Wednesday, December 17, 2025

Kesan Beriman kepada Hari Akhirat

- us Dr Abdul Rahman kuliah Suboh Sabtu 23-Ogo-2025

Kesan Beriman kepada Hari Akhirat

- Kehidupan org² kafir di dunia ini seolah-olah kehidupan haiwan, seperti firman Allah dlm Surah Muhammad ayat 47:12 (klik sini)
{ إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يَتَمَتَّعُونَ وَيَأۡكُلُونَ كَمَا تَأۡكُلُ ٱلۡأَنۡعَٰمُ وَٱلنَّارُ مَثۡوٗى لَّهُمۡ }

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.

Hadis 1:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka ucapkanlah kata-kata yang baik-baik, atau diam saja. Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti tetangganya. Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1742]

- Kisah saidina Suhaib
Kisah Saidina Suhaib Ar-Rumi RA yang terkenal adalah mengenai pengorbanan dan keikhlasannya dalam mengikuti Islam, khususnya ketika beliau menghadapi keputusan sulit meninggalkan harta kekayaannya demi keimanan.

Saidina Suhaib bukan berasal dari Mekah, tetapi dari Bashrah dan pernah menjadi budak di wilayah Romawi (itulah sebab panggilannya "Ar-Rumi"). Setelah dibebaskan, beliau menjadi pedagang yang berjaya di Mekah. Ketika Islam mulai tersebar dan terjadi tekanan dari kaum Quraisy, Suhaib memutuskan untuk berhijrah ke Madinah agar dapat bebas beribadah.

Kaum Quraisy menghalanginya dan berusaha menyekap agar beliau tidak membawa harta kekayaannya ke Madinah. Namun Suhaib rela meninggalkan segala hartanya demi mengikuti Nabi Muhammad saw ke Madinah. Saat tiba di Madinah, Nabi Muhammad saw menyambutnya dengan ucapan, "Perdagangan yang amat menguntungkan wahai Abu Yahya," menunjukkan penghargaan atas pengorbanannya.

Ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kisah Saidina Suhaib adalah Surah Al-Baqarah ayat 2:207 (klik sini)
{ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡرِي نَفۡسَهُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ }

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

Kisah ini mengajarkan nilai pengorbanan dan keikhlasan mengikuti perintah Allah dan Rasul-Nya, menempatkan keredaan Allah di atas segala-galanya.

- Ayat Al-Quran bhw sesiapa yg berdagang dgn Allah maka Allah ganjarkan dgn berlipat kali ganda. Dalilnya dlm Surah As-Sura ayat 42:20 (klik sini)
{ مَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلۡأٓخِرَةِ نَزِدۡ لَهُۥ فِي حَرۡثِهِۦۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡيَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا وَمَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ }

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

Surah Al-Baqarah ayat 2:261 (klik sini)
{ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ }

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Allah beri ganjaran yg besar kpd hambaNya yg sabar. Dalilnya dlm surah Az-Zumar ayat 39:10 (klik sini)
{ قُلۡ يَٰعِبَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡۚ لِلَّذِينَ أَحۡسَنُواْ فِي هَٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٞۗ وَأَرۡضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٌۗ إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّٰبِرُونَ أَجۡرَهُم بِغَيۡرِ حِسَابٖ }

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

Dalil bhw Allah berikan kehidupan yg baik dan tenteram kpd hambaNya, surah An-Nahl ayat 16:97 (klik sini)
{ مَنۡ عَمِلَ صَٰلِحٗا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَلَنُحۡيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةٗ طَيِّبَةٗۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ }

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.


Kesan beriman kpd Hari Akhirat:
  • Kesan kepada Individu
    1. Menunaikan ibadat dengan khusyuk dan mengharapkan keredaan Allah SWT.
    2. Bercakap dengan perkataan yang baik dan bermanfaat.
    3. Bersikap adil terhadap diri sendiri dan orang lain.
    4. Melakukan amalan kebajikan dan menjauhi maksiat.

  • Kesan kepada Keluarga
    1. Mewujudkan kasih sayang dan saling hormat antara anggota keluarga.
    2. Menunaikan hak sebagai anak, ibu bapa, dan ahli keluarga lain.
    3. Membina suasana rumah tangga yang harmoni dan penuh keberkatan dengan amalan agama seperti membaca Al-Quran, berzikir dan berpuasa sunat.
    4. Membentuk keluarga soleh yang menjadi contoh kepada masyarakat.

  • Kesan kepada Masyarakat
    1. Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan tenteram tanpa banyak jenayah.
    2. Mewujudkan masyarakat yang aktif dalam amar makruf nahi mungkar.
    3. Bekerjasama meningkatkan kualiti hidup tanpa mementingkan diri sendiri atau iri hati.
    4. Bersikap tolong-menolong dan mengutamakan kepentingan bersama.

Keimanan kepada Hari Akhirat memberikan motivasi kepada setiap muslim untuk sentiasa beramal soleh dan menjauhi dosa kerana yakin akan ada pembalasan di akhirat kelak, seterusnya membawa kepada kehidupan dunia yang lebih baik dan harmonis.

Kuliah seterusnya, Beriman kpd Qadak dan Qadar

No comments: