Saturday, September 26, 2026

Pedagogi Sentuhan: Kaedah Pengajaran Melalui Sentuhan Fizikal dalam Pendidikan

- us Amirul Arif Syukri kuliah Suboh Sabtu 26-Sep-2026

Pedagogi Sentuhan: Kaedah Pengajaran Melalui Sentuhan Fizikal dalam Pendidikan
(Kaedah Pengajaran Dengan Cara Sentuhan) 

- Hadis: Isteri baginda Nabi ie Ummu Salamah r.a., menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ membaca doa ini setiap pagi (selepas salam Subuh / apabila memasuki waktu pagi).
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ إِذَا أَصْبَحَ قَالَ:
«اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا»
[رواه ابن ماجه، وأحمد، والنسائي في عمل اليوم والليلة، وصححه الألباني]

Maksud, “Bahawa Nabi ﷺ apabila masuk waktu pagi, baginda berdoa: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik (halal), dan amal yang diterima.’”. [Sunan Ibnu Majah, no. 925]

- Kisah zuhudnya Abdullah bin Umar Al-Khattab:
Seorang kenalan/sahabat Abdullah bin Umar yang datang dari Khurasan menghadiahkan kepadanya sehelai pakaian (thawb) yang sangat halus dan cantik, dengan harapan agar Abdullah menukar pakaiannya yang sudah sangat kasar dan lusuh dengan pakaian baru itu.
Apabila disuruh mencuba, Abdullah bin Umar memegang dan merasakan kain tersebut. Awalnya beliau tertarik dan nampak reda dengan kualiti kain itu. Namun tidak lama kemudian, beliau menolak hadiah tersebut dan berkata (maksudnya):
“Tidak! Aku takut terhadap diriku. Aku bimbang ia akan menjadikan aku sombong dan bangga diri. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”.
Dalam riwayat lain yang berkaitan kesederhanaan Abdullah bin Umar, disebut bahawa beliau sangat zuhud, menganggap harta hanya sekadar untuk keperluan asas, dan tidak suka memakai pakaian yang terlalu bagus kerana bimbang timbul rasa ‘ujub (bangga dengan diri sendiri) atau takabbur.

- Bagaimana baginda mengajarkan kaedah mendidik, ie dgn cara menyentuh dan menyampaikan nasihat
Hadis 1:
عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ بِمَنْكِبِي، فَقَالَ:
«كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ، أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ»
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ:
«إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ».
[رواه البخاري]

Maksud, Daripada Abdullah bin Umar r.a., beliau berkata:
“Rasulullah ﷺ pernah memegang bahagian pundak / bahu aku (semasa aku masih kecil / muda), lalu baginda bersabda:
‘Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau seorang asing, atau seorang musafir yang hanya lalu.’”. [HR Sahih al-Bukhari, no. 6416 (Kitab al-Riqaq / melembutkan hati)]

Hadis 2: Riwayat pertama (doa Nabi untuk kefahaman dan takwil)
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
كُنْتُ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ، فَوَضَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ طَهُورًا، فَقَالَ:
«مَنْ وَضَعَ هَذَا؟»
فَقَالَتْ مَيْمُونَةُ: عَبْدُ اللَّهِ.
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
«اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ».
[رواه أحمد وغيره، وصححه الألباني]

Riwayat kedua (Nabi memegang bahu / pundak Ibnu Abbas):
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
ضَمَّنِي رَسُولُ اللَّهِ ﷺ، أَوْ قَالَ: أَخَذَ بِمَنْكِبَيَّ، ثُمَّ قَالَ:
«اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْكِتَابَ»
وَزَادَ أَحْمَدُ: «وَالْحِكْمَةَ، وَفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ».
[رواه البخاري وأحمد]

Riwayat ketiga (Nabi bertanya siapa yang sediakan air wuduk):
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
دَخَلَ النَّبِيُّ ﷺ الْخَلَاءَ، فَوَضَعْتُ لَهُ وَضُوءًا، فَقَالَ:
«مَنْ وَضَعَ هَذَا؟»
فَأُخْبِرَ، فَقَالَ:
«اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ»
وَزَادَ أَحْمَدُ: «وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ».
[متفق على أصله في الصحيحين، وزاد أحمد التكملة]

Maksud, Daripada Ibnu Abbas r.a.: “Aku pernah berada di rumah Maimunah binti al-Harith (isteri Nabi ﷺ), lalu aku sediakan air bersuci (wuduk) untuk Rasulullah ﷺ. Baginda bertanya: ‘Siapakah yang meletakkan (menyediakan) ini?’ Maimunah menjawab: ‘Abdullah.’ Maka Rasulullah ﷺ berdoa: ‘Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman yang mendalam dalam agama, dan ajarkanlah kepadanya ilmu takwil (tafsir).’”

Dalam riwayat lain:
“Rasulullah ﷺ memelukku atau memegang kedua pundakku, lalu baginda berdoa:
‘Ya Allah, ajarilah dia Al-Kitab (Al-Qur’an),’

dan dalam riwayat Ahmad ditambahkan:
‘dan hikmah, berikanlah kepadanya kefahaman yang mendalam dalam agama, dan ajarilah ia ilmu takwil.’” [HR Sahih al-Bukhari, no. 143 (Kitab al-‘Ilm / al-Tafsir)]

- Ayat Al-Quran yang menjadi dalil utama untuk berinfaq sebelum datang kematian ie surah Al-Munafikun ayat 63:10 (klik sini)
{ وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٖ قَرِيبٖ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ }

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

  • a) Ayat ini menunjukkan bahawa masa untuk berinfaq adalah terhad; setelah mati, tiada lagi peluang untuk menambah amal.
  • b) Apabila kematian hampir, orang yang sebelum ini lalai akan merayu supaya diundurkan ajalnya walaupun seketika (“ajal yang dekat”), agar dapat bersedekah, dan menjadi dari kalangan orang soleh. Namun pada saat itu, permintaan itu tidak dikabulkan, kerana ajal telah tiba dan tiada lagi peluang untuk menambah amal
  • c) Hidup di dunia adalah sementara, Masa berinfaq dan beramal soleh perlu dimanfaatkan selagi hayat masih ada, Jangan menunggu “nanti”, “bila ada masa”, atau “bila sudah kaya”, kerana kematian boleh datang bila-bila masa.
Allah menyuruh kita berinfaq dari rezeki yang diberikan-Nya, sebelum ajal datang, kerana setelah mati, seseorang hanya akan berharap dapat diundurkan masa sedikit untuk bersedekah dan menjadi soleh, tetapi ketika itu sudah tiada peluang.

No comments: