- us Dr Hasnan Kasan kuliah Maghrib Jumaat 6-Feb-2026
Tadabbur Surah Al-Ankabut ayat 29:45
- Dua (2) amalan utama di dlm bln Ramadhan adalah membaca Al-Quran dan solat. Dalilnya dlm surah Al-Ankabut 29:45 (klik sini)
{ ٱتۡلُ مَآ أُوحِيَ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ }
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
- "ٱتۡلُ" ie bermaksud mambaca Al-Quran
- Maksud membaca Al-Quran adalah membaca dengan lafaz yang jelas, mematuhi hukum tajwid, dan mendalami makna ayat untuk mencapai khusyuk.
- Surah Quraish ayat 106:1 (klik sini)
{ لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ }
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
- Allah jadikan ayat ini mengandungi 3 perkataan shj, bukan 4. Secara literal kita rasa mcm ada 4 perkataan. 3 perkataan dlm ayat ini adalah:
1) li - 1 perkataan
2) ilaf - 1 perkataan
3) Quraisy - 1 perkataan
- "يَعۡلَمُ" bermaksud Maha tahu dan akan memberikan ganjaran. Ganjaran Allah itu berdasarkan:
1) solat yg sempura,
2) bacaan Al-Quran yg sempurna dan
3) tingkah-laku yg baik.
- Doa yg dituntut sebelum memberi salam pertama (tahyat akhir, dlm solat):
{ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنّْي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ }
Allahummaghfirlimaa qaddamtu wamaa akkhartu wamaa asrartu wamaa a'lantu wamaa asraftu wamaa anta a'lamu bihee minnii, anta al-muqaddimu wa anta al-mu'akhkhiru laa ilaaha illaa anta.
- Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang rahsia dan yang terang, yang berlebihan, dan apa yang Engkau lebih tahu daripada aku. Engkau yang mendahulukan dan mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau. (Riwayat Muslim).
- Doa yg lain adalah,
{ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ }
Allāhumma innī a‘ūżu bika min ‘azābi jahannam, wa min ‘azābil qabri, wa min fitnatil maḥyā wal mamāt, wa min syarri fitnatil masihid dajjāl.
- "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal."
Perbincangan:
1. Apakah hukumnya makmum masih belum keluar solat (memberi salam) walaupun imam telah tamat solat?
Solat makmum itu sah. Hubungan wajib makmum dengan imam ie mengikut rukun solat adalah sehingga selesai imam memberi salam pertama. Selepas selesai imam memberi salam pertama, maka makmum yang meneruskan bacaan doanya seperti doa di atas adalah dibenarkan, dlm keadaan dia khusuk berdoa tanpa lalai, sehingga dia menamatkan solatnya.
2. Apakah dalil yang menegah melewatkan solat ke hujung waktu?
Rujuk dalilnya dalam surah Al-Maamun ayat 107:5 (klik sini)
{ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ }
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
- "عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ" bermaksud yg lalai daripada solatnya. Dlm ayat ini, Allah tidak mengatakan "fi solati" (bermaksud di dalam solatnya).
- Baik lalai dari permulaan waktunya sehingga mereka mengerjakannya di akhir waktu solat secara terus-menerus atau menjadi kebiasaan, atau
- dari pelaksanaanya dgn rukun dan syarat-syarat2 sesuai yang diperintahkan,
- mahupun dari kekhusyukan di dalam menjalankannya serta mencermati seluruh maknanya.
Dgn demikian, lafaz tersebut mencakupi semua itu.
No comments:
Post a Comment