- us Mohd Zamri bin Abd Rahim kuliah Maghrib Sabtu 19-Sep-2026
Tafsir Al-Quran Surah Nuh Ayat 71:1 hingga 4
Surah Nuh Ayat 71:1 (klik sini)
{ إِنَّآ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦٓ أَنۡ أَنذِرۡ قَوۡمَكَ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ }
Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya".
- Tujuan peringatan adalah supaya mereka bertaubat
Allah memerintahkan Nabi Nuh supaya memberitahu kaumnya bhw jika mereka bertaubat dan kembali kepada Allah, maka azab itu akan diangkat (dilenyapkan) daripada mereka. Peringatan ini diberikan lebih awal sebagai rahmat dan kasih sayang Allah, supaya mereka sempat kembali ke jalan yang benar sebelum terlambat.
Surah Nuh Ayat 71:2 (klik sini)
{ قَالَ يَٰقَوۡمِ إِنِّي لَكُمۡ نَذِيرٞ مُّبِينٌ }
dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;
Surah Nuh Ayat 71:3 (klik sini)
{ أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ }
"Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;
- Kaitan Ayat 71:3 dgn ayat-ayat yg lain tentang perintah sembah Allah, taat kpd rasul dan ikuti syariat nabi/rasul
Allah SWT telah memerintahkan seluruh nabi dan rasul-Nya untuk menyeru umat manusia kepada tiga prinsip utama:
- menyembah Allah semata-mata,
- mentaati rasul yang diutus, dan
- mengikuti syariat yang dibawa oleh rasul tersebut,
Dalil Al-Quran ini terkandung dalam surah An-Nahl ayat 16:36 (klik sini) yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.,
yang selari dengan surah Al-Anbiya' ayat 21:25 (klik sini) yg bermaksud:
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".
serta diperkukuh (perintah) dlm surah An-Nisa' ayat 4:59 (klik sini)
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Manakala surah Ali 'Imran ayat 3:32 (klik sini) menegaskan:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
dan perintah dlm surah Al-Ahzab ayat 33:56 (klik sini) yg bermaksud:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
memerintahkan umat Islam untuk berselawat dan memberi salam kepada Nabi Muhammad saw sebagai tanda penghormatan dan ketaatan.
Kesemua ayat ini menunjukkan seruan yang sama yang dibawa oleh semua nabi dan rasul sejak Nabi Adam as hingga Nabi Muhammad saw, iaitu mengesakan Allah (tauhid), mentaati rasul yang diutus, dan mengikuti syariat yang dibawa tanpa membezakan antara satu rasul dengan rasul yang lain, sebagaimana ditegaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 2:285 (klik sini) yang bermaksud:
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
"Kami tidak membeza-bezakan seorang pun dari rasul-rasul-Nya", membuktikan bahawa risalah semua nabi dan rasul adalah satu iaitu Islam, agama yang dibawa oleh seluruh nabi dan rasul untuk menyembah Allah Yang Maha Esa, mentaati perintah-Nya, dan mengikuti syariat yang diturunkan melalui nabi/rasul masing-masing.
Surah Nuh Ayat 71:4 (klik sini)
{ يَغۡفِرۡ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمۡ وَيُؤَخِّرۡكُمۡ إِلَىٰٓ أَجَلٖ مُّسَمًّىۚ إِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ إِذَا جَآءَ لَا يُؤَخَّرُۚ لَوۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ }
"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".
- Nampak seolah-olah ada kontradiksi antara ayat surah Nuh 71:4 yang menunjukkan Allah boleh memanjangkan umur akibat taat dan silaturahim vs. ayat-ayat lain yang menyatakan setiap orang sudah ditetapkan ajalnya dan tidak boleh diubah.
Hakikatnya, tidak ada percanggahan. Para ulama (termasuk dalam tafsir-tafsir seperti Ibnu Kathir, Al-Qurtubi, dan lain-lain) menjelaskan isu ini dengan konsep dua jenis ajal.
1. Ajal Mu'allaq (ajal yang bergantung pada sebab)
Ini adalah ajal yang tercatat dalam catatan amal malaikat, yang boleh berubah mengikut sebab-sebab tertentu. Contoh sebab yang boleh mengubahnya:
- Berbuat baik kepada ibu bapa
- Menyambung silaturahim
- Bersedekah
- Taat kepada Allah dan rasul-Nya, spt dalil ayat 71:4
merujuk kpd ajal jenis ini – iaitu Allah boleh menangguhkan/memanjangkan umur dalam catatan yang "boleh berubah" ini, sebagai balasan atas ketaatan.Hadis yang sering dikaitkan:
«صِلَةُ الرَّحِمِ تَزِيدُ فِي الْعُمُرِ»
"Menyambung silaturahim dapat menambah umur."
2. Ajal Musamma (ajal yang tetap, tidak boleh berubah)
- Ini adalah ajal yang sudah ditetapkan secara mutlak di sisi Allah, tertulis dalam Lauh Mahfuzh (Ummul Kitab).
- Ajal ini tidak boleh diubah, tidak boleh dicepatkan, tidak boleh dilewatkan.
- Ayat-ayat yang menyebut tentang ketetapan ajal yang tetap termasuk:
Surah Al-A'raf (7:34) (klik sini)
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."
Surah Al-An'am 6:2 (klik sini)
{ هُوَ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن طِينٖ ثُمَّ قَضَىٰٓ أَجَلٗاۖ وَأَجَلٞ مُّسَمًّى عِندَهُۥۖ ثُمَّ أَنتُمۡ تَمۡتَرُونَ }
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).
Ajal pertama: ajal di dunia (boleh berubah dalam catatan malaikat).
Ajal kedua (musamma): ajal yang tetap di sisi Allah, dalam Lauh Mahfuzh, tidak boleh berubah.
- Mengapa Allah sebut "maghfirah" (keampunan) sebelum syurga/balasan?
Walaupun ayat 71:4 tidak menyebut syurga secara langsung, pola yang sama ditemui dlm banyak ayat lain di mana Allah menyebut keampunan dosa dahulu, kemudian baharulah balasan syurga atau balasan baik. Beberapa hikmah yang disebut oleh ulama tafsir (termasuk dalam tafsir-tafsir yang membincangkan pola ini, seperti tafsir surah Al-Hadid ayat 57:21 (klik sini):
{ سَابِقُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا كَعَرۡضِ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ أُعِدَّتۡ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ }
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.
1. Keampunan adalah syarat utama untuk masuk syurga
Seorg muslim tidak boleh menikmati syurga selagi dosanya belum diampuni. Maka Allah sebutkan keampunan dahulu sebagai pintu masuk kepada segala nikmat akhirat, termasuk syurga.
- Konsep "panjang umur" vs "umur yang berkat"
1. Panjang umur secara fizikal
Ini adalah jumlah tahun seseorang hidup di dunia. Ada orang yang hidup lama tetapi sedikit amal soleh, banyak dosa, atau tidak memberi manfaat kepada orang lain.
Umur sebegini, dari sudut akhirat, boleh jadi rugi, kerana modal masa tidak digunakan untuk taat.
2. Umur yang berkat (keberkatan hidup)
Beberapa ciri umur yang berkat menurut ulama dan sumber Islam:
- Diisi dengan ketaatan kepada Allah
- Solat, zikir, baca Quran, amal soleh.
Hidup yang dekat dengan Allah dianggap sebagai hakikat umur yang sebenar.
Banyaknya aktiviti baik dan amal soleh, semakin panjang umur, semakin banyak peluang untuk:
- beribadah,
- berbuat baik,
- meninggalkan warisan ilmu dan kebajikan.
Hadis berkaitan:
حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ حُبَابٍ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ قَيْسٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ، أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ خَيْرُ النَّاسِ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ
Maksudnya, "Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Zaid bin Hubab, dari Muawiyah bin Salih, dari Amr bin Qais, dari Abdullah bin Busr, bahawa seorang Arab Badui berkata: 'Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?' Beliau menjawab: 'Sesiapa yang panjang umurnya dan baik amalannya.' Dia bertanya lagi: 'Lalu siapakah manusia yang terburuk?' Beliau menjawab: 'Sesiapa yang panjang umurnya dan buruk amalannya.'" [Sunan At-Tirmidzi, no. 2329)]
- Umur Panjang adalah Nikmat
- Umur yang panjang adalah anugerah Allah yang perlu disyukuri. Namun, umur panjang hanya bermakna jika diisi dengan amal soleh
- Kualiti Lebih Penting daripada Kuantiti
- Bukan sekadar panjang umur, tetapi kualiti amal yang menentukan kebaikan seseorang.
- Umur panjang dengan amal buruk adalah kezaliman (atas diri seseorg itu) dan merupakan kerugian (yg akan dikesali apbl dia dibangkitkan semula di Akhirat nanti).
Memberi manfaat kepada orang sekeliling
Keberkatan umur diukur dari:
- sejauh mana hidup seseorang memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan umat.
- Imam Ibnu Athaillah, mengingatkan bhw keberkatan umur dilihat dari seberapa besar ia memberi kemanfaatan kepada orang lain.
Kualiti masa, bukan sekadar kuantiti
Umur yang berkat bukan diukur dengan berapa lama, tetapi:
- berapa banyak masa yang diisi dengan kebaikan,
- berapa kuat hubungan dengan Allah,
- berapa besar sumbangan kepada manusia.
Maka, ayat 71:4 bukan sekadar "tambah tahun (bil. tahun umur)", tetapi "tambah tahun yang diisi dengan rahmat, taat, dan manfaat".
No comments:
Post a Comment