- us Luqmanul Hakim kuliah Maghrib Khamis 6-Ogos-2026
Bab: Mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim Apabila Hendak Makan
- Bab ini mudah, tetapi ramai juga yang tidak endahkan.
Hadis:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَأْكُلُ طَعَامًا مَعَ سِتَّةٍ مِنْ أَصْحَابِهِ، فَجَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَأَكَلَهُ بِلُقْمَتَيْنِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: أَمَا إِنَّهُ لَوْ كَانَ قَالَ: بِسْمِ اللَّهِ، لَكَفَاكُمْ، فَإِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا، فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ، فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَقُولَ فِي أَوَّلِهِ، فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ.
Daripada ‘Aisyah r.a., beliau berkata:
“Rasulullah SAW sedang makan bersama enam orang sahabatnya. Kemudian datang seorang Arab Badwi lalu dia makan dengan dua suapan. Rasulullah SAW bersabda: ‘Kalaulah dia menyebut Bismillah, nescaya makanan itu mencukupi kamu semua.’ Apabila seseorang daripada kamu makan, hendaklah dia menyebut Bismillah. Jika dia terlupa menyebutnya pada permulaan makan, hendaklah dia membaca:
بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Bismillāhi fī awwalihi wa ākhirih
“Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.” [Riwayat Sunan Ibn Majah, no. 3255]
- Mengapa ibu/bapa perlu tunjuk contoh yg baik di rumah, termasuklah membaca basmallah sebelum makan adalah kerana setiap perbuatan ibu/bapa akan manjadi contoh kpd anak²nya. Hadis:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتَجُ الْبَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ، هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ؟
ثم قال أبو هريرة رضي الله عنه:
فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا، لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ، ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada seorang anak pun yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi, sebagaimana binatang ternakan melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna. Adakah kamu melihat ada kecacatan pada telinga anak binatang itu?”
Kemudian Abu Hurairah r.a. membaca firman Allah: “Fitrah Allah yang Dia telah menciptakan manusia atasnya. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Demikianlah agama yang lurus.” [Riwayat Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jana’iz, hadis no. 1358 dan no. 1385].
- Guru² akan sukar menegur anak² yang tidak membaca bismillah sebelum menyuap makanan, kerana mereka tidak dididik oleh ibu/bapa di rumah, atau mungkin tidak ditegur hinggalah mereka menjadikan tabiat ibu/bapa sebagai alasan mengapa mereka tidak membaca bismillah sebelum menyuap makanan. -- Kita mungkin rasa hal kecil/remeh, tetapi inilah yang diperhatikan oleh anak² dan menjadi ikutan mereka.
- Kisah saidina Umar Al-Khattab menuliskan sepucuk surat kepada Sungai Nil.
مِنْ عَبْدِ اللَّهِ عُمَرَ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ إِلَى نِيلِ أَهْلِ مِصْرَ، أَمَّا بَعْدُ: فَإِنْ كُنْتَ تَجْرِي مِنْ قِبَلِكَ فَلَا تَجْرِ، فَلَا حَاجَةَ لَنَا فِيكَ، وَإِنْ كُنْتَ تَجْرِي بِأَمْرِ اللَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ، وَهُوَ الَّذِي يُجْرِيكَ، فَنَسْأَلُ اللَّهَ أَنْ يُجْرِيَكَ.
Ketika Mesir dibuka, penduduknya memberitahu ‘Amr bin al-‘As r.a. bahawa Sungai Nil mempunyai adat tahunan: sebelum air sungai mengalir dengan banyak, mereka akan mempersembahkan seorang gadis sebagai korban. ‘Amr bin al-‘As menolak amalan jahiliah tersebut lalu menulis surat kepada Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. untuk memaklumkannya.
Umar r.a. membalas surat itu dan mengirimkan sekeping nota untuk dicampakkan ke dalam Sungai Nil. Kandungan nota tersebut ialah:
“Daripada hamba Allah, Umar Amirul Mukminin, kepada Sungai Nil penduduk Mesir. Amma ba‘d: Jika engkau mengalir dengan kehendak dan kuasamu sendiri, maka janganlah engkau mengalir. Kami tidak memerlukanmu. Namun jika engkau mengalir dengan perintah Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, maka kami memohon kepada Allah agar Dia mengalirkanmu.”
‘Amr bin al-‘As kemudian mencampakkan nota itu ke dalam Sungai Nil. Pada keesokan pagi, Allah menjadikan sungai tersebut mengalir dengan ketinggian enam belas hasta. Sejak itu, amalan jahiliah mempersembahkan korban kepada Sungai Nil terhenti.
- 3 hak anak yang perlu ditunaikan oleh seorang bapa kpd anak
- Bapa mencarikan ibu yg baik utk anaknya
- Berikan nama yang elok
- Mengajarkan Al-Quran
No comments:
Post a Comment