- us Azhar Tuarno kuliah Suboh Sabtu 21-Feb-2026
Takabbur
Menurut mazhab Syafie, takabbur didefinisikan sebagai sifat sombong yang merasa diri lebih tinggi dan merendahkan orang lain, berdasarkan hadis Rasulullah SAW:
- "Al-kibru baghyun 'alal haqqi wa ghaddun linnas" (Kebesaran itu menolak kebenaran dan menghina manusia) [riwayat Muslim].
Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tidak dapat masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat rasa sombong walaupun hanya seberat debu." Seorang laki-laki bertanya, "Bagaimana kalau seseorang suka memakai baju dan sepatu bagus?" Jawab Rasulullah saw, "Allah itu indah (jamil). Dia menyukai yang indah. Sedangkan sombong itu menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0071]
Tingkatan takabbur:
- Takabbur kpd Allah, spt sombongnya firaun kpd Allah.
- Takabbur kpd Nabi Muhammad saw, spt:
- a) Abu Jahal dan org² quraisy yg menyakini sifat amanah Anbi Muhammad saw tetapi tidak boleh terima kebenaran dakwah yg dibawa oleh baginda Rasulullah.
- b) Bani Israel yg meminta seorg raja yg adil, tetapi bila Allah pilih Talut menjadi raja, bani Israel menolaknya atas dasar Talut bukan dari kalangan org bangsawan, org kaya. Talut asal kerjanya membersih kulit binatang.
- Takabbur kpd hamba² Allah ie menghina manusia. Org sebegini merasa dirinya hebat dan lebih mulia dari org lain. Sombong itu adalah pakaian Allah, spt hadis: Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a., keduanya mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Angkuh dan sombong adalah pakaian Allah Ta'ala. Maka siapa yang menyaingi pakaian-Nya, Allah Ta'ala akan menyeksanya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2248]
Kata Ibnu Kudamah, ada 3 jenis takabbur:
"Takabbur ialah rasa besar diri dengan meremehkan orang lain, menolak kebenaran yang datang daripada sesiapa yang dianggap rendah, dan memandang serong kepada hamba Allah."
Ia bertentangan dengan tawadhu' dan menjadi punca dosa besar kerana menghalang taubat.
- Takabbur ada dlm diri,
- Takabbur yg nampak dari manusia, spt ahli ibadat menganggap remeh kpd org lain.
- Takabbur dgn nasab keturunan.
- Kisah tiga orang kaya dari Bani Israil yang diuji malaikat – dua orang cacat (kulit belang/sopak dan botak) serta seorang buta – terdapat dalam hadis Shahih Bukhari dan Muslim (riwayat Abu Hurairah RA).
Ringkasan KisahAllah menguji mereka: Malaikat menyembuhkan cacat mereka dan memberi ternakan bunting (unta/lembu untuk dua orang pertama, kambing untuk si buta). Ternakan berkembang biak menjadi kawanan besar. Kemudian malaikat menyamar sebagai orang miskin meminta bantuan:Orang sopak & botak: Menolak, mengatakan harta warisan nenek moyang, lalu dikembalikan ke keadaan cacat asal.Orang buta: Bersyukur, "Dulu saya buta, Allah pulihkan mata saya. Ambil apa sahaja yang disuka." Malaikat berkata, "Kekalkan hartamu. Allah redha padamu, murka pada dua temanmu."
4) Takabbur dgn harta, spt apabila seseorang mempamerkan kekayaan untuk menunjukkan kelebihan diri dan merendahkan orang lain secara halus.
- Syeikh Yusuf Al-Qardawi menasihati umat Islam supaya tidak menjadi "hamba Ramadhan" sahaja, iaitu orang yang hanya beribadah giat semasa bulan puasa tetapi kembali kepada kelalaian selepasnya. Kata-kata beliau dalam buku dan ceramahnya tentang Ramadhan, Syeikh Al-Qardawi berkata:
- "Janganlah kamu menjadi hamba Ramadhan sahaja, yang berpuasa di bulan Ramadhan dan berbakti kepada Allah hanya ketika itu. Sebaliknya, jadikan Ramadhan sebagai sekolah untuk mendidik jiwa, supaya selepas Ramadhan engkau kekal istiqamah dalam ketaatan kepada Allah sepanjang hayatmu."
Catatan Kuliah:
- Takabbur Siri-2 | us Azhar Tuarno | 2-Mei-2026 (klik sini)
-
No comments:
Post a Comment