- us Meftah kuliah Suboh Ahad 14-Jun-2026
500 Tahun Ibadah Tidak Menjamin Masuk Syurga
- Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW telah memberitahu kami:"Malaikat Jibril telah memberitahu Rasulullah SAW katanya: 'Wahai Muhammad, demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 hasta kali 30 hasta, dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru. Dan di situ Allah SWT mengeluarkan air selebar satu jari dari bawah bukit, dan Allah SWT juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah SWT supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah SWT pun menerima permintaannya.' Dan di situ Allah SWT mengeluarkan air selebar satu jari dari bawah bukit, dan Allah SWT juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah SWT supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah SWT pun menerima permintaannya.'" [Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (hadis no. 4300), al-Hakim dalam al-Mustadrak (hadis no. 7637). | Status: Daif (lemah) kerana terdapat perawi Sulaiman bin Harim yang majhul (tidak dikenali) | Masih dapat digunakan kerana hanya berkaitan hikayat/kisah, bukan hukum]
- Ulama tafsir klasik seperti Ibnu Kathir, Al-Qurtubi, Al-Kashani tidak menafsirkan kisah ini kerana ia tidak ada dalam Al-Quran.
- Kisah ini adalah kisah ahli ibadah (abid) yang tidak bernama, bukan kisah Nabi atau umat terdahulu yang tercatat dalam Al-Quran. Al-Quran hanya mencatat kisah Nabi dan umat tertentu untuk pengajaran, bukan kisah individu ahli ibadah biasa.
- Kisah ini menunjukkan rahmat Allah lebih besar daripada ibadah 500 tahun - hamba tersebut akhirnya masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat Allah.
- Masuk syurga dengan rahmat, bukan amal semata-mata.
Surah Hud ayat 11:107 (klik sini)
{ خَٰلِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ إِلَّا مَا شَآءَ رَبُّكَۚ إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٞ لِّمَا يُرِيدُ }
Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
- Allah memberikan syurga kepada hamba-Nya kerana rahmat-Nya, bukan semata-mata kerana amalan.
Surah Az-Zumar ayat 39:23 (klik sini)
{ ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَٰبٗا مُّتَشَٰبِهٗا مَّثَانِيَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهۡدِي بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنۡ هَادٍ }
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
No comments:
Post a Comment