Tuesday, May 19, 2026

Usaha Mukallaf

us Mohd Azrul bin Ismail kuliah Maghrib Selasa 19-Mei-2026

Usaha Mukallaf

Sifat Taswif:
Sifat taswif ialah sikap melengah-lengahkan dlm melakukan taubat dlm keadaan sedar bhw dia telah melakukan dosa, iaitu seseorang itu tahu dia perlu bertaubat tetapi menangguhkannya dengan alasan “nanti”, “esok”, atau “apabila sudah tua”.

Dalam bab bertaubat, taswif dianggap bahaya kerana ia membuka ruang kepada dosa berulang dan boleh menyebabkan hati menjadi semakin keras.

Kesan dari sifat taswif adalah hati menjadi leka, dosa bertambah, dan tidak sempat bertaubat (akibat mati awal dari jangkaan mula nak bertaubat; mati sebelum sempat bertaubat).

Usaha Mukallaf
Dalam Matan Jauharat al-Tauhid, maksud usaha mukallaf ialah ikhtiar dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang telah mukallaf iaitu orang yang dikenakan tanggungjawab syarak kerana sudah memenuhi syarat seperti berakal dan baligh.
  • Dalam konteks aqidah dan syarah kitab ini, usaha manusia bukanlah mencipta sesuatu dengan kuasa mutlak, tetapi berusaha dan memilih tindakan dalam ruang yang Allah izinkan.

Ringkasnya, usaha mukallaf bermaksud:
(a) tindakan manusia yang berikhtiar;
(b) perbuatan yang dilakukan dengan kemampuan yang dianugerahkan Allah;
(c) usaha yang menjadi sebab kepada terlaksananya sesuatu perbuatan;
namun hakikat ciptaan dan ketentuan tetap milik Allah.
  • Dalam huraian tauhid Asy‘ariyyah yang biasa dibincangkan bersama teks ini, manusia tidak mencipta perbuatannya secara bebas mutlak, tetapi memperoleh atau melakukan perbuatan itu melalui kasb; yakni manusia memilih dan berusaha, sedangkan Allah yang menciptakan hasilnya. Sebab itu manusia tetap dipertanggungjawabkan atas pilihan dan usahanya.

Maksud mukallaf
Mukallaf ialah seseorang yang dikenakan tanggungjawab syarak kerana baligh dan berakal.

Maksud usaha mukallaf
Usaha mukallaf ialah ikhtiar, tindakan, dan pilihan yang dilakukan oleh manusia dalam melakukan sesuatu perbuatan.

Kesimpulannya, 
  • Usaha mukallaf ialah usaha pilihan manusia yang sah dari sudut syarak, dan melalui usaha itulah manusia menerima pahala atau dosa mengikut niat dan tindakannya.

No comments: