- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Maghrib Isnin 28-Jul-2025
Tadabbur Surah Al-Kahfi ayat 18:1 hingga 6
Surah Al-Kahfi ayat 18:1 (klik sini)
{ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ }
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
Asbabun nuzul ayat Al-Kahfi:
Asbabun nuzul (sebab penurunan) Surah Al-Kahfi ayat 1 hingga 10 berkait rapat dengan peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah saw apabila orang Quraisy, dengan hasutan dan arahan pendeta Yahudi dari Madinah, ingin menguji kerasulan Nabi Muhammad saw. Mereka telah menghantar dua orang wakil ke Madinah untuk meminta pertanyaan yang boleh menguji kenabian baginda, kerana org2 Yahudi dianggap memiliki ilmu kitab terdahulu.
Dua orang pendeta Yahudi yang ditugaskan untuk menguji kerasulan Nabi Muhammad saw ialah:
- Nadr ibn Harith dan
- Uqbah ibn Abi Mu’ayt
Pendeta Yahudi memberikan tiga soalan untuk ditanyakan kepada Rasulullah saw, iaitu:
- Kisah sekumpulan pemuda pada zaman dahulu yang mempunyai kisah menakjubkan (Ashabul Kahfi),
- Kisah seorang lelaki yang menjelajah timur dan barat (Dzulqarnain),
- Perihal/Tentang roh.
Soalan 1 dan 2 adalah kisah/cerita, semestinya para nabi tahu kisah mereka, manakala soalan ke3 adalah sesuatu yg ghaib.
Setelah menerima tiga pertanyaan ini, Rasulullah saw berkata akan menjawabnya pada keesokan hari tanpa mengucapkan "insyaAllah" (jika diizinkan Allah). Namun, wahyu dari Allah tertangguh selama 15 hari. Keadaan ini menyebabkan orang Quraisy mula ragu dan menyebarkan fitnah, manakala Rasulullah saw berasa sedih kerana wahyu tidak kunjung turun.
Akhirnya, pada hari ke-15, Jibril turun membawa wahyu iaitu Surah Al-Kahfi. Ayat-ayat awal surah ini (ayat 1 hingga 10) diturunkan sebagai pengenalan, sekaligus sebagai penjelasan dan jawapan kepada pertanyaan orang Quraisy serta teguran kepada Rasulullah saw agar sentiasa menyandarkan segala urusan kepada kehendak Allah. Turunnya ayat-ayat ini juga menjadi petunjuk dan penghibur kepada Baginda serta orang Islam yang mana ketika itu mengalami tekanan dan ejekan daripada penduduk Mekah. Ayat-ayat awal ini mengisahkan kelebihan Al-Quran, memberi amaran dan berita gembira, serta memulakan kisah pemuda-pemuda gua (Ashabul Kahfi) yang beriman dan diuji dengan fitnah agama.
Kesimpulannya, ayat 1 hingga 10 Surah Al-Kahfi diturunkan sebagai reaksi terhadap ujian kerasulan Nabi Muhammad saw, yang disusun atas arahan pendeta Yahudi kepada Quraisy, dan merupakan pengenalan kepada kisah-kisah utama surah ini serta sebagai panduan untuk terus teguh beriman ketika diuji.
Empat tema utama berkaitan keimanan dalam Surah Al-Kahfi, yg mana Allah menceritakan punca iman boleh tergelincir, iaitulah:
(1) Ujian Akidah dan Keimanan
Kisah Ashabul Kahfi (para pemuda gua) menggambarkan ujian kepada keimanan apabila mereka lari menyelamatkan agama tauhid dari penyembahan berhala dan kekejaman pemerintah yang zalim. Ini mengajar umat Islam untuk teguh dalam iman walau diuji dengan tekanan dan fitnah.
(2) Ujian Harta dan Kesombongan Duniawi
Surah ini menceritakan kisah pemilik dua kebun yang diuji dengan kekayaan sehingga lupa kepada Allah. Tema ini menunjukkan betapa harta dan kekayaan boleh menguji iman seseorang, memerangkap mereka dalam kesombongan dan lupa bersyukur.
(3) Ujian Ilmu dan Hikmah
Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir menyentuh ujian ilmu dan bagaimana seseorang yang beriman perlu bersabar dan mengerti hikmah di sebalik sesuatu perkara walaupun ia tidak difahami sepenuhnya pada awalnya.
(4) Ujian Kuasa dan Kekuasaan Dunia
Kisah Dzulqarnain menggambarkan bagaimana kekuasaan dan pemerintahan diuji, dan bagaimana seorang yang beriman harus menggunakan kuasa itu dengan adil mengikut petunjuk Allah.
Kesemua empat tema ini berkait rapat dengan cabaran keimanan pada akhir zaman, iaitu ujian akidah, harta, ilmu, dan kuasa, serta memberi panduan bagaimana umat Islam harus menghadapi ujian tersebut dengan penuh sabar, tawakkal, dan keikhlasan hanya kerana Allah.
Carian Internet:
1. Bilakah kisah Al-Kahfi berlaku?
- Kisah Ashabul Kahfi dipercayai berlaku pada zaman pemerintahan Raja Decius dari Empayar Rom Timur sekitar tahun 249 hingga 251 Masihi, beberapa ratus tahun selepas Nabi Isa a.s. diutuskan. Pemuda-pemuda beriman ini hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dan melarikan diri ke sebuah gua untuk mempertahankan iman mereka. Mereka tertidur selama lebih kurang 309 tahun dan bangun pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II (sekitar tahun 408-450 Masihi) yang beragama Nasrani (Kristian).
Ada juga pandangan bahawa kisah ini berlaku selepas perkembangan agama Nasrani, ketika mereka telah memeluk agama Nabi Isa, namun ada pula pandangan lain yang mengatakan peristiwa ini berlaku sebelum agama Nasrani muncul, berdasarkan pengetahuan pendeta Yahudi pada zaman Nabi Muhammad saw yang bertanya tentang kisah ini untuk menguji kenabian Baginda.
Secara ringkas, masa paling diterima ialah pada abad ke-3 Masihi (zaman pemerintahan Raja Decius) dengan tempoh tidur mereka selama kira-kira 309 tahun, berakhir pada abad ke-5 Masihi di bawah pemerintahan Theodosius II.
Surah Al-Kahfi ayat 18:2 (klik sini)
{ قَيِّمٗا لِّيُنذِرَ بَأۡسٗا شَدِيدٗا مِّن لَّدُنۡهُ وَيُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنٗا }
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
-"وَيُبَشِّرَ" bermaksud ganjaran. 3 ganjaran yg dimaksudkan dlm ayat ini adalah iaitu memberi berita gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, merujuk kepada:
- Pahala yang baik yang Allah tetapkan kerana keimanan dan amal kebajikan mereka. Ini termasuk pahala yang mulia dan agung sebagai balasan yang istimewa dari Allah.
- Ganjaran syurga yang penuh kenikmatan, sebagai tempat kekal yang tidak akan terpisah dari mereka selama-lamanya. Syurga ini masih jauh lebih baik dan indah daripada apa yang pernah dilihat, didengar, atau terlintas dalam hati manusia.
- Keredaan Allah yang merupakan kemenangan terbesar, di mana orang beriman mendapat keredaan-Nya sebagai ganjaran tertinggi di akhirat.
Surah Al-Kahfi ayat 18:3 (klik sini)
{ مَّٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدٗا }
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
Surah Al-Kahfi ayat 18:4 (klik sini)
{ وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدٗا }
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
Surah Al-Kahfi ayat 18:5 (klik sini)
{ مَّا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٖ وَلَا لِأٓبَآئِهِمۡۚ كَبُرَتۡ كَلِمَةٗ تَخۡرُجُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبٗا }
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
Ulasan ayat ini menjelaskan bahawa orang-orang musyrik yang mendakwa Allah mempunyai anak adalah orang yang tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan tentang perkara tersebut, begitu juga nenek moyang mereka yang mereka ikut. Dakwaan mereka itu adalah suatu kata-kata yang amat buruk, palsu, dan batil. Ini menunjukkan bahawa mereka hanya berkata bohong tanpa dasar kebenaran atau ilmu yang sahih.
Menurut tafsir yang masyhur seperti Maududi dan tafsir dari Kementerian Agama Arab Saudi, dakwaan bahawa Allah memiliki anak adalah satu penyelewengan besar yang tidak berasas, dan merupakan satu bentuk syirik serta fitnah yang berat. Ucapan tersebut menggambarkan kejahilan dan penipuan yang bersumber dari hawa nafsu dan bukan ilmu.
Ayat ini juga memberi pengajaran bahawa apa yang diucapkan oleh orang-orang kafir itu adalah dusta belaka dan Nabi Muhammad saw tidak perlu bersedih hati terhadap penolakan dan ejekan mereka kerana tugas Baginda hanyalah menyampaikan wahyu kepada mereka.
Surah Al-Kahfi ayat 18:6 (klik sini)
{ فَلَعَلَّكَ بَٰخِعٞ نَّفۡسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ إِن لَّمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَسَفًا }
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
Catatan Kuliah:
No comments:
Post a Comment