- Daripada Abdullah bin Salam RA, Rasulullah SAW bersabda semasa baginda tiba di Madinah:
"أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصِلُوا الْأَرْحَامَ وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ".
Maksudnya: "Sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkanlah silaturrahim, dan solatlah pada waktu malam ketika manusia tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dalam keadaan selamat." [Sunan Tirmidzi, no. 2485; status: Hasan Sahih]
{ وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا }
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
{ ۞وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـٔٗاۖ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنٗا وَبِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخۡتَالٗا فَخُورًا }
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
- Bukan semua orang akan masuk syurga!
{وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ}
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
- Orang yang mencari agama selain Islam sebagai jalan hidupnya, atau seorang yang kekal dengan tidak berugama atau matinya bukan sebagai seorang muslim (Islam) maka mereka ini adalah org² kafir, kufur kepada Allah. Allah janjikan kehidupan mereka di akhirat nanti dalam neraka Jahannam. Dalilnya dalam surah Az-Zumar ayat 39:71 (klik sini)
{وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۖ وَلَٰكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ}
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.
- Kehidupan org² kafir di dalam neraka itu, Allah janjikan azab berat dan menyeksakan yang tidak pernah berhenti, malah digandakan seksaan ke atas mereka. Dalilnya dalam surah Faatir ayat 35:36 (klik sini)
{وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقْضَىٰ عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ مِنْ عَذَابِهَا ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُورٍ}
Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.
- apabila tiada kematian dalam neraka, bermakna meraka yg dimasukkan di dlm neraka itu akan kekal hidup dgn menangung azab dan seksaan.
- Azab yang diterima oleh org² kafir dalam neraka ditambah (ditingkatkan) kerana mereka semasa hidup dengan menghalang diri mereka dari menerima dan memeluk Islam. Juga org² kafir yang menghalang org lain (termasuk ahli keluarganya) dari menerima Islam. Dalilnya dlm surah An-Nahlu ayat 16:88 (klik sini)
{الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ زِدْنَاهُمْ عَذَابًا فَوْقَ الْعَذَابِ بِمَا كَانُوا مُفْسِدِينَ}
Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang lain) dari jalan Allah, Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka), disebabkan mereka membuat kerosakan.
- Fahaman dan soalan yang biasa difikirkan oleh seorg yg bukan Islam, menyebabkan mereka menolak Islam:
- "Allah tidak adil kerana syurga hanya untuk umat Islam sahaja, sedangkan ramai di kalangan kami berbuat kebaikan dan tidak berbuat jahat"
- "Bagaimana boleh Allah adil jika non-Muslim yang baik hati kekal di neraka walaupun tidak tahu Islam dengan betul"
- "Bukankah Tuhan Maha Pengasih, kenapa syurga eksklusif untuk satu agama sahaja?"
- "Orang kristian akan masuk syurga kerana tuhan yesus telah mengampunkan semua dosa mereka, menjadikan mereka disebut sebagai orang benar dan akan terus diangkat ke syurga".
- Amal baik org² kafir semasa hayat mereka (di dunia) adalah sia-sia sahaja, tidak diterima oleh Allah. Mereka mengirakan bhw amalan baik mereka itu berguna utk menjamin mereka masuk syurga, sebaliknya Allah nyatakan bhw amalan baik mereka itu sebagai "logamaya" atau "fartamorgana". Dalilnya dalam surah An-Nur ayat 24:39 (klik sini)
{وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّىٰ إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجْدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ ۗ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ}
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.
No comments:
Post a Comment