Wednesday, December 17, 2025

Kekhusyukan yang Sejati dalam Solat

- us Lot Kol Sukri bin Yahya kuliah Maghrib Isnin 18-Ogo-2025

Kekhusyukan yang Sejati dalam Solat

Peringkat awal pengharaman arak adalah larangan jangan bersolat dlm keadaan mabuk, dalilnya dlm surah An-Nisa ayat 4:43 (klik sini)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقۡرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعۡلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغۡتَسِلُواْۚ وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَآءَ أَحَدٞ مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَآئِطِ أَوۡ لَٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمۡ تَجِدُواْ مَآءٗ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا فَٱمۡسَحُواْ بِوُجُوهِكُمۡ وَأَيۡدِيكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا }

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

- Kita dituntut utk mempunyai ilmu utk melakukan ibadah. Tahu apakah rukun, perkara wajib, perkara sunat, perkara yg harus dan perkara yg haram.

Hadis:
  • Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu bertiga, angkatlah seorang jadi imam. Dan yang paling baik jadi imam ialah yang paling pandai membaca." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0632]

Kunci Khusyuk dlm Solat
- Enam (6) perkara yang mesti ada untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, seperti kitab Ihya’ Ulum al-Din dan kajian tentang makna khusyuk solat menurut Imam Ghazali:

1) Hudhur al-Qalbi (Kehadiran Hati)
Imam Ghazali menegaskan pentingnya menghadirkan hati saat solat, iaitu dengan membuang semua perkara duniawi yang tidak berhubungan dengan solat agar fokus dan sedar penuh dalam beribadah.

2) Tafahhum (Memahami)
Memahami makna bacaan dan gerakan dalam solat, sehingga solat tidak hanya gerakan kosong tetapi penuh dengan penghayatan.

3) At-Ta’dzim (Mengagungkan Allah)
Merasa sangat kecil dan hina di hadapan Allah yang Maha Agung.

4) Al-Haibah (Merasa Gerun atau Takut Kepada Allah)
Rasa takut kepada Allah karena kebesaran-Nya dan akibat/kesan dari amal perbuatan yang dilakukan.

5) Ar-Raja’ (Berharap Kepada Allah)
Menaruh harapan agar solat yang dikerjakan diterima dan diganjar oleh Allah.

6) Al-Haya’ (Merasa Malu Kepada Allah)
Rasa malu kepada Allah atas segala kekurangan, dosa, dan kelalaian yang dilakukan, baik dalam solat maupun di luar solat.

Imam Ghazali menegaskan bahawa gabungan keenam-enam unsur ini akan membawa kekhusyukan yang sejati dalam solat, menjadikan ibadah lebih bermakna dan diterima oleh Allah SWT.

No comments: