Sunday, December 28, 2025

Murah Rezeki dan Panjang Umur

- us Mohd Al-Ihsan bin Ghazali kuliah Suboh Ahad 28-Dis-2025

Murah Rezeki dan Panjang Umur

4 hubungan dgn Al-Quran
  1. Baca - siapa tidak baca Al-Quran sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  2. Faham - Baca tetapi tidak faham maksudnya, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  3. Tadabbur - Baca & faham tetapi tidak tadabbur, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  4. Beramal - Baca, faham, tadabbur tetapi tidak mengamalkannya, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran.

Hadis:
  • Dari Anas bin Malik r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya, atau dipanjangkan (Allah) ,umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1016]
- Definasi Silaturrahim
Imam Nawawi mendefinisikan silaturahim sebagai berbuat baik kepada kerabat mengikut keadaan, seperti beri harta (infak), bantu tenaga, ziarah, salam, doa, atau nasihat. Ia wajib kifayah kepada sesama Muslim, lebih wajib kepada keluarga, dan termasuk tidak memutus hubungan walaupun dibalas buruk. Memutus silaturahim boleh menyempitkan rezeki sebagai hukuman.

Silaturahim membersihkan hati, tarik rahmat Allah, dan sebabkan rezeki bertambah melalui jalinan kasih sayang masyarakat. Ia sunnah muakkadah yang mendatangkan keberkatan dunia akhirat, selaras dengan mazhab Syafi'i yang menggabungkan ikhtiar dan tawakkal.

Apa maksud harta diberkati? Ada buktinya.
Iaitulah makanan yg kita makan membolehkan kita melakukan ibadah utk meningkatkan keimanan kpd Allah.
  • Jangan bersendirian. Hiduplah bermasyarakat utk membolehkan kita berinteraksi dgn jiran² dgn menjaga hubungan dan silaturrahim. Mengambil peluang memberikan bantuan kpd jiran setempat melalui usaha, nasihat dan buah fikiran.

Sesiapa yg berhutang maka wajib dia melunaskan hutangnya, terutama berhutang dgn manusia. Jika dia tidak mampu membayar hutangnya, maka mohon maaf atau minta dihalalkan hutangnya.

Dipanjangkan umur. Adakah rezeki atau umur itu boleh berubah?
Ahli alim ulamak mentafsirkan hadis ini mengatakan rezeki dan umur boleh berubah.

Kisah Perdebatan Rezeki:
Kisah Imam Syafie dan Imam Malik, guru dan murid, berdebat tentang rezeki di mana Imam Malik menekankan tawakkal sepenuhnya kerana rezeki ditentukan Allah, manakala Imam Syafie menambah usaha sebagai syaratnya.

Imam Malik berkata: "Rezeki datang tanpa usaha besar; lakukan bahagianmu (ibadah dan tawakkal), biar Allah urus sisanya," merujuk hadis: "Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan benar, nescaya Dia beri rezeki seperti burung yang pagi lapar, petang kenyang" (HR. Tirmidzi). Imam Syafie bertanya: "Jika burung tak keluar sarang, bagaimana dapat rezeki?" merujuk Surah An-Najm ayat 53:39 (klik sini),  manusia tidak mendapat kecuali apa yang diusahakannya.
{وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ}

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

Bukti Praktikal dengan Kurma:
Imam Syafie keluar, dan nampak pekebun sedang memetik kurma. Di minta kebenaran utk membantu petani itu petik kurma. Pekebun itu memberikan kurma sebagai upah di atas usahanya membantu memetik kurma. Dia kemudiannya bawa kurma itu kpd gurunya i.e. Imam Malik: "Jika tak usaha, tak dapat ini." Imam Malik terus memetik kurma dari tangkainya dan mengatakan dia terfikir memakan kurma, dan Allah rezekikan kurma datang kpdnya. Kisah ini mengajar rezeki:
(i) rezeki itu di atas apa yg kita usahakan,
(ii) Allah berikan rezeki kpd hamba-Nya.  

- Berdoa - berdoa kpd Allah supaya dimurahkan rezekindan dipanjangkan umur.
  • Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw. bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandung dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan." Lalu beliau ditanya orang, "Apa maksudnya minta cepat-cepat?" Jawab beliau, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, Aku telah mendoa, Aku telah mendoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu dia putus asa dan berhenti mendoa." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2355]

- Silaturrahim - Bagaimana menjaga silaturrahim?
1. Tidak melakukan masalah atau jahat kpd saudara
2. Perlu berbuat baik, ziarah kpd saudara.

- Bersedekah - Berikan kpd saudara dan org lain apa yg direzekikan kpd kita.
- Bertaubat - Kita perlu lakukan taubat agar Allah bersihkan kita dari dosa².

- Jangan menjadi beban kpd saudara atau org lain. Sebaliknya jadilah seorg yg menyenangkan org lain; meliputi saudara sekerabat nasab atau mahram, seperti beri makanan, bantu kerja rumah, rawat sakit, atau tolong urusan harian.
Dlm konteks hari ini, apbl hadir ke majlis jamuan/walimah, berikan bantuan tenaga spt tolong urusan makanan atau kemasan tempat jamuan.

No comments: