- us Dr Mohd Adib bin Samsuddin kuliah Maghrib Isnin 26-Okt-2026
Solat Gerhana Matahari
Hadis:
عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:
كُسِفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى بِالنَّاسِ قِيَامًا طَوِيلًا، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلًا، ثُمَّ قَامَ فَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً، وَهِيَ دُونَ الْقِرَاءَةِ الْأُولَى، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلًا، وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ، ثُمَّ سَجَدَ، ثُمَّ قَامَ فَصَنَعَ مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ قَالَ:
لَقَدْ أُذِنَ لِي فِي أَنْ أُرِيَكُمُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ، ثُمَّ دُعِيتُ فَنَهَضْتُ، وَإِنِّي لَأَرْجُو أَنْ تَكُونُوا شُهُودَهَا. ثُمَّ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ وَعَدَنِي أَنْ لَا يُعَذِّبَ أُمَّتِي وَأَنَا فِيهِمْ.
Maksudnya, Daripada Abu Musa al-Ash‘ari radiallahu ‘anhu, katanya:
“Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bangkit dan mengetuai solat bersama orang ramai dengan berdiri yang panjang, kemudian rukuk yang panjang. Selepas itu baginda bangkit dan membaca dengan bacaan yang panjang, namun tidak sepanjang bacaan yang pertama. Kemudian baginda rukuk dengan rukuk yang panjang, namun tidak sepanjang rukuk yang pertama. Selepas itu baginda sujud, bangkit dan melakukan yang sama pada rakaat kedua.
Kemudian baginda bersabda: ‘Sesungguhnya telah diizinkan kepadaku untuk memperlihatkan kepada kamu syurga dan neraka. Kemudian aku dipanggil, lalu aku bangkit. Dan aku berharap kamu menjadi saksi ke atasnya.’
Kemudian baginda bersabda: ‘Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah berjanji kepadaku bahawa Dia tidak akan mengazab umatku selagi aku masih bersama mereka.’” [Sahih al-Bukhari]
- Solat gerhana Rasulullah saw mempunyai ciri berikut:
- Rakaat pertama - Berdiri lama dan membaca al-Quran dengan panjang.
- Rukuk pertama - Tasbih yg panjang.
- Berdiri tegak (seperti dlm rakaat pertama) - Bangkit dan membaca panjang, tetapi lebih pendek daripada bacaan pertama.
- Rukuk ke2 - Rukuk lama, tetapi lebih pendek daripada rukuk pertama.
- Sujud - Dua sujud, kemudian bangkit ke rakaat kedua.
- Rakaat kedua - Mengulang cara yang sama: bacaan panjang, rukuk panjang, bacaan kedua, rukuk kedua, dan dua sujud.
- Dlm hadis yg lain disebutkan sahabat dengar Rasulullah saw teresak-esak sewaktu doa solat gerhana. Dlm hadis Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, Rasululullah saw bersabda selepas solat gerhana:
وَإِنِّي لَأَرَى مَا تَرَوْنَ وَأَنَا فِي حَرَضٍ
Maksudnya, “Dan sesungguhnya aku melihat apa yang kamu lihat, dan aku berada dalam keadaan cemas dan tertekan.” [HR al-Bukhari no. 1052 dan Muslim no. 907].
Perkataan حَرَض bermaksud keadaan cemas, sesak dada, atau tertekan kerana melihat keadaan neraka dan kehebatan hari kiamat.
- Allah tidak mengazab sesuatu kaum selagi ada org Islam yg beriman dan beramal dgn syariat yg dibawa oleh Rasulullah saw, dan memohon keampunan.
Janji Allah إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ وَعَدَنِي أَنْ لَا يُعَذِّبَ أُمَّتِي وَأَنَا فِيهِمْ bermaksud Allah telah berjanji kepada Nabi Muhammad saw bhw azab umum tidak akan menimpa umatnya selagi baginda masih hidup bersama mereka. Dalil al-Quran dlm surah Al-Anfal ayat 8:33 (klik sini)
{ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمۡ وَأَنتَ فِيهِمۡۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ }
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).
- Azab dunia kerap berlaku kpd sesuatu kaum apbl org2 Islam yang dianiaya diusir keluar dari tempat mereka.
- Gerhana Matahari tiada kaitan dgn kematian seseorang
Hadis berkaitan Rasulullah saw solat gerhana matahari yg bukan terjadinya gerhana matahari dikaitkan dgn kematian anakanda baginda ie Ibrahim.
عَنِ الْمُغِيرَةَ بْنِ شُعْبَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:
كَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ، فَقَالَ النَّاسُ: كَسَفَتِ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا وَادْعُوا اللهَ.
Maksudnya, Daripada al-Mughirah bin Syu‘bah radiallahu ‘anhu, katanya:
“Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam pada hari kematian Ibrahim. Lalu orang ramai berkata: ‘Matahari telah gerhana kerana kematian Ibrahim.’ Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
‘Sesungguhnya matahari dan bulan tidak berlaku gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana kehidupannya. Apabila kamu melihat gerhana, maka solatlah dan berdoalah kepada Allah.’” [HR Imam al-Bukhari, no. 1043 dan no. 1060]
- Gerhana matahari berlaku pada hari kewafatan Ibrahim, anakanda Rasulullah saw drpd Mariyah al-Qibtiyyah.
Sebahagian masyarakat ketika itu mengaitkan gerhana dengan kematian Ibrahim. Namun Nabi saw menepis kepercayaan tersebut dan menjelaskan bahawa gerhana ialah tanda kekuasaan Allah, bukan sebab kematian atau kelahiran seseorang.
Baginda mengarahkan umat Islam melakukan solat gerhana dan berdoa apabila berlaku gerhana matahari atau bulan.
Hukum Solat Gerhana
Solat gerhana ialah sunat muakkadah bagi lelaki dan wanita. Ia dikerjakan secara berjemaah apabila gerhana berlaku, dan solat itu diteruskan sehingga gerhana berlalu.
No comments:
Post a Comment