Showing posts with label Nabi Musa. Show all posts
Showing posts with label Nabi Musa. Show all posts

Saturday, November 22, 2025

Tafsir Surah Al-Qasas ayat 28:1 hingga 8

- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Suboh Sabtu 22-Nov-2025

Tafsir Surah Al-Qasas ayat 28:1 hingga 8

Surah Makkiyah, dan ianya diturunkan dlm fasa ke3.

Surah Al-Qasas ayat 28:1 (klik sini)
{ طسٓمٓ }

Taa, Siin, Miim.

Surah Al-Qasas ayat 28:2 (klik sini)
{ تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡمُبِينِ }

Inilah ayat-ayat Kitab - Al-Quran - yang memberi penjelasan.

Surah Al-Qasas ayat 28:3 (klik sini)
{ نَتۡلُواْ عَلَيۡكَ مِن نَّبَإِ مُوسَىٰ وَفِرۡعَوۡنَ بِٱلۡحَقِّ لِقَوۡمٖ يُؤۡمِنُونَ }

Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman.

- Iman perlu dididik dan dipertingkatkan, dgn cara membaca Al-Quran, belajar dari guru dan bacaan kitab² tafsir. Ilmu yg diperoleh perlu dilaksanakan agar iman itu hidup dlm diri kita. Seseorang yg belajar agama tetapi tidak mengamalkannya, maka imannya tidak berkembang (atau tidak beriman).

Surah Al-Qasas ayat 28:4 (klik sini)
{ إِنَّ فِرۡعَوۡنَ عَلَا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلَ أَهۡلَهَا شِيَعٗا يَسۡتَضۡعِفُ طَآئِفَةٗ مِّنۡهُمۡ يُذَبِّحُ أَبۡنَآءَهُمۡ وَيَسۡتَحۡيِۦ نِسَآءَهُمۡۚ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ }

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.

- Bangsa asal atau kaum Firaun adalah bangsa Qibti (Egyptian Copts) dari Mesir Purba. Firaun bukan nama seseorang, tetapi gelaran yang diberikan kepada raja-raja Mesir kuno, khususnya pemerintah Mesir ketika zaman Nabi Musa as. 
  • Sekitar 170 raja yang memegang pangkat Firaun, dan mereka berasal dari berbagai dinasti Mesir Purba, terutama bangsa Qibti pada masa awal. Pada masa kejatuhan Mesir Purba, darjat Firaun juga sempat dipegang oleh bangsa selain Qibti.
  • Firaun pada masa Nabi Musa berasal dari pedalaman Mesir dengan karakter keras dan kolot, tidak mudah menerima orang luar, termasuk Bani Israel yang pada masa itu menjadi hamba dan kuli dalam kerajaan Mesir. 
  • Bani Israel adalah pendatang di Mesir, berasal dari keturunan Nabi Yusuf as yang dahulu memegang jabatan tinggi dalam kerajaan Mesir.
  • Hamba² menteri firaun mengatakan ajaran Nabi Ibrahim mengajarkan akan lahir seorg nabi dari kalangan mereka (keturunan nabi Ibrahim, bani Israel) yg akan mengalahkan kerajaan zalim firaun. Cerita/Ramalan ini akhirnya sampai ke pengetahuan firaun dan menyebabkan keresahan kpd firaun.
- Firaun mengeluarkan polisi membunuh anak-anak lelaki Bani Israil kerana dia takut kehilangan kuasa dan kerajaannya. Menurut tafsir, firaun memerintahkan penyembelihan bayi lelaki kerana berita yang tersebar di kalangan Bani Israil bahawa akan lahir seorang anak lelaki dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. (iaitu dari keturunan bani Israel) yang kelak akan menghancurkan kerajaan dan kekuasaannya (iaitu nabi Musa as).
- Apbl polisi ini dilaksanakan berlaku keresahan di kalangan menteri² bhw suatu masa nanti tiada hamba utk bantu mereka kerana semua anak² lelaki telah dibunuh.
Akhirnya firaun ubah polisinya agar pembunuhan anak² lelaki bani Israel dibuat secara berselang tahun. Dia membiarkan anak perempuan hidup kerana dianggap tidak berbahaya bagi kekuasaannya.

- Carian Internet:
  • Setelah beberapa tahun perintah pembunuhan bayi lelaki ini dijalankan secara konsisten, para penasihat firaun mendapati bahawa populasi Bani Israel akan pupus kerana ketiadaan anak lelaki untuk bekerja dan membantu ekonomi Mesir. Lalu, firaun meminda perintah tersebut supaya pembunuhan bayi dilakukan berselang setahun, yakni satu tahun bayi lelaki dibunuh dan satu tahun berikutnya dibiarkan hidup. Dalam banyak riwayat tafsir (termasuk Ibnu Kathir), tempoh perintah asal berterusan dinyatakan berlaku sebelum timbul kebimbangan para pembesar istana Mesir bahawa ekonomi negara akan terjejas.  

  • Berdasarkan tradisi tafsir dan kisah para nabi, Nabi Harun dilahirkan dan hidup pada tahun di mana bayi lelaki tidak dibunuh, manakala Nabi Musa dilahirkan pada tahun perintah pembunuhan dijalankan.

Surah Al-Qasas ayat 28:5 (klik sini)
{ وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى ٱلَّذِينَ ٱسۡتُضۡعِفُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَنَجۡعَلَهُمۡ أَئِمَّةٗ وَنَجۡعَلَهُمُ ٱلۡوَٰرِثِينَ }

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).

- Allah mengukuhkan kerajaan firaun sebagai ujian dan untuk menunjukkan kekuasaan-Nya yang mutlak. Firaun diberi kekuasaan besar dan kekayaan duniawi supaya dia tampak kuat dan sombong, serta menindas Bani Israil yang merupakan kaum yang lemah dan tertindas.

  • Namun, Allah menguatkan kerajaan Firaun bukan sebagai tanda keberhasilan manusia itu sendiri, melainkan sebagai peringatan dan ujian kepada Firaun dan kaumnya. 
Mereka diberi kuasa sebagai balasan sementara atas perbuatan mereka yang sewenang-wenang, supaya kelak ketika kekuasaan itu ditarik kembali dan mereka dihancurkan, jelaslah bahawa semua kekuatan dunia tersebut bukanlah milik mereka, tetapi ditaati dan diberikan oleh Allah.

Surah Al-Qasas ayat 28:6 (klik sini)
{ وَنُمَكِّنَ لَهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَنُرِيَ فِرۡعَوۡنَ وَهَٰمَٰنَ وَجُنُودَهُمَا مِنۡهُم مَّا كَانُواْ يَحۡذَرُونَ }

Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu.

Surah Al-Qasas ayat 28:7 (klik sini)
{ وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰٓ أُمِّ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَرۡضِعِيهِۖ فَإِذَا خِفۡتِ عَلَيۡهِ فَأَلۡقِيهِ فِي ٱلۡيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحۡزَنِيٓۖ إِنَّا رَآدُّوهُ إِلَيۡكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ }

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.

- Allah ilhamkan kpd ibu nabi Musa as utk hanyutkan nabi Musa di sungai dan Allah berikan jaminan bhw Nabi Musa akan dikembalikan semula kpdnya dan akan diangkat menjadi Rasul, seorg yg mulia.
- Setelah menyusukan Nabi Musa as, dia masukkan Nabi Musa dlm sebuah peti dan diikat tali. Kakak Nabi Musa diminta menghanyutkan peti itu di sungai namun tali yang dipegang telah terlepas, menyebabkan peti itu hanyut sendiri di bawa arus sungai Nil. Kakak Nabi Musa mengekori dari tebing sungai kotak yg dihanyutkan itu.  

- Carian Internet:
  • Ibnu Kathir menghuraikan ayat ke-7 Surah Al-Qasas bahawa Allah telah mewahyukan kepada ibu Nabi Musa agar menyusukan anaknya terlebih dahulu, dan apabila dia merasa takut terhadap ancaman firaun (yang memerintahkan pembunuhan bayi lelaki Bani Israil), dia diarahkan untuk meletakkan Nabi Musa ke dalam kotak dan menghanyutkannya ke sungai Nil. 
    • Wahyu ini adalah bentuk ilham yang memberi ketenangan dan kekuatan kepada ibu Musa dalam menghadapi ujian yang sangat berat, kerana Allah juga menjamin bahawa Nabi Musa akan dikembalikan kepadanya dan kelak akan menjadi seorang Rasul.​

  • Ibnu Kathir menjelaskan, tindakan menghanyutkan bayi itu bukan didorong oleh keputusasaan, tetapi atas perintah dan jaminan langsung dari Allah. Allah mengingatkan ibu Musa agar tidak takut atau bersedih kerana Dia pasti akan mengembalikan Musa kepadanya dan menjadikannya dari kalangan Rasul. 
    • Faktor utama ibu Musa bertindak demikian adalah bagi menghindarkan anaknya daripada dibunuh oleh tentera firaun, dan keyakinan terhadap janji Allah menjadi sumber kekuatan beliau dalam pelaksanaan perintah ini.

Surah Al-Qasas ayat 28:8 (klik sini)
{ فَٱلۡتَقَطَهُۥٓ ءَالُ فِرۡعَوۡنَ لِيَكُونَ لَهُمۡ عَدُوّٗا وَحَزَنًاۗ إِنَّ فِرۡعَوۡنَ وَهَٰمَٰنَ وَجُنُودَهُمَا كَانُواْ خَٰطِـِٔينَ }

Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.


- Carian Internet:
  • Menurut huraian Ibnu Kathir untuk ayat ke-8 Surah Al-Qasas, anak yang mereka pungut (ie Nabi Musa as) pada mulanya adalah bertujuan untuk menjadikannya anak angkat dan penyejuk mata, namun Allah mentakdirkan bahawa kelak Nabi Musa akan menjadi musuh dan sumber kesedihan bagi firaun dan kerajaannya.​

    • Ibnu Kathir menjelaskan bahawa penggunaan huruf "lam" dalam ayat ini bermaksud akibat atau kesudahan (lam ‘aqibah), bukan niat asal keluarga firaun. Maksudnya, akibat perbuatan mereka memungut Musa, akhirnya beliau akan menjadi sebab jatuhnya kerajaan firaun; Nabi Musa membesar di istana firaun tetapi kelak akan menjadi pemimpin yang membawa kehancuran kepada kerajaan yang zalim itu.​

  • Penjelasan ini menunjukkan sunnatullah dalam perancangan dan ketetapan Allah: musuh Bani Israil (firaun) sendiri yang memelihara pembela mereka (Musa), dan akhirnya, anak yang dipelihara itulah yang menyebabkan kejatuhan firaun serta berakhirnya pemerintahannya yang zalim.

Friday, November 13, 2020

10 Muharram

- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 8-Nov-2015

Memperingati Peristiwa 10 Muharrram

  • Syiah mengingati tanggal 10-Muharram sebagai tarikh kematian saidina Ali.

  • 10 Muharram Nabi Musa dikejar oleh tentera firaun. Tanggal itu juga adalah kekalahan firaun kepada pengikut Nabi Musa as.

    Surah Al-Baqarah Ayat 2:50 (klik sini utk paparan ayat)

    وَإِذۡ فَرَقۡنَا بِكُمُ ٱلۡبَحۡرَ فَأَنجَيۡنَٰكُمۡ وَأَغۡرَقۡنَآ ءَالَ فِرۡعَوۡنَ وَأَنتُمۡ تَنظُرُونَ

    Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.

  • Nabi Musa as berpuasa pada 10 Muharram kerana memperingati hari dimana dia dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah dari tentera firaun.

- Pd asalnya puasa asyura adalah difardukan ke atas umat Islam. Namun pd tahun ke2 hijrah diturunkan kefarduan ke atas umat Islam utk berpuasa wajib di bulan Ramadhan. 
Dgn turunnya fardu berpuasa di bln Ramadhan, maka hukum berpuasa 10 Muharram menjadi sunat muakkad (yg sangat dituntut).

- 10 Muharram adalah suatu tarikh dgn berlakunya peristiwa besar (ie Nabi Musa as dan pengikutnya di selamatkan dr firaun dan ditenggelamkan firaun dlm Laut Merah), kemudiannya di sarankan utk berpuasa.

- Hadis qudsi: Rasulullah mengatakan akan berlaku pd suatu zaman yg mana umat Islam menjadi semakin teruk dan terus menjadi teruk.
  • Anak2 menderhaka kpd ibu-bapa
  • Isteri2 ingkar kpd suami
  • Manusia meninggalkan jihad
  • Org lihat kemungkaran sebagai perkara baik, dan sebaliknya perkara baik sebagai buruk
  • Bahkan akan berlaku lebih teruk dr itu.

- Hadis lain: Rasulullah bersabda, Allah akan lontarkan suatu keadaan huru-hara, hinggakan org yg baik/soleh/berilmu dlm keadaan terpinga-pinga tidak dpt memberikan penyelesaian kpd sesuat masalah disekelilingnya.

Surah Al-Qasas ayat 28:5: (klink sini utk paparan ayat)

وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).

- Apa yg ditakuti oleh firaun?
Kerajaan firaun bertahan 3,000 tahun. Nabi Musa as dilahirkan semasa 2,000 tahun pemerintahannya.

Firaun amat takut kejatuhan kerajaan pemerintahannya
- diramalkan oleh tukang tiliknya.
- Kejatuhan kerajaan pemerintahannya dijatuhkan oleh seorg yg bakal lahir dr keturunan Bani Israel sendiri.
- Dgn itu firaun arahkan semua bayi lelaki yg dilahirkan supaya di bunuh.
- Namun Nabi Musa apbl lahir, Allah memberi ilham kpd ibu Nabi Musa agar disusukan Nabi Musa dan kemudiannya jika dia berasa takut utk membesarkan Nabi Musa kerana adanya ancaman kpd anak yg baru dilahirkan, maka masukkan dia dlm kotak kecil dan hanyutkan ke sungai Nil. Hinggalah isteri firaun diberikan perasaan kasih sayang kpd bayi yg ditemui utk dibela di istana, dan dijadikan anak angkat.

- Jatuhnya firaun dan kerajaannya adalah disebabkan oleh pengorbanan Nabi Musa as.
  • Nabi yang paling banyak disebut dlm Al-Quran adalah Nabi Musa as.
  • Apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kpd firaun:
  1. berhujah dgn firaun
  2. berdebat dgn firaun
  3. berdakwah dan mengislamkan isteri firaun.
    • 4 penghulu wanita di syurga ie Fatimah, Khadijah, Asiah dan Mariam
  4. berjaya mengislamkan ahli2 sihir
  5. berdakwah kpd qarun
  6. berdakwah kpd Bani Israel utk berhijrah dan lari dlm masa yg serentak utk keluar dr bumi Mesir (pd sebelum Subuh, kira-kira 60,000 org), dan pergi ke Baitulmuqaddis.

    • Kerajaan firaun terletak di selatan Mesir dekat dgn sempadan Sudan.

    • Meninggalkan Mesir menuju ke Baitulmuqaddis terletak di utara Mesir. Merupakan perjalanan yg jauh.

    • Sewaktu menghampiri Laut Merah, Nabi Musa dan pengikutnya dikepung oleh tentera berkuda firaun. Kerana dihadapan mereka adalah Laut Merah. Pengikut Nabi Musa mengandaikan mereka akan dibunuh oleh tentera firaun, namun Nabi Musa mengatakan, ada Tuhan yg akan memberikan petunjuk. Lalu turun wahyu kpd Nabi Musa utk memukul air laut dgn tongkatnya hingga terbelah Laut Merah kpd beberapa alur utk pengikut Nabi Musa melaluinya. Apbl kesemua pengikutnya telah sampai di hujung laut, maka diperintahkan Nabi Musa utk mengetuk air laut, dan bercantum semula air laut dan menenggelamkan firaun dan bala tenteranya.

- Allah turunkan surah Al-Kahfi, 2 hari kemudian saidina Hamzah dan Omar memeluk Islam.

- Pd tahun ke7 hijrah, baki pengganut Islam di Mekah adalah sekitar 500 org sahaja. Pd ketika itu kabilah2 arab bersepakat utk memboikot pengganut Islam. Namun pd tahun ke3 Allah perintahkan anai2 utk memakan surat perjanjian kabilah arab itu. Dgn itu terbatallah pemulauan ke atas umat Islam di Mekah.

- Hari Asyura adalah sempena memalas usaha umat Islam, yg kemudiannya ditolong oleh Allah dan memenangkan umat Islam.

- Ummah kena tunjukkan usaha yg bersungguh2 ke atas ugama Islam, maka Allah akan bantu menewaskan segala musuh yg dihadapi.