Wednesday, July 29, 2026

5 Basmallah

-us Farhan Bin Abdullah kuliah Maghrib Rabu 29-Jul-2026

5 Basmallah

“Bismillah 5” merujuk kepada lima lafaz Basmalah yang dimulakan dengan nama Allah, yang diamalkan sebagai zikir dan doa perlindungan serta penyembuhan. 

Amalan yang diijazahkan, bacaan 5 Basmallah dgn diletakkan tapak tangan pada hati.

1) 3x بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.”

2) 3x بِسْمِ اللهِ الشَّافِي

“Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan.”

3) 3x بِسْمِ اللهِ الْكَافِي

“Dengan nama Allah Yang Maha Mencukupi (yang memadai).”

4) 3x بِسْمِ اللهِ الْمُعَافِي

“Dengan nama Allah Yang Maha Menyelamatkan / Maha Memberi Afiyah (keselamatan dan kesihatan).”

5) 1x بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang dengan menyebut nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang memberi mudarat di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Amalkan bacaan 5 Basmallah ini pada setiap hari selepas solat Suboh. Fadhilatnya sebagai doa memohon perlindungan daripada gangguan, sihir, racun, atau penyakit, jalan keluar dari kesempitan rezeki/perniagaan.

No comments: