- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 11-Feb-2026
Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:243 - 245
Surah Al-Baqarah ayat 2:243 (klik sini)
{ ۞أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَٰرِهِمۡ وَهُمۡ أُلُوفٌ حَذَرَ ٱلۡمَوۡتِ فَقَالَ لَهُمُ ٱللَّهُ مُوتُواْ ثُمَّ أَحۡيَٰهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلنَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَشۡكُرُونَ }
Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
- Ahli tafsir mengatakan jumlah beribu itu berjumlah 600,000. Dgn 2 kisah yg dikaitkan,
- (i) kaum Nabi Yaakub as yg tinggal di Palestine yg mengalami musim kemarau yg sgt panjang. Allah perintahkan mereka berpindah ke Mesir (yg ketika itu di bawah pemerintahan Nabi Yusof as)
- (ii) kaum Yahudi pengikut Nabi Musa as yg diancam bunuh oleh firaun, Allah perintahkan mereka keluar dari kampung mereka mengikut Nabi Musa as, menuju ke Laut Merah (seterusnya ke Palestine)
Surah Al-Baqarah ayat 2:244 (klik sini)
{ وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٞ }
Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Baqarah ayat 2:245 (klik sini)
{ مَّن ذَا ٱلَّذِي يُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنٗا فَيُضَٰعِفَهُۥ لَهُۥٓ أَضۡعَافٗا كَثِيرَةٗۚ وَٱللَّهُ يَقۡبِضُ وَيَبۡصُۜطُ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ }
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
- Ayat 2:245 ini menjadi asas transaksi pinjaman. Pinjaman/Berhutang adalah asasnya suatu perkara yg baik. Bayaran balik adalah jumlah yg dipinjam.
- Apa² manfaat berkala (selalu) yg diberikan oleh org diberi pinjam (org yg berhutang), ianya adalah riba.
- Org yg beri hutang boleh menyatakan syarat sebagai jaminan. Boleh juga menyatakan barang cabaran. Barang cagaran itu hanya boleh diambil manfaatnya apbl org yg diberi hutang tidak mampu membayar hutangnya.
- (a) Cth item cagaran spt tanah kebun. Dlm tempoh pinjaman org yg memberi pinjaman tidak boleh ambil apa² manfaat dari tnh yg dicagarkan oleh si peminjam, spt mengupah pekerja utk mengambil dan menjual hasil kelapa sawit. Jika ini berlaku maka hasil jualan itu jatuh hukum riba ke atasnya.
- (b) Cth item cagaran spt kenderaan (katalah kereta), dlm tempoh pinjaman org yg memberi pinjam hanya dibenarkan menggunakan kereta itu bagi tujuan menjaga keadaan kereta agar tidak rosak. Rosak disebabkan tidak pernah dihidupkan, minyak hitamnya tidak ditukar. Dgn kata lain, org yg beri pinjam itu dibenarkan setakat memanaskan enjin, memandu ke stesyen minyak atau ke pusat servis kereta. Sekiranya dia menggunakan kereta yg dicagar itu untuk manfaat diri/keluarga seperti ke sesuatu tempat utk membeli barang, atau ziarah atau bercuti, maka hukumnya adalah haram dan dia telah mengambil riba.
- Peranan Penjamin:
- Org yg berhutang (atau meminjam) dan tidak mahu membayar hutang/pinjamannya, penjamin dibenarkan utk melaporkan keadaan si peminjam agar tindakan boleh diambil ke atas si peminjam utk tindakan (spt mahkamah) supaya hutangnya boleh dilunaskan.
- Org yg beri hutang/pinjam boleh menuntut hutang pd bila² masa.
- (a) Dlm keadaan hari ini, org yg meminjam/berhutang pd bila² masa megelak dari membayar hutang/pinjamannya.
- (b) Menjadi kewajipan kpd si peminjam utk menyerahkan byrn yg diminta oleh org yg beri pinjam/hutang.
- (c) Org yg beri pinjam boleh tuntut hutang walaupun belum waktu bayaran yg dijadualkan. Contoh, tempoh byrn telah ditetakan 6 bulan, tetapi org beri hutang mula menuntut pd bulan ke-4.
- Janji yg mengakibatkan kepayahan kpd pihak yg sepatutnya mendapat faedah dari janji itu, maka org yg berjanji utk memberikan itu hukumnya berdosa besar.
Carian Internet:
- Dari Aisyah r.a., ia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. biasa berdoa dalam solat, dan dibacanya: "Hai Tuhan! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari berbuat salah dan berhutang." Ada orang yang bertanya kepada beliau: Kenapakah engkau amat banyak minta perlindungan daripada berhutang? Beliau menjawab: "Orang yang berhutang bila berkata berdusta, bila berjanji tidak menepatinya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1158]
- Dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berhutang dengan maksud membayarnya kembali, Tuhan akan menolongnya dalam membayar kembali. Siapa yang mengambil harta orang lain dengan maksud untuk menghilangkannya, Tuhan akan menolong menghilangkannya. "[Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1154]
No comments:
Post a Comment