Saturday, August 29, 2026

Kelebihan Nabi Muhammad saw

- us Syed Husaini Syed Hasan kuliah Maghrib Sabtu 29-Ogo-2026

10 Kelebihan Nabi Muhammad saw

1. Penghulu kpd semua anak Adam pada hari Kiamat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ».

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Aku adalah pemimpin (penghulu) anak Adam pada hari Kiamat; aku adalah orang yang pertama kali dibelah kuburnya (keluar dari kubur); aku adalah pemberi syafaat yang pertama; dan aku adalah orang yang pertama kali diberi izin untuk memberi syafaat.” [HR
Muslim, no. 4223]

- Baginda mengingatkan supaya kita tidak terlibat dlm perkara fitnah. Baginda menutup lubang²/punca² yg boleh mendatangkan fitnah. 

Kisah 2 org lelaki nampak baginda berjalan malam bersama Shafiyyah. Hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Shafiyyah binti Huyay r.a. (isteri Nabi ﷺ), di mana Nabi ﷺ menjelaskan bahawa syaitan mengalir dalam diri anak Adam seperti aliran darah, dan baginda bimbang syaitan mencampakkan perkara jahat/fitnah ke dalam hati dua orang sahabat yang melihat baginda berjalan malam dengan Shafiyyah.

عَنْ صَفِيَّةَ بِنْتِ حُيَيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ:
«كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُعْتَكِفًا، فَأَتَيْتُهُ أَزُورُهُ لَيْلًا، فَحَدَّثْتُهُ، ثُمَّ قُمْتُ لِأَنْصَرِفَ، فَقَامَ لِيَقْلِبَنِي، فَأَدْرَكَهَا رَجُلَانِ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَلَمَّا رَأَيَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْرَعَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَلَى رِسْلِكُمَا، إِنَّهَا صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَيٍّ، فَقَالَا: سُبْحَانَ اللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَقَالَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ، وَإِنِّي خَشِيتُ أَنْ يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَرًّا –أَوْ قَالَ: شَيْئًا–».

Daripada Shafiyyah binti Huyay r.a., beliau berkata:
Nabi ﷺ sedang beri’tikaf, lalu aku datang menziarahi baginda pada malam hari; aku berbincang dengan baginda, kemudian aku berdiri untuk pulang. Baginda pun berdiri untuk menghantarku.
Tiba-tiba dua orang lelaki dari kalangan Ansar menemui kami. Apabila mereka melihat Rasulullah ﷺ, mereka pun mempercepatkan langkah.
Nabi ﷺ bersabda: ‘Perlahankanlah kamu berdua; sesungguhnya dia ini Shafiyyah binti Huyay.’
Mereka berkata: ‘Mahasuci Allah, wahai Rasulullah!’
Baginda bersabda: ‘Sesungguhnya syaitan mengalir dalam diri anak Adam seperti aliran darah; dan aku bimbang syaitan mencampakkan ke dalam hati kamu berdua sesuatu yang jahat –atau baginda berkata: sesuatu–.’” [Kitab: Ṣaḥīḥ al-Bukhārī dan Ṣaḥīḥ Muslim (Muttafaq ‘alaih), no.
2035 & 2175]

2. Mengetuai panji pujian
Hadis masyhur tentang “Panji Pujian” (Liwa’ al-Ḥamd) yang diriwayatkan daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī r.a., di mana Nabi ﷺ menyebut baginda mempunyai panji pujian pada hari Kiamat, sambil berulang kali menegaskan “tidak untuk bermegah”.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا فَخْرَ، وَبِيَدِي لِوَاءُ الْحَمْدِ وَلَا فَخْرَ، وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمُ فَمَنْ سِوَاهُ إِلَّا تَحْتَ لِوَائِي، وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ الْأَرْضُ عَنْهُ وَلَا فَخْرَ».

Daripada Abu Sa‘īd al-Khudrī r.a., beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Akulah penghulu keturunan Adam pada hari Kiamat, dan (aku menyebut ini) tidak untuk bermegah.
Di tanganku terdapat Panji Pujian, dan (aku menyebut ini) tidak untuk bermegah.
Tidak ada seorang nabi pun pada hari itu—dari Nabi Adam dan selainnya—melainkan berada di bawah panjiku.
Akulah orang yang pertama kali bumi terbelah kerana kebangkitannya, dan (aku menyebut ini) tidak untuk bermegah.” [HR Tirmidhī, no. 3615]

4. Pemberi syafaat
Hadis utama ialah riwayat Abu Hurairah r.a. tentang Nabi menyimpan doa mustajab baginda untuk syafaat umat pada hari Kiamat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ، فَتَعَجَّلَ كُلُّ نَبِيٍّ دَعْوَتَهُ، وَإِنِّي اخْتَبَأْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَهِيَ نَائِلَةٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ مَنْ مَاتَ مِنْ أُمَّتِي لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا».

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:
Setiap nabi mempunyai satu doa yang mustajab, maka setiap nabi menyegerakan doanya (di dunia). Sesungguhnya aku menyimpan doaku sebagai syafaat bagi umatku pada hari Kiamat. Ia akan diperoleh, insya-Allah, oleh sesiapa yang mati dari umatku dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun.” [HR Ṣaḥīḥ Muslim, no. 296]

- Allah bersumpah dgn nyawa iaitulah nyawa Nabi Muhammad saw.
Dalil dlm surah Al-Hijr ayat 15:72 (klik sini)
{ لَعَمۡرُكَ إِنَّهُمۡ لَفِي سَكۡرَتِهِمۡ يَعۡمَهُونَ }

Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.

- Allah memanggil Nabi Muhammmad saw sebagai gelaran dan bukannya nama Muhammad. Berbanding dgn nabi² yg lain Allah panggil mereka dgn nama. Tiada satu ayat Al-Quran yg mana Allah panggil Nabi Muhammad dgn nama baginda, sebaliknya dgn gelaran, menunjukkan kelebihan baginda Rasulullah  berbanding nabi² dan rasul² sebelumnya.


No comments: