh menceraikan isterinya. Abdullah taat kpd arahan ayahnya dan menceraikan isterinya. Abdullah menyesali perbuatannya, bertaubat dan menangisi kesilapannya. Melihat perubahan itu, saidina Umar bersetuju utk Abdullah rujuk semula.

  • solat yg rosak adalah solat yg dilakukan dgn laju. Jika solat itu rosak maka dia termasuk dlm golongan org2 yg menyesal dan rugi yg besar.

- Apbl masuk neraka nanti akan ditanya, apa yg menyebabkan dia masuk neraka, maka dia menjawab bhw dulu dia melengahkan solat, tak beri makan kpd org2 fakir/miskin tetapi duduk bersama kwn lain dan menumpat, tak berapa percaya akan hari akhirat.


Carian Internet:
  • Dari Ali r.a., katanya: Ketika terjadi peperangan Ahzab, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kiranya Tuhan memenuhkan rumah-rumah dan kubur-kubur mereka dengan api, kerana mereka melalaikan (melambatkan) kami dari mengerjakan solat wustha (Asar), sehingga terbenam matahari.". [Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1328]

  • Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku: Bakal terjadi sesudahku, dimana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagi mu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu." (pada awal waktunya). [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0605]