Sunday, December 29, 2019

Tafsir Surah Fusilat Ayat 41:30-32

- kuliah Maghrib Ahad 29-Dis-2019

- Surah Fusilat Ayat 41:30, ms 481 (klik sini utk paparan ayat)

إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِي كُنتُمۡ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

- "Tetap teguh" itu beriman kerana Allah (ikhlas kerana Allah, benar² beriman kpd Allah), kemudian melaksanakan segala perintah secara istiqamah. Dalam bab aqidah, tidak ada langsung perasaan ragu-ragu.

- hadis dari Anas ibnu Malik, Rasulullah bersabda berkenaan ayat surah Fusilat ayat 30 ini, sesungguhnya akan ada segolongan manusia yang mengucapkannya, kemudian dia kafir.

(a) dlm hadis ini Rasulullah mengatakan bhw org munafik asalnya beriman kpd Allah, namun kemudiannya meninggalkan ajaran² Islam yg dipelajari.

(b) balasan kpd org² munafik adalah di neraka yg paling bawah.

إِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ فِي ٱلدَّرۡكِ ٱلۡأَسۡفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمۡ نَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

- seorg sahabat Nabi bertanya kpd Rasulullah, "Apa pandangan kamu sekiranya aku hanya  mengerjakan 5 perkara rukun iman dan menyuburkan 6, layakkah aku masuk syurga?" Jawab baginda, "Boleh".

(a) Beriman dgn rukun Iman itu perlu dipelajari, utk memperkasakan ibadah kpd Allah.
(b) Di zaman ini hanya rukun Iman ie Al-Quran shj yg nampak di mata. Ujian keimanan amat kuat di akhir zaman, spt kata Rasulullah, iman manusia akhir zaman, dia beriman di sebelah pagi dan kafir di sebelah petang.
(c) jangan saja² menyebarkan hadis yg diterima dlm group media sosial. Siasat asal-usul dan sumber hadis agar tidak terlibat dgn penyebarannya hadis palsu.
(d) utk thn baru ni, berazamlah utk belajar ugama, dan jangan mencari nama sebagai org yg mula² menyebarkan hadis.

- kata saidina Abu Bakar apbl dibacakan ayat surah Fusilat ayat 30 ini, maksud meneguhkan keimanan itu adalah org yg meneguhkan imannya dgn keimanan yg tidak berbelah bagi kpd Allah, Rasulullah itu pesuruhnya, Al-Quran itu kalam Allah dan dijadikan panduan hukum² Al-Quran.

Jaga lidah:
- dlm hadis yg lain, bhw seorg lelaki berkata, "Wahai Rasulullah, perintahkanlah kepadaku suatu perintah dalam Islam yang kelak aku tidak akan bertanya lagi kepada seorang pun sesudahmu". Maka Nabi bersabda, "Katakanlah tuhanku ialah Allah, kemudian teguhkanlah pendirianmu iaitu istiqamah".  Lelaki itu lalu bertanya, "Lalu apa yang aku perlu pelihara"?. Maka Rasulullah mengisyaratkan ke arah lisannya iaitu lidahnya.
 
- Zaid ibnu Aslam dan anaknya mengatakan, bhw org yg menjaga imannya secara istiqamah, bhw di akhir hayatnya, malaikat akan dtg kpdnya dan memberitahunya "janganlah kamu berasa takut, dan jangan kamu berasa sedih (terhadap urusan dunia yang kamu tinggalkan), kerana sesungguhnya Kami akan mengganti kamu dalam menguruskannya", ditunjukkan tempat kediamannya (dibukakan hijab utk diperlihatkan syurga tempat tinggalnya) selepas itu.


Surah Fusilat Ayat 41:31, ms 481 (klik sini utk paparan ayat) 

نَحۡنُ أَوۡلِيَآؤُكُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِۖ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَشۡتَهِيٓ أَنفُسُكُمۡ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ


"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

(a) derhaka kpd ibu bapa itu balasannya di dunia lagi. Anak² akan balas kederhakaan kpd mereka kelak, malah lebih lagi. Oleh itu, jangan berlaku derhaka kpd ibu bapa.

(b) Allah jadikan manusia dgn berbagai ujian. 

- Org yg istiqamah dgn melaksanakan dan mengamalkan ugama, maka itulah yg lebih disukai oleh Rasulullah, dan dituntut oleh Allah, dan balasannya spt di ayat 31, dan disebutkan dlm ayat 32.

Surah Fusilat Ayat 41:32, ms 481 (klik sini utk paparan ayat)

نُزُلٗا مِّنۡ غَفُورٖ رَّحِيمٖ


"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"

(a) berdoalah "Ya Allah, panjangkan umurku dlm kebaikan". Tingkatkan kualiti amalan biarpun sedikit, tetapi berterusan.

Monday, December 23, 2019

Tuntutan Berzakat

- kuliah Maghrib Isnin 23-Dis-2019

- Perintah Allah berkenaan solat dituruti dgn perintah mengeluarkan zakat. Antara firman Allah:

Surah Al-Baqarah Ayat 2:43

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

-  Surah Al-Baqarah Ayat 2:110

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَمَا تُقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَيۡرٖ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.


- Al-Quran menyebutkan supaya kita beri kasih-sayang kpd anak yatim. 

Surah Al-Baqarah Ayat 2:220

فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۗ وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡيَتَٰمَىٰۖ قُلۡ إِصۡلَاحٞ لَّهُمۡ خَيۡرٞۖ وَإِن تُخَالِطُوهُمۡ فَإِخۡوَٰنُكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ ٱلۡمُفۡسِدَ مِنَ ٱلۡمُصۡلِحِۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَعۡنَتَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ

Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


- pemberian zakat kpd asnaf ie org miskin adalah utk melahirkan rasa kasih sayang kpd golongan yg kurang berkemampuan (miskin).

- setiap ibadah adalah utk mendidik hati dan jiwa kita. Ibadah yg dilakukan perlulah mematuhi hukum fekah, tauhid dan tasaufnya.

- org yg ditimpa musibah maka penyembuhnya adalah dgn mengeluarkan sedekah. Kita dibolehkan bertawasul utk memohon kesembuhan (dari musibah kesihatan) apbl memberi sedekah.

- harta yg dimiliki dibenteng dan dipelihara dgn mengeluarkan zakat.

- menahan zakat (ie tidak mengeluarkan zalat) adalah berdosa besar. 

- Ayat² Al-Quran berkenaan ancaman dan balasan kpd org yg tidak mengeluarkan zakat.

- Surah Al-Qasas Ayat 28:82

وَأَصۡبَحَ ٱلَّذِينَ تَمَنَّوۡاْ مَكَانَهُۥ بِٱلۡأَمۡسِ يَقُولُونَ وَيۡكَأَنَّ ٱللَّهَ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَيَقۡدِرُۖ لَوۡلَآ أَن مَّنَّ ٱللَّهُ عَلَيۡنَا لَخَسَفَ بِنَاۖ وَيۡكَأَنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَٰفِرُونَ

Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"

- Surah At-Tawbah Ayat 9:35

يَوۡمَ يُحۡمَىٰ عَلَيۡهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُهُمۡ وَظُهُورُهُمۡۖ هَٰذَا مَا كَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

- Apbl memberi kebaikan kpd org, jangan harapkan balasan, hatta ucapan terima kasih. Apa yg diajarkan adalah apbl menerima kebaikan dari seseorang maka ucapkan jazzakallahu khairan kathiro.


Tuesday, December 10, 2019

Tabur bunga dan siram kubur bukan amalan yang diajar oleh Rasulullah

-us Johari Abdul Wahab kuliah Maghrib Selasa 10-Dis-2019

Amalan pengkebumian org² bukan Islam adalah dgn menabur bunga dan menyiram kubur.

Amalan pengkebumian org Islam yg diajarkan oleh Rasulullah adalah dgn meletakkan nisan yg ringkas, tiada taburan bunga, atau siraman air.

Kebaikan terhadap ibu/bapa yang telah meninggal

-us Johari Abdul Wahab kuliah Maghrib Selasa 10-Dec-2019

Malik bin Rabiah berkata dia berada dlm majlis Rasulullah. Masuk seorg badwi dan bertanyakan kpd Rasulullah, "Adakah masih ada kebaikan, kebajikan terhadap kedua ibu bapaku yang telah meninggal?. Kata Rasulullah, Ya, ada. 

(1) kamu mendoakan mereka dan kamu istigfarkan utk mereka.
(a) doa yg terbaik terhadap kedua ibu bapa yg tlh meninggal adalah doa yg diajarkan oleh Rasulullah ie doa dlm solat jenazah.

(b) istigfar yg khusus kpd ibu dan bapa. Khusus minta Allah ampunkan.

(3) Tunaikan semua pesanan, wasiat, nazar yg dikatakan sebelum mereka meninggal.

(4) Kamu sambungkan semula hubungan saudara ibu dan bapa.

- maksudnya dgn ibu dan bapa saudara kita yg masih hidup, ie adik-beradik ibu dan bapa kita, walaupun semasa hayat ibu atau bapa kita, mereka bermasam muka (bergaduh) sesama mereka.

(5) kamu berbuat baik, berbakti kpd jiran dan sahabat ibu dan bapa kita.
- walau tlh tiada siapa yg masih tinggal di rumah ibu dan bapa kita, pulang ke rumah itu dan berbuat baik kpd jiran dan kawan² ibu dan ayah kita.

Sunday, December 1, 2019

Dosa Besar ke31 Hakim yang Derhaka

-us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 1-Dis-2019

Dosa Besar ke31 Hakim yang Derhaka

Hakim ie org yg menjatuhkan hukuman ke atas manusia.

Hakim atau qadi tidak menjatuhkan hukum menurut syariat Allah, maka dia telah berlaku derhaka kepada Allah.


Surah Al-Maidah Ayat 5:44 (klik sini utk paparan ayat)

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَىٰةَ فِيهَا هُدٗى وَنُورٞۚ يَحۡكُمُ بِهَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَٰبِ ٱللَّهِ وَكَانُواْ عَلَيۡهِ شُهَدَآءَۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَٰتِي ثَمَنٗا قَلِيلٗاۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَٰفِرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.


Surah Al-Maidah Ayat 5:45 (klik sini utk paparan ayat)

وَكَتَبۡنَا عَلَيۡهِمۡ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفۡسَ بِٱلنَّفۡسِ وَٱلۡعَيۡنَ بِٱلۡعَيۡنِ وَٱلۡأَنفَ بِٱلۡأَنفِ وَٱلۡأُذُنَ بِٱلۡأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلۡجُرُوحَ قِصَاصٞۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٞ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


Surah Al-Maidah Ayat 5:47 (klik sini utk paparan ayat)

وَلۡيَحۡكُمۡ أَهۡلُ ٱلۡإِنجِيلِ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فِيهِۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ

Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Berdasarkan ayat² di atas, Allah mengancam kpd sesiapa yg dilantik menjadi hakim/qadi, yg tidak melakukan hukuman yg diredhai Allah.

Barangsiapa yg tidak menjatuhkan hukuman mengikut syariat Allah, maka balasan seksa neraka menantinya.

Seorg hakim/qadi yg merendah, menginkar atau memilih utk menjatuhkan hukum yg bukan Islam, maka dia disifatkan sama spt org kafir.

Seorg hakim/qadi yg menolak hukum Allah dgn tanpa apa² alasan, maka dia disifatkan sebagai seorg yg zalim.

Seorg hakim/qadi yg tidak mahu memilih dgn hukum islam, sedangkan dia tahu dan sedar hukum Allah itu, maka dia disifatkan sebagai seorg yg fasik.

Seorg imam (ie pemimpin) yg mempunyai kuasa utk melaksanakan hukum Islam, namun dia memilih utk tidak melaksanakannya, maka dia disifatkan sebagai seorg yg fasik.


Hakim perlu berlaku adil.


Ada 3 kategori hakim. Hanya 1 yg masuk syurga, 2 lagi masuk neraka.

(a) yg masuk syurga adalah yg mengetahui hukum Islam dan menjatuhkan hukuman dgn adil.

(b) hakim yg mengetahui hal yg sebenarnya, namun dia memilih utk tidak manjatuhkan hukuman ke atas pesalah. Maka dia dimasukkan ke dlm neraka.

(c) hakim yg menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui dgn jelas kes yg dibicarakan, maka dia dimasukkan ke neraka.
- org yg tidak mengetahui kes sebenar, maka dia tidak layak menjadi hakim utk menjatuhkan hukuman kpd kes yg dibicarakan.


Disembelih tanpa pisau ie org yg menjatuhkan sesuatu penilaian (pretasi, kerja) atau menghukum dgn tidak berlaku adil.
- maksud pisau adalah menganiaya diri sendiri, hingga menyebabkan diseksa di akhirat.


Hakim atau penilai adalah golongan yg mula² dihisab di akhirat nanti.

Dlm konteks harian kita, kita juga adalah seorg hakim dlm memberikan penilaian kpd pekerja di bwh jagaan kita. Begitu juga sebagai hakim terhadap anak². Maka berlaku adillah dgn makluman dan data dlm membuat penilaian dan keputusan.