Saturday, February 8, 2020

3 Pancaindera Untuk Mendalami Islam

- us hj Hasnan Kasan kuliah Maghrib Jumaat 7-Feb-2020

Tafsir Surah As-Sajdah Ayat 32:9

Tidak ramai org yg bersyukur

- Telinga, mata dan hati ada 3 deria iman.

- Surah As-Sajdah Ayat 32:9 (ms 415) (klik sini utk paparan ayat)

ثُمَّ سَوَّىٰهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۦۖ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۚ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

(a) dlm ayat ke9 ini Allah katakan sedikit sgt org yg bersyukur. 
Utk mendami Islam, penglihatan, pendengaran dan hati perlulah dijaga.

  • Dalam solat, telinga makmum adalah untuk mendengar bacaan oleh imam.
  •  Dalam mazhab Syafie, imam disunatkan utk diam seketika selepas bacaan amiin (selepas bacaan Fatihah) kira-kira makmum selesai membaca Fatihah, kemudian barulah imam membaca surah.
  • Dalam 3 mazhab yang lain, ianya hampir sama ie Imam hendaklah memastikan bacaan surahnya tidak bertembung dengan bacaan Fatihah makmum.
  • Ayat Ql-Quran berkenaan makmum perlu mendengar bacaan imam untuk Fatihah dan surah adalah dalam ayat di bawah:

Surah Al-Araf Ayat 7:204 (ms 176) (klik sini utk paparan ayat

وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

- Kita perlu beramal dengan Al-Quran, hinggalah dalam solat.

- Allah akan tanya apa yang kita lakukan terhadap 3 pancaindera ini. Ini disebutkan dalam surah Al-Israk Ayat 36.

Surah Al-Israk Ayat 17:36 (ms 285) (klik sini utk paparan ayat

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولٗا

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
  
  • Memahami dan mendalami Islam tidak boleh bergantung kpd akal semata-mata.

  • "Qa li lan" maksudnya sedikit, ie sedikit manusia yang menggunakan telinga, mata dan hati untuk bersyukur. Tanda syukur adalah untuk memahami dan beramal dengan Al-Quran.

(b) apbl hanya sedikit yg bersyukur, maka ramainya dimana? ramai org disebutkan dlm ayat lain, ie tidak bersyukur dgn nikmat yg diberikan Allah, spt disebutkan dlm ayat 179 surah Al-Araf.

- Surah Al-Araf Ayat 7:179 (ms 174) (klik sini utk paparan ayat)

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(a) dlm ayat ini  Allah sebutkan hati, mata dan telinga.
(b) binatang ternak = lembu.

  • "Ka thi ran" maksudnya ramai. Inilah lawan kpd "qa li lan" yg disebutkan dlm surah Al-Israk ayat 17:36.

  • Org yg tidak bersyukur ini akan menyesal kerana tidak berusaha mendalami Islam, dgn nikmat yg diberikan.

- Surah Al-Mulk Ayat 67:10 (klik sini utk paparan ayat)

وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِيٓ أَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".


  • Di Akhirat nanti org yg tidak menggunakan 3 panca inderanya utk memahami Al-Quran, maka akan dibangkitkan sebagai org buta:

- Surah Toha Ayat 20:124 (ms 320) (klik sini utk paparan ayat)

وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِي فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةٗ ضَنكٗا وَنَحۡشُرُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَعۡمَىٰ

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Surah Toha Ayat 20:125 (ms 320) (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرۡتَنِيٓ أَعۡمَىٰ وَقَدۡ كُنتُ بَصِيرٗا

Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"