Saturday, December 17, 2011

Tafsir Surah Al-Araf Ayat 7:46 hingga 47

-Us Hasnan Kasan Kuliah Maghrib 16-Dis-2011

Keadaan org yg timbangan pahalanya sama dgn timbangan dosa di akhirat nanti.

- surah As-Sajdah: di akhirat nanti manusia akan mohon kpd Allah utk kembali ke dunia utk membuat amal. Keadaan ini akan berlaku bila timbangan dosa lebih berat dari pahala.


Surah As-Sajdah Ayat 32:12 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِهِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

- kata ibnu Mas'ood lagi, mereka akan tinggal di tembok antara syurga dan neraka. Dia nampak dan kenal penghuni syurga dan neraka. Bila dia paling ke kanan, nampaklah dia ahli syurga dan dia pun memberi salam kpd mereka. Bila dia paling ke kiri, dia nampak  dan kenal org dlm neraka dan berdoa agar tidak dimasukkan ke dlm neraka.


Surah Al-Araf Ayat 7:46 (klik sini utk paparan ayat)

وَبَيۡنَهُمَا حِجَابٞۚ وَعَلَى ٱلۡأَعۡرَافِ رِجَالٞ يَعۡرِفُونَ كُلَّۢا بِسِيمَىٰهُمۡۚ وَنَادَوۡاْ أَصۡحَٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَن سَلَٰمٌ عَلَيۡكُمۡۚ لَمۡ يَدۡخُلُوهَا وَهُمۡ يَطۡمَعُونَ


Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.

 

Surah Al-Araf Ayat 7:47
 (klik sini utk paparan ayat)

۞وَإِذَا صُرِفَتۡ أَبۡصَٰرُهُمۡ تِلۡقَآءَ أَصۡحَٰبِ ٱلنَّارِ قَالُواْ رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّٰلِمِينَ


Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".


- org yg pahalanya byk walaupun lebih satu (1) dari dosanya, Allah akan memberinya nur di hadapan, kanan dan kirinya utk meniti titian sirat
  • Di akhirat nanti keadaannya gelap gelita, tanpa cahaya maka akan tergelincirlah org yg meniti titian sirat.

- org munafik di akhirat nanti akan ditarik semula cahaya padanya ketika meniti titian sirat. Melihat keadaan itu penghuni syurga berdoa agar cahaya mereka dikekalkan.
  • org yg berada di tengah-tengah titian sirat (antara syurga dan neraka), dia hanya mempunyai cahaya di hadapan sahaja.

- riwayat dr ibnu Abbas, apbl sampai masanya ashabul a'raf nanti akan diampunkan oleh Allah.
  • Mereka dihalau ke suatu sungai, dimana dasarnya adalah emas, tanahnya wangi, lalu mereka pun terjun ke dlm sungai itu dan pulih semula cahayanya. 
  • Mereka akan keluar dr sunagi itu dgn di leher mereka satu tanda warna putih yg dia dikenali dgn tanda itu, penghuni syurga akan kenali mereka dgn tanda dileher itu. 
  • Setelah dia mandi di sungai itu maka Allah suruh mereka berangan-angan, (pastilah mereka berangan-angan memasuki syurga), utk meminta masuk syurga. 
  • Allah perkenankan hajat mereka, maka masuklah mereka ke syurga dgn tanda putih di leher. 
  • Mereka ini digelar ahli syurga yg dibelas (atas belas ihsan Allah, bukannya atas ganjaran dr amalannya).

- doa: Ya Allah, ringankan hati dan tubuh bdn kami utk melakukan ketaatan kepadaMu.

- syarat utk wanita mendpt pahala menyamai lelaki, kerana mereka kurang berpeluang keluar berperang (utk mati syahid), bersolat berjemaah. 
  • Hal ini berlaku sewaktu wanita Madinah cemburu dgn kaum lelaki kerana peluang mendpt pahala yg byk. Kaum wanita Madinah berlumba2 menemui Aisyah r.a. utk mendpt berita tersbt.
    1. Solat lima waktu
    2. Puasa di bulan Ramadhan
    3. Taat kpd suami.

- doa: Ya Allah jadikan kami dr golongan yg Engkau bebaskan dr neraka.

- as-habul a'raf nanti tidak diberi keistimewaan tempat dlm syurga.

- ada riwayat lain mengatakan bhw mereka yg tergolong dlm as-habul a'raf adalah anak2 hasil luar nikah.

- anak2 luar nikah:
  1. Sukar utk menerima ajaran
  2. Sukar menerima nasihat dan teguran.

- suami yg selalu mengucapkan cerai kpd isterinya (hadnya 3x shj) tetapi tidak bernikah semula, maka anak yg lahir selepas itu hukumnya adalah juga anak luar nikah.





Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, December 11, 2011

Kuliah Tasauf

- Us Ibrahim Kuliah Maghrib 11-Dec-11


- dr kitab imam Ghazali: setiap amalan kita mesti ada harapan dan rasa tukut.

- jaga2 ketika solat dr sifat riak, juga perasaan ujub ie menunjuk2 dlm diri.

- sifat ikhlas dpt mengatasi sifat ujub.

- fadhilat Al-Quran, baca Al-Quran (dan lihat tafsiran), hembuskan pd air dan sapukan pd seluruh badan. Kahfiyatnya menyembuhkan penyakit.

- bersungguh2 dan cermat dlm melakukan solat.

- solat itu amalan yg rumit, kerana makhluk yg kita tidak nampak buleh nampak hati kita, iblis dan syaitan sentiasa mengambil kesempatan utk menyelewengkan hati dan perhatian org yg bersolat agar solat itu tidak bernilai. Ada yg diganggu dgn bayangan ingatan yg tidak menentu dlm solatnya hingga dia lalai dlm solat.

- org yg mendpt petunjuk dr Allah, maka dia akan berfikir terlebih dahulu. Allah membimbing dan memelihara org yg sentiasa mengingati Allah.

- org yg mendpt kekuatan, dorongan dan kawalan dr Allah, maka dia terpelihara dr melakukan kesilapan.

- apbl dia dipelihara Allah maka dia mendpt karamah dr Allah, hasil dr menjaga ibadat/solat.

- org yg mendpt karamah hasil dr menjaga amalannya ada 2, (1) zahir: sesuatu yg buleh dibuat sedangkan org lain tidak buleh melakukannya, (2) batin: watak istimewa hasil dr amalannya.

- solat sunat tahajud amat istimewa, byk perkara diringankan oleh Allah kpdnya.

- solat tahajud berakhir 10min sebelum masuk waktu subuh. kita selesaikan solat tahajud sebelum subuh.

- jika kekalkan solat tahajud dan membaca Al-Quran setiap hari, maka beribu malaikat mendoakan ke atas org tersebut.


- kenapa solat itu diulang2?

Said Kutub menghuraikan: solat yg berulang2 itu utk menyucikan jiwa/hati dr dosa2 yg dilakukan di antara 2 waktu solat.

. Misalan yg diberikan oleh Rasulullah bhw jika ada sebatang sungai di hadapan rumah sesorg itu dan dia mandi di situ lima kali sehari. Kemudian baginda bertanya kpd para sahabt jika org itu masih ada kekotoran pd dirinya? Jawab para sahabat, tiada. Maka begitulah ibarat org yg bersolat 5 kali sehari.

. Jika ada org yg tinggal dlm sebuah rumah tetapi dia tidak bersolat, maka rumah itu tidak berkat.

. Solat memadamkan sifat2 mazmumah dlm jiwa/hati manusia.

. Dlm solat ada membaca Al-Quran, bertasbih dan doa kpd Allah.

. Solat ada peranan lain ie dpt melepaskan manusia dr kesibukan dunia, meringankan beban fikiran, jiwa dpt ketenangan, dpt melawan nafsu gelojoh.


- kalimah Allah perlu selalu diperdengarkan kpd setiap anak, agar dia sentiasa mengingati kalimah Allah dan berhubung dgn Allah hinggalah dia mati.

- roh yg hidup dlm jiwa/hati seseorg akan menjadikan dia terpelihara dr segala keburukan.


- utk masuk/melakukan solat, perlu berhati2 utk menja kesempurnaan solatnya. Malaikan akan menunggu amalan solat sesorg itu, sebaik memberi salam maka malaikat akan membawa amalan solat itu kpd Allah. Jika diterima Allah maka dituliskan syurga baginya, jika tidak diterima maka Allqh perintahkan agar dicampakkan amalan solat itu ke muka pelakunya.

- bersuci spt bersiwak amat dituntut sebelum bersolat.

- solat menuntut seseorg bangun awal utk mengingati Allah dan kemudian segera mengingatkan kerja.

- dlm solat perlu cergas, tidak buleh malas.

- apbl rog sudah seronok utk bersolat, maka sesorg seronok utk melakukan solat dan lidahnya selalu bersyukur dgn nikmat yg diberikan oleh Allah.

- tinggi martabat org yg amalannya diterima oleh Alah, dan dijamin tempat g mulia di sisi Allah di akhirat nanti. Solat akan menjadi hujah di akhirat nanti.

- perlu byk bertabat ie istihgfar, utk mendptkan rasa mudah utk melakukan amalan kpd Allah.


-11 perkara dlm solat, akan disambung dlm kuliah akan dtg.


Kuliah akan dtg "Halangan dlm menuntut ilmu"

P


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 13, 2011

Kitab Minhajul 'Abidin

-Us Ibrahim Kuliah Maghrib Ahad 13-Nov-2011

Kitab Minhajul 'Abidin

Sifat2 terpuji memudahkan sesorg hamba utk menjlnkan amal2 kpd Allah. Syaitan menggoda hamba Allah utk melengah dan melalaikan seaorg dr beribadat kpd Allah.

Beberapa ringtangan yg melalaikan seseorg hamba dr beribadat kpd Allah. Syaitan melalaikan dan menyengkang dr menunaikan ibadat yg sempurna, melalui 4 perkara bkt:

1. Rezeki - nafsu sgt berkehendak kpd makan. Mkn dan minum tatapi jgn membazir.

2. Perkara yg membimbangkan, atau yg dikhuatiri, atau yg diharap2kan - jangan menipu dlm melakukan segala perbuatan, kerana akhir perbuatan adalah samar2 dan membimbangkan dan menjadikan sembahyang tidak khusyuk.

3. Keberatan yg menimpa akibat dr perkara yg tidak dilaksanakan - cth wang zakat perlu dikeluarkan, kerana pelbagai musibah akan menimpa sekiranya ada hak asnaf dlm wang/harta simpanan kita.


Nafsu perlu dimujahadah,

- apbl sesorg keluar rumah ke masjid/surau utk beribadat, malaikan mengiringinya, kemudian namanya dilaungkan oleh malaikat.

- lebih byk amalan kpd Allah lagi byk/tinggi cubaan dr syaitan utk melalaikan


4. Berbagai peringkat ujian dr masa ke semasa - syaitan menggerakkan pelbagai halangan dan manusia utk melalaikan sesorg dr melalaikan.


4 cara utk melawan 4 perkara tadi:

1. Bertawakal - setiap rezeki yg kita dpt perlu kita bertawakal kpd Allah. Berikhtiar sehabisnya utk mendptkan rezeki, hasilnya: isteri akan taat dan patuh kpd suami, anak2 akan menjadi anak yg menuruti kata2 ibu bapanya. Apbl kita diuji maka bermuhasabahlah utk memperbaiki amalan kpd Allah. Apbl hendak membuat sesuatu dia akan berfikir terlebih dahulu supaya tidak membazir, atau perbuatan itu tidak mendtgkan faedah. Nafsu akan menybbkan kita lupa dan lalai. Al-Quran akan melawan syaitan, dan nafsu.


Baca Al-Quran 1 ain, hembuskan ke tapak tangan dan sapu seluruh badan . Ianya menjadi penawar penyakit.


2. Sifat harap dan takut/gerun kpd Allah. - Harap mendpt/diterima oleh Allah dan takut/gerun akan balasan Allah. Dr amalan2 iru kita berharap mendpt keberkatan hidup, pahala dan kebaikan dr Allah. Serta mengharapkan karamah yg mulia, (semua makhluk2 Allah) berdoa terhadapnya, menjadikan dia taat kpd Allah.


Membayangkan azab dan seksaan neraka menjadikan sesorg utk terus taat kpd Allah.


Menjauhkan seseorg dr mendekati maksiat. Apabl byk amalan buruk/maksiat, maka akan melemahkan hati seseorg utk beribadat kpd Allah.


2 perkara yg merosakkan amalan:

1. Riak

2. ujub


Bersambung.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 4, 2011

Samb. qunut

J- Us Hasnan Kuliah Maghrib Jumaat 4-Nov-2011


- Puasa sunat hari arafah adalah sunat kpd org yg tidak menunaikan haji. Diampunkan dosa (dosa kecil) org itu sethun yg lalu dan setahun yg akan dtg.


- hari arafah adalah hari yg paling mulia. Tidak ada satu hari kecuali hari arafah ie Allah selamatkan org dr azab neraka.


- niat: shj aku puasa hari arafah kerana Allah Ta'ala.


- samb. Qunut

- fainna qatakdi wala yukhdho 'alait.  Ini bukan lg doa, ia adalah sanat.

- sunat berselawat ke aras Nabi diakhir qunut. Sunat mengangkat tangan menadah tangan (spt kebiasaan org berdoa), tidak disunatkan utk disapu ke muka.

- Imam membaca kuat dan makmum pula mengaminkan.

- doa makmun aminkan, apabila tiba pd sanat (pujian) disebut sendiri oleh imam dan makmum.

-fa inna qatakdi..., hanya Allah yg berkuasa mutlak dlm menetapkan qadak dlm kalangan makluk2Nya.

-org beriman akan sentiasa berserah kpd Allah atas setiap perkara.


- innahu wala yadzillu man walaita -

- org yg taat Allah dan meninggalkan larangan Allah, maka dia akan dimuliakan. Dalil: surah Ali-Imran ayat 139.


- org g beriman sentiasa menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.


- menjadi imam dan sembahyang jenazah mempunyai persamaan, ie perlu diuruskan oleh ahli kariah.

-- imam perlu dilantik dr kalangan ahli kariah. Makhruh diminta org luar kariah mengimakkanbsolat.

-- jenazah perlu diuruskan oleh ahli kariah tempat dia tinggal. tanggugjawab fardu kifayah adalah ke atas ahli kariah, bukan ahli kariah lain. Dikhuatiri jenazah itu mati dlm keadaan murtad dan di bawa ke kariah lain utk disembahyangkan. Ahli kariah perlu terlebih dahulu menyiasat mana2 jenazah yg bukan ahli kariah utk mengelak dr menyembahyangkan jenazah org yg murtad.


- wala yaizzu man 'adaita,

- sesungguhnya tidak mulia org yg memusuhi Allah. Begitu juga disisi org yg mulia dia disisihkan.

- kadang2 org yg memusuhi Allah disanjung oleh manusia. Manusia yg memulikan org sebegini adalah sebenarnya juga memusuhi Allah.


- ta ba rakta ...

-- Maha Suci Allah dr melakukan kesilapan. Maha Tinggi kuasa Allah dr dikalahkan oleh kuasa makhluknya.


- falakalhamdu ala ..

-- segala pujian bg Allah utk segala perkara/qadak yg ditentukan.


- doa bermula semula dr falakalhamdu..., kemudian disunatkan utk menutup qunut dgn selawat ke atas Nabi.


Published with Blogger-droid v2.0

Saturday, October 29, 2011

Takwa

- Kuliah Maghrib Sabtu 29-Okt-2011


  • Org yg tidak menunaikan haji, disunatkan berpuasa dr 1 hingga 9 Zulhijjah. Sekurang-kurangnya 1 hari.

  • Amalan agihan daging qurban tidak buleh dikhususkan kpd seseorg individu, spt daging batang pinang utk imam.


Takwa

  • Takwa itu menurut perintah Allah dan meninggalkan larangaNya.

  • Qurban itu hampir2 wajib kpd org yg mampu.

  • Hukum qurban adalah sunat muakkad.

  • Hikmah wuduk, mensucikan/membersihkan anggota yg terdedah kpd kemaksiatan (mata, mulut, telinga, hidu, tangan, kaki).


Mengandam pengantin ada unsur2 sihir spt utk adat menaikkan seri pengantin; afdalnya tidak menggunakan khidmat andaman kerana khuatir adanua unsur2 syirik dlm majlis yg diharap mendpt keredaan dan rahmat Allah. Pengantin yg disolek sukar utk menunaikan solat (Zuhor), dan ramai yg sengaja meninggalkan solat Zuhor kerana majlis perkahwinan/mekap yg tlh dipakai.


  • Sentiasa ingatkan Allah spt berzikir.

  • Sepatutnya dlm bulan Ramadhan, surau dan masjid memperbanyakkan bacaan dan halaqah Al-Quran di bulan Ramadhan. Sepatutnya ceramah dikurangkan dlm bln Ramadhan sebaliknya memperbanyakkan program Al-Quran.

  • Org yg byk mengingati Allah, maka hatinya hidup.

  • Amalan syukur kpd Allah: solat sunat syukur sblm tidur.


-Abu Jahal sayang kpd Rasulullah hingga sewaktu kelahiran Rasulullah, dia qurban 100 unta. Namun Allah tidak memberi hidayah kpd dia utk memeluk Islam.


Published with Blogger-droid v2.0

Sunday, October 23, 2011

Bab Memberi Salam

- Us Muis Tazkirah Maghrib Ahad 23/Okt/2011
Pej Agama Islam Daerah Hulu Langat

Bab Salam
- byk cara penulisan salam, sebiknya tulislah spt "as salam", sekurang2nya menyebut nama Allah dgn penuh.
- menyebarkan ucapan salam tidak hanya kpd org yg kita kenal shj.

Hadis: dr Ali ra meriwayatkan bhw, hak bg seorg muslim bg seorg muslim g lain ada 6, menjawab salam, mendoakan apbl bersin, ziarah bila sakit.

- dr satu hadis Nabi yg di riwayatkan oleh Abu Daud, dtg seorg bertemu Nabi dgn ucapan "assalamualaikum", Nabi menjawab salamnya dan org itu pun duduk. Nabi memberitahu 10. Kemudian dtg seorg ke2 memberi salam "assalamualaikum warahmatullah", Nabi membalas salamnya dan dia pun duduk. Nabi memberitahu 20. Kemudian dtg org ke3 dan memberi salam "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh", Nabi menjawab salamnya dan dia pun duduk. Nabi kemudiannya memberitahu 30.
-- 10, 20, 30 tsbt adalah keberkatan salam.

- sewaktu memberi salam mengakhiri solat perlu menjelaskan sebutan "assalamualaikum...".makmum perlu jelas dgr sebutan "as", perlu tegur imam yg bacaan solat dan perbuatan dm solatnya yg tidak betul.

- jika seorg yg bukan muslim memberi salam, buleh menjawab salam dia dgn ucapan "waalaikum" ie atas kamu juga.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 21, 2011

Doa Qunut

- Us Hasnan Kuliah Maghrib Jumaat 21/Okt/'11

-5 doa/permohonan dlm doa qunut,
-inna kataqdi... di baca oleh makmum.
-falakalhamdu.... ditambah oleh para ulamak (dr imam syafie). Qunut dr Nabi adalah hingga sebelum itu.
- astafiruka... kemudiaannya di baca kuat oleh imam.
- sunat mengakhiri doa qunut dgn selawat ke atas Nabi.

1) Allah hummahdini fi man ha daita, -- Mohon di beri petunjuk (spt para Rasul, Nabi, para sahabat, para ambiak, para tabiin)
- Mohon petunjuk dan diberi hidayah spt juga yg dipohon sewaktu meembaca Al-Fatihah dan sewaktu duduk antara dua sujud.
- Allah menegur Rasulullah sewaktu baginda memohon Allah memberi hidayah kpd bapa saudaranya ie Abdul Mutalib, namun hanya Allah shj yg berkuasa memberi hidayah.

2) Wa'afini fi man 'afaita -- mohon keampunan dr Allah.
- tanpa keampunan Allah maka dosa kita akan dibersihkan melalui bakaran api neraka.
- taubat adalah usaha manusia utk mendpt keampunan dr Allah.
-- biasanya doa taubat seiring dgn doa dihindari dr dimasukkan dlm neraka.

- pentingnya mendpt keampunan Allah ta'ala:
a) dr Ibnu Mas'ud: siapa yg pahalanya lebih byk dr dosanya walaupun 1, dia akan masuk syurga. Siapa yg dosanya lebih byk dr pahalanya, dia akan masuk neraka.
-- Wa'afini fi man 'afait
- jika jumlah pahala dan dosanya sama maka dia dr golongan Al-Ahzab, mereka akan tergantung, golongan ashabul 'akraf akan ditanya oleh Allah ke mana dia hentak dia pergi. Allah akan memberi tanda kpd mereka dgn gelang dilehernya, utk membezakan dia sebagai penghuni syurga yg papa kedana.
-13,14,15 Zulkaedah disunatkan berpuasa.

3) watawallani fi man tawal laita -- mohon diuruskan hehidupan spt para wali. Wali adalah org yg dibimbing kehidupannya oleh Allah.
- mohon kpd Allah spy meletakkan kita kpd org yg taat dan patuh kpd Allah.
- jgn kita menjadi org yg dimurkai, oleh kerana kita dipimpin oleh org yg melakukan kemurkaan Allah.
- hal urusan kepimpinan diketuai oleh org yg dimurkai Allah adalah suatu musibah yg perlu dihindari.

4) waba rikli fima 'aktaita -- mohon diberkati segala kurniaan Allah.
- berkat ie kurniaan yg diberikan diguna utk beribadat.

-- 7 golongan yg akan dilindungi di akhirat, golongan ke6 adalah golongan yg memberikan sedekah tangan kirinya tidak ketahui.
-- Nabi Sulaiman An-Namlu ayat 40, ucapkan apbl diberi nikmat Allah "ini adalah ujian dr Tuhanku samada bersyukur atau kufur"











Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". (Surah An-Namlu Ayat 40)

5) wakini syarrama qadaita - mohon lindungi dr qadak buruk yg ditetapakan oleh Allah.
- qadar ie aturan
- qadak buruk adalah akibat dr perbuatan buruk kita sendiri.
Umar Al Khattab sewaktu menmasuki suatu kawasan, kemudiaan dia di beritahui bhw kaw itu sedang dilanta penyakit. Dia melimpat dan lari dr memasuki kaw itu. Umar lari dr qadar dan memilih qadar yg lain.

- qadak buruk berbentuk kerohanian adalah kita tidak mampu mematuhi peraturan Allah. Jiwa menjadi berat utk menerima perintah Allah.

- qadak buruk kerohaniaan adalah paling buruk, jiwa dan bdn menjadi lemah utk melakukan amalan2 yg boleh memberatkan timbangan pahala.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 16, 2011

Dosa Besar ke-4 - Meninggalkan Solat (samb)

- Us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 16-Okt-2011

- Dalil:  







Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.  (Surah Al-Munafikun Ayat 9)

- Kata Nabi, perkara pertama yg akan disoal/dihisab di akhirat adalah solat. Kalaulah elok solatnya, maka tlh beruntung dan berjayalah dia. Kalaulah rosak solatnya (byk solatnya yg tidak diterima) maka rugilah dia.

- Gambaran ahli neraka, menurut kata org yg masuk neraka itu: 

#1. semasa di dunia mereka tidak solat.
#2. semasa di dunia tidak mahu memberi maka kpd org miskin.
- dianjurkan kpd memberi mkn kpd sanak-saudara yg miskin. sedekahlah kpd sanak-saudara mendahului org lain atau baitulmal.
#3. semasa di dunia dia duduk sama dgn org yg mengumpat.
- cerita keburukan yg dilakukan oleh org lain adalah ngumpat. Jika cerita keburukan yg tidak dilakukan oleh org yg dimaksudkan maka itu adalah fitnah.
#4. semasa di dunia mereka mendustakan hal hari akhirat.
- mati adalah penyelamat dr seksaan dunia, cth kematian menyelamatkan sesorg dr sakit yg dialaminya. 

- Nabi memberi amaran, perjanjian di antara Kami dan dia adalah solat. Sesiapa yg meninggalkan solat maka dia adalah kafir.
- brgsiapa yg meninggalkan solat dgn sengaja maka dia adalah kafir.
- yg dmaksudkan kafir itu adalah berdosa besar. Bukannya bermakna kafir yg membolehkan dia dibunuh.
- sekiranya sesorg menolak kefarduan solat, sehingga dia tidak hendak solat, walau setelah diminta utk bertaubat oleh pemerintah (mahkamah) maka org itu halal dibunuh.

- begitu juga org yg menolak mentauhidkan Allah, maka org itu dikira murtad, dan halal baginya dibunuh.

- kufur yg dimaksudkan bg org Islam yg meninggalkan solat adalah berdosa besar.

- kata Nabi, brgsiapa menjaga solat, nescaya baginya ada cahaya (ada tanda) dan dia akan selamat di hari akhirat. Brgsiapa tidak menjaga solatnya maka dia tidak ada cahaya, dia akan dibangkitkan bersma firauan, karun, haman, dan ubai bin khalaf.

. solat yg diterima akan bercahaya di akhirat nanti.
. namun hadis ini kata Imam Ahmad, hadis ini hadis daif.

- siapakah yg akan dibangkitkan di akhirat nanti dgn firauan? Iaitulah org yg dilengahkan oleh hal pemerintahannya hingga meninggalkan solat.
- org yg disibukan oleh hartanya, maka akan dibangkitkan bersama karun.
- org yg disibukkan oleh jawatannya, maka akan dibangkitkan bersama haman.
- org yg disibukkan oleh perniagaan, maka akan dibangkitkan bersama ubai bin khalaf. (ubai bin khalaf adalah seorg ahli perniagaan yg berjaya pd zaman Rasulullah, namun dia meninggalkan solat kerana urusan perniagaannya)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kehebatan Al-Quran

Penemuan ahli sains bhw semut boleh bercakap. 

- Namun, Al-Quran telah mendahului penemuan itu dan menceritakan hal semut yg buleh bercakap/berkata-kata (dlm bahasa semut) melalui Surah An-Namlu Ayat 27:18,

A018

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". (Surah An-Namlu Ayat 18)

-Bercerita ttg semut.
- org/saintis bukan Islam mendakwa semut hanya buleh berinteraksi dgn fermon.
-tulang semut ada di luar ie eksoskeleton,
- semut pandai buat rakit.
- semut pandai menternak serangga lain.
- semut pandai buat rumah yg besar di bwh tanah.
- semut bercakap, ditemui pd 6 Feb 2009. Maharaja semut boleh mengeluarkan arahan kpd koloninya. Penemuan oleh Dr Jerremy Thomas.

- 2) Surah Al-Hadid - Surah Besi
Surah ke 57 Ayat 25, Allah ceritakan ttg besi. 

A025


Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah Al-Hadid Ayat 25)

- besi terhasil dr langit, memerlukan tenaga api yg sgt tinggi utk membentuk. Besi diturunkan 4.5billion thn dahulu.
- dr jadual berkala, ferum (besi) memiliki 26 proton dan 30 hidrogen.

--> campuran nombor2 surah dr al fatihah hingga surah Al-Hadid (surah ke 57), hasil jumlahnya 1653.
--> Nombor surah Al-Hadid (57) x bil ayat surah Al-Hadid (29) juga adalah 1653.

Surah pertengahan dlm Al Quran adalah surah ke 56 dan 58. Jika dicampur dan dihagi dua, nombor hasilnya adalah stabil.

- dlm Al-Qran besi disebut sebanyak 6 kali.
- jika didarabkan no surah dgn bil ayat, jika sort accending, semua susunan ayat akan berubah kecuali surah Al-Hadid.

-3) Geologi
- ayat2 Al-Quran diturunkan berdasarkan sbb.
- Surah Ar-Rum ayat 30:2, dan 30:3.
- org Islam kecewa ketika mendgr kejatuhan Parsi kpd tentera Rom. Perang tsbt pd thn 614, di Al Kud, berhampiran dgn Laut Mati. Kedudukan bumi yg paling rendah di muka bumi. 

A002


Orang-orang Rom telah dikalahkan. (Surah Ar-Rum Ayat 30:2)


A003


Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. (Surah Ar-Rum Ayat 30:3)

-4) kedudukan Mekah yg istimewa.
- nisbah emas, golden ratio adalah 1:6,
- dr peta dunia kedudukan Mekah adalah sama spt nisbah emas. Kika diambil dr mana sudut.
- surah Ali Imran ayat 3:96, ayat ini merujuk kpd Mekah,


A096


Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. (Surah Ali Imran Ayat 3:96)


Galaksi
- berpusing secara melawan jam.
- ribut taufan, pusarannya melawan jam,
- pusar air juga melawan jam.
- tawaf, bdn kiri menghala Kaabah, jadi tawaf juga melawan arah pusingan jam. Islam iu ugama fitrah.

http://pasakaedah.blospot.com
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kuliah

-kuliah subuh Masjid Sultan Suleiman Ahad 16-Okt

-Zikir mensucikan diri (menghapuskan dosa2 kecil)
. suhbanalallah wabihamdihi x 100

- penilaian haji adalah apbl kembali menunaikan haji, maka amalan dia akan meningkat.
- utk mendpt rumah-tangga bahagia
. sembahyang bersama
. makan bersama
. amalan memberi salam

- perlu membaca Al-Quran dgn tadabbur
.anggap Al-Quran itu diturunkan kpd kita dan kita perlu melaksanakan
.surah Yassin - di Akhirat nanti mulut akan terkunci sebaliknya anggota bdn akan bercakap
.surah Al-Kahfi (kalau semua air laut menjadi dakwat menulis kalimah2 Allah...) Kahfiat surah Kahfi: menjauhkan dr ancaman dajjal. 






Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". (Surah Al-Kahfi Ayat 109)
 
- bila bersolat, cuba bayangkan bhw kita ini kerdil dan Allah itu Maha Basar.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 15, 2011

Himpunan hadis - sombong

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan drpd Haritsah bin Wahb ra, beliau berkata yg bermaksud

"Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: 'Mahukah kamu aku beritahukan kepada kamu siapakah itu penghuni syurga? Iaitu setiap (Muslim) yang lemah dan fakir yang jika mereka bersumpah dengan nama Allah, tentu mereka akan menepatinya. Mahukah kamu aku beritahukan kepada kamu,siapa itu penghuni neraka itu? Iaitu setiap orang yang berperangai bengis, kasar dan menyombongkan diri.'"
(Al-Bukahri no 4918 dan Muslim no 2853)

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, yg bermaksud:

"Tiga golongan yang kelak Allah tidak akan berbicara dengan mereka, tidak akan membersihkan mereka (daripada dosa), dan tidak akan melihat mereka (dengan pandangan rahmat), sedang mereka akan beroleh azab seksa yang amat pedih, yakni orang tua yang berzina, pemimpin yang berdusta, dan orang miskin yang sombong."
(Muslim no 107)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:,

"Dahulu pernah ada seorang yang berjalan dengan memakai pakaian yang membuatnya ujub, rambut kepalanya tersisir rapi, dan berlaku sombong ketika berjalan, maka tiab-tiba Allah membenamkannya ke dalam perut bumi, sehingga dia pun terbenam di dalam perut bumi sampai tibanya hari kiamat."
(Al-Bukhari no 5789 dan Muslim no 2088).


Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 14, 2011

Nabi Ulul-Azmi

- Us Yusri Kuliah Maghrib Jumaat 14-Okt-2011

5 Nabi Ulul-azmi

Dalil: Surah Al-Ahzab ayat 33:7 (klik sini utk paparan ayat)

{ وَإِذۡ أَخَذۡنَا مِنَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مِيثَٰقَهُمۡ وَمِنكَ وَمِن نُّوحٖ وَإِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۖ وَأَخَذۡنَا مِنۡهُم مِّيثَٰقًا غَلِيظٗا }

(Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka);

- Susunan/aturan nabi ulul-azmi spt ayat di atas adalah Nabi Muhammad saw, Nuh as, Ibrahim as, Musa as dan Isa as.

- Namun, susunan Nabi Ulul-Azmi mengikut turutan yg afdal adalah Nabi Muhammad saw, Ibrahim as, Musa as, Isa as, dan Nuh as.

- selepas kewafatan Rasulullah saw, ilmu diwarisi oleh para sahabat ra, kemudian kepada para tabi'in seterusnya kepada para ulama. 
  • Mewartakan kepada kami Nashr bin Ali Al-Jahdhamiy, mewartakan kepada kami Abdullah bin Dawud, dari Ashim bin Raja' bin Haiwah dari Dawud bin Jamil, dari Katsir bin Qais, dia berkata: Saya duduk di sebelah Abud-Darda' di masjid Dimaskus, maka datanglah seorang lelaki kepadanya, lalu berkata: "Wahai Abud-Darda', aku datang kepadamu dari kota Madinah, kota Rasulullah SAW. untuk keperluan hadis yang sampai kepadaku, bahawasanya engkau mewartakannya dari Nabi SAW. Abud-Darda' berkata: "Apakah kamu datang berniat dagang?" Dia menjawab: "Tidak". Abud-Darda' berkata: "Apakah kamu datang berniat lainnya itu?" Dia menjawab: "Tidak". Abud-Darda' berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW. mengatakan: 'Barangsiapa yang melalui jalan seraya mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya kerana senang kepada orang yang mencari ilmu. Sesungguhnya orang yang mencari ilmu akan dimintakan ampunan oleh orang ada di langit dan bumi sehingga ikan-ikan yang ada di air. Sesungguhnya keutamaan seorang alim dibanding abid -tekun ibadah- adalah seperti keutamaan/kelebihan bulan terhadap segala bintang. Sesungguhnya seorang ulama/alim adalah pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi itu tidak mewariskan dinar dan dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya maka dia mengambil suatu bahagian yang sempurna." [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0223.]

- cth terbaik adalah para rasul, para nabi dan para sahabat. Kelebihan para sahabat adalah kerana mereka hidup pd zaman Nabi. Para tabi'in adalah mereka hidup pd zaman para sahabat yg hidup pd zaman kehidupan Nabi Muhammad saw.
  • Para sahabat ialah mereka yang sempat hidup dan bertemu dengan baginda Rasulullah saw (ie pada zaman Rasulullah) dan terus mengamalkan sunnah yang ada.
  • Selepas kewafatan Rasulullah saw, para sahabat meneruskan dakwah dalam menyampaikan Islam dan umat Islam. Zaman ini dipanggil zaman tabi'in. 
  • Tabi'in adalah perkataan Arab yang bermaksud pengikut. Para tabi'in dimaksudkan sebagai seorang muslim yang bertemu dengan sahabat Rasulullah saw, dan mati dalam keadaan beragama Islam.

- Ciri-ciri beriman kpd Rasul
- beriman secara umum ie wajib percaya Allah tlh mengutus sekian byk Rasul yg disebut dlm Al-Quran ie sebyk 25 org. 
  • Catatan kuliah: 25 rasul yang wajib diimani (kik sini)

- Ciri-cirinya
1) Allah mengutus para rasul adalah utk membawa berita yg baik akan perkara yg baik dan membawa berita buruk/balasan neraka utk mereka yg melakukan kemungkaran.
2) membawa berita gembira dan membawa berita ancaman/amaran dr Allah.
- berita gembira adalah akan hal balasan syurga kpd mereka yg taat peritah Allah.
- berita ancaman/amaran ie hal balasan neraka dan janji² Allah akan balasan yg menunggu kpd mereka yg ingkar perintah Allah.
- Dalil dari surah Al-Ana'am ayat 6:48 dan 6:49

Ayat 6:48 (klik sini)
{ وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَۖ فَمَنۡ ءَامَنَ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }

Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.

Ayat 6:49 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا يَمَسُّهُمُ ٱلۡعَذَابُ بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ }

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik.

- apbl turun ayat "maka hendaklah kamu menyampaikan secara terang²an...", Nabi Muhammad naik ke bukit dan menyampaikan ayat² Allah kpd kaum musyrikin Mekah.

- Nabi menyampaikan kpd mereka akan amaran dr Allah bhw baginda memberitahu bhw baginda membawa ugama Islam sebagai berita gembira kpd yg mentaatinya, dan menyampaikan berita amaran/ancaman dr Allah jika mereka mengingkari.

2) supaya rasul mengajak manusia menyembah Allah, tujuan asasi syariat Islam ie: 
  • (i) mengagungkan Allah, 
  • (ii) menghidupkan Islam dlm kehidupan, dan 
  • (iii) mentauhidkan Allah.
- tauhid ie mengesakan Allah ie hanya Allah shj yg wajib disembah.

- Dalil (#1) surah Al-Anbiak ayat 21:25 (klik sini)
{ وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِيٓ إِلَيۡهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعۡبُدُونِ }

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

-- Ayat penafian dulu diikuti ayat membenarkan spt kalimah syahadah, tiada tuhan kecuali Allah.
-- "berhak disembah" ie berhak mentaati dan meninggalkan larangannya.

- Dalil (#2) Surah As-Syura ayat 42:13 (klik sini)

{ ۞شَرَعَ لَكُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِۦ نُوحٗا وَٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ وَمَا وَصَّيۡنَا بِهِۦٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰٓۖ أَنۡ أَقِيمُواْ ٱلدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُواْ فِيهِۚ كَبُرَ عَلَى ٱلۡمُشۡرِكِينَ مَا تَدۡعُوهُمۡ إِلَيۡهِۚ ٱللَّهُ يَجۡتَبِيٓ إِلَيۡهِ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِيٓ إِلَيۡهِ مَن يُنِيبُ }

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

- ayat ini adalah ayat perintah Allah utk menegakkan ugama Islam.
  • Perintah menegakkan ugama Islam seperti yang diberikan kepada Nabi Nuh as, juga kpd Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as dan Nabi Isa as.
  • Syariat (melalui wahyu) ke atas Nabi Muhammad saw adalah ajaran tauhid.
- bukan ugama yg perlu disesuaikan dgn keadaan/trend semasa, sebaliknya dlm menyusuri peredaran masa, kita perlu sentiasa merujuk kpd Al-Quran dan sunnah sbg panduan hidup.


- Dalil (#3) sambungan di lain kuliah.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 11, 2011

Adab dgn Rasulullah

- Us Najib Kuliah Maghrib Selasa 11/Okt/11

-Adab dgn Rasulullah.

Kemanisan iman apbl:
1. Redha kpd Allah. -Suka kpd hukum, syariat, larangan yg ditetapkan. Redha kpd cara hidup Islam.

2. Redha kpd Rasulullah sbg Nabi yg di utus utk menyampaikan agama Allah. Turuti dan tidak menambah tokok dr alalan yg telah ditunjukkan oleh Rasululah.

Sbb2 perlu beradab dgn Rasulullah:
1. Bg setiap org mukmin dan mukminah wajib utk beradab dgn Rasulullah kerana Allah tlh berfirman (Dalil #1): 








Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; - (Surah Al-Hujurat Ayat 7) 

(Dalil #2). Juga firman Allah: 








Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. (Surah Al-Hujurat Ayat 2) 

-apbl diturunkan ayat ini ada seorg sahabat yg berasa sedih kerana perasan bhw dia adalah org yg Allah maksudkan, kebetulan suara dia kuat.

-Abdul Rahman bin Auf, sewaktu diketemukan dgn kaum ansar. Dia menolak tawaran ladang dan isteri kpdnya sebaliknya ingin ditunjukkan pasar utk dia berniaga. 

Dia memulakan kehidupan di Madinah dgn berniaga di pasar, ada riwayat mengatakan dia berniaga kayu api. riwayat lain kata berniaga susu. Setelah sekian lama perniagaannya berkembang maju, sehingga sewaktu kepulangan rombongan peniaganya kembali ke Madinah, debu2 dr rombongan peniaganya menyebabkan spt ada awan di atas mereka. 

Suatu ketika saidina Aisyah bertemu Abdul Rahman dan menyampaikan berita bhw dia mendgr dr Rasullah bhw Abdul Rahman akan masuk ke syurga dlm keadaan merangkak.

Mendgrkan itu dia memberitahu saidina Aishah ra bhw semua harta perniagaannya yg sedang menghampiri Madinah tidak lagi miliknya sebaliknya milik baitulmal. Dia berharap dgn amalan tersbt dpt menebus agar dia dpt memasuki syurga tidak dlm keadaan merangkak. 

Itulah sifat para sahabat yg terdidik dgn sifat2 mulia.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 3, 2011

Tafsir Surah Al-Balad Ayat 90:12 hingga 17

- us Mahdzir Md Nor Isnin 3-Okt-2011 Kuliah Maghrib


Surah Al-Balad Ayat 90:12 hingga 16

Ayat 90:12- pertanyaan Allah yg ditujukan kpd hambanya akan kesusahan2/ujian yg ditimpakannya.

A012


Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

Ayat 90:13

A013


(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;

-salah satu jln/amalan yg pd ketika wahyu ini diturunkan adalah membebaskan hamba. Sewaktu wahyu diturunkan sistem hamba masih wujud. Anak kpd seorg hamba akan kekal menjadi hamba.

-cara memerdekakan hamba dipelopori oleh saidina Abu Bakar dgn cara membeli hamba dan kemudian membebaskannya.
-cara lain adalah janji dr tuannya sekiranya hamba itu boleh menebus dirinya. Golongan hamba ini layak menerima zakat utk memerdekakan diri dr tuannya pd ketika itu.

-kesusahan membebaskan hamba itulah dikatakan jln yg susah, yg ditafsirkan dr ayat ini.

Ayat 90:14

A014


Atau memberi makan pada hari kelaparan

-kesusahan lain yg dimaksudkan adalah memberi makan kpd org miskin.
-setiap org yg hadir ke majlis keraian adalah apbl kembalinya akan menggugurkan dosa2 (kecil) tuan rumah.
-pd ketika wahyu diturun masih belum menjadi tradisi utk memberi makan kpd org miskin. Pd ketika itu jamuan dibuat kpd org2 yg sama taraf kedudukan kpd tuan rumah, itulah budaya jahiliyah.

Ayat 90:15

A015


Kepada anak yatim dari kaum kerabat, 

-kesusahan lain yg dimaksudkan adalah memberi makan kpd anak yatim dr keluarga tuan rumah (spt anak saudara)

Ayat 90:16

A016


Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

-kesusahan lain adalah memberi makan kpd org yg terlantar dijln.
-org arab ketika itu maju dlm bidang ekonomi, namun Allah menggelar mereka jahiliyah kerana miskin dr segi kemanusiaan. Sifat mereka masih jihiliyah disisi Allah.

-jahiliyah ie jahil dr sudut aqidah, syariah dan akhlak.

-jln yg susah juga dmaksudkan utk menjadi org yg beriman, sentiasa berpesan tentang sabar, dan bepesan dgn kasih sayang.


Ayat 90:17

A017
Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.



-sabar ie menerima ujian Allah dan dlm masa yg sama mencari jln keluar dr permasalahan itu.

-sabar dlm melaksanakan amalan yg soleh, sabar dlm meninggalkan larangan Allah.

-belas kasihan kpd haiwan spt haiwan sembelihan:
1) mengasah pisau sembelihan bukan dihadapan haiwan tsbt.
2) membaringkan/mengikat haiwan dgn hemah dan lemah lembut.
3) meletakkan pisau ditengkuk haiwan dgn berani.

-amalan paling hebat dlm bulan Zulhijjah adalah menunaikan haji. Bagi yg tidak dpt menunaikan haji adalah melaksanakan qurban.

-qurban bermaksud sanggup memberikan apa yg kita miliki.

-org yg redha sanggup sedekahkan bahagian daging yg layak baginya ie 1/3 dr daging, utk disedekahkan kpd org miskin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 2, 2011

Dosa Besar ke-4 Melalaikan Solat

- Us Shairozi bab Dosa Besar, Kuliah Maghrib Ahad 2 Okt 2011
Dosa besar ke-4 ie meninggalkan solat.

-firman: Surah Maryam ayat 59.

-org yg tidak sembahyang akan mengikut syahwat/nafsunya.
-Ibnu Abbas mentafsirkan: melalaikan solat itu bukanlah meninggalkan keseluruhan solat, tetapi melenghah2kan solat hingga ke lewat waktu.
-Said Musayyab mentafsirkan: sesorg tidak menunaikan solat zohor kecuali waktu solat asar tlh tiba. Tidak dia solat asar kecuali tlh tiba waktu maghrib.
Tidak dia solat isyak kecuai tlh tiba waktu suboh. Begitu juga solat suboh kecuali tlh hampir terbit matahari.

-barangsiapa yg mati dlm keadaan otu, dan dia tidakbertaubat, maka Allah janjikan neraka ghail.

-Said Musayyab mentafsirkan suatu wadi dlm neraka jahannam yg lembah paling dlm dan png busuk baunya. Sementara neraka wail kpd org yg bersolat tetapi lalai dlm solatnya.

-Dia bersandarkan kpd suatu hadis Nabi, sabda Nabi melalaikan solat adalah org yg melengah2kan solat.

-digambarkan keadaan wadi/lembah itu, kalau dilalukan pd gunung-ganang nescaya cair gunung-ganang itu.

- itulah tempat bg org yg melengah2kan dan melalaikan solat. Kecuali dia bertaubat kpd Allah, dan dia menyesal akan perbuatannya. jika dia tertinggal solat maka wajib baginya menggantikan/qada.

- wahai org2 yg beriman, jgnlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak2 melalaikan dr mengingati Allah, jika tidak rugilah org itu.
- jika org itu dilalaikan oleh hartanya, atau jika dilalaikan oleh anak2, atau dilalaikan oleh isteri.
-Kisah anak saidina Omar yg beru bernikah, isterinya cantik. Suatu hari ketika saidina Umar lalu dihadapan rumah anaknya, Abdullah bergurau senda dgn isterinya. Ketika pulang dr menunaikan solat Abdullah masih bersama isterinya. Saidina Umar memanggil anaknya dan menceritakan bhw isteriya yg cantik itu tlh menyebabkab dia lalai kpd Allah, lalu disuruh menceraikan isterinya. Abdullah taat kpd arahan ayahnya dan menceraikan isterinya. Abdullah menyesali perbuatannya, bertaubat dan menangisi kesilapannya. Melihat perubahan itu, saidina Umar bersetuju utk Abdullah rujuk semula.

-solat yg rosak adalah solat yg dilakukan dgn laju. Jika solat itu rosak maka dia termasuk dlm golongan org2 yg menyesal dan rugi yg besar.

-apbl masuk neraka nanti akan ditanya, apa yg menyebabkan dia masuk neraka, maka dia menjawab bhw dulu dia melengahkan solat, tak beri makan kpd org2 fakir/miskin tetapi duduk bersama kwn lain dan menumpat, tak berapa percaya akan hari akhirat.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 28, 2011

Amalan yang menjauhkan dr api neraka

- Us Zainol Tazkirah Suboh Ahad 28 Ramadhan (** catatan)

- Iman bertambah atau berkurang setiap hari. Istighfar, berzikir dan membaca Al-Quran akan meningkatkan semula keimanan.

- org yg selalu berselawat ke atas Nabi, di akhirat nanti sewaktu meniti titian sirat, selawat yg diucapkannya akn mebolehkan Nabi memberi syafaat kpdnya.

- Aktiviti/amalan yg melepaskan diri kita dilepaskan dr ditangkap/diazab api neraka:

1. Beriman dgn Allah, mensedekahkan apa nikmat yg Allah anugerahkan kpd org miskin/lain,

2. Menyuruh kpd berbuat makruf dan mencegah kpd kemungkaran.
a) kiranya mungkar tidak ditegah, apbl berlarutan maka ianya mengundang bala Allah.
b) jika ada kelemahan kpd seseorg individu hingga tidak mampu kpd amar makruf dan nahi mungkar, Nabi berkata bantulah org yg menganggur mendapat kerja, jika tidak mampu juga ... (kena cari)

2. Bantu menunaikan hajat manusia
a) sabda Nabi, sesungguhnya org yg paling disayangi Allah adalah org yg paling disenangi org lain.
- barangsiapa yg menahan marahnya, maka Allah akan tutup kesilapannya.
- barangsiapa yg menolong seorg muslim yg lain yg dlm kesusahan, maka Allah akan menetapkan kakinya ketika meniti titian sirat.
- Nabi berdiri hampir dgn titian sirat dan mendoakan umatnya utk melepasi titian sirat. Nabi juga akan berada di timbangan mizan. Baginda juga akan berada di telaga kausar. Baginda memberi syafaat di 3 tempat tersbt.
- sabda Nabi, org yg menyahut seruan azan dgn doa (doa selepas azan) dia akan mendapat syafaat Nabi. Ke2nya kpd org yg banyak berselawat.
- kisah Saad bin Waqas, selepas Saad memeluk Islam, ibunya berjanji utk tidak makan dan berlapar kecuali anaknya keluar Islam. Saad berkata kpd ibunya jika ada 100 nyawa dlm diri ibunya dan keluar setiap satunya hingga akhir, Saad tetap tidak akan meninggalkan Islam.

- barangsiapa yg berselawat dia akan didukkan dekat dgn Allah dan wajib mendpt syafaat nabi.

3. Banyakkan berselawat kpd Nabi
- 10x waktu pagi dan 10x waktu petang

4. Sabar dgn kehidupan di Madinah (pd zaman Nabi).

5. Mati di Madinah.
- sabda Nabi, Aku akan memberi syafaat kpd org yg mati di Madinah.

6. Menjaga solat fajar/Suboh dan solat Asar (tidak disebutkan sama ada berjemaah atau tidak)

7. Menjaga solat dhuha.

8. Jaga solat sunat 4 rakaat sebelum solat Zuhor dan 4 rakaat selepas Zuhor.
- barangsiapa solat 4 rakaat seblum dan 4 rakaat selepas Zuhor, maka Allah haramkan dagingnya disentuh api neraka.

9. Mempertahankan maruah saudaranya dr diaibkan.

10. Bersedekah

11. Puasa yg sebenar (hati, perbuatan dan lisan)

12. Mata yg menangis mengingati Allah ketika bersendirian. Menitis air mata tanpa disedari kerana mengingati dan takutkan Allah. Juga mata yg berjaga ketika fisabilillah (pejuang yg menjaga ketika pasukan tentera yg lain berehat). Juga mata yg mengelak dr kemaksiatan.
- 3 mata yg tidak disentuh neraka, i) mata yg berjaga dlm fisabilillah ii) menangis kerana takutkan Allah iii) menjaga dr melakukan maksiat

13. Akhlak yg baik sesama manusia.
- org2 yg mudah didampingi dan disenangi dan apbl tiada akan dicari.
- doa: mohon kpd Allah ditunjukkan akhlak yg mulia dan dihindarkan dr akhlak yg tidak baik.
Published with Blogger-droid v1.7.4