Thursday, December 24, 2015

Surah Al-Kahfi ayat 18:9 hingga 15

- us Azam kuliah Maghrib Khamis 24-Dis-2015


Tafsir Surah Al-Kahfi Ayat 18:9 hingga 15

Ayat 18:9 

A009

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?


Ayat 9 ini, adalah sindiran Allah terhadap soalan yg ditanyakan oleh sekumpulan pemuda Mekah yg bertanyakan kpd Rasulullah utk menguji pengetahuan Rasulullah berkenaan kisah pemuda Al-Kahfi.

Soalan ini adalah antara soalan2 atau petunjuk yg diberikan oleh pendeta yahudi (dari Madinah), yg dipanggil oleh penduduk Mekah utk mengetahui ciri2 Nabi akhir zaman.


Ayat 18:10

A010

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".


Ayat 18:11

A011

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.


Ayat 11 ini, tidak menyebut berapa lama pemuda Al-Kahfi ditidurkan. Perkataan dhorab bermaksud pukul telinga. Namun tafsir di sini adalah ditutupkan telinga kumpulan pemuda Al-Kahfi, utk dilenakan/ditidurkan dlm tempoh tertentu.

Ayat 18:12

A012

Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).

- Perkataan "bangkit" menunjukkan telah berlaku sesuatu perkara sebelum ini dan dikejutkan kumpulan pemuda Al-Kahfi itu utk menyambung semula perkara yg dilakukan sebelum itu (sebelum tidur).

- Dlm ayat ini mengajar kita utk menyerahkan segala perkara hanya kpd Allah. Manusia tidak mengetahui segala perkara, cthnya tempoh masa tidur.

- Al-Quran menyatakan tempoh tidur adalah 309 tahun.

Ayat 18:13

A013

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.


- Rasulullah sendiri pun tidak tahu hal/cerita Al-Kahfi itu. Namun setelah wahyu Allah diturunkan maka Rasulullah memahami kisah pemuda Al-Kahfi tsbt.

- Golongan pemuda Al-Kahfi adalah anak kpd menteri2 Rom ketika itu yg mana pemerintah ketika itu memerintahkan rakyatnya utk menyembah berhala. Golongan pemuda Al-Kahfi ini adalah kumpulan rakyat yg menentang arahan pemerintah yg menyeleweng dr ajaran Islam.

Ayat  18:14 

A014

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."


- Allah kuatkan/ikat hati dan aqidah golongan pemuda Al-Kahfi ini.
- Hati manusia akan terikat kerana sayangnya kerana Allah.
- Ayat ini menerangkan dialog golongan pemuda Al-Kahfi, dgn pemerintah/raja mereka.

Ayat 18:15 

A015

(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.


- Ayat ini ditujukan kpd golongan pemerintah yg menyuruh rakyat menyembah tuhan selain Allah. Ayat ini juga ditujukan kpd golongan nasrani yg menyatakan tuhan trinity yg nyata suatu penyelewengan terhadap Allah.

No comments: