Saturday, November 25, 2017

Bacaan Tahyat

- us Mohd Ihsan kuliah Suboh Sabtu 25-Nov-2017

Bacaan tahyat

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (#) Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

(1) At-tahihiyat:
- Kita besarkan Allah
- lafas zikir membesarkan kekuasaan dan keesaan Allah.
- kedudukan kita ketika sujud itu meletakkan diri kita dikedudukan paling rendah dihadapan Allah.

(2) Mubarakatuh

(3) as-solawat:
Ada ulamak mentafsirkan semua ibadah solat yg wajib. Ada yg mengatakan semua jenis solat

(4) at-toiyibat:
- ada 2 tafsiran makna:
(i) Allah miliki semua (sifat, kata, perbuatan, etc) yg baik2, semuanya milik Allah.
(ii) Jika kita nisbahkan kpd perbuatan kita pula, Allah tidak menerima kata2, perbuatan kita yg tidak baik.

(5) utk Allah diucapkan tahniah, tidak diucapkan salam.
- di peringkat awal solat, Rasulullah menegur sahabat yg mengucap salam kpd Allah. Walaupun memberi salam itu baik, namun tidak kena/sesuai diucapkan salam utk Allah. Allah tempat memohon maka hak Allah berada dlm keadaan selamat/sejahtera. Kita bergantung kpd Allah yg berkeadaan sentiasa selamat.

- kita gunakan nama2 Allah utk memohon apa yg kita hajatkan, cth ya Razzaq, ya Rahman, ya Rahim.

(6) salam kpd Nabi
- kita memberi ucap salam kpd Nabi walaupun baginda tlh wafat.
- kita memohon syafaat dr Nabi di Akhirat nanti.Mohon diselamatkan dr bahaya di Akhirat.

(a) balas ucapan salam yg diucapkan kpd kita dgn balasan ucapan salam yg lebih baik.

(7) wabarakatuh
- kita doakan kpd Rasulullah dgn keberkatannya.

(8) As-salam mualaina
- salam utk 3 golongan ie imam, makmum, dan malaikat (yg berada dlm/semasa solat).
- khusus utk 3 golongan itu td.

(9) wa ala iba di kassolihin
- umum meliputi hamba yg soleh di dunia, dan juga golongan jin.
- syaratnya utk masuk dlm golongan yg didoakan ini mestilah menjadi hamba Allah yg soleh

(a) hendaklah dia menjadikan dirinya seorg hamba ie hamba yg soleh.

(10) ringkasan
- kita mulakan dgn membesarkan Allah
- kemudia kita memberi salam kpd Rasulullah
- kemudiankita beribsalam danndoakan kpd secara khusus kpd 3 golongan td
- kemudiannya kita beri salam dan doakan kpd golongan umum (khasnya manusia dan jin yg beriman).
- kemudiannya kita mengiktiraf bhw Allah itu Maha Esa
- kemudiannya kita mengiktiraf dan yakin dgn Rasulullah dan apa yg disampaikannya.
- kemudiannya kita berselawat Ibrahimiyah ie selawat ke atas Nabi Muhammad, keluarganya juga kpd Nabi Ibrahim dan keluarganya.

(a) apa maksud Allah berselawat ke atas Nabi?
- kata ulamak, pujianNya kpd Nabi Muhammad saw.
- ada pendpt lain mengatakan ada 2 makna:
(i) Allah beri pujian kpd hambanya yg soleh
(ii) Allah beri pujian kpd para Nabi khususnya Nabi Muhammad saw.

(b) kenapa kita diminta berselawat kpd Nabi Muhammad saw?
- kita perbanyakkan  berselawat kpd Nabi utk memohon syafaat Nabi di Akhirat nanti.
- utk menigkatkan (menyempurnakan) keimanan kita. Allah gandakan 10x pujian kpd sesiapa yg nerselawat kpd Nabi.

Sunday, November 19, 2017

Sirah: Talhah bin Ubaidillah

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Maghrib Ahad 19-Nov-2017

Sirah sahabat - Talhah bin Ubaidillah

Hadis Nabi, Nabi menghimpunkan 10 org sahabat yg dijanjikan syurga oleh Allah (walau mereka ketika itu masih lagi hidup), Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Talhah bin Ubaidillah, Abdul Rahman bin Auf,

1. Talhah adalah org Mekah berketurunan Quraisy yg antara org yg mula2 memeluk Islam. Ada kaitan dgn Abu Bakar dan juga Rasulullah secara keturunan, ie pada Taib ie moyang kpd Rasulullah.

2. kabilah Taib terkenal dgn tabiat suka bersedekah dan menolong org. Abu Bakar as-siddiq juga berketurunan bani Taib.

3. Talhah lahir 28 thn sebelum peristiwa hijrah. 25 thn lewat (muda) dr Rasulullah.

4. Tiada kisah Talhah ketika kecil mahupun remajanya.

5. Talhah berada di kawasan bernama Busra ketika kenabian Rasulullah. Ketika di Bursa rahib bertanya siapakah yg berasal dr Mekah, lalu Talhah bertemu rahib  tsbt. Kata rahib itu dia bertanya adakah tlh muncul seorg Nabi di Mekah, Talhah tidak pernah mendgr dan mengetahui hal itu. Pesan rahib tsbt jika tlh muncul Nabi akhir zaman, jangan ikut ajaran yg di bawanya.

6. Apbl Talhah kembali dr berniaga di Busra dia mencari maklumat sama ada Nabi akhir zaman spt yg diceritakan oleh rahib itu. Hinggalah dia bertemu dgn Abu Bakar yg merupakan seorg ahli perniagaan yg hebat. Akhirnya Abu Bakar mengumpulkan 5 org termasuk Talhah utk bertemu Rasulullah dan mereka memeluk Islam.

7. Talhah berhijrah ke Madinah dgn meninggalkan segala harta perniagaannya. Dia berhijrah dgn membantu hijrah keluarga Abu Bakar as-siddiq, hinggalah mereka semua selamat tiba di Madinah.

8. Kehidupan Talhah di Madinah dipersaudarakan oleh Rasulullah dgn Abu Ayub al-ansari.

9. Semasa peperangan Badar, Talhah tidak mengikuti rombongan perang. Namun pd peperangan lain Talhah turut serta. Namun Talhah dan seorg lg ditugaskan oleh Rasulullah utk mengintip rombongan Abu Sufian yg akan pulang ke Mekah. Namun apbl dia kembali ke Madinah dia mendapati perang Badar tlh selesai. Rasulullah mengiktiraf sumbangan Talhah dlm peperangan Badar dgn diberikan rampasan  harta perang. Apbl dia menerima harta rampasan dia bertanya kpd Rasulullah bagaimana dgn pahalanya, jawab baginda Talhah juga menerima pahala perang Badar.

10. Semasa Perang Uhud (thn ke 3 Hijrah),  pd awalnya Rasulullah berhasrat utk berperang di dlm shj, namun baginda menerima cadangan para sahabat yg muda utk berperang di luar. Apbl tlh memakai pakaian besi baginda didatangi oleh golongan muda yg mencadangkan utkn berperang di luar. Mereka mohon maaf kpd Rasulullah kerana menyebabkan Rasulullah menukar strategi berperang dr di dlm ke luar.

(a) dr 1,000 tentera, Rasulullah meletakkan 300 org pemanah di bukit Uhud.

(b) Mus'ab dgn susuk tubuh spt Rasulullah tlh gugur syahid. Mus'ab ditugaskan membawa panji Islam.

(c) 11 org yg tinggal mengawal Rasulullah termasuk Talhah. Hinggalah Talhah org terakhir yg tinggal mengawal Rasulullah. Talhah dlm menangkis serangan tentera kafir, dia terkena tikaman tombak hingga jarinya hancur. Dia berjaya membawa Nabi ke atas satu batu yg  besar utk berlindung hinggalah tiba sahabat yg lain memberi bantuan perlindungan kpd Rasulullah.

(d) 24 kesan luka yg besar akibat dr peperangan Uhud. Ada riwayat menatakan 73 kesan kecedaraan, pd badan Talhah.

11. Semasa saidina Umar hendak memilih penggantinya, Talhah adalah salah seorg yg dipanggil utk berbincang yg akhirnya saidina Umar melantik saidina Usman sebagai khalifah selepasnya.

12. Talhah, Zubair dan anak Talhah (ie At Sujjah) meninggal dlm peperangan Jamal (pd usia 64 thn) ketika peperangan di antara 2 pasukan Islam di antara pihak Siti Aisyah dan saidina Ali.

(a) Peperangan ini dihasut oleh golongan kafir musyrikin yg masuk ke dlm kedua-dua pihak ie puak Siti Aisyah dan juga Ali.

Saturday, November 18, 2017

Kasing-sayang

- us Ibrahim bin Mat Isa kuliah Maghrib Sabtu 18-Nov-2017

- Dlm masyarakat akan ada org yg membuat/membawa cerita yg hasil dr kata2nya itu menjadikan masyarakat bermusuhan.

- setiap org jangan menjadi seorg yg membawa berita palsu, mengadu domba, hingga memecahkan/memutuskan silarurrahim.

- sebagai seorg yg beriman kita perlu berpendirian memperjuangkan kasih-sayang yg diajar dan dibawa oleh  Rasulullah.
(a) Gunakan bahasa yg baik2 dan elok walau dlm keadaan marah.
(b) Damaikan org yg berbalah.
(c) Saling tegur-menegur.
(d) Membantu mereka yg miskin, dan memerlukan.

- apbl manusia saling berkasih-sayang maka akan terhasil kepimpinan puncak, kesatuan hati. Maka damailah masyarakat setempat.

- Damaikan perbalahan dikalangan sahabat/jiran dgn memberi peringatan kpd mereka utk takut kpd kemurkaan Allah, dan balasan yg disediakan di alam kubur dan di Akhirat.

- utk merawat hati yg marah (pd org yg dlm keadaan marah), pujuk mereka utk sama2 berselawat secara jelas, dan niatkan kpd Allah utk sejukkan hati (hindari kemarahan). Berselawat dan terus berselawat hingga sejuk hati dan dibukakan hati utk saling bermaafan.

- senang utk mencari kesalahan org lain, namun payah utk kita mengakui kesalahn sendiri.

- akhir zaman org Islam akan menjadi makanan yg sedap diratah-ratah oleh org kafir. Utk mengelakkan keadaan ini org Islam perlu saling berkasih-sayang. Kasih-sayang kerana Allah, menegakkan hukum Allah dan menghindari kemurkaan Allah.

- org yg berada di bwh naungan Allah adalah org2 beriman yg berkasih-sayang-sayang.

Tuesday, November 14, 2017

Jauhi 6 Perkara dari Menjadi Muflis

- us Johari kuliah Maghrib Selasa 14-Nov-2017

- 6 perkara perlu diselesaikan semasa masih ada hayat yg melibatkan manusia utk mengelakkan menjadi "muflis":

(1) dlm hadis riwayat Imam Ahmad, disebutkan dgn masalah hutang.

- waima seseorg yg mati syahid namun dia ada berhutang, maka dia bermasalah di akhirat nanti.

- 2 pilihan kpd org yg memberi hutang kpd seseorg dan org itu pula meninggal dlm keadaan masih lagi berhutang kpd kita, maka ada 2 pilihan utk kita ie
(i) halalkan hutang tsbt
(ii) mufliskan dia pd hari Akhirat ie buat tuntutan di Akhirat, hingga dgn tuntutan kita itu menjadikan dia boleh menjadi muflis.
- org yg melengah2kan byrn hutang atau sengaja tidak mahu membayar hutang.

(2) masalah fitnah
- jangan terjebak dgn memfitnah, menyebarkan (melalui lisan, email, facebook, whatsapp, etc)

(3) menuduh org berzina
- waima berseloroh mengatakan seseorg itu anak haram.

(4) memakan hak org lain
- cth pekerja dgn majikan. Majikan tidak byr overtime, claim. Begitu juga majikan menuntut dr pekerja

(5) memukul seseorg.
- org yg memukul seseorg lain (termasuk isteri dan anak2) tanpa hak ie tidak setimpal dgn apa yg dibuat/dilakukan oleh org itu.
- ajar isteri dan anak2 utk meminta izin utk sesuatu (spt keluar dr rumah ke rumah saudara atau keluar membeli brg) semasa kita tiada di rumah, bukannya memberitahu yg dia tlh keluar rumah.

(6) membunuh seseorg
- org yg dibunuh itu nanti akan dtg menuntut haknya dan Allah akan tunaikan tuntutannya, hinggalah jika org itu muflis, maka dosa org yg dibunuh iti pula diberikan kpd pembunuhnya.

- hutang dgn agensi spt PTPTN, mesti dijelaskan.

Monday, November 6, 2017

Tafsir Surah Al-Anfal Ayat 8:56-59

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 6-Nov-2017

- sebelum penghijrahan Rasulullah ke Madinah, org2 Yahudi menjadi rujukan oleh org ramai. Ini kerana ramainya Nabi yg dilantik dr kalangan org Yahudi.


Surah Al-Anfal Ayat 8:56

A056

(الَّذِينَ عَاهَدْتَ مِنْهُمْ ثُمَّ يَنْقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّةٍ وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ)

(Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu).

- golongan Yahudi di Madinah yg sebelum ini pernah menandatangani perjanjian dgn Rasulullah,
- siapa yg disebutkan sebagai "binatang" (ie org yg mencabuli penjanjian) dlm ayat ini? Iaitulah 3 kumpulan yahudi (bani Quraizoh, Qainuqak dan Nazir) dan org musyrikin Quraisy yg berada di Mekah.

- antara perjanjian2 yg dimeterai dgn Rasulullah:
(i) membenarkan Rasulullah dan rombongan baginda memasuki kota Mekah. - namun perjanjian ini dilanggar oleh kaum yahudi.
- perangai/sifat org yahudi ini Allah cerikan dlm Al-Quran, dan ditunjukkan dlm zaman sekarang.


Surah Al-Anfal Ayat 8:57

A057


(فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِي الْحَرْبِ فَشَرِّدْ بِهِمْ مَنْ خَلْفَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ)

Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf).


- maksud "hancur" di sini adalah bunuh org yahudi dan musyikin Mekah yg menyertai peperangan.
- pd zaman skrg tiada


Ayat 8:58

A058


(وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ)

Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.


- maksudnya, jika dikhuatiri pasukan di sebelah sana akan melakukan khianat, maka jangan tanda tangani perjanjian tsbt.
-

Ayat 8:59

A059


(وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَبَقُوا ۚ إِنَّهُمْ لَا يُعْجِزُونَ)

Dan janganlah orang-orang yang kafir itu menyangka (bahawa) mereka telah terlepas (dari kekuasaan dan balasan Kami); sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (kekuasaan Kami).


- ayat perang ini memberi jaminan kpd pasukan tentera Islam, yg mereka tidak akan ditewaskan, kerana org yg menentang tentera Allah adalah juga menentang Allah, dan pastinya mereka tidak akan menang.

Sunday, November 5, 2017

Muflis

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 5-Nov-2017

(a) melakukan kezaliman kpd org lain
- membuli org yg lemah, mengambil hak/harta org lain, menganiaya org lain.
- di Akhirat nanti, org yg dianiaya itu akan dtg menuntut gantirugi (atau harta) dr org ygenganiayanya di dunia dulu. Di Akhirat transaksi dakukan dgn balasan kebaikan ie pahala. Maka sedikit demi sedikit pahala ditolak dan diberikan kpd org yg tlh dianiaya. Barangsiapa yg pahalanya tlh habis maka dia dikatakan seorg yg muflis. Apbl tlh tiada pahala yg tinggal sedangkan masih ada lagi tuntutan hak dr org dianiaya, maka dia akan mengambil dosa2 dr org yg dianiaya. Akhirnya dia di masukkan ke dlm neraka.

- sewaktu meniti Titian Sirat, ada suara yg menyeru bhw org yg zalim tidak akan dpt melepasi Titian Sirat itu, dan tidak dpt masuk syurga.

(b) hadis, ada 5 golongan manusia yg Allah sangat murka ke atas mereka didunia ini dan akan dicampakkan ke dlm neraka.

1) iaitu pemimpin suatu kaum yg mengambil hak kaumnya,
- pemimpin dibayar gaji oleh rakyat, sebaliknya rakyat dicukai, ditindas, dizalim hingga rakyat rasa tertindas dan teraniaya.

2) ketua sesuatu kaum yg ditaati sepenuhnya, namun dia hanya memberi perhatian dan tumpuan kpd golongan tertentu shj.

3) Lelaki yg tidak menyuruh isteri dan anaknya mentaati perintah Allah, dan tidak mengajarkan mereka dgn ilmu ugama.

4) Lelaki yg mengupah org bekerja namun tidak dibayar upahnya.

5) Seorg lelaki yg mengahwini seorg wanita  dan menipu mas kawinnya.

7 perkara makhruh semasa berwuduk

- kuliah Suboh Ahad 5-Nov-2017

Kelebihan kpd org ys istiqamah melakukan membaca 41 kali Al-Fatihah antara waktu selepas solat sunat suboh dan solat suboh, maka dikurniakan 6 perkara kpdnya:

1) minta kedudukan melainkan apa yg dihajatkan
2) diberikan kecukupan pd rezekinya

Surah Al-Maidah Ayat 5:114

(قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ)

Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".
- doa utk dikurniakan kecukupan rezeki hingga reseki kpd anak2.

3) akan dibukakan jln utk diselesaikan hutang2nya.
4) diberikan kesembuhan pd penyakitnya.
5) diberikan kesihatan.
6) dia berdagang, bermusafir melainkan dimuliakan, ditunaikan hajatnya.

6 perkara besar dlm sirah hidup Rasulullah, yg perlu engkau ketahui:

1) apbl engkau mengetahui usia Nabi pd usia 25 tahun (ie kenabian dan pernikahan)
- "Allah mendidik adab dan perbaiki adabku". Oleh itu ajarkanlah adab dan akhlak pd anak2, terutama semasa mereka kecil.
- terdpt 201 nama gelaran kpd Rasulullah, spt habibulah.
- dlm mengambil wuduk ada adabnya, lakukan dgn sempurna dan tertib.

- tanda seorg Islam itu pembersih adalah kukunya pendek. Kerana jari2 itu utk meratakan air (wuduk atau mandi junub ke anggota2nya), terhalang air dr menyampai kpd anggota wuduk/mandi junub itu.

- 4 tahap suci
1) suci dr najis
- dr najis yg nampak sifatnya (warna, bau dan rasa)
2) suci dr hadas
- dgn berwuduk atau mandi junub
3) suci dr sifat mazmumah
- sifat2 hati spt sombong, riak
4) suci dr

- 7 perkara yg makhruh semasa berwuduk:
1) memercikkan air ie mbazir dgn penggunaan air yg banyak.
2) mencampakkan air ke anggota wuduk muka.
3) berkata2 semasa berwuduk.
4) berlebihanembasuh anggota wuduk ie melebihi 3 kali
- org yg was-was itu yg digoncangkan hati mereka oleh syaitan
5) mengangkat wudukenggunakan air menggunakan air yg terjemur di tempat panas, bejana yg panas.
6) menggunakan air yg sgt panas
7) menggunakan air yg sgt sejuk.

Saturday, November 4, 2017

Kelebihan wuduk

- us Mohd Sofian kuliah Suboh Sabtu 4-Nov-2017

.... hadis ....

1) "Alhamdulillah", segala kebaikan yg kita lalui setiap hari adalah rahmat Allah kpd kita. Walau diuji, ucapkanlah Alhamdulillah. Utk merasa cukup, lihatlah kpd org  yg di bwh, atau kurang dr kita.

2) "Al-Mizan" ie Timbangan, segala amalan yg dilakukan (baik mahupun jahat) akan dikira/ditimbang.

3) "Subhanallah", zikir subhanallah itu berada di anatara bumi dan langit. Zikir membesarkan Allah, dan melahirkan rasa kecukupan kpd penzikirnya.

4) "Solat itu cahaya", solat itu menyuluh kehidupan, memberikan ketenangan pd seseorg.

5) "Burhan" ie bukti, kita tinggalkan kemaksiatan dan lakukan ketaatan, sebagai bukti ketaatan.

6) "Sabar", menahan diri dr sesuatu yg kita inginkan. Jika tiada kesabaran akan berlaku kelalaian, maka jauhlah kits dr Allah.

7) "Hujjatun" ie hujah, setiap perbuatan/amalan ugama kita ada dalilnya.

8) "Menjual dirinya", diri kita ini dijual dgn setiap perbuatan yg kita lakukan. Lakukan perkara kebaikan.

9) "Membebaskan dr azab Akhirat", lakukan kebaikan utk menebus dosa yg dilakukan.

10) "Bersuci iti separuh dr iman", syarat utk beribadat adalah membersihkan diri, bersuci.

11) "Barangsiapa berwuduk, dan memperelokkan wuduknya, maka kesalahannya akan keluar dr jasadnya, keluar dosa2nya dr kuku",

12) "pd hari Kiamat, umatku akan ditandakan dgn tanda wuduk (cahaya) pd anggotanya".
- jenazah akan diwudukkan sebelum dikafankan. Terdpt perpezaan pd jenazah selepas diwudukkan, ada seri.

12) org yg tidak bersolat akan dimasukkan dlm neraka sakar

13) org yg berwuduk dan melakukan solat (sunat wuduk) selepasnya, maka balasannya adalah syurga.

14) org yh sentiasa berwuduk, Allah berikan kelebihan kpdnya utk memilih pintu syurga yg mana satu yg ingin dimasukinya.

Thursday, November 2, 2017

Tafsir Surah Al-Humazah Ayat 104:1-4

- kuliah Maghrib Khamis 2-Nov-2017

Surah Al-Humazah Ayat 104:1 - 9

Ayat 104:1
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

- "kul" dlm ayat ini membawa maksud setiap org (tiap2).
- "hamazah" merujuk kpd org yg suka memburuk-burukkan org lain dgn mulutnya (kata-kata), menghina.
- "lumazah" merujuk kpd perbuatan org dlm maksud mburukkan (menghina) org laun.
- ayat 1 ini ayat pernyataan.
- ayat ini diturunkan khusus kpd kaum kafir Quraisy yg menghina dan mencaci org2 Islam (Bilal dan beberapa org lagi).
- sifat ayat ini adalah amaran umum yg sifatnya terguna pakai hingga akhir zaman.

- Ayat 104:2
الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

- ayat 2 ini menjelaskan ayat 1. Menjelaskan siapa yg dimaksudkan dgn manusia2 yg suka mengeji dan melakukan keji org lain. Iaitulah org2 yg sibuk mengumpulkan harta, dan suka mengira harta yg dikumpulkan.
- dlm kehidupan semasa, org yg mengumpulkan harta menggunakan kuasa, pengaruh, pangkat dan memburukkan pesaingnya.

- Ayat 104:3
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

- "yahsabu" membawa maksud mengira atau menyangka.
- bila ada "anna" atau "inna" maka selepasnya mesti baris atas. "Anna" di tengah ayat, manakala "inna" di permulaan ayat.
- "akhladah" membawa maksud mengekalkan. "khalada" maksudnya kekal.

- Ayat 104:4
كَلَّا ۖ لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

- "kalla" tidak sekali-kali, ie penafian dr Allah tentang sangkaan org yg membenci org Islam dlm masa yg sama  mengumpulkan harta td.Bahkan mereka akan dicampakkan dlm neraka Al-Hutamah.