- us Ahmad Fathi bin Mohamad kuliah Suboh Rabu 16-Sep-2026
Hukuman Qazaf - Fitnah Membunuh Perpaduan
Sempena hari Malaysia, ustaz mengingatkan supaya tidak terlibat dgn fitnah, kerana fitnah memecahkan perpaduan. Kuliah kali ini berkisar fitnah ke atas sadina Aisyah ra, melalui hadis di bawah:
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ يُونُسَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ، وَعُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ، وَعَلْقَمَةُ بْنُ وَقَّاصٍ، وَعُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ، عَنْ حَدِيثِ عَائِشَةَ رضى الله عنها زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم حِينَ قَالَ لَهَا أَهْلُ الإِفْكِ مَا قَالُوا، فَبَرَّأَهَا اللَّهُ مِمَّا قَالُوا، وَكُلٌّ حَدَّثَنِي بَعْضَ حَدِيثِهَا، وَبَعْضُهُمْ أَوْعَى لِحَدِيثِهَا مِنْ بَعْضٍ، وَأَثْبَتُ اقْتِصَاصًا، فَقَدْ وَعَيْتُ مِنْ حَدِيثِ كُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمُ الَّذِي حَدَّثَنِي، وَبَعْضُ حَدِيثِهِمْ يُصَدِّقُ بَعْضًا، ذَكَرُوا أَنَّ عَائِشَةَ رضى الله عنها زَوْجَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا أَرَادَ سَفَرًا أَقْرَعَ بَيْنَ أَزْوَاجِهِ، فَأَيَّتُهُنَّ خَرَجَ سَهْمُهَا خَرَجَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، قَالَتْ عَائِشَةُ فَأُقْرِعَ بَيْنَنَا فِي غَزْوَةٍ غَزَاهَا، فَخَرَجَ فِيهَا سَهْمِي، فَخَرَجْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَعْدَ مَا أُنْزِلَ الْحِجَابُ، فَأَنَا أُحْمَلُ فِي هَوْدَجِي وَأُنْزَلُ فِيهِ، فَسِرْنَا حَتَّى إِذَا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ غَزْوَتِهِ تِلْكَ وَقَفَلَ، دَنَوْنَا مِنَ الْمَدِينَةِ قَوَافِلَ، آذَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَيْلَةً بِالرَّحِيلِ، فَقُمْتُ حِينَ آذَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالرَّحِيلِ، فَمَشَيْتُ حَتَّى جَاوَزْتُ الْجَيْشَ، فَلَمَّا قَضَيْتُ شَأْنِي أَقْبَلْتُ إِلَى رَحْلِي، فَلَمَسْتُ صَدْرِي فَإِذَا عِقْدِي مِنْ جَزْعِ ظَفَارٍ قَدِ انْقَطَعَ، فَرَجَعْتُ فَالْتَمَسْتُ عِقْدِي فَحَبَسَنِي ابْتِغَاؤُهُ، وَجَاءَ الَّذِينَ يَرْحَلُونِي فَاحْتَمَلُوا هَوْدَجِي فَرَحَلُوهُ عَلَى بَعِيرِي الَّذِي كُنْتُ أَرْكَبُ عَلَيْهِ، وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنِّي فِيهِ، وَكَانَ النِّسَاءُ يَوْمَئِذٍ خِفَافًا لَمْ يَهْبُلْنَ، وَلَمْ يَغْلُظْنَ، إِنَّمَا يَأْكُلْنَ الأُكْلَةَ، فَلَمْ يَسْتَنْكِرِ الْقَوْمُ خِفَّةَ الْهَوْدَجِ حِينَ رَفَعُوهُ وَاحْتَمَلُوهُ، وَكُنْتُ جَارِيَةً حَدِيثَةَ السِّنِّ، فَبَعَثُوا الْجَمَلَ فَسَارُوا، وَوَجَدْتُ عِقْدِي بَعْدَ مَا اسْتَمَرَّ الْجَيْشُ، فَجِئْتُ مَنَازِلَهُمْ وَلَيْسَ بِهَا دَاعٍ وَلاَ مُجِيبٌ، فَتَيَمَّمْتُ مَنْزِلِي الَّذِي كُنْتُ بِهِ، وَظَنَنْتُ أَنَّهُمْ سَيَفْقِدُونِي فَيَرْجِعُونَ إِلَيَّ، فَبَيْنَا أَنَا جَالِسَةٌ فِي مَنْزِلِي غَلَبَتْنِي عَيْنِي فَنِمْتُ، وَكَانَ صَفْوَانُ بْنُ الْمُعَطَّلِ السُّلَمِيُّ ثُمَّ الذَّكْوَانِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْجَيْشِ، فَأَصْبَحَ عِنْدَ مَنْزِلِي، فَرَأَى سَوَادَ إِنْسَانٍ نَائِمٍ، فَأَتَانِي فَعَرَفَنِي حِينَ رَآنِي، وَكَانَ رَآنِي قَبْلَ الْحِجَابِ، فَاسْتَيْقَظْتُ بِاسْتِرْجَاعِهِ حِينَ عَرَفَنِي، فَخَمَّرْتُ وَجْهِي بِجِلْبَابِي، وَاللَّهِ مَا تَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ وَلاَ سَمِعْتُ مِنْهُ كَلِمَةً غَيْرَ اسْتِرْجَاعِهِ، وَأَنَاخَ رَاحِلَتَهُ فَوَطِئْتُ عَلَى يَدِهِ حَتَّى رَكِبْتُهَا، فَانْطَلَقَ يَقُودُ بِي الرَّاحِلَةَ حَتَّى أَتَيْنَا الْجَيْشَ بَعْدَ مَا نَزَلُوا مُغِيرِينَ فِي حَمَّةِ الظَّهِيرَةِ، فَهَلَكَ مَنْ هَلَكَ فِي قَوْلِ أَهْلِ الإِفْكِ، وَكَانَ الَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أُبَىٍّ ابْنُ سَلُولَ، ثُمَّ قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ، فَاشْتَكَيْتُ حِينَ قَدِمْتُ شَهْرًا، وَالنَّاسُ يُفِيضُونَ فِي قَوْلِ أَهْلِ الإِفْكِ، وَأَنَا لاَ أَعْلَمُ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ، وَهُوَ يَرِيبُنِي فِي وَجَعِي أَنِّي لاَ أَرَى مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللُّطْفَ الَّذِي كُنْتُ أَرَى مِنْهُ حِينَ أَشْتَكِي، إِنَّمَا يَدْخُلُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَيُسَلِّمُ، ثُمَّ يَقُولُ كَيْفَ تِيكُمْ ثُمَّ يَنْصَرِفُ، فَذَلِكَ يَرِيبُنِي، وَلاَ أَشْعُرُ بِالشَّرِّ، حَتَّى خَرَجْتُ بَعْدَ مَا نَقَهْتُ، وَخَرَجَتْ مَعِي أُمُّ مِسْطَحٍ بِأَبِي رُوحِ بْنِ الْمُطَّلِبِ بْنِ عَبْدِ مَنَافٍ، وَأُمُّهَا ابْنَةُ صَخْرِ بْنِ عَامِرٍ خَالَةُ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ، وَابْنُهَا مِسْطَحُ بْنُ أُثَاثَةَ بْنِ عَبَّادِ بْنِ الْمُطَّلِبِ، وَأَنَا وَأُمُّ مِسْطَحٍ قِبَلَ بَيْتِي، فَعَثَرَتْ أُمُّ مِسْطَحٍ فِي مِرْطِهَا فَقَالَتْ تَعِسَ مِسْطَحٌ، فَقُلْتُ لَهَا بِئْسَ مَا قُلْتِ، أَتَسُبِّينَ رَجُلاً شَهِدَ بَدْرًا، فَقَالَتْ أَيْ هَنْتَاهْ أَلَمْ تَسْمَعِي مَا قَالَ، قُلْتُ وَمَاذَا قَالَ، فَأَخْبَرَتْنِي بِقَوْلِ أَهْلِ الإِفْكِ، فَازْدَدْتُ مَرَضًا عَلَى مَرَضِي، فَلَمَّا رَجَعْتُ إِلَى بَيْتِي دَخَلَ عَلَىَّ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَسَلَّمَ، ثُمَّ قَالَ كَيْفَ تِيكُمْ، قُلْتُ أَتَأْذَنُ لِي أَنْ آتِيَ أَبَوَىَّ، وَأَنَا حِينَئِذٍ أُرِيدُ أَنْ أَسْتَيْقِنَ الْخَبَرَ مِنْ قِبَلِهِمَا، فَأَذِنَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَجِئْتُ أَبَوَىَّ...
Maksudnya, "Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair, berkata: telah menceritakan kepada kami Al-Laits, dari Yunus, dari Ibnu Syihab, dia berkata: telah mengabarkan kepadaku Said bin Al-Musayyib, Urwah bin Az-Zubair, Alqamah bin Waqas, dan Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mas'ud, dari hadis Aisyah RA, isteri Nabi SAW, ketika ahlul ifki (pendusta) mengatakan terhadapnya apa yang mereka katakan, maka Allah SWT membebaskannya dari apa yang mereka katakan. Setiap orang menceritakan kepadaku sebahagian dari hadisnya, dan sebahagian dari mereka lebih menghafal hadisnya daripada sebahagian yang lain, dan lebih tetap ceritanya. Maka aku telah menghafal dari hadis setiap seorang dari mereka yang menceritakan kepadaku, dan sebahagian hadis mereka saling membenarkan. Mereka menyebutkan bahawa Aisyah RA, isteri Nabi SAW, berkata: 'Adalah Rasulullah SAW apabila ingin melakukan perjalanan, baginda mengundi di antara isteri-isterinya, maka sesiapa yang keluar undinya, dia pun berangkat bersama Rasulullah SAW.' Aisyah berkata: 'Maka baginda mengundi di antara kami dalam sebuah peperangan yang baginda ikuti, dan undi jatuh padaku, maka aku pun berangkat bersama Rasulullah SAW, dan itu setelah diturunkannya hijab. Maka aku diangkat dalam haudajku dan diturunkan di tempat kami berhenti.' Singkat cerita, 'Ketika kami berangkat kembali dari peperangan dan rombongan kami sudah dekat dengan Madinah, Rasulullah SAW memerintahkan untuk berjalan pada suatu malam. Aku pun bangkit ketika diperintahkan untuk berjalan dan berjalan hingga aku keluar dari perkemahan tentera, dan setelah aku selesai dari urusanku, aku kembali ke tempatku. Aku meraba dadaku dan mendapati kalungku yang terbuat dari batu Zafar telah putus. Maka aku kembali dan mencarikan kalungku, dan ini menahanku di sana. Sekelompok orang yang mempersiapkan tungganganku dan meletakkan haudajku yang membawaku di atas unta berangkat. Mereka mengira bahawa aku ada di dalamnya. Wanita-wanita pada masa itu ringan, mereka tidak berbadan besar, kerana mereka sedikit makan, sehingga mereka tidak menyedari beratnya haudajku ketika mereka meletakkannya di atas unta, kerana aku adalah seorang gadis muda pada waktu itu. Maka mereka menggerakkan unta dan pergi, dan aku menemukan kalungku setelah tentera berangkat. Aku datang ke tempat mereka dan tidak ada yang memanggil dan tidak ada yang menjawab (panggilan). Aku menunggu di tempatku dengan anggapan bahawa ketika orang-orang tidak menemukan aku, mereka akan kembali. Maka aku terus duduk di tempatku. Aku tertidur dan Safwan bin Mu'attal As-Sulami Dhakwini, yang tertinggal dari tentera kerana berehat, datang ke tempatku berjalan di akhir malam dan melihat sosok seseorang yang sedang tidur. Dia mendatangiku dan mengenaliku kerana dia pernah melihatku sebelum diharuskannya untuk menutup wajah. Aku bangkit kerana suaranya ketika dia mengenaliku dan aku menutupi wajahku dengan jilbabku. Demi Allah, dia tidak berbicara sepatah kata pun kepadaku dan aku tidak mendengar sepatah kata pun darinya kecuali "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un". Dia menundukkan unta dan aku menaikinya, dan dia memimpin unta itu hingga kami sampai ke tentera setelah mereka berehat kerana panas yang sangat. Celakalah bagi orang-orang yang meragukan aku dan yang paling terkenal di antara mereka adalah Abdullah bin Ubayy, seorang munafik besar. Kami tiba di Madinah dan aku sakit selama sebulan. Orang ramai membicarakan pernyataan orang-orang yang telah membawa fitnah ini terhadapku. Aku sama sekali tidak mengetahui tentang hal itu. Namun, ini menimbulkan keraguan dalam diriku bahawa aku tidak melihat Rasulullah SAW memperlakukanku dengan kebaikan seperti yang dia perlihatkan padaku ketika aku sakit sebelumnya. Rasulullah SAW datang dan memberi salam kepadaku dengan "Assalamu'alaikum" dan hanya menanyakan bagaimana keadaanku. Ini menimbulkan keraguan dalam diriku, tetapi aku tidak menyedari keburukan...'" [Sahih Al-Bukhari, no. 4750]
- Saidina Aisyah ra sakit 1 bulan
Setelah rombongan perang Bani Mustaliq kembali ke Madinah, saidina Aisyah ra telah ditimpa demam dan sakit yang teruk sehingga beliau terpaksa tinggal di rumah selama hampir satu bulan penuh. Dalam tempoh masa tersebut, saidina Aisyah ra tidak keluar dari rumah dan tidak mengetahui apa-apa berita yang berlaku di luar. Beliau hanya fokus untuk berehat dan pulih dari sakitnya, tanpa sedar bahawa di luar sana, fitnah ke atasnya sedang tersebar luas di kalangan penduduk Madinah.
- Tidur tanpa alas dan selimut tebal di gurun/padang pasir boleh menyebabkan sakit. Suhu pada siang hari antara 40-50°C (musim panas) atau 25-35°C (musim sejuk). Waktu malam suhunya boleh turun hingga 0-10°C (musim sejuk) atau 15-25°C (musim panas)
- Di Morocco ada pakej tidur di padang pasir, dan peserta dibekalkan dgn khemah, alas, selimut tebal dan makan minum.
- Ayat Al-Quran menutup fitnah ke atas Aisyah
Allah menurunkan ayat di bawah membersihkan tuduhan fitnah ke atas Aisyah dan menjanjikan azab yang berat kpd penyebar fitnah (khususnya Abdullah bin Ubay bin Salul - ketua org munafik di Madinah). Surah An-Nur ayat 24:11 (klik sini)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةٞ مِّنكُمۡۚ لَا تَحۡسَبُوهُ شَرّٗا لَّكُمۖ بَلۡ هُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ لِكُلِّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُم مَّا ٱكۡتَسَبَ مِنَ ٱلۡإِثۡمِۚ وَٱلَّذِي تَوَلَّىٰ كِبۡرَهُۥ مِنۡهُمۡ لَهُۥ عَذَابٌ عَظِيمٞ }
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
- Selepas turunnya ayat ini, 3 org dihukum qazaf dgn sebatan 80 kali. Mereka adalah org Islam yang terjebak dgn sebaran fitnah yang dimulakan oleh Abdullay bin Ubay.
- Mistah bin Utsatsah - sepupu kpd saidina Abu Bakar as-Siddiq
- Hassan bin Thabit - penyair Rasulullah saw
- Hamnah binti Jahsy - adik perempuan kepada Zainab binti Jahsy RA (isteri Nabi Muhammad saw)
- Terdapat 4 kategori manusia dalam bab fitnah:
- Mereka yg terus menidakkan berita fitnah. Contohnya Abu Ayub Al-Ansori
- Mereka yg senyap dan tidak memberikan apa² ulasan, contohnya saidina Abu Bakar As-Siddiq tidak berkata apa². Juga Zainab binti Jahsy tidak berkata apa².
- Mereka yg ingin tahu lebih lanjut
- Mereka yg mengiya dan meyebarkan berita fitnah
- Apbl kita terima sesuatu berita, maka selidiklah terlebih dahulu, dan jangan sebarkan berita yang tidak sahih/fitnah, apatah lagi berita melibatkan zina atau tuduhan zina.
Dalang utama fitnah ini ialah Abdullah bin Ubay bin Salul. Mengapa dia tidak dihukum sebat?
- Allah sudah janjikan hukum yg sgt berat di Akhirat, maka baginda Rasulullah saw tidak menghukum dia di dunia.
- Mungkin tidak dpt dibuktikan kerana kelicikan Abdullah bin Ubai dlm berkata dan berhujah. Contoh memulakan topik fitnah dlm bentuk ayat tanya dan bukannya ayat pernyataan.
- Kisah saidina Aisyah ra dan Ummu Mistah
Pada suatu hari, Saidina Aisyah ra keluar dari rumahnya bersama Ummu Mistah binti Abu Ruhm bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf untuk menunaikan hajat (buang air) di malam hari. Ummu Mistah ini adalah anak perempuan Abu Ruhm, dan ibunya adalah anak perempuan Sakhr bin Amir yang merupakan ibu saudara kepada Abu Bakar As-Siddiq ra. Anak Ummu Mistah ialah Mistah bin Utsatsah bin Abbad bin Al-Muttalib, iaitu sepupu saidina Abu Bakar ra.
Setelah selesai menunaikan hajat, saidina Aisyah dan Ummu Mistah kembali menuju rumah saidina Aisyah. Dlm perjalanan pulang, secara tiba-tiba Ummu Mistah tergelincir atau tersadung kerana terpijak baju/jubahnya. Akibat tersadung itu, Ummu Mistah secara spontan/melatah mencelakakan anaknya, "Celakalah Mistah!" .
Apbl saidina Aisyah mendengar Ummu Mistah kerana Mitsah adalah seorang ahli Badar (terlibat dlm perang Badar). Ummu Mistah kemudian menjawab dengan terkejut: "Wahai Aisyah, tidakkah engkau mendengar apa yang telah diperkatakan oleh anakku Mistah?" Saidina Aisyah bertanya: "Tidak, apakah yang telah diperkatakannya?" Kemudian Ummu Mistah menceritakan kepada saidina Aisyah RA tentang tuduhan palsu dan berita bohong yang telah disebarkan oleh Mistah dan kawan-kawannya terhadap saidina Aisyah. Mendengar cerita itu, saidina Aisyah bertambah sakit hati dan sedih, kerana bukan sahaja beliau dituduh melakukan perkara yang tidak benar, malah berita fitnah itu telah tersebar luas di kalangan penduduk Madinah.
- Kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Mistah bin Utsatsah
Mistah bin Utsatsah adalah seorang Muhajirin yang fakir dan miskin, serta merupakan sepupu Saidina Abu Bakar RA dari sebelah keluarga ibu. Saidina Abu Bakar secara tetap memberi nafkah keperluan hidup Mistah kerana hubungan kekeluargaan dan sebagai bantuan kepada seorang Muhajirin yang berhijrah kerana Allah SWT. Namun, apabila berlaku peristiwa Haditsul Ifki iaitu tuduhan zina palsu terhadap saidatina Aisyah, Mistah adalah antara mereka yang terlibat menyebarkan berita fitnah tersebut. Hal ini telah menyebabkan saidina Abu Bakar sangat marah dan kecewa kerana Mistah tidak mengenang budi dan sanggup menyebarkan fitnah terhadap Aisyah.
Akibat kemarahan itu, saidina Abu Bakar telah bersumpah dengan nama Allah untuk menghentikan bantuan kpd Mistah. Namun, Allah SWT telah menurunkan ayat teguran tindakah Abu Bakar itu melalui surah An-Nur ayat 24:22 (klik sini)
{ وَلَا يَأۡتَلِ أُوْلُواْ ٱلۡفَضۡلِ مِنكُمۡ وَٱلسَّعَةِ أَن يُؤۡتُوٓاْ أُوْلِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينَ وَٱلۡمُهَٰجِرِينَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٌ }
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
- Kisah Nabi Muhammad dan Hassan bin Thabit
Hassan bin Thabit ra adalah seorang sahabat Nabi yang terkenal sebagai penyair ulung dari kalangan Ansar. Beliau dilahirkan di Madinah sebelum tahun Gajah dan berasal dari suku Khazraj. Hassan bin Thabit memeluk Islam pada usia 60 tahun ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Beliau dikenali sebagai "Penyair Rasulullah saw" kerana menggunakan bakat puisinya untuk mempertahankan Islam dan Nabi Muhammad saw daripada ejekan dan serangan penyair-penyair kafir Quraisy.
Doa Rasulullah ke atas Hassan sebagai penyair:
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِحَسَّانَ بْنِ ثَابِتٍ " اهْجُهُمْ ـ أَوْ هَاجِهِمْ ـ وَجِبْرِيلُ مَعَكَ ". وَقَالَتْ عَائِشَةُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " اللَّهُمَّ أَيِّدْ حَسَّانَ بِرُوحِ الْقُدُسِ، كَمَا نَافَحَ عَنْ نَبِيِّكَ ".
Maksudnya, "Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf, telah mengabarkan kepada kami Malik, dari Hisyam bin Urwah, dari bapaknya, dari Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Hassan bin Thabit: 'Cacilah mereka (dengan syairmu) atau seranglah mereka, dan Jibril bersamamu.' Dan Aisyah berkata: 'Aku mendengar Rasulullah SAW berdoa: Ya Allah, perkuatkanlah Hassan dengan Ruhul Qudus, sebagaimana dia telah membela Nabi-Mu.'" [HR Sahih Al-Bukhari, no. 3212]
Carian Internet:
- Definasi Qazaf:
- Definisi Dari Sudut Bahasa -- Perkataan "qazaf" (قذف) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud lontaran atau lemparan. Ia membawa maksud melemparkan sesuatu atau melontarkan tuduhan.
- Definisi Dari Sudut Istilah Syarak -- Menurut istilah syarak, qazaf didefinisikan sebagai, "Menuduh seseorang muslim yang baik akhlaknya (muhsan) melakukan zina, liwat (homoseksual), atau menafikan nasab (keturunan) seseorang tanpa dapat menghadirkan empat orang saksi yang adil."
- Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan -- "Qazaf ialah tuduhan berzina pada tempat celaan dan mengaibkan. Sebahagian ulama mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab."
- Jabatan Mufti Selangor -- "Menurut istilah syarak, qazaf ialah tuduhan berzina pada tempat celaan dan mengaibkan. Manakala sebahagian ulama mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab."
- MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) -- "Jenayah qazaf bermaksud melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya."
- Syarat pembuktian zina dlm Islam sangat ketat. Bagaimana Islam terima tuduhan zina?
Dalam hukum Islam, untuk membuktikan kes zina dan melaksanakan hukuman hudud (sebat 100 kali untuk yang belum berkahwin, atau rejam sampai mati untuk yang sudah berkahwin), Islam menetapkan dua (2) cara sah sahaja:
- Cara Pertama: 4 Orang Saksi Lelaki Muslim Yang Adil
- Mesti melihat secara langsung perbuatan zina tersebut
- Mesti melihat dengan jelas seperti "tongkol dalam botol" (istilah hadis)
- Mesti menyaksikan persetubuhan sebenar (bukan sekadar berpelukan atau bercium)
- Mesti 4 orang saksi serentak dalam satu masa
- Cara Kedua: Pengakuan Bersumpah Tertuduh
- Tertuduh mengaku sendiri di mahkamah
- Mesti mengaku 4 kali (mengikut majoriti ulama), dan utk kali ke5 mengakui bhw azab seksa akan menimpanya sekiranya dia berdusta.
- Pengakuan mesti sukarela tanpa paksaan
- Selain dua cara ini, tiada bukti lain yang boleh digunakan untuk hukuman hudud zina.
- Mengapa rakaman video tidak diterima sebagai bukti kes tuduhan zina?
- Video Bukan Saksi Hidup -- Video adalah bukti tidak langsung (circumstantial evidence), ia tidak boleh disoal siasat di mahkamah seperti saksi hidup, tidak boleh bersumpah atau dipertanggungjawabkan seperti manusia. Islam memerlukan saksi yang boleh dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat.
- Teknologi AI (Artificial Intelligence) ketika ini, boleh melakonkan seseorang malakukan perbuatan zina dgn hanya memberikan "prompt" (skrip) kpd AI utk menghasilkan gambar dan/atau video yang tidak memerlukan manusia utk melakonkannya.
- Perkara ini tidak pernah difikirkan sebelumnya, dan ramai yg mempersoalkan keupayaan saksi manusia dan mencadangkan rakaman video dijadikan bahan bukti pertuduhan.
- Islam mendahului zaman, Allah mensyaratkan saksi ie 4 org Islam yg adil, dan tidak menerima bentuk bukti lain.
- Mengapa Islam melarang lukisan/wajah Nabi?
Ternyata dengan teknologi zaman ini, manusia boleh menciptakan gambar dan/atau video tanpa ada susuk tubuh seseorang itu. Larangan ini menjadikan musuh Islam tidak dapat memaparkan atau melakonkan Nabi Muhammad bagi tujuan propaganda mereka.
No comments:
Post a Comment