Sunday, July 26, 2026

Talak Taklik

- us Ahmad Faizal bin Sudin Ali kuliah Maghrib Ahad 26-Jul-2026

Talak Taklik

- Definasi dari kitab Al-Umm adalah talak yang digantungkan pada suatu syarat; apabila syarat itu berlaku, maka talak menjadi jatuh.

Dalam keadaan khulu‘ atau tebus talak, jika suami mensyaratkan perceraian dengan bayaran atau syarat tertentu, maka hukum jatuh talak bergantung pada kesemua syarat dipenuhi.

  • Ringkasnya, apabila suami mengikat talak pada syarat yang jelas, maka kesannya hanya berlaku jika syarat itu benar-benar terjadi.

Syarat-syarat
Syarat mesti jelas dan ditentukan dalam lafaz taklik, bukan samar-samar.
  • Kesan talak hanya berlaku apabila syarat yang digantung itu berlaku.
  • Jika syarat itu tidak berlaku atau tidak sepenuhnya berlaku (jika terdapat beberapa item syarat), maka talak tidak jatuh.
Dalam bentuk yang melibatkan iwadh atau bayaran, kedudukan talak bergantung pada sama ada bayaran atau pengakuan yang disyaratkan itu dipenuhi.

- Pengecualian dalam Taklik Talak
Dalam konteks taklik talak, “pengecualian” merujuk kepada lafaz istithna’ seperti suami berkata: “Aku ceraikan engkau dengan talak tiga kecuali satu,” iaitu menolak sebahagian daripada bilangan talak yang disebut sebelumnya. Hukum pengecualian ini bergantung pada syarat-syaratnya; jika sah, talak yang jatuh hanyalah baki selepas pengecualian itu.

  • Huraian pengecualian -- Pengecualian dalam talak diiktiraf dalam bahasa Arab dan digunakan untuk menentukan kadar talak yang dimaksudkan. Dalam huraian yang ditemui, pengecualian boleh dipakai sama ada pada lafaz yang bersifat isbat atau nafi, tetapi maknanya mesti difahami mengikut konteks lafaz asal.

- Syarat sah pengecualian
Suami mesti berniat memasukkan lafaz pengecualian sebelum selesai melafazkan talak.
  • Lafaz talak dan lafaz pengecualian hendaklah tidak terpisah menurut uruf; jika terpisah pada tempoh yang dianggap pemisah oleh kebiasaan, pengecualian menjadi tidak sah.
  • Lafaz pengecualian tidak boleh sama bilangan dengan jumlah talak yang disebut; jika sama, pengecualian itu dianggap tidak membawa makna.

  • Prinsipnya asasnya -- lafaz pengecualian mesti disebutkan secara bersambung dgn lafaz talak talkik. Jika terputus contohnya terdiam seketika (seolah² berfikir) maka pengecualian itu tidak sah.

- Kesan hukum pengecualian
Jika pengecualian sah, maka talak hanya jatuh pada baki bilangan yang tidak dikecualikan. Jika pengecualian tidak sah, maka talak jatuh mengikut lafaz asal tanpa mengambil kira pengecualian tersebut.

- Suami Memberi Kuasa Talak Kepada Isteri
Talak yang diberi kuasa oleh suami kepada isteri ialah keadaan apabila suami mewakilkan atau menyerahkan hak melafazkan talak kepada isteri. 
  • Dalam huraian fiqh yang dirujuk, apabila kuasa itu diserahkan, isteri boleh menceraikan dirinya sendiri berdasarkan izin suami (syaratnya isteri mestilah melafazkannya talak secara bersambungan, selepas dari lafaz izin dari suaminya.)

  • Tidak sah sekiranya
    • Tidak sah jika lafaz talak si isteri tidak bersambungan.
    • Tidak sah jika isteri mohon tempoh dan lafazkan talak beberapa ketika selepas dari lafaz izin suaminya.
  •  Syarat utama:
    1. Suami mestilah memberi izin yang jelas kepada isteri untuk menjatuhkan talak.
    2. Penyerahan itu berlaku pada ketika itu juga, bukan secara tergantung tanpa batas.
    3. Jika penyerahan berlaku dalam majlis yang sama, isteri boleh menggunakan kuasa itu selagi belum berpisah dari majlis tersebut.
    4. Lafaz mesti difahami sebagai penyerahan kuasa, bukan sekadar janji umum tanpa kesan hukum

No comments: