- us Lt Kol Sukri Bin Hj Yahya kuliah Suboh 25-Jul-2026
Keutamman Amalan Hati ke Atas Amalan Badan
Amalan Hati Adalah Lebih Utama Daripada Amalan Badan
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, amalan hati lebih utama daripada amalan badan kerana amalan zahir tidak mempunyai nilai di sisi Allah jika tidak disertai dengan amalan batin, terutama niat yang ikhlas. Beliau menegaskan bahawa amalan lahiriah seperti solat, puasa, dan sedekah hanya diterima apabila hati bersih daripada riya’, sombong, dan tujuan selain Allah.
Maksudnya, nilai sebenar amal tidak terletak pada gerakan fizikal semata-mata, tetapi pada kekuatan iman, keikhlasan, dan ketulusan hati yang mengiringinya. Dlm pandangan Dr al-Qaradawi, amalan hati menjadi asas kepada penerimaan amalan zahir; tanpa niat yang benar, amalan badan boleh menjadi kosong daripada nilai spiritual.
- Niat
Amalan dgn niat dlm hati itu disandarkan kpd hadis:
عَنْ أمير المؤمنين أبي حفص عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya.”
- Ahli tasauf dan para pendidik menekankan pembinaan akhlak yg mulia. Pembinaan sahsiah penting kpd utk mengimbangkan ilmu duniawi. Menurut huraian Dr. Yusuf al-Qaradawi, zuhud kepada dunia bukan bermaksud meninggalkan harta, kemajuan atau kenikmatan hidup secara mutlak. Sebaliknya, ia bermaksud hati tidak terikat atau bergantung kepada dunia, dan menjadikan dunia sebagai wasilah untuk mencapai keredaan Allah, bukan sebagai tujuan utama hidup.
Dengan kata lain, seseorang yang zuhud masih boleh memiliki harta, bekerja dan menikmati perkara yang halal, tetapi dia tidak diperhambakan oleh dunia; dunia berada di tangan, bukan di hati. Nilai dunia baginya hanyalah alat untuk berbuat baik, beribadah dan meraih akhirat.
Nalai² hati yg perlu dibina spt zuhud, berserah diri dan mengharapkan keampunan-Nya, bersabar ke atas bala bencana yg menimpa.
Kata Imam Malik, seseorang masih boleh dianggap zuhud walaupun memiliki harta yang banyak; yang menentukan zuhud bukanlah jumlah dinar di tangan, tetapi tidak melekatnya hati pada dunia. Maksudnya, kekayaan tidak menafikan zuhud selama hati tetap bebas daripada cinta dunia.
Ibnu Qayyim menggambarkan dunia sebagai sesuatu yang fana dan sementara, seumpama bayangan atau mimpi ketika tidur yang segera hilang. Beliau menegaskan bahawa hari² dunia ini hanya singgah seketika: ia boleh memberi kegembiraan sementara, tetapi juga boleh mendatangkan kesedihan yang panjang, lalu manusia tidak wajar menjadikannya tujuan akhir.
- Tawakal:
Nabi Muhammad saw mengajar bahawa tawakal bukan bermaksud berpeluk tubuh, tetapi berusaha terlebih dahulu dengan sepenuh ikhtiar, kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah. Perumpamaan burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan pulang petang dengan perut kenyang menunjukkan bahawa usaha dan tawakal berjalan seiring.
Hadis: Daripada Umar bin al-Khattab r.a.:
لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا.
Maksudnya, “Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Dia akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung; burung itu keluar pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong dan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut kenyang.” [Riwayat At-Tirmizi no 2344 atau 2266]:
- Kemanisan Iman
Kemanisan iman disebut oleh Nabi saw melalui tiga unsur utama:
- Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada segala yang lain;
- Seseorang mencintai orang lain semata-mata kerana Allah;
- Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka.
- Mata Hati (Iman)
Orang beriman melihat akhirat bukan dengan mata kasar, tetapi dengan mata hati yang hidup oleh iman. Apabila mata hati dibersihkan daripada kelalaian, manusia akan sedar bahawa dunia hanyalah persinggahan dan akhirat ialah destinasi yang kekal. Sebaliknya, hati yang buta akan gagal mengambil iktibar daripada tanda-tanda Allah dan terus tenggelam dalam urusan dunia semata-mata.
- Kecintaan kpd Allah dan rasul-Nya
Hadis:
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ.
Maksudnya, “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.” [Riwayat: Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, nombor hadis 2146].
Dalil quran, surah Ali-Ibran ayat 3:31 (klik sini)
{ قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
No comments:
Post a Comment