Sirah Rasulullah: Menundukkan dan Mematikan Segala Kuasa Selain Dari Kekuasaan Allah dan Ugama Islam
Surah At-Taubah Ayat 9:29
قَٰتِلُواْ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَلَا بِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ ٱلۡحَقِّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ حَتَّىٰ يُعۡطُواْ ٱلۡجِزۡيَةَ عَن يَدٖ وَهُمۡ صَٰغِرُونَPerangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.
Allah menyuruh Rasulullah dan orang beriman, utk mengumpulkan kekuatan utk menghadapi dan menggempur musuh² Allah.
Surah At-Taubah Ayat 9:123
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَٰتِلُواْ ٱلَّذِينَ يَلُونَكُم مِّنَ ٱلۡكُفَّارِ وَلۡيَجِدُواْ فِيكُمۡ غِلۡظَةٗۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَWahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya).
Bani Najjar memberi perlindungan kpd Rasulullah ketika baginda mula² memasuki Madinah. Baginda diiringi oleh pemuda² Bani Najjar dgn pedang2 mereka tidak bersarung (sedia bertempur) mengiringi baginda Rasulullah memasuki Madinah (sewaktu peristiwa Hijrah).
Apbl masuk ke Madinah, baginda Rasulullah tinggal di rumah Abu Ayub An-Ansari, yg juga seorg Bani Najjar.
Rasulullah menundukkan kuasa yahudi dan arab Quraisy di Madinah:
Kekuatan yg dibina oleh Rasulullah selepas masuki Madinah:
(1) Yahudi di Madinah ada 4 kabilah besar pd ketika itu, dan mereka bergabung. Berbanding dgn arab mereka berpecah, tiada seorg ketua umum mewakili org arab Madinah.
Strategi Rasulullah adalah menyatukan Muhajirin, Aus dan Khazraj. Selepas itu menyebabkan kaum yahudi menandatangi Piagam Madinah.
Kenapa yahudi bersetuju dgn Piagam Madinah? Ini adalah kerana mereka merasakan wujudnya satu pakatan baru, yg mereka boleh berlindung di bwh pemerintahan Rasulullah.
Yahudi Bani Qainuqak adalah kaum yahudi pertama yg mencabuli perjanjian dgn Rasulullah (ie Piagam Madinah)
Selepas dari Perang Uhud, Bani Nazir pula mencabuli Piagam Madinah.
Dlm Perang Khandak, yahudi Bani Quraizah berpaling tadah. Tentera Quraisy tidak boleh memasuki Madinah melaikan melalui arah Tenggara ie perkampungan yahudi bani Quraizah. Allah menggagalkan perjanjian yahudi Bani Quraizah dan kafir Quraisy, hingga mereka tidak jadi memasuki Madinah.
Selepas peperangan Khandak (atau dipanggil juga peperangan Ahzab), Allah perintahkan seluruh yahudi bani Quraizah dihukum bunuh.
Dlm peperangan Khaibar, Rasulullah mengalahkan tentera Quraisy. Tentera Quraisy bergabung dgn yahudi dan lain² kaum yg berlindung dlm kubu². Selepas perang Khaibar seluruh yahudi di Madinah diusir ke Syam (bhgn Utara).
Dlm thn ke-7 Hijrah satu demi satu kabilah dtg bertemu Rasulullah dan tunduk kpd pemerintahan Rasulullah.
Dgn ini kuasa yg dahulunya dikuasai oleh yahudi dan arab dikalahkan oleh Rasulullah.
Rasulullah menundukkan golongan munafik:
Dari segi zahir, org munafik sama spt org Islam yg beriman. Rasulullah tidak mendedahkan siapa org munafik, namum memberikan 4 sifat orang munafik.
Juga tentang solat ie tentang solat Subuh dan Isyak mereka.
Allah juga menyebutkan dlm Al-Quran, sifat orang-orang munafik. Surah Al-Munafikun Ayat 63:1 hingga 8
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)
(Nota: Klik pada permulaan ayat untuk membaca ayat Al-Quran)
Tanda Rasulullah berjaya mengekang org munafik:
- Thn ke-3, perang Uhud, org munafik berjaya tarik keluar (menghasud) 300 org tentera Islam dari menyertai Perang Uhud pada saat-saat akhir.
- Thn ke-6, dlm perang bani Huraisek, org munafik diketuai oleh Abdullah bin Ubai, menyebarkan hasutan supaya tidak berikan makanan dan minuman kpd tentera² Islam.
Turun surah Al-Munafikun mengabadikan kata² Abdullah bin Ubai, sebagai kata2 org munafik.
Kuasa org munafik hancur (pergerakan mereka lumpuh) selepas dari perang Tabuk. Org munafik berpakat utk membunuh Rasulullah dlm perjalanan pulang dari perang Tabuk.
Selepas dari itu Perang Muktah, dimana 3,000 tentera Islam bertembung dgn 200,000 tentera Eropah (ie Rom).
Dlm perang Tabuk, tentera Islam berjaya menewaskan tentera Rom.
Dlm perang Badar, thn ke-2 hijrah, tentera Islam berjumlah 300 org. Selepas Perjanjian Hudaibiah, tentera islam berjumlah 12,400 org. Dlm perang Tabuk tentera Islam tlh berjumlah 30,000 org.
Rasulullah berdakwah dan disamping itu membina kekuatan utk menewaskan org² kafir, seterusnya menewaskann kuasa² selain dari Islam.
Dlm konteks kita hari ini, kita jangan lalai dgn mengatakan sudah tiada musuh Islam. Ini akan menjadikan kita leka dan lupa utk membina kekuatan (termasuk kekuatan ketenteraan).
Punca utama org Islam dapat membuka Andalus (Sepanyol) adalah kerana org2 kristian membuka jalan utk menundukkan kerajaan Eropah yg sudah korup pd ketika itu. Tentera Islam menawan keseluruhan Andalus dlm masa 4 tahun.
No comments:
Post a Comment