Saturday, May 30, 2026

Mencuci Harta Haram Siri-2

- us Dr Hj Mohd Hafiz bin Fauzi kuliah Maghrib Sabtu 30-Mei-2026

Taubat Harta Haram

- Surah Al-Mukminun ayat 23:51 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلرُّسُلُ كُلُواْ مِنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَٱعۡمَلُواْ صَٰلِحًاۖ إِنِّي بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٞ }

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Syeikh Al-Maraghi memberikan penafsiran yang sangat penting mengenai ayat ini:
  1. Prinsip Utama: Makanan Halal adalah Syarat Diterimanya Amal Soleh.
"Di sini diperintahkan bahawa makan dari yang baik-diutamakan berbanding perintah mengerjakan kebaikan, dengan menunjukkan bahawa amal soleh tidak akan diterima jika tidak didahului dengan makan makanan halal."

- Makna Halālan Thayyiban menurut Al-Maraghi
Berdasarkan kajian tematik tentang penafsiran Al-Maraghi:
  • Halal --> Segala sesuatu yg dibenarkan oleh syariat, baik dari segi zatnya mahupun cara memperolehnya.
  • Thayyib --> Lawan dari khabith, perkara yang baik menurut akal dan fitrah, tidak membahayakan tubuh dan akal fikiran.

2. Hubungan dengan Riba dan Harta Haram
Syeikh Al-Maraghi menegaskan bahawa amalan riba adalah haram dan makanan/rezeki yang diperoleh dari sumber haram seperti riba, rasuah, dan curian tidak tergolong dalam "at-tayyibat".

Ini sejajar dengan hadis Nabi SAW dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw menyebutkan seorang lelaki yang berdoa dengan penuh semangat, tetapi makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan ia dibesarkan dengan yang haram, maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan?


Dalam konteks penolakan amal, Al-Maraghi menegaskan:
  • Keberkatan amal ditarik balik sekiranya pengambil riba tidak bertaubat.
  • Harta haram bertindak sebagai "dinding" yang menghalang amalan dan doa daripada diangkat ke langit.

- utk simpanan dlm KWSP, setiap org Islam wajib melakukan penyucian, ini berdasarkan fatwa Ogos/2015 ie Fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan - Ogos 2015 -- Penyucian Dividen KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke KWSP-Islamik


Jualan tanah, rumah atau hartanah:
Mengikut fatwa negeri Selangor, sebarang jualan hartanah maka pemilik wajib mengeluarkan zakat "pendapatan".

Carian Internet:
1. Fatwa Penyucian Dividen KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke KWSP-Islamik
Muzakarah: Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Bil. 2/2015 yang bersidang pada 18 Ogos 2015
Keputusan Fatwa
  • KWSP TIDAK DIWAJIBKAN untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke akaun KWSP-Islamik (Simpanan Shariah)
Keputusan fatwa itu mengambil kira faktor berikut:
1. Sifat keuntungan KWSP
Keuntungan KWSP berbentuk takassub (usaha) bukan ghasab (pengambilan harta tanpa hak/zalim). Dividen diperolehi melalui transaksi pelaburan mengikut undang-undang dan kontrak yang dipersetujui.
2. Peranan KWSP sebagai Pemegang Amanah
KWSP diberi mandat mengurus simpanan ahli di bawah Akta KWSP 1991. Majikan diwajibkan mencarum, ahli tiada pilihan dan tiada hak tasarruf sejak awal mencarum. Simpanan menjadi hak ahli hanya setelah mencapai umur ditetapkan.
3. Amalan Perbankan Islam Malaysia
Tiada ketetapan dari Majlis Penasihat Syariah BNM atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti yang mewajibkan pelanggan perbankan Islam menyucikan pendapatan tidak patuh syariah sebelum melabur ke produk patuh syariah.
4. Resolusi Majlis Penasihat Syariah BNM
Majlis Penasihat Syariah BNM telah mengeluarkan resolusi membenarkan segala dividen dari produk konvensional dilaburkan semula ke produk patuh syariah.
5. Maslahah Ahli
Bagi menjaga kepentingan dan maslahah ahli KWSP beragama Islam.


2. Kaedah Kiraan Penyucian Simpanan KWSP:
(a) Katalah simpanan yang dikeluarkan apbl tempoh matang simpanan KWSP = RM1 juta
  • Gunakan formula 65:35 ie 65% caruman pokok (halal dan boleh diambil). Manakala 35% adalah dividen dan compounding (terlibat unsur riba).
  • RM650 ribu boleh diambil. Manakala RM350 ribu perlu dibersihkan
(b) Gunakan kaedah nisbah 70:30 ie 70% tidak patuh syariah dan baki 30% patuh syariah terhadap Dividen & compounding
  • 70% atau RM245 ribu tidak patuh syariah --> RM245,000.00 perlu disucikan (cleanse)
  • 30% atau RM105 ribu patuh syariah  (boleh diambil)
(c) Keluarkan zakat simpanan ke atas jumlah simpanan pokok KWSP dan dividen yang halal
  • Jumlah kena zakat= RM650,000.00 + RM105,000.00 = RM755,000.00
  • 2.5% zakat x RM755,000.00 = RM18,875.00 zakat
Jika ingin gunakan cara ke2 utk nisbah patuh & tidak patuh syariah, gunakan nisbah 52:48 ie 52% tidak patuh syariah dan 48% patuh syariah. Lakukan langkah (b) utk jumlah yg perlu disucikan (ie RM182,000.00) dan utk (c) kirakan jumlah zakat (RM20,450.00).


Nota Kuliah:
  1. Mencuci Harta Haram | Dr Hj Mohd Hafiz bin Fauzi | 27-Jan-2026 (klik sini)

No comments: