- us Zainal Abidin Arifin kuliah Suboh Ahad 22-Jan-2023
Memilih Keutamaan Dalam Beribadah
Surah Al-Ankabut ayat 29:69 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ }
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
- Al-Quran diturunkan khusus utk hati² manusia bukannya utk otak² manusia.
- kenapa Allah tidak betindak secara langsung terhadap org² yg mungkar spt firaun yg mengaku dirinya tuhan? Allah utuskan NabiNya ie Nabi Musa dan dibantu oleh Nabi Ibrahim menyampaikan dakwah supaya firaun kembali bertaubat. Namun firaun memilih utk menafikan kekuaasaan Allah dan menolak nabi yg diutuskan. Allah balas dgn menghapuskan firaun dan pengikutnya dlm laut yg kekal hingga kini, bumi tidak terima jasad mereka, kekal mereka di dasar laut utk kajian dan pengajaran manusia selepas zamannya.
- Hikmah tidak memusnahkan firaun serta-merta
Ibn Kathir menegaskan melalui kisah ini bahawa sunnatullah ialah: mengutus rasul, menjelaskan kebenaran, menunjukkan mukjizat, dan memberi peluang sebelum hukuman dijatuhkan.
Kisah firaun menjadi ibrah bagi orang selepasnya:
- siapa yang sombong dan menolak dakwah para rasul walaupun bukti jelas, akan mendapat azab sepertinya;
- para pendakwah diperintah mencontohi cara Musa yang lembut dan penuh rahmat sekalipun berhadapan pemerintah paling zalim.
- 4 halangan utk melakukan ibadah:
1. Dunia
2. Manusia
3. syaitan
4. Nafsu
(1) Dunia
- Dunia seisinya (harta, pangkat, kemewahan) melalaikan hati hingga sibuk mengejar kenikmatan dan lupa tujuan akhirat.
- Ubatnya ialah mengurangkan keterikatan hati kepada dunia: mengambil sekadar perlu, melihat dunia sebagai ladang akhirat, bukan matlamat hidup.
(2) Manusia (makhluk)
- Makhluk termasuk keluarga, pekerjaan, harta, dan hubungan sosial yang berlebihan; ia boleh menyibukkan seseorang sehingga lalai dari zikir, ilmu dan ibadah.
- Al-Ghazali menasihatkan mengawal pergaulan, mengurangkan perkara sia-sia, dan mendahulukan hubungan dengan Allah berbanding keredaan manusia.
(3) Syaitan
- Syaitan menggoda melalui waswas, menangguh-nangguh ibadah, dan menghias maksiat hingga nampak indah.
- Bentengnya ialah banyak zikir, isti‘azah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم), menjaga wuduk, dan segera menolak lintasan hati yang melemahkan semangat taat.
(4) Nafsu
- Nafsu ialah keinginan batin yang condong kepada kesenangan dan maksiat; ia penghalang paling dekat, membuat seseorang malas ibadah dan cenderung menunda taubat.
- Menurut al-Ghazali, nafsu mesti mujahadah: dilatih dengan puasa, qiyam, zikir, ilmu, dan memaksa diri konsisten dalam ketaatan sehingga ia tunduk kepada syariat
- Masalah gangguan utk melakukan ibadah
- Dr. Yusof Al-Qardawi: Kita dituntut utk berusaha melakukan ibadah kemudian bertawakal kpd Allah supaya diberikan ganjaran dan hasil dari perkara yg dilakukan.
1. Surah Al-Mulk ayat 67:21 (klik sini)
{ أَمَّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي يَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥۚ بَل لَّجُّواْ فِي عُتُوّٖ وَنُفُورٍ }
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
3. Surah At-Talaq ayat 65:3 (klik sini)
{ وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا }
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
- Imam Al-Ghazali: Gunakan pertimbangan yg mana lebih baik dlm memberikan keutamaan dlm melakukan amalan/ibadah, dan serahkan kpd Allah utk menentukan.
a) Contoh: 2 ubat A dan B itu mempunyai kebaikan kpd pesakit. Ubat mana yg sesuai utk dua pesakit yg mempunyai penyakit yg sama. Doktor menentukan ubat A utk pesakit pertama dan ubat B utk pesakit kedua. Doktor mengetahui perkara yg tidak diketahui oleh pesakit, dari sudut perubatan.
- Kenapa perlu pilih yg lebih utama (afdal) dari yg lebih baik (aslah)?
Imam Al-Ghazali menggariskan yang paling afdal ialah apa yang paling hampir kepada keredaan Allah dalam konteks tertentu, bukan semata-mata nampak “lebih baik” pada akal kasar.
- Dalam perbahasan maslahah dan pilihan amal, Al-Ghazali menekankan penilaian keutamaan (tafḍil al-a‘mal) berdasarkan kesan akhirat, maqasid syariah, dan keadaan hati, bukan hanya logik manfaat duniawi.
- Kadang-kadang sesuatu yang kelihatan aslah (lebih maslahat/lebih baik) dari sudut zahir dunia tidak semestinya afdal di sisi Allah, jika ia melalaikan daripada tujuan utama seperti tazkiyah al-nafs dan taqarrub.
- Antara kekayaan dan kemiskinan
- a) Pentingnya ilmu yg dipandu oleh wahyu, bhw menjadi kaya itu boleh membawa kpd kebaikan dan menjadi punca utk melakukan ibadah dan diganjarkan pahala dan syurga. Tanpa ilmu yg dipandu oleh wahyu, seseorg yg memiliki kekayaan menjadikannya seorg yg toleh (ie derhaka) kpd Allah.
- b) Kemiskinan boleh menjurus kpd kemaksiatan. Kemiskinan boleh menjadikan manusia bertindak melampaui batas² ugama, demi mengambil sedikit keuntungan dunia.
Hadis: Al-Fatihah itu untuk-Ku dan untuk hamba-Ku
- Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang tidak membaca Ummul Quran (Fatihah) dalam solat, maka solatnya tidak sempurna (Nabi mengulangnya sampai tiga kali). Lalu ditanyakan orang kepada Abu Hurairah, "Bagaimana kalau kami solat mengikut Imam?" Jawabnya, "Bacalah perlahan-lahan! Kerana aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, bahawa Allah Ta'ala berfirman: "Solat itu Ku bagi dua antara-Ku dan hamba-Ku. Untuk hamba Ku ialah apa yang dimintanya. Apabila dia mengucapkan 'Alhamdu lillahi rabhil 'alamin', maka Allah Ta'ala menjawab, 'Hamadani 'abdi' (Hamba Ku memujiKu). Apabila dia mengucapkan 'Arrahmanirrahim' (yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang), maka Allah Ta'ala menjawab, 'Atsna 'alayya 'abdi' (HambaKu menyanjung Ku). Apabila dia mengucapkan 'Maliki yawmiddin' (Maha Penguasa hari kemudian), maka Allah Ta'ala menjawab, 'Majjadani 'abdi' (HambaKu mengagungkanKu), atau 'Fawwadha ilayya 'abdi. (HambaKu berserah diri kepada Ku). Apabila dia mengucapkan 'Iyyaka na'budu wa iyyaka nasla'in' (kepada Engkau saja kami menyembah dan kepada Engkau saja kami meminta tolong), maka Allah ta'ala menjawab, 'Hadza bayni wa bayna 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagianKu dan bahagian HambaKu, Untuk hamba-Ku apa yang dimintanya). Apabila dia mengucapkan 'Ihdinash shirathal mustaqim, shirathalladzina an 'amta 'alaihim ghairil maghdhubi 'alaihim waladhdhaallin' (Pimpinlah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan orang yang tidak Engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat), maka jawab Allah ta'ala, 'Hadza li 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagian hambaKu, untuknya apa yang dimintanya)." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0349]
No comments:
Post a Comment