Sunday, October 2, 2011

Dosa Besar ke-4 Melalaikan Solat

- Us Shairozi bab Dosa Besar, kuliah Maghrib Ahad 2-Okt-2011

Dosa besar ke-4 ie meninggalkan solat.

-firman: Surah Maryam ayat 19:59 (klik sini)
{ فَخَلَفَ مِنۢ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلشَّهَوَٰتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ۝٥٩ }
Kemudian, datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jahat) yang mensia-siakan sembahyang dan menurut hawa nafsu; maka mereka akan menghadapi keburukan (balasan azab).


- Org yg tidak sembahyang akan mengikut syahwat/nafsunya.
  • Ibnu Abbas mentafsirkan: melalaikan solat itu bukanlah meninggalkan keseluruhan solat, tetapi melengah-lengahkan solat hingga ke lewat waktu.

  • Said Musayyab mentafsirkan: sesorg tidak menunaikan solat zohor kecuali waktu solat asar tlh tiba. Tidak dia solat asar kecuali tlh tiba waktu maghrib. Tidak dia solat isyak kecuai tlh tiba waktu suboh. Begitu juga solat suboh kecuali tlh hampir terbit matahari.

-barangsiapa yg mati dlm keadaan itu, dan dia tidak bertaubat, maka Allah janjikan neraka ghail.

-Said Musayyab mentafsirkan suatu wadi dlm neraka jahannam yg lembah paling dlm dan paling busuk baunya. Sementara neraka wail kpd org yg bersolat tetapi lalai dlm solatnya.

-Dia bersandarkan kpd suatu hadis Nabi, sabda Nabi melalaikan solat adalah org yg melengah2kan solat.

-digambarkan keadaan wadi/lembah itu, kalau dilalukan pd gunung-ganang nescaya cair gunung-ganang itu.

- itulah tempat bg org yg melengah2kan dan melalaikan solat. Kecuali dia bertaubat kpd Allah, dan dia menyesal akan perbuatannya. jika dia tertinggal solat maka wajib baginya menggantikan/qada.

- wahai org2 yg beriman, jgnlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak2 melalaikan dr mengingati Allah, jika tidak rugilah org itu.

- jika org itu dilalaikan oleh hartanya, atau jika dilalaikan oleh anak2, atau dilalaikan oleh isteri.

-Kisah anak saidina Omar yg beru bernikah, isterinya cantik. Suatu hari ketika saidina Umar lalu dihadapan rumah anaknya, Abdullah bergurau senda dgn isterinya. Ketika pulang dr menunaikan solat Abdullah masih bersama isterinya. Saidina Umar memanggil anaknya dan menceritakan bhw isteriya yg cantik itu tlh menyebabkab dia lalai kpd Allah, lalu disuruh menceraikan isterinya. Abdullah taat kpd arahan ayahnya dan menceraikan isterinya. Abdullah menyesali perbuatannya, bertaubat dan menangisi kesilapannya. Melihat perubahan itu, saidina Umar bersetuju utk Abdullah rujuk semula.

  • solat yg rosak adalah solat yg dilakukan dgn laju. Jika solat itu rosak maka dia termasuk dlm golongan org2 yg menyesal dan rugi yg besar.

- Apbl masuk neraka nanti akan ditanya, apa yg menyebabkan dia masuk neraka, maka dia menjawab bhw dulu dia melengahkan solat, tak beri makan kpd org2 fakir/miskin tetapi duduk bersama kwn lain dan menumpat, tak berapa percaya akan hari akhirat.


Carian Internet:
  • Dari Ali r.a., katanya: Ketika terjadi peperangan Ahzab, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kiranya Tuhan memenuhkan rumah-rumah dan kubur-kubur mereka dengan api, kerana mereka melalaikan (melambatkan) kami dari mengerjakan solat wustha (Asar), sehingga terbenam matahari.". [Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1328]

  • Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku: Bakal terjadi sesudahku, dimana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagi mu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu." (pada awal waktunya). [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0605]

No comments: