Sunday, December 21, 2025

Berhati Teguh Ketika Menghadapi Ujian

- us Dr. Muhamed Sabir Bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 21-Dis-2025

Berhati Teguh Ketika Menghadapi Ujian

Nabi Yusof as diberikan pilihan sama ada dipenjarakan atau mengikuti pujukan nafsu wanita surah Yusof ayat 12:32 (klik sini)
{ قَالَتۡ فَذَٰلِكُنَّ ٱلَّذِي لُمۡتُنَّنِي فِيهِۖ وَلَقَدۡ رَٰوَدتُّهُۥ عَن نَّفۡسِهِۦ فَٱسۡتَعۡصَمَۖ وَلَئِن لَّمۡ يَفۡعَلۡ مَآ ءَامُرُهُۥ لَيُسۡجَنَنَّ وَلَيَكُونٗا مِّنَ ٱلصَّٰغِرِينَ }

(Zulaikha) berkata: "Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina."

- Nabi Yusof as minta tolong kpd Allah utk menyelamatkan dia dari godaan nafsu perempuan.
Surah Yusof ayat 12:33 (klik sini)
{ قَالَ رَبِّ ٱلسِّجۡنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدۡعُونَنِيٓ إِلَيۡهِۖ وَإِلَّا تَصۡرِفۡ عَنِّي كَيۡدَهُنَّ أَصۡبُ إِلَيۡهِنَّ وَأَكُن مِّنَ ٱلۡجَٰهِلِينَ }

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".

- Dlm kehidupan kita melalui pelbagai ujian, maka jangan lupa mohon doa kpd Allah utk kekalkan iman kita dlm menempuhi ujian.

- Dlm kitab tipu daya iblis (Talbis Iblis) karangan Imam Ibnu Al-Jauzi:
  • (a) ujian manusia sebagai perangkap syaitan yang mengeksploitasi kelemahan hati seperti nafsu, kebodohan, dan kelalaian untuk menggoyahkan iman serta kesabaran.

  • (b) iblis menguji manusia dengan talbis (menyembunyikan kebatilan sebagai kebenaran) dan ghurur (kebodohan yang meyakinkan kejahatan sebagai kebaikan), bermula dari Nabi Adam as hingga golongan zuhud dan ulama, menyebabkan manusia (kita) tergelincir daripada keimanan sejati.

- Semakin kita berusaha meningkatkan iman, maka ujian yg dilalui juga tinggi. Maka kebergantungan kpd Allah juga perlu dipertingkatkan.

- Ujian kpd Nabi Yusof setelah ujian dibunuh oleh adik-beradik (tiri) adalah rupa paras yg tampan hingga menarik perempuan termasuk Zulaikha (isteri menteri yg berpengaruh) dan lain² perempuan. Namun Nabi Yusof as memilih dipenjarakan dari melakukan kemaksiatan kpd Allah. Baginda memilih hukuman dunia berbanding hukuman akhirat.

- Dlm Al-Quran banyak larangan jangan ambil sesuatu yg bukan milik kita. Contoh:
  • (a) Jangan ambil wang zakat - Zakat keuntungan syarikat yg diberi kebenaran oleh pusat zakat utk diagihkan oleh syarikat itu sendiri telah diseleweng dgn menaja kawan² bermain golf, dgn tujuan membeli hati kawan² utk mendapatkan projek/kontrak baru. Perbuatan mengagihkan wang zakat bukan kpd golongan asnaf adalah penyelewengan wang zakat.

- Kisah Urwah Az-Zubair
Semasa di Damaskus atas jemputan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik, kaki Urwah terluka parah sehingga tabib memutuskan untuk memotongnya hingga betis. Tabib menawarkan arak sebagai pemberi tenang agar beliau tidak merasa sakit, tetapi Urwah menolak tegas, kerana arak adalah haram diminum dan akan menyebabkan seseorg hilang ingatan (mabuk), melakukan dosa kpd Allah. Dia bertekad utk meneruskan pemotongan kakinya tanpa memimum arak. 
Beliau juga menolak bius, kerana mahu merasai sakitnya supaya tidak hilang pahala di sisi Allah.

- Allah sudah beri banyak nikmat dan seseorg itu akan kembali lemah spt keadaan semasa kecil. Org lain pula yang akan berikan bantuan utk uruskan urusan harian. Kita perlu redho dgn perjalanan hidup dan ujian yg dilalui. Namun jangan lupa mohon pertolongan Allah utk kekal iman dan tidak melakukan satu kesilapan yg memesongkan iman.


Catatan Kuliah:
  • Tipudaya Iblis | us Dr Mohamed Sabir bin Jamaludin | 18-Feb-2024 (klik sini)

No comments: