- us Mohd Azrul bin Ismail kuliah Maghrib Selasa 28-Jan-2025
Sifat Wajib Bagi Allah: Sifat Salbiyah
- Erti sifat Salbiyah itu adalah madlulnya (yang ditunjukkan) itu menafikan sesuatu yg tidak layak bagi Allah SWT.
- sifat Salbiyah ini adalah konotasi negatif utk menafikan sesuatu sifat Allah yg tidak layak contohnya Allah dikatakan bersifat lemah.
- Sifat Salbiyah adalah 5 sifat Allah selepas sifat Wujud iaitu:
- Qidam,
- Baqa' (berkekalan),
- Mukholafatuhu lilhawadis,
- Qiyamuhu binafsihi, dan
- Wahdaniyah
- Baqa' menolak sifat wujud yg sementara atau dlm tempoh tertentu.
- Sifat Qidam Allah merujuk kepada ketiadaan permulaan bagi kewujudan-Nya, yang menunjukkan bahwa Allah tidak diciptakan dan tidak memiliki awal. Terdapat tiga bahagian dalam sifat Qidam:
- Qidam Dzati: Ketiadaan permulaan zat Allah.
- Qidam Zamani: Ketiadaan durasi permulaan, seperti waktu.
- Qidam Idhafi: Ketiadaan awal mula dalam hubungan, seperti relasi ayah dan anak. ( Bapa lebih lama/awal dari anak).
- Sifat-sifat ini menegaskan bahwa Allah adalah Maha Sempurna dan tidak memiliki kekurangan, tidak bergantungan kpd sesuatu yang lebih awal dariNya, tidak juga pada masa, tidak juga didahului oleh suatu tuhan yg lain.
- Sifat Baqa' bagi Allah, yang bermaksud kekal, tidak terbahagi kepada bahagian-bahagian tertentu. Namun, sifat ini menegaskan dua aspek utama:
- Kekalan: Allah tidak akan binasa dan wujud-Nya tidak mempunyai penghujung.
- Ketidakberubahan: Allah tidak mengalami perubahan dari tiada menjadi ada atau sebaliknya, serta tidak mengalami perubahan dalam sifat-sifat-Nya.
No comments:
Post a Comment