Showing posts with label Hibah. Show all posts
Showing posts with label Hibah. Show all posts

Friday, May 12, 2017

Hibah

- us Dato' Zaidi Kuliah Maghrib 12-Mei-2017

Hibah

- Hibah adalah pemberian yg tiada batasan.
- boleh berlaku di antara seorg yg ada pertalian atau pun tiada pertalian.
- tidak boleh dibatalkan melainkan penerima hibah memulangkan semula objek/harta yg diterima oleh si pemberi hibah.
- hibah yg diberikan oleh seorg bapa kpd anak, boleh diambil semula oleh si bapa.

Cth kes: seorg bapa hibahkan sebidang tanah yg di atas​ tanah tersbt terdpt sebuah rumah usang kpd anaknya. Si anak yg terima hibah itu kemudiannya membangunkan rumah baru dan mendiami rumah baru itu. Si bapa berkahwin baru dgn isteri muda, dgn desakan isteri muda si bapa minta semula harta (tanah dan rumah) dr anaknya.

(i) sekiranya tanah itu tidak dijual kpd org lain, bukan atas nama si bapa atau nama si anak, maka harta (tanah dan rumah) perlu dipulangkan semula kpd si bapa.
- dlm kes ini, si anak tidak mendpt apa2 pampasan.

(ii) sekiranya si anak telah menjual harta (tanah dgn rumah) kpd pihak ke3, maka si bapa tiada hak ke atas harta tanah yg telah dihibahkan kpd si anak, yg kemudiannya telah dijual oleh si anak kpd pihak ke3.
- dlm kes ini si anak telah mendpt hasil jualan harta (tanah dgn rumah), dan si bapa tidak berhak mendptkan bahagian dr jualan tersbt.

(sambungan selepas Ramadhan).

Saturday, November 28, 2015

Pemberian harta yang makhruh

- us Dato Zaidi kuliah Maghrib Sabtu 28-Nov-2015
Pembahagian harta kepada anak-anak

- Dilema kpd ibu bapa utk membahagikan harta kpd anak-anak. Oleh itu jangan di tanya soal kasih-sayang kerana ianya akan membawa kpd kekecewaan.

- pemberian oleh seorg ayah kpd seorg anak berdasarkan alasan kasih sayang, maka urusan pemberian itu adalah sah dari segi undang-undang.
-- Cth seorg bapa yg uzur dipujuk secara senyap oleh warisnya (katalah anak bongsu) utk memberikan harta tanah kpd dia seorg sahaja, dan tidak diagihkan kpd anak-anak yg lain.  Dlm kes harta tanah, borang 14A di Pejabat Tanah membenarkan alasan kasih-sayang dlm transaksi pertukaran nama geran tanah.

-- Apbl di rujuk ke mahkamah oleh lain2 anak, utk membatalkan pemberian harta tanah tsbt, maka mahkamah memutuskan bhw pemberian itu adalah sah. Maka tiadalah bahagian kpd lain2 anak itu.

- Jumhur ulamak bersetuju dgn hukum harus kpd seorg bapa berhak memberikan (hibah) apa2 hartanya kpd anak-anaknya (warisnya) mengikut penilaiannya sendiri.

- Makhruh sekiranya pemberian kpd anak-anak itu tidak seimbang. Makhruh itu jika dibuat) dilakukan tidak berdosa, tetapi jika ditinggalkan (tidak dilakukan) maka dia dpt pahala.

- pemberian kasih-sayang itu merupakan hadiah.

- Anak-anak yg telah diberikan peluang belajar tinggi perlu berlapang dada dan redho sekiranya dia tidak diberikan harta peninggalan. Sekiranya bapa memberikan kpd anak-anak yg kurang berpelajaran tinggi, maka redhokanlah pemberian kpd adik-beradik yg lain itu, kerana anda telah diberikan kelebihan utk mencari rezeki hasil dr peluang pengajian yg diberikan oleh bapa. Semoga anda diberikan rezeki yg lebih disamping menjaga hubungan silaturrahim kpd adik-beradik.

Wasiat wajibah
- Wasiat wajibah adalah pemberian faraid kpd anak saudara yg mana ayah atau ibunya adalah adik-beradik yg sepatutnya mendapat harta/agihan faraid.

- Seorg datuk boleh memberikan hibah kpd cucunya yg telah kematian bapa, di mana bapanya adalah anak kandung datuk tsbt. Pemberian hibah tabt sewaktu datuk itu masih hidup. Sekiranya datuk itu telah meninggal maka cara pemberian kpd cucu tadi adalah dgn kaedah wasiat wajibah.

Saturday, April 12, 2014

Pusaka siri-3

-us Dato' Zaidi Kuliah Maghrib 12-Apr-2014

Bab Pusaka (Siri-3)

Jangan mengambil harta si mati hingga ditakuti kita makan harta/hak anak yatim.

- Kes 1:
Si ibu mengambil semua harta peninggalan suami dan tidak membahagikan kpd anak2 secara faraid. Tujuan si ibu tadi adalah utk berkahwin dgn lelaki lain. Akibatnya anak2nya mengemukakan saman ke atasnya (ibu). Dlm kes spt ini, apbl di baca di surat khabar, seolah2 anak yg menderhaka terhadap ibunya. Sebaliknya mereka menuntut hak faraid.

  • Contok sistem elektronik utk pengiraan faraid boleh dicapai diiinternet merujuk kpd Majlis Ugama Islam Singapura. Boleh diguna utk menggambarkan nilaian dan jumlah bahagian harta faraid.

- Ke mana nak dituju utk menguruskan faraid?
  1. Amanah Raya -- utk harta peninggalan yg besar (berjuta/billion) Amah Raya kemudiannya akan merujuk kpd mahkamah sivil.
  2. Pejabat Tanah
  3. Pejabat Kecil Harta
  4. Mahkamah Syariah

- Perbandingan kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah
-Senarai 1 skopnya lebih luas berkenaan pembahgian pusaka. Mahkamah Syariah hanya ada satu kuasa ie sijil faraid, seterusnya urusan pembahagian ditentukan di Mahkamah Sivil. Seterusnya utk urusan pembahagian harta tak alih perlulah dirujuk kpd badan-badan/agensi tertentu spt:
  • (i) Pejabat Tanah utk urusan tukar nama tanah
  • (ii) JPJ utk urusan pertukaran hak milik kenderaan.

Kes ke-2 (kerabat raja)
- Adik serahkan urusan pembahagian harta faraid kpd abangnya. Abang ini dilantik sebagai pentadbir harta (LA) oleh mahkamah sivil. Abang ini telah menjual sebidang tanah dgn harga rm3 juta. Namun dia tidak membahagikan harta kpd adik-beradik.

- Setelah 2 thn si adik td merujuk kpd mahkamah syariah utk menguruskan pembahagian faraid, utk mendapatkan hak jualan tanah tersebut. Namun mahkamah syariah meminta dirujuk semula kpd mahkamah sivil kerana LA masih wujud/hidup dan dilantik oleh mahkamah sivil.

- Setelah 2.5 tahun si abang telah membelanjakan hampir kesemua wang hasil jualan tanah tersbt. Mahkamah Syariah tidak dpt membantu dlm kes ini kerana mahkamah syariah tidak dirujuk dr peringkat awal. Apabila seseorg dilantik sebagai pengurus harta (LA) maka kuasa mentadbir adalah di tangannya.

Hibah
-Hibah, apbl seseorg memberikan sesuatu barang atau benda dia hendaklah mengucapkan "hibah", dan mempunyai rukunnya:
  1. Org yg memberi hibah
  2. Org yg menerima hibah
  3. Barang hibah
  4. Ada akad hibah.
-Sekiranya tidak dilafaskan perkataan hibah maka ianya tidak dikira dimahkamah.
- Jarang berlaku dlm maayarakat kita dimana lafas hibah siguna.

- Sekiranya tiada hibah bertulis maka perlu di bawa saksi.
- Hibah boleh dibatalkan oleh pemberi sekiranya si penerima adalah anaknya sendiri.

- Utk pindah milik harta tanah, si penerima mestilah telah berumur 21 thn. Sekiranya anak masih kecil, maka boleh dilantik penjaga amanah hinggalah si anak berusia 21 thn.
- Borang 14A adalah borang pindah milik tanah.

- Wasiat juga perlu disahkan oleh mahkamah. Bawalah surat wasiat ke mahkamah utk menuntut hak simati.

- Adalah dibenarkan utk membuat pembahagian harta tanpa faraid, sebagai contoh, ke semua adik-beradik si mati dan keluarganya bersetuju utk menyerahkan kpd si isteri utk membolehkan dia membesarkan anak2 arwah.

Sistem Takaruj:
- Utk pembahagian harta yg kecil nilainya.
- Boleh juga jika ada di antara adik-beradik yg membeli bhgn harta adik-beradik yg lain kerana banyak nama. Dgn ini akan memudahkan urusan.

Kes ke-3
- Si ayah menukar nama kpd 3 org anaknya, sementara rumah itu diduduki oleh si bapa. Kebetulan berlaku pemgambilan tanah utk membuat jalan raya. Kerajaan memberikan wang pampasan kpd 3 nama (anak).

- Si anak kemudiannya memberikan sedikit wang kpd ayah mereka. Si ayah apbl telah menerima wang tersbt berhajat utk berkahwin. Setelah nernikah, si isteri memuiuk utk mendapatkan semula harta tanah dr anak2 si suaminya.

- Apbl dirujuk ke mahkamah, mahkamah memberitahu bhw si ayah boleh membatalkan semula pemberian (hibah) kpd 3 anaknya td.

- Kes ini masih lagi belum selesai.

Harta sepencarian
- 3 keadaan yg membenarkan tuntutan harta sepencarian ie
(i) Perceraian
(ii) Si suami ingin berpoligami
(ii) Kematian

Saturday, March 31, 2012

Harta Pusaka dan Hibah

- En. Arifin Sabirin Kuliah Khas Jumaat 30-Mac-2012

Tajuk: Harta Pusaka Anda, Barakah atau Fitnah?


Al-Baqarah Ayat 188 - jangan makan harta org lain dr sumber yg batil (termasuk jugalah dlm harta pusaka, kerana termakan harta faraid yg sepatutnya diberikan kpd saudara tsbt.)


-1/8 utk ibu dan 7/8 adalah utk anak2 lelaki dibahagi sama byk.

-penama utk tabung adalah hanya sebagai wasi sahaja, ie hanya sebagai penjaga. Selepas kematian penabung, maka wasi perlu sedia melakukan pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid. Jika wasi adalah isteri, maka dia akan mendpt 1/8 dr harta pusaka, selebihnya akan diagihkan kpd waris2 yg layak mengikut hukum faraid.

-jika ada lebih dr 1 isteri, maka pembahagian kpd isteri spt bkt 1/8, 1/16, 1/32, 1/64.


-pasgn yg tiada anak: isteri hanya terima 1/4, selebihnya dihg kpd ayah/ibu dan/atau adik beradik si mati


-psgn yg hanya ada anak perempuan shj: 1/8 kpd isteri, anak perempuan mendpt 1/2, 1/5 (20%) akan diterima oleh adik beradik si mati jika ibu bapa tlh meninggal.


-psgn yg mempunyai anak angkat: anak angkat tidak mendpt apa2 dr harta pusaka.


-individu yg berpoligami: isteri hanya kongsi bhgn harta 1/8 shj, tanpa mengira tempoh perkahwinan.


-psgn yg ada anak lelaki dan perempuan: anak lelaki dpt 2 bhgn, sementara anak perempuan 1 bhgn.


Hibah.

-pemberian atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan. Hibah dilakukan sebelum berlaku kematian, dan tukar milik harta hanya berlaku selepas kematian pemilik harta.


- pemberian hibah kpd anak boleh ditari balik pd bila2 masa. Hibah perlu dilakukan dgn akad. Ada fleksibili utk tarik semula hibah yg diperuntukkan kpd anak.


- borang di Pejabat Tanah adalah borang 14A, ie borang pindah milik. Hibah adalah lebih baik drpd mengisi borang pindah milik.


-harta yg boleh dihibah:

-Tanah

-Rumah yg masih dlm pinjaman (syaratnya mesti ada MRTA).

-simpanan tabung haji, asb, trust fund, simpanan.


-apbl harta terkumpul kurang dr 2 juta, kes tuntutan harta akan dibicarakan di mahkamah kecil daerah.


-jika lebih 2 juta, mahkamah sivil yg akan membicarakan kes.


-pembahagian harta

Harta si mati

Tolak. Hibah

Harta pusaka

Tolak: hutang

Harta pusaka bersih

Tolak: wasiat islam (1/3)

Baki harta pusala

Di bhg antara waris ikut permuafakatan/faraid.


Cth kiraan:

Nilai harta keseluruhan 300k

(-) Hibah rumah 100k

(-) hibah akaun tabung haji 50k

Harta pusaka. 150k

(-) hutang 5k

Harta pusaka bersih: 145k

(-) wasiat islam 1/3: 48,333

Baki harta pusaka: 96,667

Dibhg kpd pewaris.


-kes rumah yg ada 2 nama pembeli (si suami dan isteri, dan memiliki MRTA)

-apbl suami meninggal, bank melalui MRTA akan membayar baki pinjaman suami, sementara isteri masih perlu meneruskan baki byrn hingga selesai. Selepas semua hutang isteri selesai, bank akan mengeluarkan surat hak milik. Nama isteri akan dicatatkan sebapi pemilik harta (rumah) bagi pihaknya, sementara bagi pihak suami bank akan meletakkan nama keluarga suami. Jika ayah dan ibuertua masih hidup, maka nama ayah dan ibuertua akan dicatatkan sebagai pemilik harta bersama. Jika kedua mertua tlh meninggal maka bank akan menamakan adik-beradik suami sebagai pemilik harta bersama.

-- Hibah boleh mengelakkan kejadian spt ini berlaku. Cth suami meletakkan harta rumah kpd si anak. Dan apbl meniggal rumah tsbt tidak dikra sebagai harta pusaka yg akan diagihkan mengikut kiraan faraid.


-kos urusan hibah adalah rm1,000 bersama Wassiyyah Shoppe Sdn Bhd. En Ariffin Sabirin. Tel:03-62579573, 03-62509573. Addr. No 1 jln 9/42, Tmn Sejahtera, Off Jln Kuching. 51200 Kuala Lumpur. Delaila bt Aziz 017-3738249


Published with Blogger-droid v2.0.4