Showing posts with label Wuduk. Show all posts
Showing posts with label Wuduk. Show all posts

Saturday, October 17, 2020

Perkara yang membatalkan wuduk (Siri 2)

Perkara yang membatalkan wuduk
(Kitab Taharah (Bersuci) oleh Sheikh Muhammad bin Ismail Daud Al-. Fatani, Terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Cetakan ke-2, 2009, muka surat , 38-39)


Perkara yang membatalkan wuduk ada lima (5):

(#1) Keluar sesuatu dari salah satu daripada dua jalan dengan yakin dengan syarat seseorang itu masih hidup lagi nyata (nyata alat kemaluan)Tidak batal wuduk jika keluarnya daripada orang yang mati, dan tidak batal wuduk bagi khunsa musykil yang mempunyai dua alat kecuali keluar sesuatu daripada kedua-kedua kemaluannya.

Nota rujukan (sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan):  
Khunsa dari sudut istilah para fuqaha ialah: Seseorang yang mempunyai dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan juga kemaluan perempuan. Ataupun seseorang yang tidak memiliki kedua-duanya dan dia mempunyai lubang yang keluar daripadanya air kencing. Rujuk Hasyiah Ibn Abidin (5/464), Nihayah al-Muhtaj (6/31).


Khunsa musykil: Seseorang yang tidak jelas tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan pada dirinya. Tidak dapat diketahui sama ada dia merupakan seorang lelaki atau perempuan. Khunsa musykil juga memiliki dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan dan tidak dapat dipastikan keadaannya dari kedua jenis tersebut iaitu sama ada dia lelaki ataupun perempuan.


Keterangan:
(i) Dimaksudkan dengan keluar sesuatu yang boleh membatalkan wuduk ialah sama ada keluarnya sesuatu yang biasa (seperti tahi dan kencing) atau yang jarang-jarang berlaku seperti darah atau batu atau darah buasir seumpama buasirnya belum keluar.

Batu tersebut sama ada terjadi drpd najis atau batu yang ditelan kemudian keluar melalui kemaluannya sama ada yang keluar itu merupakan najis atau suci seperti cacing walaupun mengeluarkan kepalanya sahaja. 

(ii) Tidak batal wuduk dengan keluar mani disebabkan bermimpi oleh orang yang tidur tetap punggungnya atau berkhayal atau memikirkan tentang syahwat, tetapi diwajibkan mandi.


(#2) Tidur yang tidak tetap papan punggungnya atau tidur secara berdiri atau tidur atas belakang (berbaring) walaupun tetap papan punggung seperti dengan dilekapkan dengan bantal atau sebagainya seperti tiang (bersandar pada tiang atau lain-lainya).


(#3) Hilang akal disebabkan oleh tersangat sakit atau mabuk atau gila babi atau seumpamanya walaupun pada masa duduk yang tetap papan punggungnya.


(#4) Menyentuh kulit perempuan yang bukan mahramnya (yang diharamkan nikah) tanpa berlapik walaupun yang telah mati. Walaubagaimanpun:

(a) Sentuhan sesama jenis atau sesama khunsa atau khunsa dengan lelaki atau khunsa dengan perempuan tidaklah membatalkan wuduk.
(b) Tidak batal wuduk dengan menyentuh rambut atau gigi atau kuku.
(c) Dikehendaki dengan lelaki dan perempuan bagi perkara di atas ialah yang telah sampai "had syahwat" mengkut uruf.
(d) Yang dimaksudkan dengan mahram ialah mereka yang haram berkahwin dengan sebab nasab atau susuan atau bersemandaan seperti menantu dan mertua.

 

(#5) Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangannya iaitu qubul (kemaluan hadapan) walaupun yang sudah dikerat/potong selagi ianya dinamakan zakar, dan duburnya iaitu:

(i) yang dimaksudkan dengan kemaluan bagi lelaki ialah semua zakarnya tidak termasuk tempat tumbuh bulu dan bagi perempuan ialah dua bibir farajnya yang tertangkup serta daging yang tumbuh di atas faraj (mengikut qul yang muktamad disisi Syeik al-Ramli), oleh yang demikian tidak termasuk tempat tumbuh bulunya.

Keterangan: Batal wuduk dengan menyentuh kemaluan manusia itu sama ada kemaluannya atau kemaluan orang lain sama ada perempuan atau lelaki sama ada kecil atau besar, sama ada hidup atau mati.

(ii) Menyentuh dubur iaitu menyentuh halaqah (ie lubang) dubur anak Adam.
(a) Dimaksudkan dengan tapak tangan ialah tapak tangan dengan semua perut anak jari.
(b) Tidak batal wuduk jika menyentuh dengan tepi tapak tangan atau semua kepala anak jari atau di antara anak jari setelah ditekan sedikit. 

Saturday, December 14, 2013

Perkara yg membatalkan wuduk

- us Azhar Idrus Sabtu 14-Dis-2013
Perkara2 yg membatalkan air sembahyang

Kitab anak kunci syurga - muka surat 27

Pwrkara yg membatalkan wuduk:
1) Keluar sesuatu yg keluar dr kemaluan dpn atau belakang spt tahi, kencing atau kentut.
2) Tidur, koma
3) Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yg sah bernikah.
syarat #1 ie sentuh, mesti bertemu kulit.

Syarat nak batal, sah didahulukan atas batal. Bila tidak ada sah maka tidak batal.

syarat #2 ie kulit, jika sentuh anggota selain kulit maka tidak batal. Contohnya rambut, janggut, kening, kuku, tulang (merujuk kpd gigi)

-Bila sentuh kulit akan mendatangkan syahwat.
Pandangan imam lain, sentuhan kulit itu dimaksudkan adalah sentuhan dengan ada rasa syahwat.

syarat #3, lelaki dan perempuan.
-Tidak batal sentuh kulit dgn jantina yg sama utk jantina yg sama, namun ianya bukan muslim.
-Maksud lelaki dan perempuan, adalah yg telah besar, ie apbl dia telah ada rasa seronok apbl bertemu dgn jantina lain.
-Terjemahan umur 7 thn tidak berapa tepat, tetapi keadaan di Malaysia, umur kanak2 itu adalah pd umur 10 thn. Namun jika kanak2 itu telah baligh maka ia dikira dr tarikh baligh.

syarat #4, kahwin
-Mahram ada 3 ie
(i) Keturunan/nasab
(ii) Menyusu
(iii) Menantu atau mertua

-Adik-beradik tiri adalah dr ibu baru yg telah memiliki anak hasil dr perkahwinannya dgn suaminya yg sebelum ini.

-Anak tiri anak yg lahir dr janda kita hasil dr pernikahan dgn suaminya yg baru.

-seorg perempuan berkahwin dgn lelaki duda anak seorg. Jodohnya tak panjang kemudian lakinya meninggal, kemudian berkahwin dgn kita. Wajib agihkan harta kpd anak hasil dr bekas suami yg beranak satu td kerana dia ada hak hasil dr perkahwinan dgn isteri kita itu.

#1 - Nasab
ada 7
1) emak dan kakak, emak kpd emak, nenek kpd emak
2) Anak kita dan hasil dr perkahqinannya
3) adik beradik
4) adik beraduk kpd emak
5k adik beradik kpd ayah
6) anak saudara adik neradik perempuan
7) anak saudara adik beradik lelaki

#2 menyusu
1) Menyusu dgn perempuan yg bukan mahram
2) belum genap 2 tahun
3) 5 kali menyusu yg mengenyangkan (dlm masa yg berlainan). Syaratnya bayi tadi memberhentikan sendiri menyusu, bukannya diaturkan oleh perempuan itu.

#3 - Menantu arau mertua
- Bila bercerai, taraf ibu mertua adalah kekal hingga akhirat.

-Tidak batal wuduk kpd 3 kategori di atas sampai kiamat.

-Adik ipar adalah mahram sementara. Kerana apbl telah bercerai kita dgn isteri dan selepas tempoh edah maka kita buleh bernikah dgn bekas adik ipar tadi tu.
-Begitu juga kpd ibu saudara kpd isteri kita sekarang, tarafnya adalah mahram sementara.

-masalah batal wuduk kerana sentuh kulit, adalah khilafiah.

-Kunut subuh: imam syafie memberatkan kunut dlm solat subuh, namun imam2 lain tidak memberatkan kunut.

- Ulamak mesti berkeras akan hal mungkar ie perkara yg haram, bukannya hanya berkeras dlm hal khilafiah, hingga menjadikan perkara khilafiah spt perkara yg mungkar.

-Barangsiapa yg beristihad mengikut imam mazhab  (yg 4), maka dia beroleh satu pahala.

- Seaai soal jawab
1) apa keutamaan terhadap suami? Org perempuan yg bergelar isteri mesti dahulukan suami. Org lelaki yg bergelar suami mesti dahukukan ibunya dr isteri.

2) bagaimana cara kejutkan org yg liat bangun suboh? Renjiskan air diharuskan, bukannya sirap air.
-kisah org di Fatani selatan Thai - ziarah pondok Kerosok, selepas solat suboh mereka berzikir. Masa berzikir ada anak murid yg mengantuk. Guru madrasah tugaskan kanak2 semburkan air kpd mana2 yg terlelap.

3) pakai cincin bermata/bertulis kalimah Allah atau Muhammad? Tidak haram namun perlu patuhi cara penjagaannya spt haram sekiranya dikenakan najis.juga perlu hormati cara penjagaannya, spt perlu buka jika hendak masuk tandas.

4) apakah buleh jika mandi junub digabungkan dgn mandi sunat jumaat? Buleh namun buat mandi berasingan dapat pahala yg lebih.

-Wahai Tuhan yg memusingkan hati manusia, aku mohon kekalkan hatiku terhadap akidahku dan kekal dalam islam.
-Islam ugama yg boleh tetapi dgn peraturan.

5) apa hukum terlebih dapat lauk byr harga yg asal? Boleh makan lauk tersbt, apbl singgah semula ke kedai/gerai maka maklumkan.

6) wajib suami tegur dan tidak benarkan isteri keluar rumah dgn tanpa menutup aurat.
-Tidak wajib menegur isteri jiran kerana keluar rumah dgn tidak menutup aurat, perlu jaga adap berjiran dan bermasyarakat.

7) Apa kuhum kita ucap RIP kpd org bukan islam? Allah melarang kpd Nabi Muhammad saw kerana mendoakan bapa saudaranya yg bukan Islam. Tidak boleh mendiakan kpd simati spt ucapan RIP (maksudnya ucapkan rehat dgn aman) Maka tidak boleh malah dijatuhkan kuhum haram mengikut kitab2 hadis. Namun adalah harus hukumnya ucapkan kesedihan di atas kematian td, bukannya hingga tahap mendoakan kesejahteraan kpd si mati dlm kubur.

8) dakwah ada 2 hukum ie fardu kifayah dan fardu ain. Fardu kifayah boleh bertukar taraf fardu ain.

9) syirikkah jika terlalu memuja artis, spt takut kpd hantu? Bukan syirik namanya. Syirik jika kita samakan tahap sesuatu makhluk/objek itu sama spt Allah.
-Jangan berlebih2 terhadap artis, ahli sukan. Cintakan Allah.
-Jika bertemu hantu secara dpn mata maka dibolehkan/diajarkan agar melaknat hantu (iblis dan syaitan) itu sebanyak 3 kali dgn laknat Allah. Jika di hutan, di laut atau tempat yg sunyi dan kita dgr bunyi, maka diajarkan supaya kita azan.

10) apa kaedah jika kekasih berkahwin dgn org lain?  fitrahnya apbl kita kehilangan sesuatu yg kita sayang, maka kita bersedih. Namun jagan sampai putus asa.
-Istilah mengangis adalah rasa sedih hingga keluar air mata.
-boleh bersedih/berkabung melebihi 3 hari. Kecuali isteri yg kematian suaminya, tempoh berkabungnya panjang.

11) apa hikmah perkara2 yg tidak diketahui akan sebabnya? Kerana kita adalah hamba kpd Allah, pasti akan terjawab apbl di akhirat nanti.

12) apa hukum org yg hisap ganja dan dlm keadaannya hayal bersolat.
Ulamak membahagikan arak kpd 2 bhg, ie cecair dan pepejal spt dadah, ganja.
-Haram hukumnya utk najis jenis cecair.
-Tidak najis kerana asalnya dr tumbuh-tumbuhan. Namun hukumnya adalah haram melainkan utk tujuan perubatan.
-Dlm keadaan khayal maka solatnya tidak sah. Hingga ulamak bersefakat melarang bersolat jika berada dlm keadaan terlalu mengantuk.