Showing posts with label Kitab Bahrul Mazi. Show all posts
Showing posts with label Kitab Bahrul Mazi. Show all posts

Thursday, August 6, 2026

Ucapkan Bismillahirrahmanirrahim Apabila Hendak Makan

- us Luqmanul Hakim kuliah Maghrib Khamis 6-Ogos-2026

Bab: Mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim Apabila Hendak Makan

 - Bab ini mudah, tetapi ramai juga yang tidak endahkan. 
Hadis:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَأْكُلُ طَعَامًا مَعَ سِتَّةٍ مِنْ أَصْحَابِهِ، فَجَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَأَكَلَهُ بِلُقْمَتَيْنِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: أَمَا إِنَّهُ لَوْ كَانَ قَالَ: بِسْمِ اللَّهِ، لَكَفَاكُمْ، فَإِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا، فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ، فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَقُولَ فِي أَوَّلِهِ، فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ.

Daripada ‘Aisyah r.a., beliau berkata:
“Rasulullah SAW sedang makan bersama enam orang sahabatnya. Kemudian datang seorang Arab Badwi lalu dia makan dengan dua suapan. Rasulullah SAW bersabda: ‘Kalaulah dia menyebut Bismillah, nescaya makanan itu mencukupi kamu semua.’ Apabila seseorang daripada kamu makan, hendaklah dia menyebut Bismillah. Jika dia terlupa menyebutnya pada permulaan makan, hendaklah dia membaca:
بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Bismillāhi fī awwalihi wa ākhirih
“Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.” [Riwayat Sunan Ibn Majah, no. 3255]

- Mengapa ibu/bapa perlu tunjuk contoh yg baik di rumah, termasuklah membaca basmallah sebelum makan adalah kerana setiap perbuatan ibu/bapa akan manjadi contoh kpd anak²nya. Hadis:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتَجُ الْبَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ، هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ؟
ثم قال أبو هريرة رضي الله عنه:
فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا، لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ، ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada seorang anak pun yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi, sebagaimana binatang ternakan melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna. Adakah kamu melihat ada kecacatan pada telinga anak binatang itu?”
Kemudian Abu Hurairah r.a. membaca firman Allah: “Fitrah Allah yang Dia telah menciptakan manusia atasnya. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Demikianlah agama yang lurus.” [Riwayat Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jana’iz, hadis no. 1358 dan no. 1385].

  • Guru² akan sukar menegur anak² yang tidak membaca bismillah sebelum menyuap makanan, kerana mereka tidak dididik oleh ibu/bapa di rumah, atau mungkin tidak ditegur hinggalah mereka menjadikan tabiat ibu/bapa sebagai alasan mengapa mereka tidak membaca bismillah sebelum menyuap makanan. -- Kita mungkin rasa hal kecil/remeh, tetapi inilah yang diperhatikan oleh anak² dan menjadi ikutan mereka.
- Kisah saidina Umar Al-Khattab menuliskan sepucuk surat kepada Sungai Nil.
مِنْ عَبْدِ اللَّهِ عُمَرَ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ إِلَى نِيلِ أَهْلِ مِصْرَ، أَمَّا بَعْدُ: فَإِنْ كُنْتَ تَجْرِي مِنْ قِبَلِكَ فَلَا تَجْرِ، فَلَا حَاجَةَ لَنَا فِيكَ، وَإِنْ كُنْتَ تَجْرِي بِأَمْرِ اللَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ، وَهُوَ الَّذِي يُجْرِيكَ، فَنَسْأَلُ اللَّهَ أَنْ يُجْرِيَكَ.

Ketika Mesir dibuka, penduduknya memberitahu ‘Amr bin al-‘As r.a. bahawa Sungai Nil mempunyai adat tahunan: sebelum air sungai mengalir dengan banyak, mereka akan mempersembahkan seorang gadis sebagai korban. ‘Amr bin al-‘As menolak amalan jahiliah tersebut lalu menulis surat kepada Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. untuk memaklumkannya.
Umar r.a. membalas surat itu dan mengirimkan sekeping nota untuk dicampakkan ke dalam Sungai Nil. Kandungan nota tersebut ialah:
“Daripada hamba Allah, Umar Amirul Mukminin, kepada Sungai Nil penduduk Mesir. Amma ba‘d: Jika engkau mengalir dengan kehendak dan kuasamu sendiri, maka janganlah engkau mengalir. Kami tidak memerlukanmu. Namun jika engkau mengalir dengan perintah Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, maka kami memohon kepada Allah agar Dia mengalirkanmu.”
‘Amr bin al-‘As kemudian mencampakkan nota itu ke dalam Sungai Nil. Pada keesokan pagi, Allah menjadikan sungai tersebut mengalir dengan ketinggian enam belas hasta. Sejak itu, amalan jahiliah mempersembahkan korban kepada Sungai Nil terhenti.

- 3 hak anak yang perlu ditunaikan oleh seorang bapa kpd anak
  1. Bapa mencarikan ibu yg baik utk anaknya
  2. Berikan nama yang elok
  3. Mengajarkan Al-Quran

Monday, July 20, 2026

Makan Malam

- us Luqmanul Hakim kuliah Maghrib Isnin 20-Jul-2026

Bab: Makan Malam

- Bab ini menyentuh hal makan hidangan malam sebelum terbenam matahari/sebelum masuk waktu Maghrib (kira-kira masih ada siang, langit masih kelihatan warna merah). Perbahasan ini berkait rapat dengan petunjuk Nabi saw dalam menjaga kesihatan badan dan mengelakkan makan terlalu lewat malam.

- Maksud & Konteks "Makan Malam Sebelum Maghrib"
Dlm tradisi Islam dan amalan Salafussoleh, istilah 'Asha' (العَشَاء - makan malam) secara asalnya merujuk kepada makanan yang dimakan pada waktu petang sebelum berlakunya kegelapan malam.

- Waktu Makan Para Sahabat 
Kebanyakan amalan para sahabat ra dan masyarakat Arab terdahulu adalah menjamah makanan utama petang/malam sewaktu hari masih siang (iaitu selepas Asar atau sebelum terbenam matahari).

Hadis berkaitan makan malam -- Nabi saw tidak menggalakkan umatnya tidur selepas makan atau tidur lewat malam dalam keadaan perut terlalu sarat:

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ، بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

Maksudnya:
"Tidak ada wajan/bekas yang diisi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (memberi tenaga). Sekiranya dia terpaksa makan lebih, maka bahagikanlah: sepertiga untuk makannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk pernafasannya." [Sunan at-Tirmidzi]

- Kebaikan amalan ini mengikut hadis & hikmah agama
(1) Mengelakkan tidur dlm keadaan perut sarat (makanan)
Nabi saw memberikan petunjuk agar tubuh badan diberikan ruang untuk memproses makanan sebelum tidur. Dalam satu riwayat/atsar yang sering dinukilkan oleh para ulama perubatan Islam:

ذُوبُوا طَعَامَكُمْ بِذِكْرِ اللهِ وَالصَّلاَةِ وَلاَ تَنَامُوا عَلَيْهِ فَتَقْسُوَ قُلُوبُكُمْ

Maksudnya: "Hancurkanlah (hadamkanlah) makanan kamu dengan zikir kepada Allah dan solat, dan janganlah kamu terus tidur selepas makan, yang boleh menyebabkan hati kamu menjadi keras (dan badan menjadi lemah/sakit)."

Apabila seseorang makan sebelum Maghrib, julat masa antara waktu makan dengan waktu tidur (selepas Isyak) adalah cukup panjang. Ini memberi ruang kepada proses penghadaman berlaku dengan sempurna sewaktu beribadah (Solat Maghrib dan Isyak).

- Contoh penggunaan perkataan 'Asha' (العَشَاء ) dlm Al-Quran:

(1) Surah Ali Imran ayat 3:41 (klik sini)
{ قَالَ رَبِّ ٱجۡعَل لِّيٓ ءَايَةٗۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمۡزٗاۗ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ كَثِيرٗا وَسَبِّحۡ بِٱلۡعَشِيِّ وَٱلۡإِبۡكَٰرِ }

Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".

- "بِٱلۡعَشِيِّ" maksudnya petang

(2) Surah Al-Kahfi ayat 18:28 (klik sini)
{ وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ رَبَّهُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجۡهَهُۥۖ وَلَا تَعۡدُ عَيۡنَاكَ عَنۡهُمۡ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُۥ فُرُطٗا }

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

- "وَٱلۡعَشِيِّ" maksudnya petang.

- Mengapa waktu makan ketika maghrib tidak dipanggil "makan maghrib"? Bahasa arab rujukkan al-asya itu adalah hidangan. Waktu hidangannya adalah pada penghujuqng hari ie hampir senja/maghrib.

- Allah benarkan kita makan, tetapi jangan berlebihan (dan melampau) menyababkan pembaziran. Dalilnya dlm surah Al-Araf ayat 7:31 (klik sini)
{ ۞يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٖ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ }

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Syeikh al-Marbawi menterjemah dan menghuraikan hadis-hadis mengenai adab makan dengan menekankan bahawa kadar makanan yang diambil hendaklah sekadar memenuhi hajat fizikal untuk beribadah, bukannya untuk memuaskan hawa nafsu.

(1) Sukat bahagian makanan: 
Hadis Nabi saw berkenaan pembahagian perut kepada tiga bahagian: sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga untuk udara/bernafas. (rujuk di bhgn awal catatan kuliah ini)

(2) Definisi pembaziran makanan: 
Pembaziran tidak hanya berlaku apabila makanan dibuang ke dalam tong sampah, tetapi juga apabila seseorang:
  • Mengambil makanan melampaui kadar keperluan tubuh sehingga membawa kepada kemalasan, penyakit, atau ketidakhadaman.
  • Menyediakan hidangan malam secara berlebih-lebihan sehingga akhirnya tidak dimakan dan terpaksa dibuang.

Thursday, February 5, 2026

Makan Bersama Mamluk dan Aeiyal

- us Lukmanul Hakim kuliah Maghrib Khamis 5-Feb-2026

Kitab Bahrul Mazi Bab Makan Bersama Mamluk dan Aeiyal

Mamluk ie hamba yg dimiliki. Dlm konteks hari ini ianya adalah org kebanyakan
Aeiyal ie bermaksud keluarga / tanggungan

Bab ini menekankan adab seorang tuan atau ketua keluarga ketika makan. Dalam bab ini, pengarang kitab (Syeikh Muhammad Idris Al‑Marbawi) menjelaskan bahawa seorang tuan dianjurkan untuk tidak memisahkan dirinya daripada hamba sahaya (mamluk) atau orang bawahannya ketika makan, malah digalakkan duduk semeja dan makan bersama mereka sebagai tanda kasih sayang, tawaduk, dan menghilangkan sifat sombong

Hikmah kejadian manusia bertaraf iaitulah kita tidak boleh hidup sendirian, kita perlu menyesuaikan diri utk hidup bermasyarakat dgn struktur hidup adanya pemimpin, pengurus, pekerja dan rakyat jelata.
Hikmah yg lain adalah Allah itu Maha Adil, dlm konteks fiqh Syafie adil bermaksud menepati hak setiap pihak tanpa berat sebelah, seperti dalam qada', jual beli, waris, dan nikah.

Makan bersama hamba sahaya, pekerja.
  • Huraian utama sunnah berjimat dan bergaul -- Tuannya wajib kongsikan hidangan dengan hamba/bawahan pada satu meja, kerana Rasulullah saw makan bersama Az-Zubair, Bilal, dan sahabat lain tanpa pemisahan kelas. 
  • Larangan ujub/kasar -- Makan berasingan boleh timbulkan riyak atau merendahkan org  bawahan; hukumnya makruh jika tiada keperluan syarie.
  • Hikmah fiqh -- Mengelakkan isak (kekikiran), memastikan makanan halal, dan mendidik akhlak tuan agar adil. 

Dalil hadis riwayat At-Tirmidzi, daripada Aisyah r.a. tentang Rasulullah saw berkongsi roti dengan hamba.

Maksudnya: Suwaid menceritakan kepada kami, Abdullah memberitahukan kepada kami dari Al-Mutsanna bin Ash Shabah dari Amr bin Syuaib dari datuknya iaitu Abdullah bin Amr berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Dua macam perilaku, siapa yang kedua perkara tersebut ada pada dirinya, maka Allah mencatatnya sebagai orang yang bersyukur dan orang sabar, dan barang siapa yang kedua perilaku tersebut tidak ada pada dirinya, maka Allah tidak mencatatnya sebagai orang bersyukur dan tidak pula orang sabar : iaitu barang siapa melihat dalam hal agamanya kepada orang yang berada di atasnya lalu ia mengikutinya, dan barang siapa melihat dalam hal dunianya kepada orang yang berada di bawahnya lalu ia memuji Allah atas sesuatu yang dianugerahkan kepadanya, nescaya Allah mencatatnya sebagai orang bersyukur dan orang sabar, dan barang siapa melihat dalam hal agamanya kepada orang yang berada di bawahnya dan melihat dalam hal dunianya kepada orang yang berada di atasnya, lalu ia sedih atas suatu yang lepas dari padanya, maka Allah tidak mencatatnya sebagai orang bersyukur dan tidak pula orang sabar". [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2630]

- Dari Ma'rur r.a, ujarnya: "Saya bertemu dengan Abu Dzar di Rabazah. Dia dan hamba sahayanya memakai pakaian serupa. Saya tanyakan kepadanya, apa sebabnya mereka memakai pakaian serupa. Jawabnya "Dahulu saya pernah memaki seseorang dengan mencela ibunya. (Sehubungan dengan itu) Rasulullah menegur saya: "Hai Abu Dzar! Mengapa engkau maki dia dengan mencelanya ibunya? Rupanya engkau masih berfikiran seperti Jahiliyah. Hamba sahayamu itu adalah saudara mu atau pakcikmu yang diamanahkan Allah dalam tanggungjawabmu. kerana itu, siapa saja mempunyai saudara yang menjadi tanggungjawabnya, hendaklah diberi makan sama seperti yang dimakannya, dan diberinya pakaian sama seperti pakaian yang dipakainya. Dan janganlah mereka dibebani pekerjaan diluar kemampuan mereka. Jika mereka terpaksa harus mengerjakannya juga, bantulah mereka." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0024]

- Syeikh Idris menegaskan bahawa seorang ketua
  • wajib menyediakan makanan yang halal dan baik untuk isteri, anak, dan semua yang berada di bawah tanggungannya, dan berdosa besar jika dia menahan nafkah atau memberi mereka rezeki yang haram atau syubhah. 
  • makan bersama keluarga digambarkan sebagai salah satu cara mengukuhkan silaturahim, menanam kasih sayang, dan menjadi medan pendidikan adab kepada anak‑anak, seperti membaca doa, makan dengan tangan kanan, dan tidak mencela makanan.

- Sambungan: Kelebihan buat kenduri

Thursday, December 4, 2025

Khasiat Makan Labu

-us Muhammad Lukmanul Hakim bin Hj Mokhtar kuliah Maghrib Khamis 4-Dis-2025

Kitab Bahrul Mazi, Bab 9: Hadis yang membicarakan makan labu (ad-dubba')

- Hadis:
Muhammad bin Maimun AI-Makki menceritakan kepada kami, Sufyan bin Uyainah menceritakan kepada kami dia berkata: "Malik menceritakan kepada ku dari Ishaq bin Abdillah bin Abi Thalhah dari Anas bin Malik dia berkata: "Aku melihat Rasulullah saw mencari buah dubba' (sejenis labu) dipiring besar maka aku sentiasa menyukainya." Hadis ini adalah hasan sahih. Hadis ini juga meriwayatkan dengan tanpa sanad dari Anas bin Malik. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3, no. 1910]

- Kisah Dakwah Nabi Yunus
Nabi Yunus as diutus kepada kaum Ninawa (bandar di Mesopotamia, kini Iraq) yang menyembah berhala dan zalim. Baginda berdakwah selama 33 tahun, tapi kaumnya ingkar dan mengejek beliau.  Nabi Yunus as marah dan berdoa: "Ya Tuhanku, hancurkan mereka!" Allah berfirman akan hancurkan mereka esok pagi.  Nabi Yunus tinggalkan kota tanpa tunggu perintah Allah (kesalahan pertama: tergesa-gesa).

Melarikan Diri & Kejadian Kapal Pelarian -- Nabi Yunus berjalan kaki ke pantai, naiki kapal penuh muatan ke Terbis (atau Tarsis). Kapal berhayun disebab angin kencang & ombak besar (atas perintah Allah). Dlm keadaan ini kapten kapal membuat undian untuk mengurangkan muatan kapal, penumpang lempar barang berat, tapi tak reda. Nahkoda undi siapa perlu dikorbankan. 3 kali nama Nabi Yunus diundi. Baginda rela dilempar ke laut.

- Surah As-Saffat ayat 37:139 (klik sini)
{ وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ }

Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

Surah As-Saffat ayat 37:140 (klik sini)
{ إِذۡ أَبَقَ إِلَى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ }

(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.

Surah As-Soffat ayat 37:141 (klik sini)
{ فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ ٱلۡمُدۡحَضِينَ }

(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).


Surah As-Soffat ayat 37:142 (klik sini)
{ فَٱلۡتَقَمَهُ ٱلۡحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٞ }

Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.

Surah As-Saffat ayat 37:143 (klik sini)
{ فَلَوۡلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ }

Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),

- Zikir Nabi Yunus dlm Surah Al-Anbiya ayat 21:87 (klik sini)
{ وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبٗا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ }

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Surah As-Saffat ayat 37:144 (klik sini)
{ لَلَبِثَ فِي بَطۡنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ }

Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.

Surah As-Saffat ayat 37:145 (klik sini)
{ ۞فَنَبَذۡنَٰهُ بِٱلۡعَرَآءِ وَهُوَ سَقِيمٞ }

Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.

Surah As-Saffat ayat 37:146 (klik sini)
{ وَأَنۢبَتۡنَا عَلَيۡهِ شَجَرَةٗ مِّن يَقۡطِينٖ }

Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.

- Tafsir Ibn Kathir untuk Surah As-Saffat ayat 146 menjelaskan mukjizat Allah kepada Nabi Yunus as selepas dimuntahkan ikan paus di pantai tandus dalam keadaan lemah dan sakit.

Ibn Kathir meriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, Mujahid, Ikrimah, Sa'id bin Jubair, As-Suddi, Qatadah bahawa "yaqthin" ialah pohon labu (cucumber/gourd) yang tumbuh secara mukjizat di bhgn dekat dengan kepala Nabi Yunus as. (Labu ini tumbuh di tanah dekat dgn tempat Nabi Yunus terdampar) 
  • Berteduh & rindang: Naungannya sejuk, lebat, melindungi daripada matahari terik.
  • Tidak dihantui serangga: Bebas serangga/buluh, sesuai untuk pemulihan.
  • Pemulihan: Nabi Yunus berteduh di bawahnya sehingga otot kuat semula dan rambut tumbuh kembali selepas ujian di perut ikan.

- Hadis berkaitan mencium, mengusap & melambai Hajar Aswad:
Hannad menceritakan kepada kami, Abu Mu'awiyah menceritakan kepada kami (yang berasal) dari Al-A'masy dari Ibrahim dari 'Abis dari Rabi'ah di mana ia berkata: "Saya melihat 'Umar bin Khattab mencium Hajar Aswad dan berkata: "Aku mencium kamu sedangkan aku tahu kamu hanyalah batu. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. mencium kamu nescaya aku tidak akan mencium kamu." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Bakr dan Ibnu 'Umar. Abu 'Isa berkata: "Hadis 'Umar itu adalah hadis hasan sahih. Pengamalan terhadap kandungan hadis ini disepakati oleh para ulama' di mana mereka menganggap sunat untuk mencium Hajar Aswad. Apabila seseorang tidak boleh menciumnya maka hendaklah ia menjamah Hajar Aswad dengan tangannya lalu ia mencium tangannya itu. Apabila ia tidak boleh menjamahnya maka bila ia berada lurus dengan Hajar Aswad, hendaklah ia membaca takbir". Demikianlah pendapat Asy-Syafi'i. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0862]