Showing posts with label Sahabat Nabi. Show all posts
Showing posts with label Sahabat Nabi. Show all posts

Saturday, March 7, 2026

Sahabat Rasulullah: Abdullah bin Qais

- us Norazam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 7-Mac-2026

Sahabat Rasulullah: Abdullah bin Qais

Abdullah bin Qais, lebih dikenali sebagai "Abu Musa" al-Asy'ari, adalah sahabat Nabi saw yang mulia dari Yaman. Abdullah bin Qais bin Sulaim bin Hadhar bin Harb bin Aamir, hingga kepada Asy'ari bin Adad dari jalur keturunan Qahtan (kabilah Yaman utara). -- jika dengar keturunan Eden di Yaman, maka mereka adalah dari keluarga Adad.
Terkenal dengan suara merdu bacaan Al-Quran, keahlian fikih dan peranan dakwahnya.

- Suara merdu ini diiktiraf oleh Rasulullah.
a) Sahabat Nabi yang mendapat mimpi untuk melafalkan azan ialah Abdullah bin Zaid bin Abd Rabbihi dari kalangan Ansar (kabilah Khazraj).

Kisah Mimpi Azan
  • Ketika umat Islam musyawarah cara menandakan waktu solat selepas hijrah ke Madinah, ada cadangan guna loceng seperti Kristian atau trompet seperti Yahudi. Abdullah bin Zaid tertidur dengan keresahan itu, lalu bermimpi diajarkan laungan azan.

  • Pagi itu, beliau cerita mimpi kepada Rasulullah saw. Baginda sahkan: "Itu mimpi benar daripada Allah." Kemudian, Rasulullah perintah Abdullah ajar lafaz azan kepada Bilal bin Rabah kerana suara Bilal lebih kuat dan merdu untuk digemaikan. 

  • Bilal naik ke atap Masjid Nabi, laungkan azan pertama. Umar bin Al-Khattab dengar dari rumahnya, lalu datang mengaku mimpi sama pada malam yang berbeza. Sejak itu, azan jadi penanda waktu solat berjemaah di seluruh Islam.
Doa Rasulullah Kepada Abdullah bin Qais
- Abdullah bin Qais al-Asy'ari (Abu Musa al-Asy'ari) mendapat doa Rasulullah saw memasukkannya ke tempat mulia di syurga atas sumbangan besar beliau dalam dakwah, jihad, dan pengajaran Islam.

Dakwah Awal di Yaman
Beliau memeluk Islam awal di Makkah, kemudian berhijrah ke Habsyah bersama dua saudara dan lebih 50 lelaki kaum Asy'ariyyin. Kembali ke Yaman, beliau dakwah sehingga ramai masuk Islam, membawa rombongan itu ke Madinah bertemu Nabi saw.

Lahir dan Masuk Islam
Lahir di sebuah lembah sunyi di Yaman, dalam kabilah Asy'ariyyin. 
Kabar tentang Rasulullah saw yang menyinari Makkah sampai ke telinganya, membakar semangatnya untuk mencari hidayah. Beliau memeluk Islam lebih awal, sebelum Hijrah besar, lalu mengajak dua saudaranya, Abu Burdah dan Abu Ruhm, serta lebih 50 orang kaumnya. Dengan dua kapal kecil, mereka berlayar ke Habsyah, lari dari azab Quraisy, sambil berdoa agar bertemu Nabi saw.

Hijrah ke Madinah
Selepas bertahun di Habsyah, kabar Fathu Khaibar membawa mereka pulang ke Madinah. Abdullah dan rombongan bertemu Rasulullah saw, disambut hangat seperti anak sendiri. Nabi saw tersenyum, "Wahai keluarga Asy'ari, selamat datang!" Mereka pun menyertai Fathu Makkah dan Perang Hunain, di mana Abu Musa memimpin pasukan berkuda dengan gagah, dijuluki "Pahlawan pasukan berkuda".

Utusan Dakwah ke Yaman
Pada tahun 10 Hijrah, Nabi saw memanggil Abu Musa dan Mu'adz bin Jabal. "Pergilah ke Yaman, mudahkan urusan, beri kabar gembira, jangan susahkan atau buat orang lari. Saling patuh, jangan bersengketa," wasiat Nabi saw yang terkenal itu. Di Yaman, mereka mendakwah dengan lembut; Abdullah mengajar Al-Quran dengan suara merdu seperti burung berkicau. Banyak hati terbuka, kabilah masuk Islam ramai-ramai. Nabi SAW berdoa khas: "Ya Allah, ampunilah Abdullah bin Qais dan masukkan dia ke tempat mulia di Akhirat."

Gabenur Basrah dan Kufah
Zaman Khalifah Umar RA, Abu Musa diutus ke Basrah sebagai gabernur. Beliau berkhutbah: "Aku diutus untuk ajar Kitabullah, Sunah Rasulullah, dan bersihkan jalan kalian." Dengan adil, beliau selesaikan konflik, ajar fikih, hingga penduduk Basrah panggil dia "Dai dan Hakim Umat Rasulullah". Kemudian ke Kufah, watak lembutnya redakan huru-hara. Beliau tolak harta rampasan perang, pilih hidup sederhana.

Wafat di Mekah
Pada usia 80 tahun, sekitar 44H, Abu Musa menunaikan haji terakhir. Di Mekah, ruhnya dibawa Allah semasa berdiri di hadapan Kaabah, mulutnya masih berzikir. Beliau dikubur di Jannatul Mualla, meninggalkan warisan sebagai pakar fikih, pendakwah ikhlas dan prajurit perdamaian. Semoga kita ikuti jejak beliau, mudahkan urusan agama seperti wasiat Nabi saw.

- Perang Badar
Perang Badar Kubra (berlaku pada 17 Ramadan 2H) menyaksikan kemenangan tentera Islam ke atas Quraish dengan pertumbuhan yang ketara di kedua-dua pihak.

Statistik Pihak Islam
  • Kematian: 14 orang syahid (6 Muhajirin, 8 Ansar).
  • Tawanan: 0 (tiada tawanan Quraish yang ditawan oleh Islam dilaporkan).

Statistik Pihak Quraish
  • Kematian: 70 orang, termasuk pemimpin utama seperti Abu Jahal.
  • Tawanan: 70 orang, dibebaskan melalui tebusan atau pengajaran baca-tulis.

Saturday, February 7, 2026

Sahabat Rasulullah: Suhail bin Amru

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 7-Feb-2026

Sahabat Rasulullah: Suhail bin Amru

- Suhailb bin Amru adalah seorg pemidato puak Quraisy yg hebat. Sama hebat dgn pensyair Quraisy yg mana 2 peranan yg menonjol dlm urusan perang ataupun hubungan perniagaan.

-Dia memeluk Islam pd thn 8 hijrah, sewaktu Pembukaan Mekah. Meninggal dunia pd 18H sebagai seorg Murabitun ie sahabat yg tinggal dan menjaga Islam dikawasan hujung sempadan.

- Nama penuh: Suhail bin Amru bin Abd Shams bin Abd Wudd bin Nashr bin Malik bin Hisl bin Amir bin Lu'ay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadr bin Kinanah.
- 2 org anaknya ie Abu Jandal dan Abdullah masuk Islam, tetapi Suhail masih kekal sebagai penentang Rasulullah dan Islam. Dia mengurung anak²nya kerana mereka memeluk Islam.

Perang Badar
- Sewaktu perang Badar, Suhail adalah pemidato yg mengetuai kempen kpd org² Quraisy utk mempertahankan harta pedagang² Quraisy.

- Abdullah bin Suhail yg mengetahui ayahnya bersiap² utk turut serta perang, dia meminta kpd ayahnya utk turut serta berperang. Kata Suhail, mana boleh kerana Abdullah di pihak Muhammad. Abdullah menipu ayahnya dgn memberi alasan bhw ketika dia dikurung itu tiada bantuan dari Nabi Muhammad. Dlm peperangan Badar, Abdullah telah meninggalkan pasukan Quraisy dan berlari ke pihak Nabi Muhammad saw. Org² Quraisy memberi tahu Suhail bhw anaknya telah melarikan diri dan memihak kpd Muhammad. 

- Suhail amat marah kerana ditipu oleh anaknya. Dlm peperangan Badar Suhail selamat dari dibunuh, dia menjadi org tawanan.

- Suhail dijamin oleh Umar Al-Khattab utk Suhail pulang ke Mekah utk mengambil harta bagi tujuan menebus dirinya sebagai tawanan perang.

Saidina Umar Ingin Mencabut Gigi Suhail
- Semasa Suhail bin Amru menjadi tawanan Muslimin selepas Perang Badar, dia meminta ditebus dengan bayaran untuk dibebaskan. Saidina Umar Al-Khattab meminta kebenaran Nabi Muhammad saw untuk mencabut dua gigi depan Suhail agar dia tidak lagi boleh berpidato menghina Islam dan Rasulullah.

Suhail terkenal sebagai pemidato ulung Quraisy yang kerap menghina Nabi Muhammad saw dan umat Islam dalam majlis umum. Pidatonya juga menaikkan semangat tentera Quraisy utk berperang. Umar mahu lumpuhkan keupayaan Suhail berucap demi keselamatan dakwah Islam.

- Jawapan Nabi Muhammad - Nabi Muhamma saw tersenyum dan menolak permintaan Umar itu. Baginda bersabda: 
  • "Biarkan giginya itu, wahai Umar. Satu hari nanti ia akan menggembirakan engkau." Nubuwah ini terbukti apabila Suhail masuk Islam dan menggunakan lidahnya dakwah selepas wafatnya Nabi Muhammad saw.

Perjanjian Hudaibiyah (6 Hijrah), Baiatul Ridwan
- Peristiwa rombongan Nabi Muhammad saw ke Mekah hingga Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada tahun keenam Hijrah (Zulkaedah, Mac 628 M),

- Nabi Muhammad saw bermimpi baginda memasuki Masjidil Haram dengan selamat. Baginda kemudiannya berangkat ke Mekah bersama kira-kira 1,400-1,500 sahabat dari Madinah untuk tawaf dan saie dengan membawa haiwan korban dan tidak membawa senjata, hanya membawa pedang musafir yg bersarung. Rombongan Nabi Muhammad disekat di Hudaibiyah dari memasuki Mekah.

- Saidina Uthman diutuskan memasuki Mekah utk berunding dan memaklumkan hajat Nabi Muhammad dan rombongan utk melakukan tawaf dan saie. Saidina Uthman dilayan baik oleh kaum Quraisy dan tinggal di Mekah selama 3 hari. Dlm tempoh itu ada berita mengatakan saidina Uthman telah dibunuh oleh puak Quraisy.

- Suhail diutuskan oleh pihak Quraisy untuk berunding dengan Nabi saw di Hudaibiyah, mewakili kepentingan mereka. Beliau merundingkan syarat² seperti penangguhan umrah setahun, pembebasan tawanan, dan larangan org² Islam masuk Mekah buat masa itu. Suhail juga menolak perkataan "Bismillahirrahmanirrahim" dan "Rasulullah" dalam surat perjanjian Hudaibiyah. 

- Penulis perjanjian Hudaibiyah adalah saidina Ali bin Abi Talib (ketika itu berusia 26 thn), dan memulakan perjanjian itu dgn kalimah "Bismillahirrahmanirrahim". Suhail tidak setuju dgn penggunakan basmallah kerana tidak tahu siapakah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Juga kandungan perjanjian yang dimulakan dengan "Inilah perjanjian yg dibuat antara Muhammad Rasulullah dengan Suhail bin Amru". Perkataan "Rasulullah" itu juga tidak dipersetujui oleh Suhail dan minta dituliskan Muhammad bin Abdullah. Saidina Ali marah dan tidak mahu memadamkan perkataan "Rasulullah", kerana keyakinannya terhadap kenabian Nabi Muhammad saw. Namun Rasulullah menyuruh saidina Ali menunjukkan perkataan Rasulullah kemudian baginda sendiri memadamkan perkataan "Rasulullah". Baginda melakukan itu dan berkata kpd Suhail, "Sesungguhnya aku adalah Rasulullah walaupun kamu mendustakanku".

- Seorg anak Suhail ie Abu Jandal yg dikurung tlh berjaya meloloskan diri dan pergi ke Hudaibiyah dan menyertai Nabi Muhammad saw. Suhail amat marah dan meminta dipulangkan anaknya mengikut salah satu terma perjanjian ie mana² org Mekah yg menyertai org Islam maka dia perlu dipulangkan kpd pihak Quraisy, dan mana² org Madinah yg pulang ke Mekah maka perlu dibenarkan kekal di Mekah. Apbl Abu Jandal dipulangkan kpd Suhail, dia mencekik anaknya kerana marah yg amat sangat.

Peranan Suhail Selepas Kewafatan Rasulullah
Berita kewafatan Nabi Muhammad saw menyebabkan kegoyahan iman di Mekah, serupa dengan apa yang berlaku di Madinah. Penduduk Quraisy, termasuk yang baru Islam seperti di bawah pemimpin Attab bin Asid, hampir bergerak murtad kerana menganggap Islam bergantung kepada Nabi Muhammad saw sahaja.

Pidato Penstabilan Iman
- Apabila Rasulullah wafat, sebahagian umat Islam di seluruh jazirah Arab, termasuk Mekah, mengalami kekeliruan dan emosi campur aduk - ada yang enggan percaya seperti Saidina Umar di Madinah, menyebabkan perselisihan sementara tentang kepemimpinan dan kesinambungan Islam. Saidina Abu Bakar meredakan dengan membaca surah Ali Imran ayat 3:144 (klik sini) untuk mengukuhkan bahawa Islam kekal walaupun Nabi wafat. 
{ وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ }
 
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

- Suhail menetap di Mekah sewaktu baginda Rasulullah wafat. 

- Suhail bangkit di hadapan Kaabah dan menyampaikan pidato hebat mirip pidato saidina Abu Bakar as-Siddiq di Madinah:
  • "Wahai kaum Quraisy, janganlah menjadi yang terakhir memeluk Islam dan yang pertama murtad. Demi Allah, agama ini pasti merebak luas seperti matahari dan bulan dari terbit hingga terbenamnya."
  • "Barangsiapa menyembah Muhammad, maka Muhammad telah wafat. Barangsiapa menyembah Allah, maka Allah Maha Hidup, tidak mati." Surah Ali Imran ayat 3:144 (klik sini). 

Carian Internet:
Nabi Muhammad saw menunjukkan kelakuan lembut dan sabar dalam Perjanjian Hudaibiyah demi kebaikan umat, walaupun syarat perjanjian kelihatan memihak pihak Quraisy.

1. Menghindari Pertumpahan Darah - Baginda menerima syarat yang merendahkan seperti memadam gelaran "Rasulullah" dan menangguhkan tawaf dan saie demi gencatan senjata 10 tahun, menghalang peperangan besar yang boleh meragut nyawa ramai sahabat.

2. Membuka Ruang Dakwah - Kelemahan sementara ini memberi masa kepada umat Islam berkembang bebas tanpa gangguan, menyebabkan ramai Arab masuk Islam selepas melihat kekuatan dan keamanan Muslim.

3. Kemenangan Strategik Jangka Panjang - Allah SWT turunkan surah Al-Fath ayat 48:1 (klik sini) yang mengisytiharkan "fathum mubiin" (kemenangan nyata), membuktikan pendekatan lembut Nabi membuahkan Pembukaan Mekah dua tahun kemudian tanpa pertumpahan darah.

{ إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا }
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata."


Saturday, November 1, 2025

Sahabat Rasulullah: Abdullah bin Az-Zubair

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 1-Nov-2025

Sahabat Rasulullah: Abdullah bin Az-Zubair

- Abdullah bin Az-Zubair bin Awwam bin Al-Khuwailid. Ibunya Asma' binti Abu Bakar as-Siddiq. 
  • Merupakan cucu saudara kpd isteri Rasulullah ie Khadijah binti Khuwailid. 
  • Anak saudara kpd isteri Rasulullah ie Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq.
- Lahir di Madinah, anak Muhajirin pertama yg lahir di Madinah, sama ada pd tahun pertama atau kedua Hijrah.
  • Kelahirannya membawa berita yg sgt² gembira kpd golongan Muhajirin mahupun Ansar. Yg mana menidakkan sihir yg gembar-gemburkan oleh org² kafir Yahudi bhw sihir dikenakan ke atas org² Muhajirin, ie mereka tidak akan mempunyai zuriat.
- Rasulullah tahniq Abdullah (tahniq ie adat "belah mulut" bayi org² melayu), kurma yg dilumatkan di mulut Rasulullah dan dicolekkan pd langit² bayi. Abdullah diazankan di ditelinganya oleh Abu Bakar as-Siddiq (datuknya).
- Disebutkan sebagai pembantu setia kpd Rasulullah saw.

- Kisah Abdullah makan darah bekam Rasulullah
Selesai berbekam darah baginda yg keluar diberikan kpd Abdullah utk dibuang ke tempat yg tidak dilalui org (tersorok). Abdullah membawa keluar darah bekam itu tetapi dia menelan sedikit darah itu. Apbl pulang baginda bertanya sudahkan dibuang darah bekam, Abdullah menjawab ya. Rasulullah bertanya lagi adakah kamu makan darah bekam, Abdullah mengaku ya. Kata baginda Rasulullah, jasad Abdullah dijauhkan dari bakaran api neraka.

- Sifat keberanian Abdullah walau masih kecil
Saidina Umar dikenali kegarangannya, ketika beliau melalui tempat permainan Abdullah dan kawan²nya, kanak² lain semua melarikan diri. Sebaliknya Abdullah tidak ke mana². Apabila di tanya oleh saidina Umar kenapa dia kekal di situ, Abdullah yg masih kecil dgn berani menjawab kpd saidina Umar,
Katanya dia tak buat apa² kesalahan, maka dia tidak perlu rasa takut. Kedua, katanya jalan ini luas, pak cik boleh lalu ditempat lain, kerana di situ dia dan kawan² sedang bermain.

- Abdullah aAz-Zubair tidak berbait kepada khalifah Yazid bin Muawiyah
Apbl Muawiyah melantik anaknya ie Yazid bin Muawiyah sebagai khalifah, Abdullah bin Az-Zubair tidak mempersetujui lantikan itu. Kerajaan Muawiyah berpusat di Syam. Abdullah sebaliknya membuat kerajaan yg berpusat di Hijaz di Mekah. Abdullah mendapat sokongan dan baiat wilayah² dari Mekah, Madinah hingga ke Iraq.

- Kematian Abdullah bin Az-Zubair
Al-Hajjaj bin Yusuf seorg panglima perang yg berkaliber di bawah pemerintahan Bani Umayyah.
mengetuai pasukan kerajaan Abdul Malik bin Marwan (kerajaan bani Umayyah) terhadap Abdullah Az-Zubair. Hajjaj mengepung Mekah selama 8 minggu, dan tenteranya melastik batu² ke arah kota Mekah. Dlm tempoh itu ramai org² Mekah mati dan ramai juga keluar dari Mekah kerana tidak mahu terlibat dgn peperangan.
Serangan ke atas Abdullah adalah perintah dari Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Abdullah bin Az-Zubair yang menolak memberikan baiat kepada Yazid bin Muawiyah sempat menguasai Mekah dan Madinah selama beberapa waktu. Namun, pasukan Suriah (Bani Umayyah) mengepung dan menyerang Mekah selama masa kekhalifahan Yazid dan setelah kematiannya, di bawah perintah Abdul Malik bin Marwan.

Abdullah menemui ibunya yg ketika itu sudah berusia hampir 100 thn. Kata ibunya, Asma', jika kamu berada dlm kedudukan yg benar, maka pertahankan dan tidak mensia-siakan kematian tentera dan sahabat yang mempertahankanmu. Abdullah mengambil semangat kata² ibunya utk melawan Al-Hajjah. Ada riwayat mengatakan Abdullah meninggal akibat dari dihimpap/ditimpa batu² yg dilastik oleh pasukan tentera Al-Hajjah. Kematian Abdullah pd tahun ke 79 hijrah.
Al-Hajjah memancung kepala Abdullah dan digantung kepala itu di Mekah. Asma' pergi menurunkan kepala anaknya Abdullah, dan dikemubikan.

- Mentaliti Khuawarij dlm konteks kehidupan hari ini
Puak Khuwarij hanya berpegang pd satu hukum dgn bentuk hukuman yg sama. Tiada pertimbangan walaupun kadar/bentuk kesalahan adalah kesilapan kecil. Cara fikir org² yg memberikan ulasan dlm media sosial cenderung kpd cara pemikiran puak Khuwarij. Kesalahn kecil dihukumkan dgn hukuman berat yg tidak setimpal dgn kesalahan.

Carian Internet:
Abdullah bin Az-Zubair adalah salah seorg dari empat (4) Abdullah yang dikenali sebagai sahabat Rasulullah yang istimewa disebut dengan sebutan "Abadilah Al-Arba’ah" (Empat Abdullah). Mereka adalah:
  1. Abdullah bin Abbas, 
  2. Abdullah bin Umar, 
  3. Abdullah bin Amr bin Al-As, dan 
  4. Abdullah bin Az-Zubair. 
Keempatnya semuanya dikenal dekat dengan Rasulullah saw sejak masa muda atau kecil, sehingga mereka mendapatkan banyak ilmu dan pengalaman langsung dari Nabi, yang kemudian menjadikan mereka tokoh kunci dalam periwayatan hadis dan penyebaran Islam setelah wafatnya Nabi.
  • Abdullah bin Abbas: Sepupu Nabi yang sejak kecil dekat dengan Nabi, dikenal sebagai ahli tafsir Al-Qur'an, mendapatkan doa khusus dari Nabi agar dianugerahi pemahaman kuat dalam agama.
  • Abdullah bin Umar: Anak Umar bin Khattab, dikenal sebagai sahabat yang taat menjalankan agama dan penghafal hadis.
  • Abdullah bin Amr bin Al-As: Dikenal sebagai sahabat yang rajin menulis hadis dan belajar ilmu.
  • Abdullah bin Az-Zubair: Anak Zubair bin Awwam, sejak kecil bersahabat dengan Nabi, dan kemudian menjadi tokoh penting yang memimpin perlawanan terhadap kekhalifahan Umayyah.
Keempat Abdullah ini mendapat peluang belajar langsung dari Nabi sejak kecil atau muda, dan karananya ilmu serta kedekatan mereka menjadikan mereka rujukan utama bagi generasi selanjutnya. Mereka dikenal sebagai teladan dalam mengejar ilmu, keimanan, dan keteladanan dalam beragama.


Saturday, October 4, 2025

Sahabat Rasulullah: Salamah bin Al-Akhwak

- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 4-Okt-2025

Sahabat Rasulullah: Salamah bin Al-Akhwak

- Salamah bin al-Akhwak adalah seorang sahabat Nabi Muhammad saw yang dikenal sebagai prajurit infanteri terbaik dan memiliki keberanian luar biasa. Ia berasal dari Bani Aslami dan memiliki nama lengkap Salamah bin Amr bin al-Akwa’.  Dia digelar sebagai Abu Muslim, dan Abu Iyas.

- Salamah terkenal dengan keahliannya dalam menombak dan berlari sangat cepat, hinggakan Rasulullah saw bersabda bahawa di antara orang yang berjalan kaki, sebaik-baiknya adalah Salamah bin al-Akwa’. Ia mampu mengejar musuh yang menunggang kuda meskipun dirinya berjalan kaki.

- Salamah ikut serta dalam tujuh (7) peperangan bersama Nabi dan sering menunjukkan keberaniannya menghadapi musuh, termasuk menangkis serangan dan mengejar pencuri unta Nabi. Ia juga dikenal dermawan, tidak pernah menolak orang yang meminta, dan sangat setia dalam membela Islam. 

- Salamah turut serta dalam Baiat Ridwan, yang merupakan baiat penting di bawah pohon Samurah saat perjanjian Hudaibiyah, dan dia membaiat Rasulullah tiga kali dalam baiat tersebut.

- Ia meninggal pada tahun 74 H di Madinah dalam usia sekitar 80 tahun, dikenang sebagai pahlawan yang pemberani dan setia dalam perjuangan Islam bersama Rasulullah saw.

- Semasa mengambala kambing, kambingnya kecoh kerana adanya serigala. Salamah dapati seekor serigala sedang makan seekor kambingnya. Dia kejar dan bergelut dgn serigala itu dan berjaya mengambil kambingnya. Tiba² serigala itu berkata (bertanya) kpdnya, mengapa diambil kambing yg mana itu adalah rezeki yg Allah berikan kpdnya. Serigala itu berkata lagi peliknya ada seorg Nabi yg mengajak manusia menyembah Allah, tetapi engkau (Salamah) tidak mematuhinya. Salamah kemudiannya ke Madinah dan mencari Rasulullah saw utk memeluk Islam.

- Peristiwa besar melibatkan Salamah:
Pd tahun ke6 hijrah, Rasulullah saw mendapat mimpi masuk ke Mekah. Baginda kemudianya maklumkan kpd para sahabat dan membuat rombongan umrah, bersama 1,400 org jemaah.
  • Ketibaan baginda Rasulullah dan para sahabat dihalang oleh kafir Quraisy Mekah. 
  • Baginda Rasulullah saw utuskan Abdul Rahman bin Auf sebagai utusan utk berunding. 
  • Kafir Quraisy tawarkan kpd Abdul Rahman utk lakukan umrah seorg diri, tetapi Abdul Rahman menolak tawaran itu dan mengatakan dia hanya akan lakukan umrah bersama Rasulullah saw. 
    • Kafir Quraisy menawarkan tempat tinggal kpd Abdul Rahman dlm tempoh rundingan 3 hari itu.
  • Oleh kerana Abdul Rahman tidak pulang, ada desas-desus mengatakan dia telah dibunuh oleh kafir Quraisy. Baginda Rasulullah saw mengumpulkan para sahabat dan berbaiah (baiatul Ridhwan) kpd baginda bersedia utk berperang dgn kafir Quraisy. 
    • Keistimewaan Salamah (dalam peristiwa ini) adalah dia dipanggil oleh Rasulullah 2 kali selepas baiahnya dgn Rasulullah, menjadikan dia melakukan 3 kali baiah.

- Kisah Salamah bin Al-Akhwak menghalang unta Rasulullah saw dicuri
Kisah terkait rompakan unta Rasulullah oleh sekelompok orang Bani Fazarah atau Bani Ghathafan bermula saat unta peliharaan Nabi digembalakan di daerah bernama Ghabah, sekitar 8 km dari Madinah. 
  • Pada pagi hari, sekitar tujuh hari sebelum Perang Khaibar, sekelompok 40 orang bersenjata dan berkuda dari Bani Fazarah datang merompak unta-unta tersebut dan membunuh penggembala unta Nabi. 
  • Pada saat itu, Salamah bin Al-Akwa’, sedang kebetulan berada di sekitar situ. Ia menyaksikan rompakan itu, lalu naik ke atas bukit dan berteriak sekuat tenaga agar warga Madinah mendengar dan tahu kejadian ini. 
  • Salamah kemudian mengejar para perompak sambil melepaskan anak panah ke arah mereka, dan berhasil membuat mereka panik sehingga banyak perompak meninggalkan mantel dan tombak miliknya. 
  • Salamah terus mengekori mereka sampai mereka terpaksa berhenti untuk berehat dan makan di sebuah tempat bernama Tsaniyyatul Wada.

- Salamah bin Al-Akhwak semasa zaman saidina Usman bin Affan ra
Ketika khalifah Saidina Usman bin Affan dibunuh pada tahun 35 Hijrah, terjadi suasana kacau dan penuh ketegangan di Madinah.
  • Salamah bin Al-Akhwak, dikisahkan memilih untuk mengasingkan diri. Ia merasa sedih dan berat dengan peristiwa tragis tersebut serta ketidakstabilan yang melanda umat Islam setelah pembunuhan khalifah.
  • Keputusan Salamah untuk mengasingkan diri ke tempat lain bukan kerana ia berpihak kepada pemberontak atau bermusuhan, melainkan sebagai bentuk ketenangan dan menahan diri dari keterlibatan dalam konflik politik yang memecah belah umat. 
  • Salamah, yang terkenal sebagai sahabat yang berpegang teguh pada prinsip dan kesetiaan pada Nabi serta para khalifah, lebih memilih memencilkan diri agar terhindar dari fitnah dan kerusuhan yang berkepanjangan.
  • Pengasingan ini juga mencerminkan sikap kebijaksanaan Salamah dalam menghadapi masa sulit tersebut, menunjukkan bahwa tidak semua sahabat yang hidup waktu itu terlibat langsung dalam konflik bahkan ada yang memilih sikap waspada dan menjaga diri agar tidak memperburuk keadaan.

- Kematian Salamah bin Al-Akhwak
Salamah bin al-Akhwak meninggal dunia di kota Madinah pada tahun 74 Hijrah pada usia sekitar 80 tahun. 
  • Setelah menghabiskan sebahagian besar hidupnya berjuang dan berdakwah bersama Rasulullah saw dan para sahabat lainnya, Salamah mengasingkan diri ke Rabdzah setelah peristiwa yang menyakitkan, termasuk kematian saudaranya di peperangan.
  • Suatu ketika, hatinya rindu untuk kembali ke Madinah, lalu ia melakukan kunjungan singkat selama satu hingga dua hari. Pada hari ketiga berada di Madinah, Salamah wafat. 
  • Kisah ini menggambarkan betapa tanah Madinah yang suci menjadi tempat yang sangat ia cintai dan akhirnya memanggilnya untuk kembali bersama para sahabat dan para syuhada yang saleh yg disemadikan di sana.

- Kisah kewafatan saidina Umar Al-Khattab
Saidina Umar Al-Khattab dibunuh oleh seorang budak Majusi bernama Abu Lu'lu'ah pada tahun 23 Hijrah (sekitar 644 Masehi).
  • Abu Lu'lu'ah yang juga dikenal sebagai Abu Luk Luk adalah seorang tawanan dan penyembah api (Majusi).
  • Pada suatu hari saat Saidina Umar memimpin solat Subuh di Masjid Nabawi, Abu Lu'lu'ah memasuki masjid membawa pisau bermata dua dan menikam Saidina Umar sebanyak enam kali, satu di antaranya mengenai perutnya yang menyebabkan beliau terluka parah.
  • Setelah menikam, Abu Lu'lu'ah berusaha melarikan diri melewati saf-saf solat, dan dalam pelariannya ia menikam beberapa sahabat yang berusaha menangkapnya, akhirnya menewaskan sekitar sebelas sampai tiga belas sahabat. 
  • Namun akhirnya ia tertangkap oleh Abdullah bin 'Auf az-Zuhri yang menariknya sampai jatuh ke lantai. 
  • Melihat tidak ada jalan keluar dan sudah terkurung, Abu Lu'lu'ah kemudian membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan pisau yang ada di tangannya.
- Saidina Umar hidup beberapa hari dalam kondisi kritikal kesan luka tikaman tersebut dan wafat tiga hari kemudian. Sebelum meninggal, beliau berwasiat agar jasadnya dikuburkan di samping Rasulullah saw di Masjid Nabawi.

- Kisah saidina Umar Al-Khattab mohon minta izin saidiatina Aisyah utk dikebumikan disebelah kubur Rasulullah
Kisahnya bermula ketika Umar bin Khattab yang tahu ajalnya sudah dekat meminta kepada anaknya, Abdullah bin Umar, untuk pergi bertanya kepada Saidatina Aisyah ra agar memohon izin kebumikan jenazah Umar di sebelah makam Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar As-Siddiq. 
  • Umar memerintahkan anaknya ie Abdullah menyampaikan salam dan permintaan agar jenazahnya dapat dimakamkan di sana setelah beliau wafat. Abdullah pun pergi ke rumah Aisyah, meminta izin untuk memakamkan jenazah bapanya di sebelah makam baginda Rasulullah saw. 
  • Aisyah yang sedang menangis mendengarnya berkata bahawa dia memang juga menginginkan tempat itu sebagai makamnya kelak, tetapi hari itu dia mengalah demi Umar. Aisyah mengizinkan jenazah Umar dimakamkan di situ.
  • Setelah Abdullah kembali ke rumah, Umar bertanya tentang izin dari Aisyah. Abdullah menjawab bahwa Aisyah telah mengizinkan. Umar pun bersyukur, lalu mewasiatkan agar jenazahnya dibawa ke situ dan jika diberikan izin maka dimasukkan ke makam di sebelah Nabi, tapi jika tidak diizinkan maka makamkan di tanah perkuburan kaum Muslimin.
  • Selepas Umar meninggal, jenazahnya dibawa ke rumah Aisyah, Abdullah bin Umar mengucapkan salam dan meminta izin seperti wasiat bapanya. Aisyah mengizinkan, sehingga jenazah Umar bin Khattab dimakamkan di sebelah makam Rasulullah SAW dan Abu Bakar As-Siddiq, seperti izin dari Saidina Aisyah ra.


Saturday, February 1, 2025

Sahabat Rasulullah: Usamah bin Zaid

- us Nor Azam bin Abdullah Kuliah Suboh Sabtu 1-Feb-2025

Sahabat Rasulullah: Usamah bin Zaid

- Usamah bin Zaid bin Haritsah bin Syurahbil bin Ka'ab bin Abdil 'Uzza bin Yazid bin Umrul Qais. Lahir di Mekah 7 tahun sebelum Hijrah.

- Bapanya Zaid adalah hamba yg dimiliki oleh Khadijah binti Khuwailid. Selepas pernikahan bersama Rasulullah saw, Zaid dibebaskan dan dihadiahkan kpd Rasulullah.

- Zaid bin Harithah adalah seorang anak angkat yang sangat disayangi oleh Nabi Muhammad saw. Zaid awalnya adalah seorang budak yang kemudian dibebaskan dan diangkat menjadi anak angkat oleh Nabi Muhammad saw.

- Keluarga Zaid mencarinya dan datang ke Mekah untuk menebusnya. Nabi Muhammad saw memberikan Zaid pilihan untuk kembali bersama keluarganya atau tetap tinggal bersama beliau. Zaid memilih untuk tetap tinggal bersama Nabi Muhammad saw. Pilihan Zaid ini membuat keluarganya terkejut, kerana ia lebih memilih menjadi ‘hamba’ daripada kembali ke keluarganya. Namun, Zaid merasa bahwa Nabi Muhammad saw adalah individu yang istimewa dan ia tidak ingin berpisah dengannya.

- Nabi Muhammad saw kemudian membawa Zaid ke Ka'bah dan mengumumkan bahawa Zaid adalah anaknya, yang akan mewarisinya. Sejak saat itu, Zaid dikenal sebagai Zaid bin Muhammad. Namun, kemudian turun ayat Al-Qur'an yang melarang penisbahan anak angkat kepada bapa angkatnya, sehingga Zaid kembali dikenal dengan nama Zaid bin Harithah. 

Surah Al-Ahzab ayat 33:4 (klik sini)
{ مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٖ مِّن قَلۡبَيۡنِ فِي جَوۡفِهِۦۚ وَمَا جَعَلَ أَزۡوَٰجَكُمُ ٱلَّٰٓـِٔي تُظَٰهِرُونَ مِنۡهُنَّ أُمَّهَٰتِكُمۡۚ وَمَا جَعَلَ أَدۡعِيَآءَكُمۡ أَبۡنَآءَكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ قَوۡلُكُم بِأَفۡوَٰهِكُمۡۖ وَٱللَّهُ يَقُولُ ٱلۡحَقَّ وَهُوَ يَهۡدِي ٱلسَّبِيلَ }

(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.

Perkahwinan Zaid bin Harithah
- Zaid berkahwin beberapa kali, Zainab dan Ummu Aiman. Zaid bin Harithah diketahui memiliki dua orang isteri. Isteri pertamanya adalah Zainab binti Jahsy, yang merupakan sepupu Nabi Muhammad saw. Pernikahan mereka terjadi atas usulan Nabi Muhammad saw untuk menghapus strata sosial pada saat itu. Namun, pernikahan tersebut tidak berlangsung lama dan berakhir dengan perceraian.
  • Setelah bercerai dengan Zainab, Zaid bernikah dengan Ummu Aiman, yang merupakan mantan budak dan pengasuh Nabi Muhammad saw. Dari pernikahan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak bernama Usamah bin Zaid.
  • Ummu Aiman adalah pembantu kpd Aminah binti Wahab ie ibu kepada Rasulullah saw. Selepas kewafatan Aminah, Ummu Aiman menjaga Rasulullah.
  • Zainab bin Jahsy setelah bercerai dgn Zaid, dikahwini oleh baginda Rasulullah.

Usamah bin Zaid Menjadi Panglima Perang
- Rasulullah saw menolak (tidak memilih) Usamah utk menyertai Perang Uhud, (Syawal, 3H) kerana usianya terlalu muda ketika itu (usia Usamah: ~10 tahun).

- Pada Perang Khandak (Syawal, 5H), Usamah berjingkit² utk menampakkan dirinya tinggi dan  dgn harapan dipilih utk menyertai peperangan. Namun baginda Rasulullah sekali lagi  tidak memilihnya.

- Usamah diangkat menjadi panglima perang oleh Nabi Muhammad saw setelah Perang Mu'tah, pada usia 18 tahun.

- Rasulullah saw menghantar 3 org sebagai ketua pasukan dlm Perang Mu'tah ie Zaid bin Haritsah, Ja'far bin Abi Talib, dan Abdullah bin Rawahah. Nabi Muhammad saw telah melantik mereka secara berurutan, di mana jika Zaid gugur, kepimpinan akan diambil alih oleh Ja'far, dan jika Ja'far gugur, kepimpinan akan diambil alih oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima ini gugur syahid dalam pertempuran tersebut. Selepas itu, Thabit ibn Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika sebelum Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima.

- Meskipun ada keraguan dari beberapa sahabat kerana usianya (yg masih muda), Nabi Muhammad saw tetap mempercayakan kepemimpinan pasukan kepadanya. Usamah memimpin pasukan Muslim untuk menyerang pasukan Rom di Balqa dan berhasil meraih kemenangan.

- Usamah dikenal sebagai individu yang ahli ibadah dan tidak pernah lalai dengan kewajibannya. Ia juga dikenal sebagai seorang yang pemberani dan gigih dalam berperang. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, Usamah tetap menjadi panglima dan memimpin pasukan Islam dalam peperangan. Usamah bin Zaid meninggal di Madinah pada tahun 54H.

Nabi Muhammad saw memilih sahabat untuk memasuki Ka'bah berdasarkan keimanan mereka
- Ketika peristiwa pembukaan kota Mekah, Nabi Muhammad saw mengajak tiga orang sahabat untuk memasuki Ka'bah, iaitu:
  1. Utsman bin Talhah (pemegang kunci Ka'bah), 
  2. Usamah bin Zaid, dan 
  3. Bilal bin Rabah. 
Setelah masuk, pintu Ka'bah ditutup. Nabi Muhammad saw memerintahkan Bilal untuk naik ke atas Ka'bah dan mengumandangkan azan sebagai simbol kemenangan.

- Ketika Nabi Muhammad saw jatuh sakit yang kemudian membawa kepada kewafatannya, ada persiapan pasukan yang sedang dilakukan untuk berangkat berperang. Pasukan ini dipimpin oleh Usamah bin Zaid, dan Nabi Muhammad saw telah menunjuknya sebagai panglima pasukan sebelum sakit.

- Meskipun Nabi Muhammad saw sedang sakit, beliau tetap memberikan perhatian pada persiapan pasukan ini. Beliau bahkan sempat memberikan arahan terakhir kepada pasukan sebelum kepergian mereka. Beberapa sahabat merasa ragu karena usia Usamah yang masih muda, tetapi Nabi Muhammad saw menegaskan keputusannya dan memerintahkan pasukan untuk tetap berangkat di bawah kepemimpinan Usamah.

- Peristiwa ini menunjukkan bahwa meskipun dalam kondisi sakit parah, Nabi Muhammad saw tetap mengutamakan urusan umat dan perjuangan Islam. Pasukan ini kemudian tetap berangkat setelah Nabi Muhammad saw wafat, menjalankan perintah yang telah diberikan.

Khalifah Abu Bakar memohon izin dari Usamah bin Zaid supaya Umar Al-Khattab dikecualikan dari turut berperang
- Setelah Nabi Muhammad saw wafat, Abu Bakar menjadi khalifah dan memutuskan untuk tetap memberangkatkan pasukan Usamah bin Zaid sesuai perintah Nabi. Namun, banyak sahabat yang mengusulkan agar pasukan Usamah dibatalkan karena khawatir Madinah akan diserang oleh orang-orang murtad dan nabi palsu. Usamah yang saat itu berada di Jurf, mengutus Umar Al-Khattab untuk meminta izin kepada Abu Bakar (Khalifah ketika itu) agar pasukan tersebut kembali ke Madinah.
Abu Bakar menolak usulan tersebut dan tetap pada keputusannya untuk memberangkatkan pasukan Usamah.

- Orang-orang Ansar juga meminta agar yang memimpin pasukan adalah orang yang lebih tua dari Usamah, namun Abu Bakar marah dan mengekalkan Usamah sebagai pemimpin dan panglima perang.

- Saat pemberangkatan pasukan, Abu Bakar mengantarkan pasukan tersebut dengan berjalan kaki, sementara Usamah menunggangi haiwan tunggangannya. Usamah kemudian mengusulkan agar Abu Bakar menaiki haiwan tunggangan dan ia akan berjalan kaki, tetapi Abu Bakar menolak. Pada kesempatan itu, Abu Bakar meminta izin kepada Usamah agar mengizinkan Umar Al-Khattab untuk tinggal di Madinah untuk membantunya menjalankan kekhalifahan, dan Usamah mengizinkannya. Umar Al-Khattab sebelumnya merupakan salah satu tentera pasukan Usamah.

Usamah tidak terlibat dengan pergeseran antara Ali dan Muawiyah (Perang Siffin)
- Nabi Muhammad saw menegur keras Usamah bin Zaid karena telah membunuh seorang musuh yang telah mengucapkan kalimah syahadat (Laa Ilaaha Illallah). Peristiwa ini terjadi ketika Usamah memimpin pasukan dalam suatu peperangan. Saat Usamah hendak membunuh seorang musuh, musuh tersebut mengucapkan syahadah, namun Usamah tetap membunuhnya.

- Nabi Muhammad saw sangat marah ketika mendengar kejadian tersebut. Beliau bertanya kepada Usamah, mengapa ia membunuh orang yang sudah bersyahadah. Usamah beralasan bahawa musuh tersebut mengucapkan syahadah hanya karena takut dan untuk menyelamatkan diri dari kematian, bukan karena benar-benar masuk Islam.

- Nabi Muhammad saw menegaskan bahwa seseorang yang telah mengucapkan syahadah, maka ia telah menjadi saudara Muslim dan tidak boleh dibunuh, terlepas dari apa yang ada di hatinya. Nabi juga mengingatkan Usamah bahwa ia tidak dapat mengetahui isi hati seseorang dan tidak berhak menghakimi keimanan seseorang.

- Usamah sangat menyesali perbuatannya setelah ditegur oleh Nabi Muhammad saw dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.

- Peristiwa ini menjadi pelajaran berharga bagi Usamah dan umat Islam tentang pentingnya menghormati keislaman seseorang yang telah mengucapkan syahadat.

- Peristiwa ini juga menyebabkan Usamah tidak menyebelahi saidina Ali utk berperang dengan Muawiyah, dalam Perang Siffin (36H) kerana teguran yang diterimanya dari Rasulullah saw.


Perang Siffin
- Peperangan antara Saidina Ali dan Muawiyah dikenali sebagai Perang Siffin, yang berlaku dari Mei hingga Julai 657 M (Safar, 36 H). Pertempuran utama berlangsung dari 26 hingga 28 Julai 657 M.
Latar Belakang

- Perang ini berlaku selepas pembunuhan Saidina Uthman bin Affan, di mana Saidina Ali dilantik sebagai khalifah. Muawiyah, yang merupakan gabenor Syria dan saudara kepada Uthman, menuntut agar pembunuh Uthman diadili sebelum mengiktiraf Ali sebagai khalifah. Tuntutan ini membawa kepada ketegangan antara kedua-dua pihak.

- Pertempuran bermula pada 8 Safar 36 H (26 Julai 657 M) di tebing Sungai Furat, Syria.
Walaupun tentera Ali pada awalnya menunjukkan keunggulan, pertempuran berlanjutan dengan banyak korban di kedua-dua belah pihak.

- Dalam usaha untuk menghentikan pertempuran, Amr Al-As yang bersama Muawiyah mencadangkan agar Al-Quran dijadikan sebagai hakim, yang menyebabkan kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding.

Kesan Perang Siffin
Hasil daripada perundingan tidak memihak kepada Ali, dan situasi ini menyebabkan perpecahan dalam kalangan pengikutnya. Perang Siffin menjadi simbol perpecahan dalam umat Islam dan memulakan era fitnah yang berpanjangan dalam sejarah Islam. Selepas peristiwa ini, Muawiyah akhirnya menjadi khalifah pertama Dinasti Umayyah setelah kematian Ali pada tahun 661 M.

Asal-usul sembahan berhala
- Dalam sejarah, lima berhala tersebut adalah Wadd, Suwa', Yaghuts, Ya'uq, dan Nasr.  

  • Asal Usul Berhala:
Menurut riwayat, nama-nama berhala ini berasal dari lima orang soleh yang pernah hidup di kalangan kaum Nabi Nuh. Setelah mereka meninggal dunia, masyarakat mula membuat patung untuk mengenang mereka. Awalnya, patung-patung ini tidak disembah; mereka hanya digunakan sebagai peringatan untuk mengingatkan orang ramai tentang kebaikan dan kebajikan orang-orang soleh tersebut.

  • Peralihan kepada Penyembahan:
Seiring berjalannya waktu, generasi berikutnya yang tidak mengenali asal usul patung-patung tersebut mula menyembahnya sebagai tuhan. Mereka percaya bahawa patung-patung itu memiliki kuasa dan dapat memberikan syafaat. 

 

Penyembahan berhala di kalangan kaum Nabi Nuh bermula dari penghormatan kepada orang-orang soleh yang akhirnya berubah menjadi syirik melalui proses pengingatan yang salah oleh generasi seterusnya

 

Saturday, August 3, 2024

Sahabat Rasulullah: Habib bin Zaid

- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 3-Ogo-2024

Sahabat Rasulullah: Habib bin Zaid bin A'sim Al-Ansari

- masuk Islam semasa masih kecil. Dia tidak sertai Perang Badar dan Perang Uhud kerana usianya yg sgt muda.

- Dia memeluk Islam semasa Perjanjian Aqabah ke2 (tahun ke 12 kerasulan Nabi Muhammad saw). Rombongan 70 org dari Yathrib ada sebuah keluarga Zaid, Habib, saudara lelakinya (Abdullah bin Zaid), ibunya dan ibu saudaranya datang bertemu Rasulullah saw. Keluarga Habib telah memeluk Islam hasil dari Perjanjian Aqabah pertama, yg mana Rasulullah saw mengutuskan utusan utk mengajarkan Islam kpd penduduk Yathrib ie Mus'ab bin Umair.

- Catatan kuliah:

- Semasa Peperangan Uhud, keluarga Habib terlibat sama. Ibu Habib ie Musaibah binti Ka'ab, membantu di barisan belakang dlm memberikan bantuan kpd pasukan tentera. Namun dikatakan terdapat 13 kesan luka pd tubuh Musaibah, membuktikan dia juga turut berjuang dlm peperangan.

- Abdullah juga terlibat dlm perang Uhud, dgn menyertai benteng mempertahan Rasulullah saw. Abdullah bin Zaid terlibat dlm Perang Yamamah dan syahid dlm peperangan itu.

- Pd tahun ke 9 hijrah ie di gelar tahun Ummul Ufud, ie  kabilah² arab dtg ke Madinah utk memeluk Islam, ada juga dtg utk belajar Islam. Pd tahun ke9 itu kerajaan Islam pimpinan Rasulullah saw berkembang dan kuat, maka banyak golongan² arab yg ingin menyertai pihak Islam, dan berpihak kpd pihak yg kuat.

- Bani Hanifah dtg dgn satu rombongan dan berkhemah di pinggir Madinah. Bani Hanifah tinggal di tengah padang pasir kawasan tengah² arab. Setelah bertemu Rasulullah saw dan mempelajari Islam, mereka pulang ke perkampunagn bani Hanifah. Dlm rombongan itu, Musailamah al-Kazzab ditugaskan menjaga khemah ketika mana rombongannya keluar masuk ke Yathrib mempelajari Islam.

Nabi Palsu:
- Apbl rombongan Bani Hanifah pulang ke perkampungannya, Musailamah al-Kazzab, yg tidak pernah bertemu Rasulullah dan mempelajari Islam secara langsung dari Rasulullah, selepas pulang dia menggelar dirinya sebagai nabi. Ramai juga penduduk bani Hanifah yg mengikutinya. Musailamah juga mengirimkan surat kpd baginda Rasullah saw, dan menghantar 2 org utusan membawakan suratnya, mengatakan:
  • Separuh bumi adalah miliknya, dan sebahagian lagi dimiliki Quraisy (merujuk kpd Rasulullah), namun orang Quraisy membolotnya.Maksud surat Musailamah al-Kazzab, Rasulullah menjadi nabi di sebahagian bumi, dan dia sebagai nabi sepatutnya diberikan sebahagian lagi bumi, tetapi perkara ini tidak berlaku.

- Rasulullah saw bertanyakan kpd ke2-2 utusan Musailamah dan bertanyakan pendirian mereka. Utusan itu mengatakan perkara yg sama spt isi kandungan surat Musailamah. Jawab Rasulullah, jika bukan kerana adanya aturan Islam, ingin sahaja kepala mereka dipenggal.

- Rasulullah benarkan 2 utusan itu pulang ke bani mereka.

- Setelah beberapa ketika, Rasulullah saw mengutuskan surat kpd Musailamah al-Kazzab, berbunyi, 
  • daripada Muhammad Rasul Allah kepada Musailamah si penipu besar, salam dan selamat kepada mereka yg mengikut Islam. Bumi ini adalah milik Allah, Dia akan mewariskan bumi ini kepada sesipa yang dikehendakiNya, dan pengakhiran yg baik itu adalah utk yg bertakwa kpd Allah.
- Surat ini disampaikan oleh Habib bin Zaid. Mungkin ketika itu Habib berumur dlm belasan tahun, berjumpa dgn musuh Islam yg berani mengaku sebagai nabi.

- Habib ditangkap dan diikat. Berbeza cara Rasulullah melayani utusan yg dihantar oleh Musailamah bertemu Rasulullah. Pada keesokkan Musailamah bertanya kpd Habib, wahai anak muda adakah bersaksi bhw Muhammad itu nabi. Jawab Habib, ya aku bersaksi bhw Muhammad itu rasul Allah. Musailamah bertanya adakah Habib bersaksi Musailamah sebagai nabi. Jawab Habib, ada benda dlm telinganya, yg menyebabkan dia tidak dengar apa yg disebutkan oleh Musailamah. Musailamah perintahkan penyiksanya memotong anggota badan Habib, maka bergolek anggota badannya jatuh. Selepas itu ditanya lagi adakah Habib bersaksi bhw Musailamah itu nabi, Habib menjawab tidak dengar apa yg disebutkan. Penyiksa Musailanah kemudiannya diarah memotong anggota badan yg lain. Penyiksaan ini berterusan hinggalah Habib syahid.

- Peristiwa ini tidak dapat diperangi kerana berlaku di akhir hayat Rasulullah.

- Setelah kewafatan Rasullah, Khalifah Abu Bakar as, menghantarkan tentera Islam memerangai Musailamah nabi palsu. Pd ketika itu tentera Musailamah berjumlah 40 ribu. Tentera muslimin sekitar 13 ribu orang. 
  • Ramainya pengikut Musailamah ketika itu adalah kerana bersifat perkauman. Jawapan pengikut² Musailamah adalah mereka menyanjungi kabilah Robiah berbanding kabilah Mudar. Susur galur Nabi Muhammad ada moyang bernama Mudar.

Kematian Musailamah, nabi palsu:
- Wahsyi bin Harb berjaya membunuh Musailamah. Dlm peperangan itu ibu Habib dan saudaranya ie Abdullah.
Wahsyi sebelum keislamannya membunuh dan mencacatkan jasad saidina Hamzah. Selepas keislamannya, dia berasa bersalah dan dgn dapat membunuh Musailamah dia berasa lega kerana dapat membunuh seorang musuh Islam.

- Catatan kuliah

Saturday, July 6, 2024

Sahabat Rasulullah: Amru Al-Jamuh

- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 6-Jul-2024

Sahabat Rasulullah: Amru Al-Jamuh Al-Ansar

- Ketua Bani Salamah ie salah satu bani Khazraj.
- Memeluk Islam agak lewat, hinggakan anaknya Muaz bin Amru telah terlebih dahulu memeluk Islam.
- Muaz antara salah seorg yg memainkan peranan penting hingga Amru memeluk Islam.

Keislaman Amru adalah ketika hampir Perang Badar
- Kisah keislaman Amru, bermula dari adanya satu berhala besar di Yathrib dan di setiap rumah ada satu berhala kecil sebagai sembahan kpd patung berhala besar. Dlm rumah Amru ada patung kecil bernama manaf. Muaz ada seorg kawan ie Muaz bin Jabal yg terlebih dahulu memeluk Islam. Pakatan anaknya dgn Muaz bin Jabal adalah utk mengambil berhala manaf ketika Amru tiada di rumah. Dicampakkannya patung manaf ke tempat pembuangan sampah. Apbl Amru pulang dia dapati patung manafnya tiada, selepas ditanya, ada org mengatakan patungnya ada di tempat pembuangan sampah. Amru kutip dan bawa pulang ke rumahnya dan membersihkannya. Selepas itu Muaz ulangi perkara yg sama, dan diulanginya lagi.

- Amru letakkan pedang disisi patung manafnya. Muaz campakkan patung manaf dan ikatkan patung manaf pada bangkai anjing. Amru kutip semula patung manaf, tetapi timbul sedikit kesedaran patung sembahannya tidak mampu mempertahankan diri walaupun ada pedang di sisinya.

- Selepas itu Amru mula tinggalkan patung manaf dan dipujuk oleh kawan²nya utk meninggalkan sembahan patung ie melakukan syirik kpd tuhan. Amru kemudiannya bersetuju utk bertemu dgn Nabi Muhammad saw utk memeluk Islam.

- Kisah Amru memeluk Islam sama situasi Nabi Ibrahim berdakwah kpd bapanya Aazar.

Surah Al-An'am ayat 6:74 (klik sini)
{ ۞وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِيمُ لِأَبِيهِ ءَازَرَ أَتَتَّخِذُ أَصۡنَامًا ءَالِهَةً إِنِّيٓ أَرَىٰكَ وَقَوۡمَكَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ }

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".

- Kisah Amru memeluk Islam lewat walaupun dakwah ada berlaku di hadapannya, malahan dakwah disampaikan oleh Rasulullah saw. 
  • Ini bertepatan dgn firman Allah, bhw hidayah itu ditentukan oleh Allah, spt dlm surah Al-An'am ayat 125.

Surah Al-An'am ayat 6:125 (klik sini)
{ فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجٗا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي ٱلسَّمَآءِۚ كَذَٰلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ }

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

- Sewaktu persediaan Perang Badar, anak² Amru melarangnya menyertai peperangan, kerana Amru itu tempang. Amru bertemu Rasululllah saw utk menyertai perang, namun ditolak oleh Rasulullah.

- Dlm persedian Perang Uhud, sekali lagi anak²nya melarang Amru dari menyertai Perang Uhud. Amru pergi bertemu Rasulullah dan baginda juga melarang Amru menyertai peperangan. Amru berdoa agar dikurniakan syahid dlm peperangan.
- Dlm Perang Uhud itu Amru pergi bersama anak²nya menyertai Perang Uhud. Allah makbulkan doanya utk syahid di medan perang.

- Amru dikebumikan dlm satu liang bersama Abdullah bin Amru Al-Haram, kerana kedua-dua mereka sahabat yg baik, dan mereka ada hubungan sebagai biras (isteri mereka berdua adalah adik-beradik).

- 46 tahun selepas itu pd zaman Muawiyah, banjir mengenai perkuburan para syuhadah perang Uhud. Arahan dikeluarkan supaya perkuburan para dialihkan ke suatu tempat yg tidak banjir. Apabila dikorek kubur Amru dan Amdullah, didapati keadaan mereka seperti baru dikebumikan, tiada apa² yg rosak pada jenazah mereka. Tangan Amru yg diletakkan pd luka perangnya apabila dialihkan ketika mengangkat jenazahnya, maka mengalir darah. Lalu diletakkan semula tangannya pada tempat luka perang barulah darah berhenti mengalir. Amru meminta supaya jenazah bapanya disempurnakan pengalihan kuburnya yg baru dgn baik.

- Nabi saw bertemu dgn bani Salamah, dan bertanyakan siapa ketua mereka. Mereka mengatakan seseorg itu tetapi dia bersifat bakhil. Kata Rasulullah saw, apa lagi penyakit selain dari penyakit bakhil, dan org itu tidak layak menjadi ketua. Sifat pemurah Amru diiktiraf oleh Rasulullah sebagai ketua bani Salamah.

Saturday, June 1, 2024

Sahabat Rasulullah: Saidina Abdullah bin Amru bin Haram

us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 1-Jun-2024 24-Syawal-1445H

Sahabat Rasulullah: Saidina Abdullah bin Amru bin Haram

- dari golongan Ansar Khazraj Assulami
- berasal dari Manidah, keturunan Khazraj berasal dari keluarga Sulam.
- Ayah kpd Jabir bin Abdullah
- Gelarannya Abu Jabir
- Masuk Islam semasa perjanjian Aqabah pertama dan yg kedua.
- Pd thn ke10 kerasulan Nabi. 6 org dari Madinah dtg menunaikan haji dan termaktub perjanjian Aqabah pertama. Pada tahun berikutnya (tahun ke11) 12 org datang menunaikan haji. Pd thn berikutnya 70 org datang menunaikan haji,dan termaktub perjanjian Aqabah ke2. Salah seorg itu adalah Abdullah bin Amru.

- Tahun pertama Nabi bina masyarakat di Yathrib, mewujudkan Piagam Madinah (perlembagaan bertulis pertakerajaan Madinah). Pd thn ke2 hijrah, Nabi dan para sahabat mengalami peperangan pertama ie Perang Badar.

- Abdullah bin Amru berkulit kemerahan, tidak berambut.
- Dia sertai Perang Badar dan Perang Uhud. Dia syahid dlm Perang Uhud.
- Islamnya dlm masa 4 tahun shj. Namun sumbangannya besar.
  • Semasa Perang Uhud hampir berlaku, Abdullah memanggil anaknya ie Jabir, (Imam Bukhari merekodkan kisah ini), di mana, beberapa malam sebelum Perang Uhud, Abdullah memanggil Jabir, mengatakan, "Aku tidak melihat melainkan menjadi org yg terawal akan gugur dlm perang. Dan aku tidak meninggalkan apa² yg lebih baik melainkan engkaulah (ie Jabir) yg aku paling sayang selepas Nabi Muhammad saw." Dia berpesan kpd Jabir, "Aku ada hutang, nanti engkau lunaskan hutangku, jaga adik² saudara perempuanmu".

- Abdullah adalah org yg awal syahid dlm Perang Uhud.
- Jabir bertemu dgn Rasulullah mengadu utk mendapatkan nasihat Rasulullah cara utk melunaskan hutang ayahnya. Abdullah mempunyai sebuah kebun, namun tidak mencukupi utk membayar hutang Abdullah. Rasulullah mengajak Jabir ke kebun tamar peninggalan Abdullah, dan memanggil org² yg Abdullah berhutang, kemudian baginda timbangkan tamar² mengikut jumlah hutang. Setelah mereka semua pulang Jabir dapati tamar dlm tempat simpanan masih ada, selepas diagihkan oleh Rasulullah saw. Mukjizat Rasulullah saw itu menjadikan tamar yg ada di tempat simapanan itu tidak menyusut walaupun diambil dan diberikan kpd org² yg datang menuntut hutang.

- Jenazah Abdullah tidak terlepas dari dicacatkan oleh tentera kafir. Semasa Jabir tiba pd jenazah ayahnya, mukanya tertutup. Dia ingin membuka kain penutup muka, tetapi dilarang oleh para sahabat yg ada di situ. Rasulullah saw lalu di kawasan itu, dan membenarkan Jabir melihat muka jenazah ayahnya. Jabir menangis meoihat kerosakan yg dilakukan jpd jenazah ayahnya. Ketika itu juga kedengaran suara perempuan yg menangis. Kata Nabi kpd Jabir dan perempuan yg menangis itu, sama ada kamu menangis atau tidak, ketahuilah bahawa jenazah para syuhadah (70 orang) ini sedang dipayungi oleh para malaikat.

- Setelah dikumpulkan semua kenazah para ayuhadah, Rasulullah saw arahkan dikemubikan dua (2) jenazah dlm satu liang kubur. Rasulullah saw tentukan siapa yg akan dikuburkan bersama. Abdullah dikebumikan bersama sahabatnya ie Amru bin Jamuh.
- Setelah 6 bulan, Jabir menceritakan rasa ralatnya jika jenazah ayahnya dikuburkan bersaorangan. Jabir mengorek kubur ayahnya dan didapati jenazah Abdullah sama seperti masa dikebumikan, terdapat sesikit shj perubahan pd bhgn telinganya shj.

- 46 tahun selepas itu, kawasan Uhud banjir, aliran air mengenai kuburan para syuhadah dlm Perang Uhud. Jabir mengorek kubur ayahnya, dan dia dapati apabila ingin mengangkat tangan yg di muka, keluar darah. Diletakkan semula tangan ayahnya ke bhgn muka dan berhenti darah itu.
- Rasulullah saw berjumpa dgn Jabir selepas itu, bertanyakan kenapa Jabir nampak sedih. Kata Jabir, ayahku telah syahid dan tinggalkan hutang dan wasiat utk menjaga adik² perempuannya. Kata Rasulullah saw, mahukah kamu aku khabarkan keadaan ayahmu? Kata Rasulullah, sekiranya Allah hendak berbicara melainkan di belakang hijab (seperti cahaya, ia tidak nampak Allah), namun Allah berbicara dgn ayahmu tanpa hijab. Jabir bertanya apa yg Allah firmankan kpd ayah? Wahai hambaKu, mintalah nescaya Aku akan tunaikan (Riwayat dari Ibu Hiban dan AtTirmizi), Ya Allah engkau hidupkan aku semula utk aku berjuang, Allah balas permintaan Abdullah, wagai Abdullah telah ditentukan bahawa org yg meninggal tidak dikembalikan ke dunia. Abdullah memohon supaya diberitahu keadaanya kpd org yg masih hidup. Allah turunkan ayat seperti dlm surah Ali Imran ayat 3:169 (klik sini)

{ وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٰتَۢاۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ }

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

- Saidina Umar berdoa agar dia mati dlm perang, namun hajatnya tidak ditunaikan begitu. Saidina Umur meninggal akibat ditikamboleh Abu Lu'Lu'ah sewaktu solat subuh, yg mana pisau yg digunakan telah diracun.

Saturday, May 4, 2024

Sahabat Rasulullah: Usaid bin Hudair

- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 4-Mei-2024 24-Syawal-1445H

Sahabat Rasulullah: Usaid bin Hudair

- Usaid bin Hudair adalah seorg sahabat dari golongan Ansar ie penduduk Yathrib,. Kaum terbesar di Yathirib adalah kaum Auz dan Khazraj. 2 kaum ini dijenamakan semula oleh baginda Rasulullah selepas mereka memeluk Islam sebagai Ansar. Ansar bermaksud "penolong" atau "pembantu", kerana mereka menolong/membantu org² Islam yg berpindah dari Mekah ke Madinah (ie golongan Muhajirin).

- Keturunan: Usaid bin Hudair bin Simak bin Atik bin Umru' al-Qays bin Zayd bin Abd al-Ashhal bin Jashm bin Harith, bin al-Khazraj bin Amr bin Malik bin Auz.

- Usaid bermaksud singa yg kecil. Dia adalah salah seorg dari pemimpin Auz.

- Masuk Islam awal sebelum hijrah Rasulullah.
- pd tahun ke 7 (atau 10) sebelum kerasulan Nabi, Usaid menuju ke Mekah utk mengerjakan haji, bersama 6 org yg lain dari Yathrib. Nabi Muhammad akan bertemu dgn kabilah² yg dtg berkunjung ke Mekah utk mengerjakan haji. Bapa saudara Nabi Muhammad (ie Abu Lahab) akan menyusuli Nabi Muhammad dan mengatakan kpd kabilah² yg ditemui oleh Nabi Muhammad itu, mengatakan anak saudaranya itu tidak sihat jadi jangan dengar kata² yang disampaikan Nabi Muhammad. Hanya sebilangan kecil shj yg terima dakwah Islam ketika itu.

- 6 org itu menerima Islam yg disampaikan oleh Rasulullah. Sebelum itu mereka telah mendengar kisah Nabi terakhir akan muncul yg akan mengembalikan kpd agama tauhid, dari org yahudi yg menetap di Yathrib. Org² yahudi itu berasal dari Palestin dan melarikan ke Yathrib.

- pada tahun berikutnya 12 org datang menunaikan haji, dan bertemu Rasulullah di Jamratul Aqabah, (tempat di mana jemaah haji lontar jamrah), dimana mereka mengikat perjanjian 'Aqabah pertama dgn Rasulullah.
- Mus'ab bin Umair diutuskan oleh baginda Rasulullah saw, sebagai wakil (atau Duta) Rasulullah utk mengajarkan Islam kpd penduduk Yathrib.
  • >> Catatan kuliah Mus'ab bin Umair (klik sini)

- As'ad bin Az-Zurarah adalah org Yathrib yg membawa Mus'ab ke rmh² org utk memberitahu tentang Islam dan mengajarkan Islam, meninggalkan sembahan patung² dan kembali kpd menyembah Allah Yang Esa. Kita boleh kata As'ad Az-Zurarah bertindak sebagai agen di mana dia mengaturkan pergerakan Mus'ab bin Umair utk bertemu dgn penduduk Yathrib. Ramai org Yathrib boleh terima apa yg disampaikan oleh Mus'ab, dan akhirnya memeluk Islam.
  • >> Catatan kuliah As'ad Az-Zurarah (klik sini

- Suatu ketika As'ab hendak pergi ke kampung bani al-Ashhal, bersama Mus'ab utk menyampaikan dan mengajarkan Islam, mentauhidkan Allah, memperkenalkan Nabi Muhammad, menceritakan keadaan org² Mekah sebelum dan selepas memeluk Islam, dan dibacakan ayat² Al-Quran. Org² bani as-Ashhal itu ada yg telah memeluk Islam, kehadiran mereka utk mendengarkan bacaan ayat² Al-Quran disamping mendapatkan tambahan ilmu. Dlm masa itu Usaid dan Saad bin Muaz terima berita yg Mus'ab datang ke kampung mereka, dan mereka memutuskan supaya disekat aktiviti ceramah Mus'ab dan perlu dihalang. Saad bin Muaz berkata dia memang nak pergi halang tetapi As'ab itu adalah sepupunya. Saad cadangkan Usaid seorg shj yg pergi menghalang Usaid menyampaikan cerita² Islam kpd penduduk kampungnya.
  • Usaid dikenali sebagai panglima perang yang mahir menunggang kuda. Dia juga seorg yg pandai menulis dan membaca. Pada zaman dahulu, seseorg yg pandai menulis dan membaca, dia seorg yg disanjung tinggi, dan diberikan kedudukan dlm masyarakat.
- Apbl Usaid dtg ke kebun tempat Mus'ab mengajarkan Islam,  bersama tombaknya, As'ad nampak dia dan memberitahu kpd Mus'ab, dan menasihatkan agar Mus'ab menyampaikan Islam dgn baik kpd Usaid kerana dia seorg yg berpengaruh. Jika dia memeluk Islam maka akan ramai yg mengikuti Usaid utk memeluk Islam.

- Usaid mengarahkan Mus'ab dan As'ab utk berhentikan ceramah dan keluar dari kampungnya. Mus'ab memohon supaya Usaid mendengar dahulu cerita yg ingin disampaikan, jika selepas itu apa yg disampaikan tidak elok, maka dia akan meninggalkan kampung bani al-Ashhal. Usaid bersetuju dan mencacakan tombaknya.

- Usaid setuju utk mendengar apa yg ingin disampaikan oleh Mus'ab. Mukanya nampak berubah apabl mendengar ceramah dakwah yg disampaikan oleh Mus'ab. Usaid bertanya apakah yg perlu dilakukan olehnya utk memasuki ugama Islam yg disampaikan itu.

- Mus'ab memberitahu 3 perkara utk menerima Islam adalah bersihkan diri, mengucapkan syahadah dan menunaikan solat 2 rakaat (diajarkan oleh Mus'ab).

- Usaid pulang bertemu Saad, dan menyuruh Saad sendiri pergi bertemu Mus'ab di kebun. Saad pergi ke kebun dan akhirnya turut masuk Islam.

- Selepas keislaman Saad bin Muaz, dia menggunakan kuasanya sebagai pemimpin kabilah bani al-Ashhal dan mengistiharkan bahawa haram kepada org² yg ingin bercakap denganya atau menemuinya kpd yg masih lagi belum memeluk Islam. Selepas itu ramai penduduk Yathrib memeluk Islam, hingga satu keluarga shj yg masih tidak memeluk Islam. Namun dlm perang Uhud, dia telah menyeratai pasukan tentera Islam. Sewaktu ditemui akibat luka perang itu, dia mengatakan bhw dia telah memeluk Islam sebelum dari peperangan Uhud itu.
 
  • Impian Usaid yg pelik adalah utk kulitnya dapat bersentuhan dgn kulit Rasulullah saw., dan mengucup kulit baginda. Allah makbulkan hajatnya. Suatu ketika dia berhimpun dgn kaumnya, apbl Rasulullah datang ke majlis itu, baginda berseloroh dan mencucuk pinggang Usaid. Kata Usaid, wahai Rasulullah sakit badanku. Rasulullah kata maka balaslah ke atas dirinya. Usaid berkata baginda berpakaian lengkap mana mungkin dia mencucuk badan baginda. Baginda pun menyingkap bajunya. Usaid terus memeluk baginda dan mencium badan Rasulullah.

- Perkara yg sedang/seronok kpd Usaid adalah mendengar dan membaca Al-Quran. Keduanya adalah mendengar dan menatap wajah Rasulullah saw.

Malaikat mendengarkan bacaan Al-Quran Usaid
- Pada suatu malam, ketika Usaid membaca Al-Quran surah Al-Baqarah. Sampai satu ketika kudanya meronta-ronta, dan hampir² memutuskan ikatannya. Abila dia berhenti membaca Al-Quran, kudanya kembali tenang. Apabila disambung bacaan Al-Quran, kudanya meronta-ronta semula. Usaid risau jika dia terus membaca Al-Quran dan kudanya terlepas ikatannya dan akan terpijak anaknya. Dia terpandang ke arah langit dan perhatikan ada segumpal awan yg rendah dgn cahaya-cahaya di antaranya yg sangat indah. Awan itu bergerak ke atas, hingga hilang. 
  • Keesokkannya Usaid berjumpa dgn Rasulullah dan bertanyakan kpd Rasulullah hal kudanya dan awan bercahaya yg dilihatnya. Jawab baginda Rasulullah, bhw awan itu adalah kumpulan malaikat yg datang mendengarkan bacaan Al-Quran Usaid. Kata Rasulullah, sekiranya Usaid terus membacakan Al-Quran hingga ke pagi, nescaya ramailah org yg dapat melihat awan itu. 

- Usaid meninggal dunia pada zaman saidina Umar Al-Khattab. Ketika meningggal, Usaid ada hutang 4 ribu dinar. Anak²nya ingin menjualkan tanah ayahnya utk menebus hutang. Mendengarkan perkara itu Saidina Umar tidak bersetuju utk dijualkan tanah Usaid. Saidina Umar cadangkan supaya seribu dinar setahun diambil dari hasil tanah peninggalan Usaid utk 4 tahun agar keluarga Usaid masih kekal di atas tanah tersebut, dan dapat membayar hutang Usaid.

Saturday, January 6, 2024

Sahabat Rasulullah: Al-Barra' bin Malik

- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 6-Jan-2024

Sahabat Rasulullah: Al-Barra' bin Malik

- Saudara kandungnya adalah Anas bin Malik ie pembantu kpd Rasulullah saw.
- Seorg yg berasal dari Madinah dari bani Najjar, ie salah satu dari bani Khazraj (keturunan keluarga Rasulullah saw).
- Dia menyertai semua peperangan kecuali perang Badar.
- Bersaiz badan kecil, namun kata Rasulullah, dia adalah salah seorg yg sangat sedikit di mana, bilamana dia bersumpah, insyaAllah dimakmulkan doanya.
  • dlm perang melawan Farsi, sahabat² dtg menemuinya dan memohon darinya supaya berdoa kpd Allah utk diberikan kemenangan. Allah ganjarkan kemenangan kpd tentera Islam dlm peperangan itu.

Perang Yamamah
- Peperangan besar selepas kewafatan Rasulullah saw, adalah peperangan menentang org² yg murtad, yg diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab. Dlm peperangan Yamamah itu 40 ribu org murtad menentang 13 ribu org Islam. Musailamah sendiri terbunuh dlm perang itu. Di pihak org Islam 70 org hufaz syahid.
- Musailamah adalah ketua bani Hanifah, salah satu suku terbesar arab. 
- Ketika itu Saidina Abu Bakar ra menjadi khalifah, selepas kewafatan baginda Rasulullah saw. Pasukan tentera Islam termasuk Akrimah dan Khalid Al-Walid. Al-Baraq berada dlm pasukan itu.

  • Perang Yamamah berlaku pada bulan Disember 632 M. Perang ini berlaku akibat penentangan yang dilancarkan oleh Musailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah terhadap kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu Bakar. 
  • Pertempuran ini berlaku pada awal pagi. Musailamah menyusun pasukannya menjadi tiga bahagian iaitu bahagian tengah, sayap kanan dan sayap kiri. Sayap kanan diketuai oleh Muhakim ibn Tufail, sayap kiri dipimpin oleh Rajjal dan bahagian tengah dipimpin oleh Musailamah sendiri. 
  • Bagi tentera Islam, Khalid mengatur strategi yang sama seperti tentera Musailamah. Sayap kanan dipimpin oleh Zaid ibn Khattab, sayap kiri dipimpin oleh Abu Huzaifah dan bahagian tengah oleh Khalid sendiri.
- Musailamah berundur dan bertahan dlm kubu. terakhir mereka (kubu maut). Tentera Islam tidak dpt menembusi kubu tentera murtad, dgn pagar dan halangan yg dibina pihak musuh.
- Al-Barra' menawarkan dirinya diangkat di atas perisai dan diusung agar dia boleh melompat melepasi tembok kubu Al-Khazzab, agar dia boleh membuka pintu kubu.
- Al-Barra' berjaya membunuh lebih 10 org musuh, dan berjaya membuka pintu kubu. Kemudiannya tentera Islam menerobos masuk dan menewaskan 20,000 tentera Al-Khazzab. Musailamah sendiri terbunuh dalam serangan ini. 
- Al-Barra' menerima lebih 80 kesan tikan dan pedang musuh. Dia dirawat selama sebulan sebelum kembali pulih dari kesan² peperangan.
- Dlm peperangan Yamamah, dia berpesan kpd para tentera Islam bhw tiada lagi Madinah utk mereka, sama ada kemenangan atau syahid.

Peperangan Turtus
- Dlm Peperangan Turtus, dia bersama saudaranya Anas bin Malik terlibat dalam peperangan itu.
- mereka menemui keadaan yg hampir sama di mana tidak boleh menembusi kubu org² Farsi.
- org² Farsi menggunakan sejenis senjata dgn cangkukk² besi yg dipanaskan dan menyapu dinding kubu. Tentera Islam yataerkena besi panas itu atau terkait dgn cangkuk akan ditarik dan dibunuh.
- Anas terkena cangkuk besi, melihatkan itu Al-Barra' meluru utk melepaskan Anas. Akibatnya tangannya melecur hinggga isi² tangannya luruh akibat dari pergelutan melepaskan Anas dari ke cangkuk itu. Apbl Anas berjaya dilepaskan, Al- Barra' pun melepaskan dirinya. Namun akibat dari peperangan itu Al-Barra' meninggal dunia. Peperangan Turtar menentang Farsi pd tahun ke-20 hijrah.