- us Mohd Azrul bin Ismail kuliah Suboh Sabtu 10-Okt-2026
Mukjizat
Mukjizat dalam bab kenabian (an-nubuwwah) karangan Imam Syeikh Ibrahim Al-Laqqani dan pensyarahannya kitab Syarah Matan Jauharatit Tauhid, ms 153.
Tujuan mukjizat ialah menetapkan dalil yang membuktikan kebenaran seseorang nabi apabila beliau mengaku menerima wahyu daripada Allah.
Dalam kerangka akidah Ahli Sunnah al-Asy‘ariyyah, mukjizat bukan sekadar peristiwa ajaib, ia adalah bukti syarie dan akal bagi kesahihan dakwaan kenabian.
Definisi mukjizat
Mukjizat ialah peristiwa atau keadaan luar biasa yang:
datang melalui seseorang yang mengaku sebagai nabi;
disertai tentangan kepada orang yang menafikan atau meragui kenabiannya;
- tidak mampu ditandingi atau dilakukan oleh manusia, walaupun berkumpul untuk melakukannya;
- berlaku dengan izin dan kuasa Allah, bukan kerana kuasa nabi itu sendiri.
Jadi, sesuatu yang luar biasa tetapi tidak berkait dengan dakwaan kenabian dan tidak disertai tentangan bukanlah suatu mukjizat. Begitu juga, peristiwa luar biasa yang datang daripada wali dipanggil karamah, bukan mukjizat.
Syarat mukjizat
Para ulama menetapkan beberapa syarat supaya sesuatu peristiwa dihukumi sebagai mukjizat:
- Ia sesuatu yang menyalahi kebiasaan (khāriq li-’l-‘ādah), iaitu tidak dapat dijelaskan melalui sebab² biasa yang diketahui manusia.
- Ia datang daripada org yg mengaku kenabian, sama ada sebelum atau selepas pengakuan tersebut.
- Ia disertai tentangan, iaitu nabi menyarikan orang yang menafikannya untuk menghasilkan yang serupa.
- Pihak yang menentang tidak mampu menandinginya, walaupun mereka mahir, berilmu, atau berkumpul untuk mencuba.
- Ia berlaku dengan izin Allah, kerana Allah jualah yang mencipta sebab, kekuatan, dan hasil setiap peristiwa.
Hikmah mukjizat
Hikmah utama mukjizat ialah membuktikan kebenaran nabi. Apabila seseorang mendakwa menerima wahyu, maka mukjizat menjadi tanda bahawa dakwaannya benar dan bahawa beliau benar-benar diutus oleh Allah.
Mukjizat juga, menguatkan iman para pengikut:
- mematahkan dakwaan palsu orang-orang yang mendustakan nabi;
- menjadi hujah terhadap kaum yang menuntut bukti;
- menunjukkan bahawa wahyu yang dibawa nabi bukan hasil daya usaha manusia.
No comments:
Post a Comment