- us Khairy bin Abdullah kuliah Maghrib Sabtu 3-Okt-2026
Tadabbur Surah An-Nisa Ayat 3:37 hingga 45
Surah An-Nisa ayat 3:37 (klik sini)
{ فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٖ وَأَنۢبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنٗا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّاۖ كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيۡهَا زَكَرِيَّا ٱلۡمِحۡرَابَ وَجَدَ عِندَهَا رِزۡقٗاۖ قَالَ يَٰمَرۡيَمُ أَنَّىٰ لَكِ هَٰذَاۖ قَالَتۡ هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِۖ إِنَّ ٱللَّهَ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ }
Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".
- Kisah perebutan penjagaan Maryam
Nazar ibu Maryam, bernama Hannah binti Faqud ie isteri Imran bernazar agar anak dalam kandungannya diserahkan untuk berkhidmat kpd Allah di Baitul Maqdis. Ketika melahirkan seorang perempuan, beliau tetap menunaikan nazar itu dan menamakan anaknya Maryam. Allah menerima nazar itu dan memilih Maryam untuk dididik dengan cara yang baik.
Selepas kewafatan Imran (ayah Maryam) timbul rebutan siapa yg akan menjaga Maryam yg masih kecil.
Maryam diletakkan di Baitul Maqdis untuk dilatih dan dijaga. Para ulama dan pemimpin Bani Israil berebut untuk menjadi penjaga Maryam, kerana Maryam adalah anak kepada pemimpin mereka.
Nabi Zakariya a.s. berkata: “Biarkan aku yang mengasuhnya, kerana dia adalah kerabat dekatku. Isteriku adalah ibu saudaranya, dan aku adalah seorang nabi dari umat ini.” Tetapi para ulama menolak, kerana mereka juga mahu mendapat keutamaan itu. Maka mereka sepakat untuk mengundi.
(i) Undian pertama: Mengeluarkan pena secara rawak
Mereka meletakkan pena-pena (anak panah / qalam) yang ditulis nama setiap calon. Seorang anak kecil dipanggil untuk mengeluarkan satu pena secara rawak.. Pena yang keluar ialah pena Nabi Zakariya. Zakariya berkata: “Allah telah memutuskan agar aku mengasuhnya.” Tetapi para ulama tidak berpuas hati dan menuntut undian kedua.
(ii) Undian kedua: Melempar pena ke sungai
Mereka melempar pena-pena itu ke dalam sungai, syaratnya: pena yang melawan arus (tidak hanyut) adalah pemenang. Semua pena hanyut mengikut arus, kecuali pena Zakariya yang bergerak melawan arus. Maka Zakariya dianggap menang lagi. Tetapi mereka masih tidak berpuas hati dan menuntut undian ketiga.
(iii) Undian ketiga: Pena yang mengikut arus
Mereka melempar pena sekali lagi, syaratnya: pena yang mengikut arus adalah pemenang. Semua pena melawan arus, kecuali pena Zakariya yang mengikut arus.
Maka mereka menyerah dan mengakui bahawa Zakariya adalah pemenang yang ditentukan oleh Allah.
Surah An-Nisa ayat 3:38 (klik sini)
{ هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةٗ طَيِّبَةًۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ }
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
Surah An-Nisa ayat 3:39 (klik sini)
{ فَنَادَتۡهُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَهُوَ قَآئِمٞ يُصَلِّي فِي ٱلۡمِحۡرَابِ أَنَّ ٱللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحۡيَىٰ مُصَدِّقَۢا بِكَلِمَةٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَسَيِّدٗا وَحَصُورٗا وَنَبِيّٗا مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ }
Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".
- iktibar: doa Nabi Zakariya diterima sewaktu dalam solatnya. Jadi kita perlu perbanyakkan doa dlm solat, khususnya solat malam
- dlm Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad saw bertemu Nabi Yahya as dan Nabi Isa as pada langit ke2
- Istimewanya Nabi Yahya as, bhw namanya telah diberikan oleh Allah danndinamakan sebagai "Yahya" sebelum dari dilahirkan.
Surah Maryam ayat 19:7 (klik sini)
{ يَٰزَكَرِيَّآ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَٰمٍ ٱسۡمُهُۥ يَحۡيَىٰ لَمۡ نَجۡعَل لَّهُۥ مِن قَبۡلُ سَمِيّٗا }
(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".
Surah An-Nisa ayat 3:40 (klik sini)
{ قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَٰمٞ وَقَدۡ بَلَغَنِيَ ٱلۡكِبَرُ وَٱمۡرَأَتِي عَاقِرٞۖ قَالَ كَذَٰلِكَ ٱللَّهُ يَفۡعَلُ مَا يَشَآءُ }
Nabi Zakaria berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya".
- Dlm surah Maryam ayat 10, Allah sebutkan tempoh 3 hari Nabi Zakariya as tidak dapat berkata² sebaliknya hanya mampu berkomunikasi dgn bahasa isyarat sebagai tanda isterinya mengandungkan nabi Yahya.
Surah Maryam ayat 19:10 (klik sini)
{ قَالَ رَبِّ ٱجۡعَل لِّيٓ ءَايَةٗۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَ لَيَالٖ سَوِيّٗا }
Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat".
Surah An-Nisa ayat 3:41 (klik sini)
{ قَالَ رَبِّ ٱجۡعَل لِّيٓ ءَايَةٗۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمۡزٗاۗ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ كَثِيرٗا وَسَبِّحۡ بِٱلۡعَشِيِّ وَٱلۡإِبۡكَٰرِ }
Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".
Surah An-Nisa ayat 3:42 (klik sini)
{ وَإِذۡ قَالَتِ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ يَٰمَرۡيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰكِ وَطَهَّرَكِ وَٱصۡطَفَىٰكِ عَلَىٰ نِسَآءِ ٱلۡعَٰلَمِينَ }
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).
{ وَلُوطًا إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦٓ أَتَأۡتُونَ ٱلۡفَٰحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنۡ أَحَدٖ مِّنَ ٱلۡعَٰلَمِينَ }
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
Surah An-Nisa ayat 3:43 (klik sini)
{ يَٰمَرۡيَمُ ٱقۡنُتِي لِرَبِّكِ وَٱسۡجُدِي وَٱرۡكَعِي مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ }
"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ".
Surah An-Nisa ayat 3:44 (klik sini)
{ ذَٰلِكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلۡغَيۡبِ نُوحِيهِ إِلَيۡكَۚ وَمَا كُنتَ لَدَيۡهِمۡ إِذۡ يُلۡقُونَ أَقۡلَٰمَهُمۡ أَيُّهُمۡ يَكۡفُلُ مَرۡيَمَ وَمَا كُنتَ لَدَيۡهِمۡ إِذۡ يَخۡتَصِمُونَ }
Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).
Surah An-Nisa ayat 3:45 (klik sini)
{ إِذۡ قَالَتِ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ يَٰمَرۡيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٖ مِّنۡهُ ٱسۡمُهُ ٱلۡمَسِيحُ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ وَجِيهٗا فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ }
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
Carian Internet:
Hadis: Nabi Muhammad bertemu Nabi Isa dan Nabi Yahya di langit kedua
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ، وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ، فَوْقَ الْحِمَارِ، وَدُونَ الْبَغْلِ، يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى بَصَرِهِ، فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ، فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ، ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ، فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ خَرَجْتُ، فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ، وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ، فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ، فَقَالَ: اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ. ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا، فَاسْتَفْتَحَ، فَقِيلَ: مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ: جِبْرِيلُ. قِيلَ: وَمَنْ مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ. قِيلَ: وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ؟ قَالَ: نَعَمْ. قِيلَ: مَرْحَبًا بِهِ، فَنِعْمَ الْمَجِيءُ جَاءَ، فَفَتَحَ. فَلَمَّا خَلَصْتُ، فَإِذَا فِيهَا آدَمُ، فَقَالَ: هَذَا أَبُوكَ آدَمُ، فَسَلِّمْ عَلَيْهِ. فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ، فَرَدَّ السَّلَامَ، ثُمَّ قَالَ: مَرْحَبًا بِالِابْنِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ. ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ، فَاسْتَفْتَحَ، فَقِيلَ: مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ: جِبْرِيلُ. قِيلَ: وَمَنْ مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ. قِيلَ: وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ؟ قَالَ: نَعَمْ. قِيلَ: مَرْحَبًا بِهِ، فَنِعْمَ الْمَجِيءُ جَاءَ، فَفَتَحَ. فَلَمَّا خَلَصْتُ، فَإِذَا يَحْيَى وَعِيسَى، وَهُمَا ابْنَا خَالَةٍ، قَالَ: هَذَا يَحْيَى وَعِيسَى، فَسَلِّمْ عَلَيْهِمَا. فَسَلَّمْتُ، فَرَدَّا، ثُمَّ قَالَا: مَرْحَبًا بِالْأَخِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ».
Maksudnya: Dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Aku didatangkan dengan al-Buraq, iaitu seekor haiwan putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia meletakkan kakinya sejauh pandangan matanya.
Aku menaikinya sehingga sampai ke Baitul Maqdis, lalu aku mengikatnya pada gelung tempat para nabi mengikat kenderaan mereka.
Kemudian aku masuk ke dalam masjid, dan aku solat dua rakaat di dalamnya.
Selepas itu aku keluar, lalu Jibril a.s. datang kepadaku membawa dua bekas: satu berisi khamar dan satu lagi berisi susu. Aku memilih susu, maka Jibril berkata: ‘Engkau telah memilih fitrah.’
Kemudian kami dinaikkan ke langit pertama, lalu Jibril meminta izin untuk dibukakan.
Ditanya: ‘Siapa engkau?’
Jawab Jibril: ‘Jibril.’
Ditanya lagi: ‘Siapa yang bersamamu?’
Jawab: ‘Muhammad.’
Ditanya: ‘Adakah dia telah diutus kepadanya?’
Jawab: ‘Ya.’
Maka dikatakan: ‘Selamat datang kepadanya, sebaik-baik kedatangan.’ Lalu dibukakan pintu.
Apabila aku masuk, aku melihat Adam a.s. Jibril berkata: ‘Ini adalah bapamu Adam, maka ucapkanlah salam kepadanya.’
Aku pun mengucapkan salam, dan Adam membalasnya, lalu berkata: ‘Selamat datang anak yang soleh dan nabi yang soleh.’
Kemudian kami dinaikkan ke langit kedua, lalu Jibril meminta izin untuk dibukakan.
Ditanya: ‘Siapa engkau?’
Jawab Jibril: ‘Jibril.’
Ditanya lagi: ‘Siapa yang bersamamu?’
Jawab: ‘Muhammad.’
Ditanya: ‘Adakah dia telah diutus kepadanya?’
Jawab: ‘Ya.’
Maka dikatakan: ‘Selamat datang kepadanya, sebaik-baik kedatangan.’ Lalu dibukakan pintu.
Apabila aku masuk, aku melihat Yahya dan Isa, keduanya adalah anak sepupu (anak bibi).
Jibril berkata: ‘Ini adalah Yahya dan Isa, maka ucapkanlah salam kepada keduanya.’
Aku pun mengucapkan salam, dan keduanya membalas salam, kemudian berkata: ‘Selamat datang saudara yang soleh dan nabi yang soleh.’” [HR Sahih al-Bukhari, no 349; Sahih Muslim, no. 163 / 164]
No comments:
Post a Comment