Friday, December 25, 2015

Utusan kematian

- us Rasyidi Jamil Kuliah Maghrib Jumaat 25-Dis-2015

Kitab karangan Imam Al-Qurtubi berkenaan tajuk kematian

- Utusan kematian diperingatkan oleh malaikat maut sebagai:
(1) Sakit
(2) Uban
(3) Tua
(4) Pudar pendengaran dan penglihatan.

- Waktu nak dicabut nyawa, malaikat akan berbicara dgn org yg melalaikan utusan2 yg telah disampaikan, dan mengatakan bhw telah disampaikan utusan2, maka kedatangan malaikat maut adalah utusan terakhir utk mencabut nyawa/roh dari jasad.

- Apbl masuk umur 40 thn, persiapkan diri dgn amalan utk melalui saat kematian.

- Apbl masuk umur 50 thn, dipetik dan dituai amalan2 yg telah dilakukan. Namun rugilah mereka yg masih tidak mengendahkan hal kedatangan kematian.

- Apbl masuk usia 60 thn, sekiranya masih lalai kamu masih belum mempunyai hujah utk menjawab soalan2 ketika menemui Allah.

- Mati itu dijadikan 99 sebab utk mati, paling kurang kita akan kena penyakit tua.

- Nabi Daud bertanya kpd malaikat Maut, siapa gerangannya malaikat Maut itu. Jawab malaikat Maut, dia tidak takut utk bertemu walau dgn raja yg zalim, dan tidak buleh dirasuah. Kata Nabi Daud,  baginda belum bersedia utk dipanggil mengadap Allah, dan masih belum bersedia lagi utk mati. Kata malaikat Maut, di mana saudara-maramu dan jiran2 mu? Jawab Nabi Daud, mereka telah lama meninggal.  Maka kata malaikat Maut, itulah tanda2 dtgnya kematian yg kamu abaikan.

- Seorg sufi (Maimun),  menggali lubang (kubur)  di halaman rumahnya, dan pd setiap malam dia akan masuk ke dlm lubang itu seketika sambil berbaring dan menangis. Apbl dia hendak memanjat keluar dr lubang itu utk masuk tidur, dia akan mengingatkan dirinya utk meningkatkan amalannya pd esok hari, kerana sangat sedikit persediaannya utk menemui Allah, dan hari itu dia masih lagi terselamat dr mati.

- Malaikat Izrael dan malaikat2 lain akan dtg menemui org yg baik amalannya, maka di bawa sutera dr syurga utk dibawa keluar roh dr  jasad. Roh org mukmin akan dikecilkan sekadar saiz lebah dan dibalut dgn sutera.

- Utk org bukan mukmin, malaikat Maut akan mecucuk dan memukul pungggung dan badannya utk memisahkan roh dari jasad, lalu direntap roh itu keluar dari jasad dan dikecilkan sekadar saiz belalang.

- Roh tadi akan dibawa oleh malaikat ke langit. Di pintu langit akan ditanya oleh malaikat penjaga langit itu, dan menyapa malaikat yg namanya "Solsoil" yg membawa roh org mukmin,  roh itu akan ditempatkan/dikumpulkan di suatu tempat yg dipanggil "il leiyin".

- Malaikat "Dukioil" pula membawa roh org kafir dan roh org yg jahat semasa hidupnya. Lalu disentap oleh malaikat penjaga pintu langit dan menghumbankan roh td hingga tersangkut di "Sijjin" Tersangkutlah roh itu di situ hingga hari Akhirat.

- Roh yg baru tiba di suatu tempatnya,  roh2 yg terdahulu akan bertanyakan hal anak dan saudaranya. Gembiralah mereka bila dikhabarkan sipulan bin sipulan org yg baik dan disukai oleh org sekeliingnya dan mentaati perintah Allah.  Sebaliknya sedih mereka bila dukhabarkan sipulan yg masih hidup namun masih lalai dr melaksanakan perintah Allah.

Thursday, December 24, 2015

Surah Al-Kahfi ayat 18:9 hingga 15

- us Azam kuliah Maghrib Khamis 24-Dis-2015


Tafsir Surah Al-Kahfi Ayat 18:9 hingga 15

Ayat 18:9 

A009

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?


Ayat 9 ini, adalah sindiran Allah terhadap soalan yg ditanyakan oleh sekumpulan pemuda Mekah yg bertanyakan kpd Rasulullah utk menguji pengetahuan Rasulullah berkenaan kisah pemuda Al-Kahfi.

Soalan ini adalah antara soalan2 atau petunjuk yg diberikan oleh pendeta yahudi (dari Madinah), yg dipanggil oleh penduduk Mekah utk mengetahui ciri2 Nabi akhir zaman.


Ayat 18:10

A010

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".


Ayat 18:11

A011

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.


Ayat 11 ini, tidak menyebut berapa lama pemuda Al-Kahfi ditidurkan. Perkataan dhorab bermaksud pukul telinga. Namun tafsir di sini adalah ditutupkan telinga kumpulan pemuda Al-Kahfi, utk dilenakan/ditidurkan dlm tempoh tertentu.

Ayat 18:12

A012

Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).

- Perkataan "bangkit" menunjukkan telah berlaku sesuatu perkara sebelum ini dan dikejutkan kumpulan pemuda Al-Kahfi itu utk menyambung semula perkara yg dilakukan sebelum itu (sebelum tidur).

- Dlm ayat ini mengajar kita utk menyerahkan segala perkara hanya kpd Allah. Manusia tidak mengetahui segala perkara, cthnya tempoh masa tidur.

- Al-Quran menyatakan tempoh tidur adalah 309 tahun.

Ayat 18:13

A013

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.


- Rasulullah sendiri pun tidak tahu hal/cerita Al-Kahfi itu. Namun setelah wahyu Allah diturunkan maka Rasulullah memahami kisah pemuda Al-Kahfi tsbt.

- Golongan pemuda Al-Kahfi adalah anak kpd menteri2 Rom ketika itu yg mana pemerintah ketika itu memerintahkan rakyatnya utk menyembah berhala. Golongan pemuda Al-Kahfi ini adalah kumpulan rakyat yg menentang arahan pemerintah yg menyeleweng dr ajaran Islam.

Ayat  18:14 

A014

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."


- Allah kuatkan/ikat hati dan aqidah golongan pemuda Al-Kahfi ini.
- Hati manusia akan terikat kerana sayangnya kerana Allah.
- Ayat ini menerangkan dialog golongan pemuda Al-Kahfi, dgn pemerintah/raja mereka.

Ayat 18:15 

A015

(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.


- Ayat ini ditujukan kpd golongan pemerintah yg menyuruh rakyat menyembah tuhan selain Allah. Ayat ini juga ditujukan kpd golongan nasrani yg menyatakan tuhan trinity yg nyata suatu penyelewengan terhadap Allah.

Friday, December 4, 2015

Al-Quds dan Israel vs. Masjidil Aqsa

- us Abdul Aziz kuliah Maghrib Jumaat 4-Dis-2015
Al-Kuds

- Barangsiapa menguasai Palestin maka kerajaan itu akan menguasai dunia.
- Zionis akan hancur pd tahun 2023
- Rasulullah dilahirkan ketika itu Rome memerintah dunia.

_ pada 2 Okt 1187, tentera Salahuddin Al-Ayubi telah membebaskan semula Masjidil Aqsa.

-Syarat bebaskan Palestine, Syria perlu dibebaskan dahulu.

- Rancangan jahat yahudi - bermula dr surat yg dikarang oleh Louis ke-19 yg menggariskan cara org yahudi utk menakluki Palestine, kerana yahudi juga percaya sekiranya dpt menguasai Palestine maka mereka akan menguasai dunia.

1) 11 Ogos1250 surat Louis ke19
- Islam tidak boleh dikalahkan melalui peperangan, sebaliknya melalui perpecahan.

2) Pd 1969 Al Quds diistiharkan ibu negara haram Israel.

- Catatan Sultan Abdul Hamid mempertahankan Palestine pd 17-Jun-1896, melalui catatannya bhw dia tidak akan memberikan walau seinci tanah Palestine utk dijadikan penempatan bagi org yahudi. Alasan sultan Abdul Hamid adalah kerana tanah Palestine adalah milik umat Islam.

- 6 langkah Israel utk meruntuhkan Masjidil Aqsa
1. Menguasai kaw bwh tnh Masjidil Aqsa,  kini telah dibina 46 terowong
2. Memuasai bhgn atas Masjidil Aqsa.
3. Menukar nama-nama Islam kpd nama Israel
4. Menukarkan bhn binaan kononnya bahan binaan itu adalah kerajaan Nabi Sulaiman.
5. Membina prototype kuil mereka di Masjidil Aqsa
6. Kuat-kuasa undang2 had umur, had masa, dan had tempat terhadap umat Islam yg bertujuan memasuki kawasan Masjidil Aqsa. Seterusnya meruntuhkan Masjidil Aqsa. 

- Akaun maybank Tabung Ghaza Mapim: Bank Islam: 0801-3010-0758-20

Tabung pembinaan masjid Mapim: Maybank 5628-3463-6620