Showing posts with label Kuliah Fiqh Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Kuliah Fiqh Ibadah. Show all posts

Monday, January 31, 2022

Bersegera Melakukan Amal Soleh Hingga Mendapat Keampunan Allah

- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 14-Nov-2021

- Manusia itu makhluk yg lalai.

- perkataan insan dtg dari perkataan dasar "nasia" ie lupa.

- Allah terima taubat hambaNya. Meminta ampun adalah budaya kehidupan manusia. Allah boleh ampunkan dosa dgn beberapa amalan spt mengambil wuduk. Juga amalan lazim:
a) solat 5 waktu yg mengampun dosa-dosa dicelah/di antara dua solat. 
b) solat Jumaat, di antara dua solat Jumaat,
c) umrah, di antara dua umrah. 
d) haji, di antara dua haji.
e) amal kebaikan, turutilah amal kebaikan setelah lakukan kemungkaran. 

- kelalaian akan diampunkan selagi mana tidak melakukan dosa besar, seperti:
a) Syirik 
b) Minum arak
c) Lari dari medan perang
... 

- seseorg yg terus-menerus melakukan dosa kecil, akan menjerumuskan dirinya atau membawanya kpd dosa besar. 

- "lamam" ie dosa kecil boleh diampunkan oleh Allah bila seseorg meneruskan/melazimkan amalan2 ugama. Bersegeralah kamu dlm melakukan amalan. 

- Surah Al-Hadid Ayat 57: 21 (klik sini utk paparan ayat)

 سَابِقُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا كَعَرۡضِ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ أُعِدَّتۡ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ


Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.


- Matlamat hidup seorg muslim adalah syurga. 

- Surah Ali-Imran Ayat 3:133 (klik sini utk paparan ayat)

۞وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

- Allah suruh manusia bersegera dlm membina rumah di syurga. Adab dlm berdoa adalah memohon syurga Firdaus yg kedudukannya paling tertinggi. 
Syurga Firdaus adalah syurga paling tinggi, yg padanya mengalir air yg mengalir ke syurga-syurga yg lain. 

- para sahabat berlumba-lumba utk beramal/mendapatkan syurga. 

- Minda akhirat ie mencari keredhaan Allah akan membawa seseorg dlm kehidupannya, bukan sebaliknya. 

- Dlm menghadapi masalah dunia, Allah menyebutkan "jangan kamu panjangkan mata kamu kepada nikmat/kelebihan yg ada pada seseorg, maksudnya kita hanya perlu lihat lahiriah shj tanpa perlu menyelidik disebalik kelebihan/kekayaan org tersebut, kerana itu akan menimbulkan cemburu. Ia akan membawa kpd kecintaan kepada dunia.

- Surah At-Taubah Ayat 9:55 (klik sini utk paparan ayat)

فَلَا تُعۡجِبۡكَ أَمۡوَٰلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُهُمۡۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَتَزۡهَقَ أَنفُسُهُمۡ وَهُمۡ كَٰفِرُونَ

Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).


Sebaliknya cemburulah kpd amalan ugama dan perkara kebaikan. Perlumbaan sebeginilah menjadikan seseorg berusaha utk mengatasi kekangan yg dihadapi utk memperbaiki dirinya.

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:148 (klik sini utk paparan ayat)

 

وَلِكُلّٖ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَاۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ أَيۡنَ مَا تَكُونُواْ يَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Wednesday, August 27, 2014

Keperluan dalam memberi keutamaan dalam melakukan ibadah

-us Shahrul Nizam Kuliah Maghrib 27-Ogo-2014

Keperluan Umat Islam terhadap Keutamaan

Ada 2 faktor Dr Yusof Al-Qardawi menulis buku ini:
  1. ketidak seimbangan umat islam namun kekuatan tidak memihak kpd umat Islam.
  2.  ...

1. Umat Islam tidak dpt memberikan keutamaan dlm kehidupannya.
  • Sebagai contoh dunia hiburan diberi keutamaan berbanding pengajian ilmu. - tajaan utk acara hiburan mencurah-curah berbanding tajaan utk sekolah anak yatim.
  • Pd tahun 1993, masyarakat Mesir pd ketika itu tiada tajuk yg paling dibincangkan melainkan bola sepak. Masyarakat lalai dgn hal bola sepak. Bintang dlm hati mereka adalah mereka2 yg bermain bola sepak.

2. Penyelewengan disbbkan oleh para ilmuan menitik beratkan perkara yg tidak perlu/penting kpd masyarakat.
  • (a) Kajian terhadap org yg mengerjakan ibadat haji adalah terdiri daripada 15% org yg pergi buat kali pertama (ie wajib ke atas mereka) Manakala 85% lg pergi ke Mekah sebagai melakukan perkara yg sunat (kerana telah pernah menunaikan haji wajib) dgn kos yg tinggi. Sekiranya belanja utk menunaikan haji ke2, ke3, etc disalurkan utk perkara yg lebih penting maka itu adalah lebih baik utk membaikan/memperelokkan masyarakat Islam. Sebagai contoh disalurkan kpd Gaza utk membentuk sebuah negara Islam yg stabil, aman dan berdaulah.

Surah At-Taubah Ayat 9:19 dan 20 (klik sini utk paparan ayat)

(أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ)

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Ayat 9:20 (klik sini) 
(الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ)

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Dr Yusof Al-Qardawi memberi contoh kpd melakukan perkara sunat yg berulang kali spt menunaikan umrah berulang-ulang kali, di mana, adalah lebih afdal utk menginfakkan harta kpd perkara yg lebih baik (berbanding melakukan umrah berulang kali), yg boleh memberi kebaikan kepada umat islam, atau bantuan kpd jalan fisabilillah.

  • (b) Dr Yusof Al-Qardawi merakamkan kekecewaan beliau terhadap penduduk di Qatar, utk meminta dana utk membantu masyarakat Islam di Bangladesh yg berhadapan ancaman krisnianisasi (menyelamatkan aqidah). Beliau amat kecewa pd ketika itu kerana tidak mendapat sumbangan dana utk menyelamatkan aqidah saudara seislam.

Kesan dari ketidak fahaman terhadap keutamaan:
1. Umat Islam tidak akan menghiraukan terhadap perkara fardu kifayah.
  • Spt peningkatan ilmu pertanian, teknologi persenjataan.

2. Mengabaikan sebahagian fardu ain.
contoh Surah At-Taubah Ayat 9:71 (klik sini)

(وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dlm ayat ini, Allah memberi penekanan kpd perkara terhadap masyarakat (spt mencegah kemungkaran) mendahului perkara peribadi (spt melakukan solat, dan mengeluarkan zakat).

3. Mengutamakan perkara yg sunat berbanding perkara yg lebih penting (atau wajib).

Wednesday, July 6, 2011

Perkahwinan - bab Talak

- Us Shahrul Nizam Kuliah Maghrib Selasa 5 Julai 2011 (** catatan kuliah)

1. Cara2 berlakunya talak
1) Mengikut sunnah, (perkara halal yg paling tidak disukai) ada 3 langkah,
a) Talak 1 dlm keadaan isteri yg masih belum disetubuhi. Rujuk boleh dilakukan dlm tempoh edah ie dlm tempoh 3 kali suci.
- Hukum melafaskan 3 thalak (sekali gus), maka jatuh talak tersbt.
 --> Cth: 'aku ceraikan kamu dgn talak 3', atau lafas 'aku ceraikan kamu' diulang sebyk 3x.

2) Beberapa masalah berkenaan kes talak:
a) jika talak disebutkan dlm bahasa yg tidak fahami oleh isterinya, maka tidak jatuh talak.
b) seorg yg menuturkan kata2 lafas talak tetapi tidak jelas. Isteri mesti bertanya kpd suami utk penjelasan, jika maksud si suami adalah utk talak maka talak itu terlaksana.
c) jika suami meletakkan perkataan insyallah dlm lafas talaknya. Maka tidak tidak terlaksana, ie dia menggantungkan talak kpd Allah, maka ianya tidak sah.

3) Hukum kembali semula/rujuk
a) jika sorg suami mentalakkan isteri yg belum disetubuhi, maka dia perlu bernikah semula, kerana bekas isterinya tiada tempoh edah. Walau pun talak itu akibat dr talak 1.
b) jika bercerai secara khuluk, bekas suami tadi perlu bernikah semula utk rujuk.
c) jika seorg suami telah mentalak isterinya samada talak 1 atau 2 , yg tlh disetubuhi, maka pasangan ini sahaja buleh rujuk semula.

4) Bagaimana cara utk rujuk
a) cukup dgn ucapan/kata2 suami yg sama maksud utk rujuk spt 'saya nak rujuk semula'. Dan situasi hari ini rujuk perlu di bawa ke mahkamah utk rekod, etc. Rujuk tidak buleh dilafas oleh isteri.
b) sunat membawa 2 saksi utk rujuk.

- Hadis Nabi, tidak dikira talak kpd org yg terlupa, tidak sedar atau dlm keadaan dipaksa. Seperti melatah, mengigau, dlm keadaan sangat marah (dlm keadaan tidak sedarkan diri).
 
- Org yg mabuk dan melafaskan talak, hukumnya terlaksana talak, kerana dia sengaja memabukkan diri spt minum arak atau makan/hisap dadah.

5) Beberapa perkara yg menyerupai talak
1) al-ilat - ie sumpah suami utk tidak menyetubuhi isteinya utk tempoh masa melebihi 4 bulan.
- jikadlm masa 4 buln dia tida menarik semula sumpah, mak hakim, atas permintaan isteri buleh meminta suami utk berundur semula utk membatalkan sumpahnya. Atau hakim booleh memutuskan ikatan pernikahan mereka. Maka jatuhlah talak 1.
2) az-zihar ie menyamakan isteri dgn muhrim spt ibu, adik perempuan.
3) li 'an

Perkahwinan - bab Talak

- Us Shahrul Nizam Kuliah Maghrib Selasa 21 Jun 2011 (** catatan kuliah)

1. Pengertian Talak
a) Dari sudut bahasa adalah membuka.
b) pengertian dari sudut syariat adalah membuka ikatan perkahwinan dgn lafas talak dan seumpamanya.

-Dalil: Surah Al-Baqarah Ayat 2:229 , Talak itu 2 kali (ie cerai pertama buleh dirujuk, cerai ke2 juga buleh dirujuk. Cerai k3 tidak buleh dirujuk).

A229

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah Ayat 2:229) 


-Dalil ke-2: Surah At-Talak Ayat 65:1.

A001

Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain). (At-Talak Ayat 65:1)


-dlm ijmak (kesepakatan para ulamak): Allah tlh mensyariatkan talak.
-terjadinya ijmak adalah terdpt penjelasan yg jelas dlm Al-Quran atau melalui hadis2 Nabi. Para ulamak kesmuanya bersetuju dan bersefahaman ttg sesuatu perkara/syariat.


2. Jenis-jenis Talak
2.1 Talak as-soheh wal khinayah (yg jelas dan yg tidak jelas).

(a) yg jelas(soheh) iaitu penggunaan perkataan yg jelas maksudnya terhdp talak. Kata2 yg diucap tidak mengandungi maksud2 lain.
 --> Cth: " saya ceraikan awak dgn talak 1."

(b) khinayah/samar2/tidak jelas iaitu menggunakan lafas talak selain dr perkataan talak.
 --> Cth: "saya membebaskan awak."
 - sekiranya niat suami bukan bermaksud talak/cerai maka ia tidak membawa maksud talak.

(c) Hukum
 - Talak yg menggunakan lafas yg jelas maka ianya berlaku serta-merta, sama ada suami mempunyai niat atau tidak (spt bergurau).
 - sabda Nabi: 3 perkara yg jika dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja, maka perkara tersbt berlaku secara betul iaitu (1) pernikahan (2) talak (3) rujuk.

(d) Rujuk dlm temph edah tidak memerlukan persetujuan wanita.


2.2 Talak mengikut sunnah dan yg tidak mengikut sunnah.
(a) Mengikut sunnah: suami melafaskan talak dlm keadaan isteri yg dlm berkeadaan suci. Amat sukar mendpt keadaan ini.

(b) Tidak mengikut sunnah: Talak dlm keadaan isteri dlm keadaan haid, nifas, atau setelah disetubuhi dan masih belum suci.


2.3 Tidak mengikut sunnah dan tidak pula bidaah
(a) Bercerai sebelum isteri belum baligh, atau menceraikan isteri yg dlm keadaan hamil yg kurang jelas, atau dlm keadaan isteri yg belum disetubuhi.

(b) Talak yg bidaah, si suami berdosa mentalakkan isterinya dlm keadaan ini. Disunatkan si suami utk rujuk semula isterinya.

-Allah mengharamkan talak yg bidaah ini, kerana talak tersbt memanjangkan temph edah wanita.

-hukum kpd talak yg jenis ke3, tidak haram kerana tidak membawa kemudaratan.
 --> Cth: talak kpd isteri yg belum disetubuhi.

2.4 Talak biasa dan talak khuluk
(a) Talak biasa = perceraian yg berlaku kerana keinginan suamai (sama spt talak sunnah, juga hukumnya sama spt talak sunnah).

(b) Talak khuluk = perceraian di tangan isteri, iaitu keinginan talak adalah dr pihak wanita yg bersungguh2. - Islam mensyaratkan wanita tsbt perlu mengembalikan mahar yg diberikan oleh suami sewaktu pernikahan. Kemudian si suami melafaskan talak secara jelas talak tersbt.

-kisah: sepasang suami isteri yg mana si isteri menyatakan yg suaminya tidak mempunyai apa2 kekurangan tetapi dia sudah tidak ingin bersama suaminya lagi. Rasulullah mengarahkan wanita tsbt memulangkan semula mahar (ketika pernikahan mereka ie buah tamar).

-Tidak berlaku khuluk kiranya wanita itu tidak waras.

-Tiada rujuk dlm edah utk talak khuluk. Jika hendak bernikah semula maka ianya spt nikah biasa.


2.5 Fasakh
(a) Mahkamah memisahkan pasangan suami isteri hingga siasatan selesai, spt utk sahkan wali sewaktu pernikahan, sahkan status perkahwinan, etc.


3. Syarat-syarat Talak
(i) Sabitnya pernikahan.

(ii) Dia (suami) berada dlm akal yg sempurna, bukan sewaktu mengigau, atau suami yg belum baligh (utk kes suami isteri yg dinikahkan oleh keluarga mereka sewaktu mereka masih kanak2). Mabuk yg tidak sengaja spt terlalu byk makan tapai atau ubat atau dipaksa minum arak.

- dlm mazhab Syafiee, suami yg sengaja minum arak dan kemudian melepaskan talak, maka jatuh hukum talak, kerana dia sengaja memabukkan diri.


4. Lain2 hal
(a) Talak bagi org yg main2
- Jatuh talak bagi org yg berlakun atau bermain2 sekiranya dia tidak dipaksa, atau gurauannya tidak diterima sebagai keuzuran (mabuk kerana tidak sengaja).

Perkahwinan - bab Perceraian

Hak dan tanggungjawab suami isteri selepas perceraian.
- Us Shahrul Nizam Kuliah Maghrib Ahad 12 Jun 2011 (** catatan kuliah)

Hak isteri selepas perceraian
1. Hak tempoh edah.
-ada beberapa jenis edah

  1. Haram cerai isteri sewaktu dtg haid, kerana menyiksa wanita tsbt.
  2. Wanita yg mengandung: jika cerai ketika mengandung 2 bulan, maka tempoh edahnya adalah kira-kira 7 bln lebih (i.e. sehingga lahir anak atau berlaku keguguran kandungan)
  3. Wanita yg dinikahi dan dicerai sebelum disetubuhi, maka tiada tempoh edah baginya. (wanita tadi buleh menikah dgn lelaki lain pd bila2 masa. begitu juga sekiranya bekas suaminya ingin bernikah semula dgn wanita tsbt).
  4. Cerai mati: tempoh edah adalah 4 bulan 10 hari.

-Tiada edah kpd lelaki. Tujuan edah adalah utk melihat jika ada kesan mengandung oleh suami terdahulu.
 
2. Lain-lain kaedah perceraian: selain dr suami melafaskan talak ke atas isterinya.
  1. Fasakh: isteri mohon cerai kpd mahkamah akibat ketidak sesuaian bersama suami.
  2. Khuluk: disebut juga tebus talak ie suami bayar pampasan (harta/wang) atas permintaan isteri.

a) Utk cerai fasakh atau khuluk, hanya akad nikah baru membenarkan isteri dan suami itu utk berkahwin semula.
b) Pernikahan dlm tempoh edah adalah tidak sah dan hukumya haram.


3. Tanggungjawab suami ke atas isteri yg diceraikan:
(a) Wajib suami menyediakan tempat tinggal utk cerai talak 1 dan talak 2. 
- isteri yg dicerai dan dlm tempoh edah, wajib diberi nafkah dlm tempoh edah, sama spt dlm tempoh perkahwinan. 
  --> Cth: jika suami biasanya memberi rm500 sebulan, maka dia berhak mendpt nafkah edah utk tempoh 3 kali suci (haid).

(b) Wajib juga menyara perubatan bekas isterinya.

-tempat tinggal mesti yg biasa utk wanita tsbt. Cth: rumah taman tempat tinggal si isteri.
- jika rumah mereka mempunyai lebih 1 bilik, maka isteri buleh tinggal di bilik yg lain bersama mahramnya (spt anak). Tujuannya, supaya bekas suami buleh rujuk semula pd bila-bila masa (dlm tempoh edah).
- jika rumah itu hanya 1 bilik, maka suami yg mesti keluar dr rumah tsbt.
- jika wanita enggan dirujuk, maka dia perlu lapor ke mahkamah, (utk tujuan memfailkan perceraian).

4. Cerai mati
  1. isteri wajib mendiami rumah bekas suami selama tempoh edah ie 4 bln 10 hari.
  2. tempoh edah ini adalah tempoh bersedih atas kematian suaminya.
  3. tidak buleh si isteri keluar rumah tanpa alasan yg sesuai, melainkan keluar rumah utk keperluan harian spt membeli belah keperluan keluarga, keluar bekerja, mengurus persekolahan anak.
  4. tidak buleh berhias berlebihan.
  5. tidak buleh meninggalkan rumah dlm tempoh edah, melainkan atas 3 sbb:
    1. Keselamatan - rumah itu tidak selamat didiami (hakisan tanah, retak, ribut kencang)
    2. Kecurian - tidak selamat akibat kes kecurian berleluasa/kerap.
    3. Jiran yg jahat.


5. Hak jagaan anak
  1. Isteri lebih berhak utk hak jagaan anak yg belum mumaiyis ie 7 thn ke bwh. 
  2. Anak2 yg telah mumaiyis, mahkamah akan bertanya kpd anak2 tersbt utk utk mengikut ibu atau bapanya.
  3. Anak2 boleh menuntut nafkah bulanan yg tertunggak dr ayahnya.


6. Hilang hak jagaan anak terhadap isteri
a) isteri tidak sesuai menjaga kerana tidak menjaga ugama, tidak menjaga pendidikan anak dan kebajikan anak. 
 --> Cth: kerja di kilang arak, atau sebagai gro, atau menagih dadah.
b) anak2 yg dijaga oleh isteri/suami mesti dibenarkan suami/isteri utk menziarahi anak2 tsbt.
c) suami wajib memberi nafkah kpd anak (walaupun dijaga oleh bekas isterinya)
d) kadar nafkah anak: rm200 sebln utk seorg anak.

 
7. Isteri boleh memohon hak (selepas perceraian) melalui mahkamah
  1. harta sepencarian: harta yg dimiliki dlm temph perkahwinan, isteri berhak menuntut bahagiannya dlm harta, perniagaan, hingga 50% dr jumlah aset suami.
  2. mut'ah (saguhati) perceraian: isteri berhak dapat mut'ah akibat dr perceraiannya. 
     -
    -> Cth: di negeri Selangor rm300.
  3. isteri yg hanya sbgai suri rumah masih buleh menuntut hak harta perceraian, kadar adalah ditentukan oleh mahkamah. Isteri boleh membawa bukti jumlah aset/perniagaan bekas suami dan menuntut sebahagian dari harta tersbt.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:241

A241


Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa.


 
8. Tempoh edah bagi wanita yang mengandung
  1. tempoh edah isteri yg mengandung adalah setelah gugur kandungan tersebut atau lahir kandungan tsbt.
  2. wanita yg setelah dicerai dan anak kandungannya telah gugur atau telah lahir, boleh bernikah dgn lelaki lain namun tidak buleh melakukan persetubuhan hingga kering nifas, bersuci selepas nifas.


9. Aurat masa edah:
a) Haram mendedah aurat di hdpn pasangan.
b) Haram berkhalwat (yg ditakuti berlaku bersetubuhan).

 
10. Lain2 hal
a) bg mazhab Syafie, suami perlu rujuk melalui ucapan perkataan dan meminta saksi utk menjadi saksi.

b) bapa yg merogol anak, dan apbl anak (kandungan anak) tsbt akan dinikahkan, dia (si bapa) masih menjadi wali yg sah. Mengikut saranan Us Hj Ishak Baharom, selepas nikah maka imam menjaga aib bapa tadi dgn cara istighfar 3x dan mengucap 3x, tanpa perlu dimaklumkan aib wali tsbt. Buleh juga majlis akad nikah di pejabat kadi utk menjaga maruah wali/anak luar nikah.