Perihal Membaca Al-Quran
Golongan yang memelihara Al-Quran dan terpelihara pula oleh Al-Quran ie Allah pelihara dia, berdiri dengan hukul-hukum Al-Quran (ie patuh dan melaksanakan perintah-perintah yang disebutkan dalam Al-Quran).
- Orang yang dipelihara oleh Al-Quran akan diselamatkan dari musibah.
- Al-Quran mententeramkan hatinya yang gundah-gulana.
- Dia menyokong dan mendokong perintah-perintah/hukum yang dinyatakan dalam Al-Quran, serta bersama-sama dengan orang yang berhukum dengan Al-Quran.
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتۡلُونَ كِتَٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ يَرۡجُونَ تِجَٰرَةٗ لَّن تَبُورَSesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
لِيُوَفِّيَهُمۡ أُجُورَهُمۡ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّهُۥ غَفُورٞ شَكُورٞSupaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
- Al-Quran melaknat pembacanya, kerana pembacanya itu tidak berusaha memperbaiki bacaan Al-Qurannya.
- Taufik dari Allah adalah keadaan yang menghalang sesuatu tindakan (daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah).
Contohnya, pancit tayar hingga menyebabkan tidak jadi untuk meneruskan perjalanan ke tempat maksiat.
Berbanding dengan hidayah, iaitu petunjuk yang diberikan oleh Allah dari awal yang menghalang/mencegah seseorang dari memulakan perkara/perbuatan ke arah maksiat.
- Orang yang sanggup berjalan untuk belajar dan membaca Al-Quran itu, Allah anggap dia sedang membawa panji Allah setiap hari.
- Maksudnya mementingkan Al-Quran melebihi kehendak diri.
- Orang yang sibuk dengan Al-Quran dan mengangkat tangan berdoa adalah lebih baik.
- Bila ada majlis bacaan Al-Quran atau khatam Al-Quran, terdapat ribuat malaikat yang berada dalam majlis itu mendoakan orang yang khatam Al-Quran itu. Maka pergilah sertai majlis tersebut moga-moga mendapat keberkatan.
- Adakah wajib khatam Al-Quran? Tidak wajib, tetapi teruskan berhubung dengan Al-Quran ie teruskan membaca dan bertadabbur (ie beramal) dengan Al-Quran.
- Saidina Umar ra berkata, "Aku hafal surah Al-Baqarah 9 tahun", maksudnya dia hafal satu ayat dan beramal dengan ayat itu. Dan ambil masa 9 tahun utk menghafal dan beramal dengan setiap ayat dalam surah Al-Baqarah.
- Jika dalam keadaan di luar solat:
- 25 kebaikan bagi setiap huruf yang dibaca dlm keadaan berwuduk.
- 10 kebaikan bagi setiap huruf jika dibaca tanpa berwuduk (tidak bersuci).
- Jika dalam keadaan sedang solat:
- 100,000 kebaikan jika dalam keadaan solat berdiri dan
- 50 kebaikan jika dalam keadaan solat duduk.
- Ikhlas kepada Allah SWT serta mengharap keredhoan-Nya.
- Mendekatkan diri kepada-Nya. Jangan menunjuk-nunjuk, atau bertujuan untuk mendapat hadiah/habuan.
- Membaca Al-Quran dengan Tartil (klik sini utk catatan kuliah)
- Membaca Al-Quran dengan Berlagu (klik sini utk catatan kuliah).