Monday, July 20, 2026

Makan Malam

- us Luqmanul Hakim kuliah Maghrib Isnin 20-Jul-2026

Bab: Makan Malam

- Bab ini menyentuh hal makan hidangan malam sebelum terbenam matahari/sebelum masuk waktu Maghrib (kira-kira masih ada siang, langit masih kelihatan warna merah). Perbahasan ini berkait rapat dengan petunjuk Nabi saw dalam menjaga kesihatan badan dan mengelakkan makan terlalu lewat malam.

- Maksud & Konteks "Makan Malam Sebelum Maghrib"
Dlm tradisi Islam dan amalan Salafussoleh, istilah 'Asha' (العَشَاء - makan malam) secara asalnya merujuk kepada makanan yang dimakan pada waktu petang sebelum berlakunya kegelapan malam.

- Waktu Makan Para Sahabat 
Kebanyakan amalan para sahabat ra dan masyarakat Arab terdahulu adalah menjamah makanan utama petang/malam sewaktu hari masih siang (iaitu selepas Asar atau sebelum terbenam matahari).

Hadis berkaitan makan malam -- Nabi saw tidak menggalakkan umatnya tidur selepas makan atau tidur lewat malam dalam keadaan perut terlalu sarat:

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ، بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

Maksudnya:
"Tidak ada wajan/bekas yang diisi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (memberi tenaga). Sekiranya dia terpaksa makan lebih, maka bahagikanlah: sepertiga untuk makannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk pernafasannya." [Sunan at-Tirmidzi]

- Kebaikan amalan ini mengikut hadis & hikmah agama
(1) Mengelakkan tidur dlm keadaan perut sarat (makanan)
Nabi saw memberikan petunjuk agar tubuh badan diberikan ruang untuk memproses makanan sebelum tidur. Dalam satu riwayat/atsar yang sering dinukilkan oleh para ulama perubatan Islam:

ذُوبُوا طَعَامَكُمْ بِذِكْرِ اللهِ وَالصَّلاَةِ وَلاَ تَنَامُوا عَلَيْهِ فَتَقْسُوَ قُلُوبُكُمْ

Maksudnya: "Hancurkanlah (hadamkanlah) makanan kamu dengan zikir kepada Allah dan solat, dan janganlah kamu terus tidur selepas makan, yang boleh menyebabkan hati kamu menjadi keras (dan badan menjadi lemah/sakit)."

Apabila seseorang makan sebelum Maghrib, julat masa antara waktu makan dengan waktu tidur (selepas Isyak) adalah cukup panjang. Ini memberi ruang kepada proses penghadaman berlaku dengan sempurna sewaktu beribadah (Solat Maghrib dan Isyak).

- Contoh penggunaan perkataan 'Asha' (العَشَاء ) dlm Al-Quran:

(1) Surah Ali Imran ayat 3:41 (klik sini)
{ قَالَ رَبِّ ٱجۡعَل لِّيٓ ءَايَةٗۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمۡزٗاۗ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ كَثِيرٗا وَسَبِّحۡ بِٱلۡعَشِيِّ وَٱلۡإِبۡكَٰرِ }

Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".

- "بِٱلۡعَشِيِّ" maksudnya petang

(2) Surah Al-Kahfi ayat 18:28 (klik sini)
{ وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ رَبَّهُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجۡهَهُۥۖ وَلَا تَعۡدُ عَيۡنَاكَ عَنۡهُمۡ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُۥ فُرُطٗا }

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

- "وَٱلۡعَشِيِّ" maksudnya petang.

- Mengapa waktu makan ketika maghrib tidak dipanggil "makan maghrib"? Bahasa arab rujukkan al-asya itu adalah hidangan. Waktu hidangannya adalah pada penghujuqng hari ie hampir senja/maghrib.

- Allah benarkan kita makan, tetapi jangan berlebihan (dan melampau) menyababkan pembaziran. Dalilnya dlm surah Al-Araf ayat 7:31 (klik sini)
{ ۞يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٖ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ }

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Syeikh al-Marbawi menterjemah dan menghuraikan hadis-hadis mengenai adab makan dengan menekankan bahawa kadar makanan yang diambil hendaklah sekadar memenuhi hajat fizikal untuk beribadah, bukannya untuk memuaskan hawa nafsu.

(1) Sukat bahagian makanan
Hadis Nabi saw berkenaan pembahagian perut kepada tiga bahagian: sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga untuk udara/bernafas. (rujuk di bhgn awal catatan kuliah ini)

(2) Definisi pembaziran makanan
Pembaziran tidak hanya berlaku apabila makanan dibuang ke dalam tong sampah, tetapi juga apabila seseorang:
  • Mengambil makanan melampaui kadar keperluan tubuh sehingga membawa kepada kemalasan, penyakit, atau ketidakhadaman.
  • Menyediakan hidangan malam secara berlebih-lebihan sehingga akhirnya tidak dimakan dan terpaksa dibuang.

No comments: