- Surah Fusilat Ayat 41:30, ms 481 (klik sini utk paparan ayat)
إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِي كُنتُمۡ تُوعَدُونَSesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
- "Tetap teguh" itu beriman kerana Allah (ikhlas kerana Allah, benar² beriman kpd Allah), kemudian melaksanakan segala perintah secara istiqamah. Dalam bab aqidah, tidak ada langsung perasaan ragu-ragu.
- hadis dari Anas ibnu Malik, Rasulullah bersabda berkenaan ayat surah Fusilat ayat 30 ini, sesungguhnya akan ada segolongan manusia yang mengucapkannya, kemudian dia kafir.
(a) dlm hadis ini Rasulullah mengatakan bhw org munafik asalnya beriman kpd Allah, namun kemudiannya meninggalkan ajaran² Islam yg dipelajari.
(b) balasan kpd org² munafik adalah di neraka yg paling bawah.
إِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ فِي ٱلدَّرۡكِ ٱلۡأَسۡفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمۡ نَصِيرًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
- seorg sahabat Nabi bertanya kpd Rasulullah, "Apa pandangan kamu sekiranya aku hanya mengerjakan 5 perkara rukun iman dan menyuburkan 6, layakkah aku masuk syurga?" Jawab baginda, "Boleh".
(a) Beriman dgn rukun Iman itu perlu dipelajari, utk memperkasakan ibadah kpd Allah.
(b) Di zaman ini hanya rukun Iman ie Al-Quran shj yg nampak di mata. Ujian keimanan amat kuat di akhir zaman, spt kata Rasulullah, iman manusia akhir zaman, dia beriman di sebelah pagi dan kafir di sebelah petang.
(c) jangan saja² menyebarkan hadis yg diterima dlm group media sosial. Siasat asal-usul dan sumber hadis agar tidak terlibat dgn penyebarannya hadis palsu.
(d) utk thn baru ni, berazamlah utk belajar ugama, dan jangan mencari nama sebagai org yg mula² menyebarkan hadis.
- kata saidina Abu Bakar apbl dibacakan ayat surah Fusilat ayat 30 ini, maksud meneguhkan keimanan itu adalah org yg meneguhkan imannya dgn keimanan yg tidak berbelah bagi kpd Allah, Rasulullah itu pesuruhnya, Al-Quran itu kalam Allah dan dijadikan panduan hukum² Al-Quran.
Jaga lidah:
- dlm hadis yg lain, bhw seorg lelaki berkata, "Wahai Rasulullah, perintahkanlah kepadaku suatu perintah dalam Islam yang kelak aku tidak akan bertanya lagi kepada seorang pun sesudahmu". Maka Nabi bersabda, "Katakanlah tuhanku ialah Allah, kemudian teguhkanlah pendirianmu iaitu istiqamah". Lelaki itu lalu bertanya, "Lalu apa yang aku perlu pelihara"?. Maka Rasulullah mengisyaratkan ke arah lisannya iaitu lidahnya.
- Zaid ibnu Aslam dan anaknya mengatakan, bhw org yg menjaga imannya secara istiqamah, bhw di akhir hayatnya, malaikat akan dtg kpdnya dan memberitahunya "janganlah kamu berasa takut, dan jangan kamu berasa sedih (terhadap urusan dunia yang kamu tinggalkan), kerana sesungguhnya Kami akan mengganti kamu dalam menguruskannya", ditunjukkan tempat kediamannya (dibukakan hijab utk diperlihatkan syurga tempat tinggalnya) selepas itu.
نَحۡنُ أَوۡلِيَآؤُكُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِۖ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَشۡتَهِيٓ أَنفُسُكُمۡ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.
(a) derhaka kpd ibu bapa itu balasannya di dunia lagi. Anak² akan balas kederhakaan kpd mereka kelak, malah lebih lagi. Oleh itu, jangan berlaku derhaka kpd ibu bapa.
(b) Allah jadikan manusia dgn berbagai ujian.
- Org yg istiqamah dgn melaksanakan dan mengamalkan ugama, maka itulah yg lebih disukai oleh Rasulullah, dan dituntut oleh Allah, dan balasannya spt di ayat 31, dan disebutkan dlm ayat 32.
نُزُلٗا مِّنۡ غَفُورٖ رَّحِيمٖ
"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"
(a) berdoalah "Ya Allah, panjangkan umurku dlm kebaikan". Tingkatkan kualiti amalan biarpun sedikit, tetapi berterusan.
No comments:
Post a Comment