Saturday, May 2, 2026

Adakah Semua Manusia Itu Sama?

- us Lt Kol Syukri Bin Yahya kuliah Suboh Sabtu 2-Mei-2026

Adakah Semua Manusia Itu Sama?

Persoalan biasa adalah adakah semua manusia itu sama? Jawabnya pastilah tidak. Ada manusia yang menggunakan akal/hati dalam melakukan tindakan, termasuk juga tindakannya untuk taat kpd perintah Allah atau melakukan maksiat. 

Allah mengulang-ulang perkara yg sama/serupa dlm Al-Quran sebagai peringatan kpd manusia bhw perkara itu adalah perkara yg penting utk difahami dgn sempurna.

Adakah sama antara: 
  • Org yg berakal dgn org yg tidak berakal?
  • Org yg beriman dgn org yg tidak beriman?
  • Org yg beriman dgn org yg fasik?

Perbezaan org berakal dgn org tidak berakal:
Imam Ghazali menjelaskan hati (al‑fu’ād/qalb) bukan sekadar anggota fizikal, tetapi pusat makrifat, ilmu, dan pertanggungjawaban yang paling berat di hadapan Allah, sebagaimana yang disebut dalam Surah al‑Isrā’ (ayat 17:36) dan Surah al‑Haj (ayat 22:46).

Surah Al-Israk ayat 17:36 (klik sini)
{ وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولٗا }

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Surah Al-Haj ayat 22:46 (klik sini)
{ أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٞ يَعۡقِلُونَ بِهَآ أَوۡ ءَاذَانٞ يَسۡمَعُونَ بِهَاۖ فَإِنَّهَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَلَٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِي فِي ٱلصُّدُورِ }

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

- Ayat 10 surah Al‑Mulk membuka pintu pengakuan orang di neraka bahawa nasib mereka di dalam neraka adalah akibat gagal menggunakan pendengaran dan akal (hati) dalam menerima peringatan di dunia, dan ini sangat mengaitkan langsung dengan apa yang diseru dalam ayat di atas.

Mereka tahu bahawa jika mereka mendengar dengan sungguh‑sungguh dan menggunakan akal (pikiran/hati), mereka tidak akan tersesat dan masuk neraka. Tetapi penyesalan itu datang lewat di akhirat, ketika tiada lagi taubat dan pilihan.

- Surah Al-Mulk ayat 67:10 (klik sini)
{ وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِيٓ أَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ }

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

- Penghuni neraka di ayat 10 Al‑Mulk sebenarnya telah gagal memenuhi amanah hati ini di dunia: mereka mendengar tetapi tidak menggunakan akal, mendengar peringatan tetapi “mengikuti apa yang tidak mereka ketahui” (ikut hawa nafsu, orang, atau budaya).

Hati mereka tidak mengolah ayat dan nasihat sebagai dalil, tetapi hanya lalu lalang, sehingga pendengaran dan penglihatan menjadi saksi terhadap mereka di hadapan Allah.


Perbezaan org beriman dgn org tidak beriman:
- Allah buat persoalan, tanyakan kpd kita adakah sama manusia yg beriman itu sama dgn yg tidak beriman? Surah As-Sad ayat 38:28 (klik sini)
{ أَمۡ نَجۡعَلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَٱلۡمُفۡسِدِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ نَجۡعَلُ ٱلۡمُتَّقِينَ كَٱلۡفُجَّارِ }

Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang berdosa?

Iblis mengaku hanya menyeru manusia, tetapi manusia yang memilih dan mematuhi seruannya.
Dia tarik diri dan mengelak tanggungjawab dengan mengatakan: “Jangan salahkan aku, salahkan diri kamu sendiri.”
Surah Ibrahim ayat 14:22 (klik sini)
{ وَقَالَ ٱلشَّيۡطَٰنُ لَمَّا قُضِيَ ٱلۡأَمۡرُ إِنَّ ٱللَّهَ وَعَدَكُمۡ وَعۡدَ ٱلۡحَقِّ وَوَعَدتُّكُمۡ فَأَخۡلَفۡتُكُمۡۖ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَٰنٍ إِلَّآ أَن دَعَوۡتُكُمۡ فَٱسۡتَجَبۡتُمۡ لِيۖ فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوٓاْ أَنفُسَكُمۖ مَّآ أَنَا۠ بِمُصۡرِخِكُمۡ وَمَآ أَنتُم بِمُصۡرِخِيَّ إِنِّي كَفَرۡتُ بِمَآ أَشۡرَكۡتُمُونِ مِن قَبۡلُۗ إِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ }

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.


Perbezaan org beriman dgn org fasik:
Allah tanyakan lagi adakah sama antara org beriman dgn org² fasik? Allah tanyakan dlm surah As-Sajdah ayat 32:18 (klik sini)
{ أَفَمَن كَانَ مُؤۡمِنٗا كَمَن كَانَ فَاسِقٗاۚ لَّا يَسۡتَوُۥنَ }

(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).

Allah berikan jawapan kpd kita dlm ayat ke 19, surah As-Sajdah ayat 32:19 (klik sini)
{ أَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَلَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلۡمَأۡوَىٰ نُزُلَۢا بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ }

Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

Org² beriman akan memasuki syurga dlm gerombolan dan disambut dgn sapaan salam oleh malaikat.
Surah Az-Zumar ayat 39:73 (klik sini)
{ وَسِيقَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ رَبَّهُمۡ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ زُمَرًاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا وَفُتِحَتۡ أَبۡوَٰبُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا سَلَٰمٌ عَلَيۡكُمۡ طِبۡتُمۡ فَٱدۡخُلُوهَا خَٰلِدِينَ }

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -

Sebaliknya kpd org² fasik, Allah nyatakan tempat balasa mereka adalah neraka, dalilnya spt dlm surah As-Sajdah ayat 32:20 (klik sini)
{ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فَسَقُواْ فَمَأۡوَىٰهُمُ ٱلنَّارُۖ كُلَّمَآ أَرَادُوٓاْ أَن يَخۡرُجُواْ مِنۡهَآ أُعِيدُواْ فِيهَا وَقِيلَ لَهُمۡ ذُوقُواْ عَذَابَ ٱلنَّارِ ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ }

Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".

Allah peringatkan kpd kita bhw segala penciptaanNya bukan sia-sia, dalilnya spt dlm surah At-Dukhan ayat 44:38 (klik sini)
{ وَمَا خَلَقۡنَا ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا لَٰعِبِينَ }

Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main;

Allah peringatkan tujuan penciptaan jin dan manusia, dalilnya dlm surah Az-Zariat ayat 51:56 (klik sini)
{ وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ }

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Allah secara eksplisit menyatakan bahawa sebab utama (illah/kandungan ta’līl: لِيَعْبُدُونِ) penciptaan jin dan manusia adalah untuk beribadah kepada-Nya.
“Ibadah” di sini bermaksud:
(i) menyembah, mengenal, dan mengakui Allah sebagai satu‑satunya Ilāh,
(ii) mentaati perintah‑Nya dan menjauhi larangan‑Nya,
(iii) hidup dalam redha dan kehambaan mutlak kepada Allah SWT.


Carian Internet:
(1) Mengapa org Yahudi dan Nasrani sesat dan sukar menerima Islam?

Orang‑orang Yahudi dan Kristian tersesat kerana mereka mengganti konsep ibadah yang sebenar dengan:
  1. Syirik (org nasrani mengatakan Nabi Isa sebagai anak Tuhan’ org yahudi mengtakan Uzair sebagai anak Allah, trinitas, dll.),
  2. Tahrif (memutarbelitkan teks Taurat dan Injil yang asal),
  3. Mengikuti hawa nafsu serta adat nenek moyang, bukan perintah Allah yang hakiki. 
Maka, walaupun mereka juga “beriman” kepada Allah, tujuan ibadah mereka tidak murni (bukan hanya untuk Allah semata), dan itu termasuk kesyirikan dan keluar dari tujuan utama penciptaan dalam surah Al‑Zāriyāt ayat 51:56.

(2) Bagaimana mereka jadi tersesat? (dari perspektif Al-Quran)
Al‑Qurān menerangkan punca kesesatan mereka dalam ayat‑ayat berikut (antaranya):
  1. Mereka mengubah kitab (tahrif). Dalilnya dlm surah al‑Ma’idah 5:13–15, Allah sebutkan mereka mengubah isi kitab dan melupakan sebahagian yang diwahyukan kepada mereka.
  2. Mereka membunuh dan menolak nabi‑nabi (syirik terhadap Allah melalui perlakuan dan kepercayaan). 
  3. Mereka mengambil ulama dan rabbaniyyīn sebagai tuhan selain Allah (menaati tanpa pertimbangan syarak) dan menyembah selain Allah. 

Kesemua ini menyimpang dari maksud ayat 51:56, iaitu ibadah yang ikhlas dan tunduk kepada perintah‑Nya, bukan kepada hawa nafsu, sejarah (ikutan/warisan), atau teologi (kepercayaan ugama) yang diubah‑ubah.

(3) Kenapa hari ini susah membawa org yahudi dan nasrani kembali kpd ajaran Islam?
Dari ayat al‑Quran sendiri, kita jumpa beberapa sebab mengapa umat Islam sukar membawa Yahudi dan Kristian kembali kepada ajaran Allah yang sebenar:
  • Hatinya keras dan terkunci
Al‑Quran menyebut Allah mengunci hati mereka kerana kekufuran dan kemurtadan mereka, sehingga mereka tidak lagi menerima kebenaran (misalnya dalam ayat‑ayat yang menceritakan bangsa Yahudi dan Kristian yang menolak Rasul‑Rasul). 
  • Mereka cenderung kepada kebencian terhadap Islam
Surah Al‑Ma’idah ayat 5:82 (klik sini),

{ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلْيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُوا۟ ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّا نَصَٰرَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ}

"Demi sesungguhnya, engkau akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik; dan demi sesungguhnya, engkau akan dapati orang yang dekat sekali kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: 'Bahawa kami ini adalah orang Nasrani (Kristian)'. Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong."

Mereka benci Islam kerana Islam mengkritik kepercayaan dan keistihalan mereka, jadi mereka menolak secara emosi dan sejarah. 

  • Mereka puas dengan agama yang telah diubah
Banyak ayat dan tafsir menerangkan bahawa apa yang org yahudi dan nasrani anuti hari ini sudah jauh menyimpang dari ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Isa as, tetapi mereka sudah “yakin” dengan jalan (sesat) itu. 
Ayat‑ayat seperti Surah al‑Baqarah 2:120–123 menegaskan mereka tidak redha dengan Islam, walaupun Islam adalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, sebagai utusan/rasul Allah yang terakhir.  
  • Mereka tidak lagi benar‑benar mencari kebenaran, hanya mengikuti tradisi dan warisan
Al‑Quran menegur orang yang hanya mengikuti apa yang diturunkan kepada nenek moyang, tanpa menguji dalil: mereka sesat dan menyesatkan orang lain.


No comments: