Sunday, June 7, 2026

Amalan Kecil Tetapi Berterusan Lebih Disukai

- us Lt Kol Shukri bin hj Yahya kuliah Suboh Ahad 7-Jun-2026

Amalan Kecil Tetapi Berterusan Lebih Disukai

Huraian Dr. Yusuf Al-Qardawi dlm konsep fiqh keutamaanan (fiqh al-Aulawiyyat)

Definasi fiqh al-Aulawiyyat:
Pengetahuan yang menjelaskan amal-amal yang lebih utama (rajih) dari yang lain, yang lebih berharga, yang sahih daripada yang rusak, yang diterima daripada yang ditolak, yang disunnahkan daripada yang bid'ah, serta memberikan nilai bagi amal sesuai pandangan syari'at.

Dalil Al-Quran keutamaan ibadah ada tingkatan keutamaannya dlm surah At-Tawbah ayat 19 dan 20.
At-Tawbah ayat 9:19 (klik sini)
{ ۞أَجَعَلۡتُمۡ سِقَايَةَ ٱلۡحَآجِّ وَعِمَارَةَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ كَمَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَجَٰهَدَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۚ لَا يَسۡتَوُۥنَ عِندَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ }

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

At-Tawbah ayat 9:20 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَآئِزُونَ }

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Menurut Dr. Al-Qardawi, Surah At-Tawbah 9:19-20 menegaskan bahawa:
  • Amalan yang berterusan lebih tinggi darjatnya daripada amalan yang besar tapi tidak berterusan.
  • Istiqamah (berterusan) adalah kriteria utama yang disukai Allah, bukan jumlah amalan yang banyak
- Amalan yang berat akan menyebabkan rasa jemu/bosan dan akhirnya sesorg itu meninggalkan ibadah.

Hadis #1:
  • Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. pulang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada seorang tamu perempuan. Rasulullah saw. bertanya: "Siapa ini?" Jawab ku, "Inilah perempuan yang tidak pernah tidur, kerana dia solat sepanjang malam." Sabda Nabi saw., "Beribadatlah sesuai dengan kemampuanmu. Demi Allah! Dia tidak pernah bosan memberi pahala, sehingga kamu sendiri yang bosan mengerjakan amal ibadatmu. Dan amal yang paling disukai Allah, ialah yang dikerjakan secara tetap oleh pelakunya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0757]
Hadis ini mengajarkan bahawa:
  • Jangan berlebihan dalam ibadah yang akan menyebabkan kita rasa jemu/bosan.
  • Beramallah sesuai dgn kemampuan - tidak membebani diri.
  • Allah tidak bosan hingga kita sendiri merasa bosan dan meninggalkan ibadah.
  • Amalan istiqamah (terus-menerus walaupun sedikit) lebih disukai Allah daripada amalan banyak tapi terputus (tidak istiqamah).
Hadis #2:
  • Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mempunyai sehelai tikar yang dibentangkannya malam hari; sehingga merupakan tabir sebuah kamar tempat beliau solat. Lalu orang banyak solat pula mengikuti beliau. Pada suatu malam mereka berkumpul pula. Maka bersabda Rasulullah saw. kepada mereka, "Hai, orang banyak! Kerjakanlah amal ibadat itu sekadar kemampuan mu, (agar kamu dapat melakukannya secara tetap, sesungguhnya Allah tidak pernah bosan memberi pahala, sehingga akhirnya kamulah yang bosan mengerjakan ibadah mu. Dan sesungguhnya amal ibadat yang disukai Allah, ialah yang dikerjakan secara tetap (wirid, rutin), walaupun sedikit. Dan keluarga Muhammad saw., bila mereka beramal mereka lakukan secara tetap." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0754]
- Kupasan Dr. Yusuf Al-Qardhawi tentang Keutamaan Ilmu
  • Kefahaman itu adalah lebih utama daripada hafalan bahkan lebih penting dari kepetahan atau kelancaran bacaan.
  • Beliau menggesa agar aspek-aspek ilmu mesti diberikan keutamaan daripada amalan serta lebih mencerap aspek kualiti isi kandungnya berbanding kuantiti bacaan itu sendiri.

Keutamaan ilmu berbanding ibadah
- Kupasan Dr. Yusuf Al-Qardhawi keutamaan ilmu berbanding ibadah
  • حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عِيسَى الْمِصْرِيّ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَيُّوبَ عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الْعَامِلِ

Barangsiapa mengajarkan suatu ilmu, maka ia akan mendapatkan pahala orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.

  • Barangsiapa mengajak kepada petunjuk, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun." [HR. Muslim: 2674]
- Org yg bijak ilmu adalah mereka yg mencari amalan² yg dapat memberikan lebih pahala (seperti melibatkan komuniti atau org ramai) berbanding melakukan amalan yg banyak tetapi tidak melibatkan org lain.
Contohnya, 
  • Membantu org yg memerlukan sesuatu itu lebih tinggi nilai pahala berbanding melakukankan amalan solat sunat.
  • Membantu dlm gotong-royong membersihkan masjid/surau adalah lebih utama berbanding berzikir sendirian di rmh pd waktu yg sama.

No comments: