- us xxx kuliah Suboh Sabtu 27-Dis-2025
Tadabbur Surah Yusof ayat 12:7 hingga 14
Surah Yusof ayat 12:7 (klik sini)
{ ۞لَّقَدۡ كَانَ فِي يُوسُفَ وَإِخۡوَتِهِۦٓ ءَايَٰتٞ لِّلسَّآئِلِينَ }
Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar).
- org yahudi dtg bertanya kpd Rasulullah saw tentang kisah Yusof kerana mereka tahu kisah Nabi Yusof spt dlm kitab taurat. Pertanyaan mereka bermaksud utk memperlekeh pengetahuan baginda Nabi Muhammad saw.
Surah Yusof ayat 12:8 (klik sini)
{ إِذۡ قَالُواْ لَيُوسُفُ وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَىٰٓ أَبِينَا مِنَّا وَنَحۡنُ عُصۡبَةٌ إِنَّ أَبَانَا لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ }
(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata."
- "لَيُوسُفُ" menunjukkan sangat bersungguh-sungguh.
- "إِنَّ أَبَانَا لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ" adik-beradik Nabi Yusof dikuasai oleh hasad dengki, mengatakan bapa mereka tidak adul, sedangkan mereka tahu bapa mereka ada utusan Allah.
- Ibu kandung Nabi Yusuf as bernama Rahil (atau Rahel/Rachel), isteri ke2 Nabi Yaakob as. Ibu baginda meninggal dunia sewaktu melahirkan adik kandung Nabi Yusof i.e. Bunyamin.
- 10 org adik beradik yg lain adalah dari 3 org ibu tiri.
Carian Internet:Nabi Ya'qub bekerja 14 tahun bagi Laban untuk mengahwini Lae dan Rahil, kemudian mengahwini kedua-dua rakei mereka, menghasilkan 12 anak lelaki yang menjadi asal-usul Bani Israil
- Lea (Leah atau Lia): Isteri pertama Yaakob as, i.e. kakak kpd Rahil. Anak sulong Laban. Lea melahirkan 6 anak lelaki (Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, Zebulun).
- Zilfah (Zulha atau Zilpah): Rakei Lea, melahirkan 2 anak lelaki (Gad, Asyer).
- Bilhah (Balhah, adik Rahil), melahirkan 2 anak (Dan, Naftali),
- 2 kumpulan pendapat (i) cadangan kejam dgn cara bunuh Yusof (ii) cadangan dgn rasa takut dgn bapa mereka maka mereka cadangkan buang Yusof dlm perigi buta.
Surah Yusof ayat 12:9 (klik sini)
{ ٱقۡتُلُواْ يُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضٗا يَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِيكُمۡ وَتَكُونُواْ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمٗا صَٰلِحِينَ }
(Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".
Surah Yusof ayat 12:10 (klik sini)
{ قَالَ قَآئِلٞ مِّنۡهُمۡ لَا تَقۡتُلُواْ يُوسُفَ وَأَلۡقُوهُ فِي غَيَٰبَتِ ٱلۡجُبِّ يَلۡتَقِطۡهُ بَعۡضُ ٱلسَّيَّارَةِ إِن كُنتُمۡ فَٰعِلِينَ }
Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu".
Surah Yusof ayat 12:11 (klik sini)
{ قَالُواْ يَٰٓأَبَانَا مَا لَكَ لَا تَأۡمَ۬نَّا عَلَىٰ يُوسُفَ وَإِنَّا لَهُۥ لَنَٰصِحُونَ }
Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?
- "مَ۬نَّا" cara bacaannya dgn memuncungkan bibir (spt bergetar). Kenapa cara bacaannya begitu? Itulah keadaan gugup adik-beradik Yusof memberi alasan kpd bapa mereka.
Surah Yusof ayat 12:12 (klik sini)
{ أَرۡسِلۡهُ مَعَنَا غَدٗا يَرۡتَعۡ وَيَلۡعَبۡ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ }
Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya ia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".
- "غَدٗا" bermaksud tempoh masa pd hari esok bermula dari waktu tengahari hingga petang.
Surah Yusof ayat 12:13 (klik sini)
{ قَالَ إِنِّي لَيَحۡزُنُنِيٓ أَن تَذۡهَبُواْ بِهِۦ وَأَخَافُ أَن يَأۡكُلَهُ ٱلذِّئۡبُ وَأَنتُمۡ عَنۡهُ غَٰفِلُونَ }
Bapa mereka menjawab: "Permergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya ".
- "وَأَنتُمۡ عَنۡهُ غَٰفِلُونَ" nada nabi Yaakob lembut pd ketika ini, kerana kenal sgt anak²nya lalai.
Surah Yusof ayat 12:14 (klik sini)
{ قَالُواْ لَئِنۡ أَكَلَهُ ٱلذِّئۡبُ وَنَحۡنُ عُصۡبَةٌ إِنَّآ إِذٗا لَّخَٰسِرُونَ }
Mereka berkata: "Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang rugi".
- Nabi Yaakob as seorg manusia, baginda tidak tahu apa yg akan berlaku pd masa hadapan melainkan dgn wahyu Allah. Dlm konteks ini Nabi Yaakob tidak tahun apa yg akan berlaku kpd anaknya Yusof dan tidak tahu anak²nya (10 org) sedang menipu.
- sifat org² tidak beriman:
1. Lakukan kejahatan kemudian berbuat baik.
2. Banyak berhelah.
3. Berjanji dgn janji yg mungkin tidak logik bunyinya.
No comments:
Post a Comment